Halaman

Isnin, 17 Disember 2012

MIMPI~~~ :(

MIMPI~~~

Semenjak dua menjak ni, aku selalu sangat dok mimpi macam2~~ 
orang kata mimpi ni tak boleh di remehkan~~ sebab mimpi ni kadang2 membawa maksud dan pesanan pada kita~~ dan kita harus bijak tuk tafsir apa maksud di sebalik mimpi kita tu~~~

antara mimpi yang aku selalu mimpikan :


  • mimpi bermain dengan anak kecil/baby dan sayang dekat baby tu
  • mimpi aku jatuh dari tempat yang tinggi, selalunya aku mimpi aku jatuh dari  bukit.
  • mimpi bertemu binatang yang buas dan selalunya aku mimpi jumpa dengan ular, kucing, harimau~~ mau tercungap2 aku lari.
  • mimpi seram sangat iaitu mimpi hantu~~ ni memang selalu aku mimpi dan boleh di katakan setiap malam aku mimpi yang macam ni~~ sampai satu tahap aku mimpi hantu 3 beranak duduk dekat tepi katil aku dan aku terjaga (jam pukul 5.00 pagi), perasaan takut yg sangat2 bila aku seakan dapat rasa memang ada paranormal yg dok tengok aku sedangkan aku sudah terjaga dari tidur~~ sehinggakan aku terketar2 dan takut nak turun dari katil~~ kadang2 aku mimpi aku boleh terbang di udara~~ seakan2 aku ada sayap yang boleh bawak aku terbang~~
Orang kata mimpi yang macam ni selalu berkait rapat dengan masalah macam ni : 

  • Sakit anggota badan, lenguh2, dan sakit belakang.
  • rasa letih sangat2 badan.
  • rasa sakit namun jumpa doktor tapi doktor mengesahkan tidak ada masalah kesihatan langsung, namun kita rasa kita sedang sakit.
  • sukar untuk tidur malam.
  • ada masalah perut dan dalaman.
  • selalu sakit kepala dan beberapa yang lain lagi.
~~~ Bila aku mengkaji dan mengkaji melalui beberapa sumber di internet, tanda2 dan mimpi2 yg selalu aku mimpi ni berkait rapat dengan satu menda yang buat aku seram iaitu SAKA~~~~

~~~ Saka~~ yg pada aku lebih kepada suatu belaan orang2 yang terdahulu sama ada dari nenek moyang kita atau orang lain~~

~~~ Pernah jugak persoalan ini aku ajukan dekat nenek aku untuk lebih mengetahui tentangnya~~~ dan jawapannya adalah tidak ada~~ tak ada nenek moyang aku yang membela sesuatu yg seperti itu~~

~~~ Namun, setelah aku fikir2 kan kembali, nenek/opah aku pernah bercerita tentang arwah datuk aku ketika muda2 di mana aku sangsi akan beberapa fakta yg di ceritakan~~lantas aku beranggapan, semua itu ada kaitannya~~~

~~~ pernah juga aku rasa sesuatu yg tidak elok di sekeliling persekitaran aku~~~

  • Bunyi sesuatu yg melompat dengan kuat di atas bumbung rumah (seakan-akan ada batu besar yg jatuh di atasnya) namun sebenarnya tiada~~ (aku telah pastikan dengan melihat ke atas bumbung dan tipak ada kesan batu).
  • bunyi sesuatu sedang berjalan-jalan di atas plantar buluh (atau ada yg sebut pangkin/jemuran) seolah2 sesuatu yg sedang berjalan itu beratnya 5 kali ganda berat manusia iaitu kedengaran lebih berat (telah aku pastikan dengan melihat plantar tersebut yang kelihatan renggang di antara satu sama lain seperti sesuatu yg berat telah berjalan di atasnya).
  • terasa ada bayang2 putih yang menuruni tangga rumah ketika lewat malam (Beberapa saudara yg lain pernah melihatnya)
  • melihat suatu lembaga yg berbulu/berduru sedang berdiri di atas tingkap (seakan seekor kucing besar) ~~~ (melihat bersama sepupu)
  • cahaya merah terang seakan sebiji mata sebesar bola di celahan dinding bunga ( telah di lihat oleh abah aku sendiri)
  • merasa rumah yg lapang seakan gelap dan redup seakan ada sesuatu yg memayunginya (sedangkan hari tidak terlalu petang)
  • merasa di peluk sesuatu makhluk berbulu sambil makhluk itu meniup lembut ke telinga ( membuatkan seseorang terasa geli lantas ketawa di dalam tidur dan ada kalanya meminta tolong dengan kuat ( dilalui oleh opah ku sendiri) dengan kadar yg agak kerap.
  • jiran tetangga turut dapat melihat sesuatu di kawasan sekeliling rumah iaitu melihat seseorang yg berjubah dan berserban putih sedang berdiri namun tidak mempunyai wajah.
~~~~ Semua tanda2 ini pernah dan telah berlaku dan di rasakan seluruh ahli keluarga~~~
 
Dan tanda2 itu boleh di sahihkan kalau korang lihat dekat link nie~~ link yg sama tempat aku pastikan semuanya~~~~





Semua ni buat aku bimbang namun pelbagai cara aku dah buat dengan mengambil kita semuanya, seperti yg di sarankan oleh ustaz dan sebagainya~~~

16/12/2012~~

SEMUT~~~ Dia panggil aku~~ kurang asam jawa betul lah si mamat nie, apa dia ingat dia tu apa...dia tak tawu ker yg dia tu ~~LEBAH~~ tah paper jer~~~

tapi memang padan lah kan, bila dia mintak pic aku, tapi aku bagi pic semut dekat dia~~ hahaa pic semut yang aku snap masa kebosanan menunggu abah aku dekat kebun dia tu~~ aku bagi jer dekat mamat tu dengan rela hati~~ nak sangat gambar aku kan~~ hahahahah~~~

Aku rasa dek geram yg teramat dia gelar la aku macam tu~~ aku hanya ketawa terbahak1 sorang2~~

ayoyoyoyo~~~~ macam2 pulak yg aku rasa, dan macam2 jugak yg dok jadi~~~ hewww hewww~~~