Halaman

Khamis, 31 Januari 2013

Surah Yassin~~~kelebihannya~~~

Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut "SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM"



baca sebanyak 7 kali....7 niat baikmu akan di kabulkan Allah S.W.T insyaallah...


1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri,suami, anak-anak yang soleh
dan mencintai islam
3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik
dan berjaya didunia dan akhirat.
4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku
dapat ini
5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq
dan miskin
6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang
beriman kesihatan zahir batin
7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan
redhaikanlah aku.....

Erti sebuah persahabatan~~~

Erti sebuah persahabatan



MALAM TADI KAMU DAN KAWAN BAIKMU BERTENGKAR.
KAMU MEMBUAT KEPUTUSAN TAK MAHU BERCAKAP DGNNYA KEESOKAN HARINYA.
DIA SENYUM KEPADAMU.SEBALIKNYA KAMU MENGETAP GIGIMU KPDNYA.
DIA MENCERITAKAN PERKARA YG BAIK TENTANG KAMU KPD KWAN2NYA YG LAIN.
KAMU PULA MENYEBARKAN KHABAR ANGIN MENGENAINYA.

DIA CUBA MENDEKATIMU DAN MENEGURMU.
TAPI KAMU TOLAKNYA KE TEPI.
BAGINYA KAMU SEORG KAWAN YG TERBAIK.
KAMU PULA RASA DIA SEORG KAWAN YG PALING TERUK PERNAH KAMU JUMPA.
DIA PUN MENULIS NOTA KPDMU DAN MENCERITAKAN SEMULA KENANGAN MANIS YG
PERNAH KAMU DAN DIA KONGSI BERSAMA.

KAMU PULA MENULIS SEMUA SAAT BURUK YG KAMU INGAT SEPANJANG BERSAMANYA.
JAUH DI SUDUT HATIMU KAMU MENGASIHANINYA. TAPI DI HATIMU SUDAH PENUH
DGNKEBENCIAN.
KEESOKAN HARINYA KAMU JUMPA SATU NOTA DRPDNYA:

DEAR_________,
SAYA CUBA MEMBERITAHU KAMU SEMLM TAPI KAMU TAK BERI PELUANG UTK SAYA
BERCAKAP. SAYA CUBA BERITAHU KAMU BERITA GEMBIRA TAPI KAMU TAKUT UTK
MENDENGARNYA.SAYA CUBA UTK SENYUM KPDMU TAPI KAMU SAMBUT SENYUMAN SAYA
DGN KEBENCIAN. SKRG NI KEADAAN SAYA SGT TERUK DAN MAKIN TERUK.

SAYA MINTA MAAF SBB HARI NI SAYA TAK DPT BERJUMPA DGN KAMU.
SAYA TULIS SURAT SEMASA SAYA DI HOSPITAL.SAYA SUDAH KESUNTUKAN MASA.
SAYA MINTA MAAF SBB TERPAKSA BERITAHU KAMU SKRG.
SAYA MINTA MAAF ATAS PERGADUHAN KITA,KAMU MMG SEORG KAWAN YG HEBAT.
SAYA JANJI SAYA AKAN SENTIASA MEMERHATIKAN KAMU.

SALAM KASIH SAYANG,

KAMU PUN BERLARI KE HOSPITAL UTK MEMINTA MAAF PDNYA.
TAPI HANYA IBUNYA SAJE YG ADA DI SITU.
IBUNYA MENEKAP MUKANYA DGN KEDUA BELAH TGNNYA.
DAN DIA PUN MENANGIS.DIA MELUTUT DAN BERDOA SUPAYA TUHAN KEMBALIKAN
ANAKNYA.
KAMU SUDAH TERLAMBAT.KAMU BERHARAP DPT BERITAHU KAWANMU YG KAMU MINTA MAAF DAN UCAPKAN SELAMAT TINGGAL.

PENGAJARANNYA:

SEMUA KAWAN ADA MASA NAIK DAN TURUN.DAN KADANGKALA KAMU PERLU MEMINTA
MAAF.JGN TUNGGU ORG LAIN MELAKUKANNYA DULU.SBB KAMU TAKKAN TAHU APE
AKANTERJADI ESOK HARI.


sekadar berkongsi cerita ~~~

Ketidaksempurnaan adalah kebahagiaan~~~

kita sebagai manusia...tentu selalu lihat kan...
manusia kebanyakannya hanya memerlukan dan menginginkan,
sesuatu yang sempurna buat diri mereka...
yang di lihat tidak sempurna, dibuang dan di campak ketepi...
bagaikan ianya tiada harga langsung untuk di terima...

namun,
sedarlah semua yang ada...
sesungguhnya sesuatu yang kita lihat sempurna itu,
kadangkala tidaklah sesempurna mana....
samalah juga dengan diri kita....
sesungguhnya kita ini kadangkala tidak juga sempurna,
buat insan lain untuk menerimanya....
oleh itu, belajarlah menerima yang lain..
walaupun kadang-kala ketidaksempurnaan itu dilihat...

kerana,
kesempurnaan fizikal, hidup yang kita lihat...
kadangkala menutupi segala kekurangan yang
ada di dalam diri kita...

sesungguhnya,
kekurangan dan ketidaksempurnaan itu sungguh besar maknanya..
merangkupi semua aspek...
dari segi kehidupan, fizikal, kemewahan, hidup,
pekerjaan, dan sifat kita sendiri...

biarlah seseorang itu tidak sempurna dari segi fizikal..
asalkan hatinya baik dan penuh dengan kasih-sayang...
daripada sempurna..
namun hatinya dengki, gelap, busuk, dan
penuh dengan sifat kebencian...
hilang semua kasih-sayang dan rasa hormat...

bagiku...
tidak sempurna juga mendatangkan kebahagiaan..
mungkin lebih dari yang sempurna...

semuanya menyedarkan aku..
bahawa kita harus menerima sesuatuitu..
seadanya ia....
tidak perlu di ubah atau di tolak ketepi...
kerana setian yang ada..
mempunyai nilai yang tersendiri....
siapalah kita untuk menentukannya...

yang sempurna,
fikirlah jika suatu hari nanti..
kamu ditakdirkan tidak sempurna,
apakah perasaan kamu jika di tolak ketepi..??
selamilah semuanya dan fahamilah konsepnya...
semua bisa berlaku jika di takdirkan berlaku...
mungkin esok, lusa, atau tulat,
adalah giliran kita..
siapa tahu...

tidak salah jika menerima..
tidak salah menerima...
janganlah menbenci...
kerana kita sama, manusia di atas muka bumi tuhan...
hanya sementara sahaja...
sempurna dan tidak sempurna..
akan menuju ke satu arah...
pengakhir hidup...

fikirlah...!!!
renunglah...!!!
lakukanlah..!!!
sebelum semuanya terlambat...!!!

berkongsi cerita...!!!

10 sifat lelaki yang perlu kita tahu~~~


10 Perkara Bukti Lelaki itu Rumit

1.Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta   kepadanya.
Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong.

2. Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya.
Jika tidak, dia kata kamu kekampungan.

3. Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala.
Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu tak ada IQ tinggi.

4. Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka.
Jika dia yang lebih pintar, dia bilang hebat.

5. Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian.
Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu.

6. Jika kamu beritahu dia masalahmu, dia kata kamu menyusahkan.
Jika tidak, dia tuduh kamu tidak mempercayainya..

7. Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang pengasuh .
Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat.

8. Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai.
Jika dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa.

9. Jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam.
Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukar
untuk dijaga hati.

10. Jika kamu mengirimkan ini pada lelaki-lelaki, mereka pasti bersumpah semua
ini tidak benar

pesanan : semua tu terpulang kepada individu, kalau dah sayang, terima semuanya :) kan kan kan ;)

kisah hari ini~~~~

Hadoyaiii hari ni sekali lagi aku lupa hari~~~boleh pulak aku cakap dekat mak aku kenapa abah aku balik lambat~~~ tak ingat hari jumaat~~~ dan boleh pulak mak aku gelak kan aku~~~ kata hari ni khamis bukan jumaat~~~~ check2 fon rupo-rupo nya memang betul hari ni khamis bukannya jumaat~~~ apa nak jadi la dengan aku ni~~~ selalu sangat lupa hari~~~

tapi tak apalah terlupa ke apa ke~~~ janji aku ingat hari ni adalah hari lahir Muhammad Sahrul Zaman~~~~ adik aku yg Navy tu~~ semoga dia di panjangkan umur dan di murahkan rezeki hendaknya~~~ semoga dia berbahagia selalu~~~~ nak bagi hadiah tak ada~~ hanya mampu ucap ajer~~~

Apa pun, hari ni makan tengah hari bermenukan ikan ni :
ikan pekasam kg buatan jiran lama~~~~ sedapnya yummm yummm~~~ ni kalau ada pulut ka sedap gila ni~~~~ huhuhuhu~~~

hari ni baru aku sedar ada beberapa barang aku yang missing selepas kenduri dulu~~~ mula-mula tak perasan jugak~~~ tapi bila tetiba nak guna menda tu, cari-cari dah tak ada~~~ setau aku, aku tak pernah ubah pun kedudukan menda tu~~ tak lain ada yg 'Balas' barang aku tu~~~

payah betul la~~~ tak kan la semua menda nak kena lock masa kenduri~~~~ alamatnya tak muat almari la~~~~ aduhhhh~~~~ nak marah n maki, tak tahu siapa yang ambik~~~ dok sabo jela padahal dalam hati dok mendidih ja~~~ huh~~~