Susahnya bila hati kita tak seiring dgan kepala dn pemikiran kita..sejauh mana pun kita fikir akan logiknya, namun hati tetap membantah~~hati terkadang terlalu beriya-iya, sedangkan dalam waktu yang sama fikiran yg waras menolak mentah-mentah...menolak segala rasa yang ada~~
hati merasa, otak pulak memikir~~berharap agar segalanya lancar dan tiada penyesalan di belakang hari~~susah bila di hadapan mata insan lain, dan di fikiran pula adalah insan yg lain~~pernah memaksa hati agar lupa semuanya, namun yg ingin di lupakan itulah yg kerap menerobos akal, hati, dan fikiran~~ kerana rasa itu bukan palsu, bukan kepura-puraan~~~ yang bisa di buang sekelip mata sahaja~~~
bila setiap saat dia yang ada, mana mungkin yang lain bisa turut sama ada~~susah nya nak aku lelapkan mata, otak dan fikiran menerawang jauh, mencari jawapan yg tak pernah pasti~~ kadang berharap rasa ini juga rasanya..namun aku tidak tahu apakah insan lain mempunya rasa itu~~rasa yang sama dengan rasaku~~ berharap agar aku sejalan dengannya~~~namun untuk bertanya, itu mustahil~~biarlah rasa ini kekal di sini buat selamanya~~kerana sekali rasa itu di luahkan aku pasti akan kehilangan sahabat yg aku sayang juga insan yg aku cinta sekaligus~~ seandainya ia di sini, persahabatan ini akan terus kekal~~~ Terkadang rindu itu datang menjengah walau cuba di buang sejauhnya~~ namun, terkadang fikiran di kalahkan rasa hati yg menebal~~~
semoga segalanya di permudahkan, dan semoga ada jalan~~ya Allah, buanglah rasa cinta ini, agar aku bisa bahagia~~kerana aku percaya wahai tuhan kau yg mengetahui segala sesuatu yg ada di langit mahupun bumi, kau yg lebih tau apa yg terbaik untuk ku~~ aku mohon, berilah aku kekuatan untuk menghadapi segalanya~~perancanganmu adalah yg terbaik buatku~~walau pada mulanya keraguan itu wujud jauh di sudut hati~~ redha jauh sekali~~~ ikhlas seakan lari~~~
kerana aku tahu tidak semua yang di impikan akan menjadi kenyataan~~~ namun, aku tetap bersyukur kerana Allah memberikan aku perasaan suka ini walaupun bukan untuk selamanya~~ namun, sekurangnya aku pernah merasakannya~~~ sekurang-kurangnya aku pernah merasai nikmat itu~~~
mungkin tangisan itu kadang-kadang terluah, namun hati sudah lelah~~~melatih diri untuk lebih kuat namun, tangisan itu jatuh sendiri tanpa di pinta~~~ seakan memahami keperitan hati dalam melalui perjalanan hidup yg seakan penuh duri ini~~~ tangisan di seka, senyuman di ukir~~~ sedaya upaya mencuba~~~ agar diri ini tidak di katakan lemah~~~ namun, tidak ada gunanya sekadar lemah di hadapan orang lain, walhal di belakang tangisan itu tidak pernah reda~~~
namun benarlah, kekusutan hati itu sedikit-sebanyak akan terungkai seiring keringnya tangisan di pipi walau cuma untuk ketika ini dan hari ini~~~ mungkin esok hari rutin yang sama bisa berulang kembali~~~ dan terus kembali~~~ berharap agar tangisan hari ini adalah yang terakhir, namun semuanya adalah mustahil kerana tangisan adalah teman hidup sehingga mata tertutup~~~
tidak kira apa jua asababnya~~~
Duhai Allah, jauhkan lah aku dari kesedihan yang merosakkan, jauhkan lah aku dari ketidak ikhlasan~~~ jauhkan aku dari perasaan getir dan lelah~~~ berilah kekuatan agar aku bisa meneruskan hari2 mendatang dengan kegembiraan~~~ memujuk hati agar bersabar dengan dugaan yg hadir~~ Kerana dugaan akan sentiasa ada buat insan yang bernama manusia~~~
cinta kadang2 buat aku lemah dan sebaliknya~~~ seandainya cinta itu bukan milik aku, aku berharap agar ianya lenyap seiring lelapnya mataku~~~