BAB 10
Sengaja aku tidak terus
pulang ke rumah. Hatiku masih sakit
dengan kelakuan Zikril terhadapku malam semalam dan juga reaksi Zikril seawal
pagi tadi. Semua tentang Zikril, membuatkan hatiku memberontak tidak
tenteram. Sentiasa gerimis yang
menyelubungi setiap ruang kehidupanku.
Nasib jugalah aku sudah
berjanji dengan Nisha untuk bertemunya pada petang ini. Sudah lama,
wajah bujur sirih temanku itu tidak ku tatap. Terasa rindu pula. Untuk terus melekap dirumah, hanya akan membuatkan aku hilang hati dan
rosak jiwa. Beriya-iya aku cuba menabur
benih kasih, namun dengan
sewenang-wenangnya Zikril menabur racun,
menyebabkan benih kasihku mula memudar kembali. Seakan tiada semangat untuk terus
berusaha. Jika ku ikutkan hati, mahu sahaja aku mengemaskan segala khazanahku
dan terus menumpang di rumah Nisha.
Apalah gunanya jika aku terus menumpang di sana. Sedangkan Zikril sendiri, seakan tidak rela dengan kewujudanku.
Aku juga tidak perlu
lagi menahan hati dan menelan segala amarah Zikril setiap hari. Dari hati yang tenteram, kini hatiku sudah bisa kucar-kacir
sahaja. Namun, semua itu sudah tentu tidak akan
terjadi. Bagaimana harus aku
membelakangkan nasihat ibuku. Aku tidak
sanggup untuk melukakan dan memalukan ibu dan ayahku lagi. Kata-kata nasihat ibu masih terngiang-ngiang
di halwa telinga ku.
“Chik, Chik
satu-satunya anak perempuan kesayangan ibu.
Sekarang Chik pun dah jadi milik orang lain. Bukan lagi milik ibu atau ayah. Chik dah sah jadi milik Zikril iaitu suami
Chik sekarang ni.” Sebak hatiku tatkala
melihat wajah tua itu, menitiskan air
jernih dan hangat. Tidak semena-mena
ibu, menyeka air mataku. Aku menggenggam erat tangannya. “Tapi,
tak bermakna Chik bukan lagi anak kesayangan ibu. Chik masih kekal macam tu pada ibu.
Ibu harap, walaupun Chik tak suka dengan Zikril, tapi Chik cubalah menerima dia seadanya. Ibu tau,
Zikril tu baik. Ibu tak nak Chik
melawan kata dia, apatah lagi menderhaka
kepada dia. Dalam apa keadaan
sekalipun, Zikril yang harus di tangga
teratas. Jangan sesekali Chik membelakangkan
dia, walaupun dalam urusan yang sekecil
zarah sekalipun.” Aku sudah teresak di
pangkuan ibuku. Entah mengapa nasihat
itu, seakan melekat di mindaku biarpun
kadangkala aku seakan mahu menolaknya jauh.
“Tapi, ibu tau kan perasaan Chik! Chik tak salah ibu. Ibu percayakan?”
Ibuku mengangguk. “Ibu tau Chik tak salah. Chik kan anak ibu dan ibu dah jaga Chik dari
kecil lagi. Ibu tau, anak ibu tak mungkin buat perkara macam
tu. Mungkin ini takdir tuhan untuk
Chik. Tuhan dan tetapkan yang Zikril
adalah jodoh Chik. Ibu pesan
sangat-sangat dekat Chik ni. Jaga makan,
minum, pakai dia baik-baik. Ibu tau Chik mampu. Anak ibu kan kuat macam ibu! Kalau Chik rasa
Chik perlukan nasihat, ibu akan sentiasa
bantu. Tapi, ibu nak Chik janji dengan ibu satu benda
ni. Boleh?” Ibuku ternyata serius.
Aku hanya menggangguk
lemah. Apa lagi yang boleh ku katakan sekarang.
Nasib juga seakan tidak menyebelahiku.
“Ibu nak Chik janji! Ibu tak akan
dengar Chik berpisah atau bercerai dengan dia.
Kehidupan perkahwinan ni,
kadang-kala berombak dan berliku.
Tapi, apapun yang berlaku, ibu nak Chik jaga baik-baik hubungan yang dah
Chik tempuhi ni.” Serba salah untuk aku
berjanji, sesudah aku mendengar
permintaan ibu. Dadaku terasa sesak dan
air mataku seakan sukar untuk surut.
Laju menuruni pipiku. Sesekali
aku teresak-esak kecil.
“Ibu!” rintihku tanpa sedar.
“Hai, berangan!
Dah lama kau tunggu aku?” Nisha
yang baru sahaja sampai sudah tersengih seperti kerang busuk. Aku sekadar menjungkitkan bahu.
“Adalah dalam…” aku berpura-pura berfikir dan mengira-ngira
waktu. “Setahun! Lambat kau habis kerja? Bos kau mesti suka buli kau kan?” provokku.
Nisha
menggoyang-goyangkan jari telunjuknya. “No way!
My boss is the best boss inthe whole world! Bukan macam kau!” dia sudah menunjal kepalaku. Naik geram aku dengan kelakuannya itu. Lantas,
aku mencubit perlahan lengan Nisha.
“Ishh, kau ni!
Nanti kalau aku jadi bengong macam mana?” marahku.
“Alah, kau memang dah bengong pun! Ngaku je lah.” Kutuknya terang-terangan. Aku sudah membulatan mata. Berpura-pura geram dengannya. Namun,
Nisha hanya tersengih tanpa ada rasa takut terhadapku.
“Mak aiii! Suka hati kau je nak kutuk aku ye! Depan-depan pula tu.”
“Nasib baik aku kutuk
depan. Kurang sikit dosa. Kalau aku kutuk belakang nanti, setambun pula dosa aku. Nak tunggu raya, lambat lagi!”
balas Nisha.
“Falsampah mana pula
yang kau ikut ni? Kalau dah nama
mengutuk tu, depan ke, belakang ke,
sama je dapat dosa.” Aku turut
membalas. Nisha sudah tersipu-sipu malu.
Aku tersenyum senang.
“So, where we want to go?”
ajuku ingin tahu.
Nisha mengaru-garu
dagunya, seakan berfikir. “Ha! Karaoke.
Ok or not?” ajunya ingin meminta pendapat.
“Karaoke? Ni kalau husband
aku nampak ke, tau ke, mampus aku tau!” terasa gentar pula jika di fikirkan. Bagaimana jika Zikril tahu? Tentu aku makan penampar sulung Zikril nanti. Ngeri!
Sudahlah kes aku dengan Zikril masih tidak reda.
Aku dapat melihat
muncung Nisha yang sudah berinci-inci itu.
Minah ini pun satu. Jika tidak
dituruti kemahuannya, merajuklan yang
paling suka sekali. “Alah! Hubby kesayangan kaukan dekat tempat
kerja. Lagipun, dia layan ke tempat macam ni?” aku befikir sendiri. ‘Betul juga tu. Zikril tidak suka menjelajah ke kawasan
sebegini. Masakan aku akan bertemu
dengannya. Apa salahnya aku join. Bukan selalu dapat buat macam ni.’ Hatiku bernada lega. Lagi pula,
waktu masih muda.
“Okeylah. Tapi,
sekejap udah!” aku menetapkan
syaratku kepadanya. Nisha sekadar mengangguk
dan menarik lenganku. Terkocoh-kocoh aku
menyaingi langkahnya bergerak. Sudah
tidak sabar untuk melalak agaknya!
Keadaan di kawasan
karaoke ini, hingar-bingar dengan
pelbagai jenis suara. Biarpun pelanggan
di pisahkan dengan kotak-kotak nyanyian,
namun suara mereka masih bisa di dengar dengan jelas. Aku sekadar mengikut Nisha memasuki salah
satu ruang karaoke. Hanya kami berdua di
dalamnya. Barulah kurang sedikit bunyi
sumbang yang ku dengar.
“Ya Allah!” Nisha menepuk dahinya.
“Kenapa ni, Sha?” ajuku bimbang. Fikirku,
tentu sahaja Nisha terlupa sesuatu.
“Aku lupa nak tukar
tokun! Kau tunggu sekejap, eh! Aku pergi tukar sekejap. Kau jangan pergi mana-mana. Nanti,
orang lain kebas pula tempat kita ni!”
pesannya. Aku menggangguk faham.
“Cepat tau!” ujarku.
Nisha mengangkat tangan tanda bersetuju.
Sementara Nisha pergi
untuk menukar tokun, aku pula sempat
menyelak-nyelak fail yang berada di atas kerusi. Memuatkan pelbagai tajuk lagu untuk dipilih
oleh para pelanggan. Pelanggan hanya
perlu memilih, lantas memasukkan tokun
ke dalam ruang yang disediakan. Cuma
perlu memilih lagunya sahaja. Aku
sedikit tertarik. Biarpun aku hidup di
zaman moden ini, namun aku cukup dungu
dengan segala alat kepuasan perasaan seperti ini. Sungguh aku tidak tahu, kerana inilah kali pertama aku menjejakkan
kakiku di sini.
“Ramai orang la,
bro!” ujar satu suara. Mana tidaknya, kawasan sebegini tentu sahaja mengundang
ramai warga untuk datang menenangkan hati dan meluahkan perasaan. Kalau
bernasib baik, mereka akan berjaya
mendapat tempat. Jika tidak, makan asap sahajalah nampaknya.
“Tak apa. Aku ada ikhtiar! Kau ikut je aku!” suara yang lain menyampuk.
“Kau nak buat apa
pula?”
“Cuba kau tengok
tu!” arah jejaka tersebut. “Perempuan tu kan! Jadi, kita ayat sikit
okey. Mana tahu, kot ada peluang nak test bakat kejap lagi!” si
jejaka itu tersenyum tanda mengerti.
Kini, fahamlah sudah akan
rancangan temannya itu.
Kotak cermin di ketuk
beberapa kali. Beberapa saat
kemudian, pintunya dibuka. Mereka sudah tersenyum penuh makna. Ada peluanglah untuk menunjuk bakat. Biasanya kalau diayat, wanita akan mudah terpujuk dan akan memberi
peluang kepada si jejaka untuk mengambil alih.
Mikrofon yang ku pegang
serta-merta terhempas ke lantai. Suara
yang sedari tadi mampu keluar, kini
bagai tersekat di kerongkong sahaja.
Kecut perut aku memandang dua jejaka di hadapanku ini. Sungguh!
Jejaka yang sedikit tinggi itu,
kelihatan sungguh begis dan garang.
Manakala, yang seorang lagi kelihatan terkejut. Perlahan-lahan aku bergerak berselindung di
sebalik tubuh Nisha yang baru tiba, yang
kulihat turut kecut perut. Tidak berani
untuk aku menuntas pandang seraut wajah itu.
‘Mati aku macam ni.’ Jeritan
batinku kedengaran bimbang.
“You buat apa dekat
sini?” Aju jejaka tersebut yang amat
kukenali.
Aku sudah ketap
bibir. “I…ermmm I…” kelu lidahku untuk menjawab. Aku memandang Nisha untuk meminta
bantuan. Namun, dia juga sepertiku. Sudah terkaku tanpa kata. Berkali-kali aku
menelan liur yang seakan sudah tepu di kerongkong.
“Siapa suruh you datang
sini?” kedengaran perlahan namun penuh
dengan ketegasan. Matanya juga membulat
seakan ingin menelanku di saat itu juga.
“Kau tengoklah tu! Mana aku tak sakit hati, Fiq!”
bentaknya geram.
“Sabarlah kalau ya
pun! Kalau kau marah pun, nak buat
apa. Mereka dah ada dekat sini. Layan jelah!
Lagipun, bukan dia datang sorang
kan! dia datang berteman.” Syafiq memberi pandangannya.
“Sorry.” Hanya itu yang
terluah di bibirku di saat ini.
“Ambil beg you! Kita balik!”
Zikril sudah memberi arahan. Apa
lagi, terkocoh-kocoh aku bergerak mengambil
handbegku. Microfon yang terbaring di
atas lantai, kucapai dan ku letakkan
kembali di peraduan asalnya. Taufiq yang
berada di situ, sudah bercekak
pinggang. Terlakar riak kesal di
wajahnya. Sedih kerana tidak dapat
mencuba suara barangkali. Dan seperti
biasa, akulah jua punca yang
menggagalkan segalanya.
“You to Nisha! Hurry!” kini
bukan sahaja aku, Nisha turut sama
menjadi mangsa. Malu juga kerana di
perlakukan begitu di hadapan Nisha.
Namun, perasaan malu itu ku
lontarkan jauh. Mungkin ini juga satu
cara untuk menyedarkan Nisha, bahawa
perkahwinanku ini adalah salah dan amatlah tidak kena. Dahulu,
Nishalah insan yang menasihatiku.
‘Zikril tu sempurna? Tidak ada
cacat celanya. Aku tengok pun dia
baik!’ terulang-tayang kata-kata itu di
benakku.
Didalam kereta, aku hanya diam membisu. Kini,
aku hanya bersama Zikril di dalam keretaku. Manakala,
Taufiq ditugaskan oleh Zikril untuk menghantar Nisha pulang dengan
menggunakan keretanya. Walaupun aku
ingin membantah, namun untuk kali ini ku
diamkan sahaja.
“Kenapa you
kesana?” Zikril mula berbicara
denganku. Walaupun dia tidak
memandangku, namun aku tahu perhatiannya
hanya tertumpu kepadaku. Demi menutup kegugupan, aku meramas-ramas lembut
jemariku.
“I tanya kenapa you
pergi tempat tu? Dah tak ada mulut nak
cakap? Tadi, bukan main kuat suara!” perlinya.
Ku lihat Zikril menggenggam erat stereng keretaku. Serta-merta otakku ligat berfikir. ‘Kalaulah stereng tu aku, tentu dah mati aku.’ Hati membuat telahan sendiri. Takut kerana tertangkap sedang berbuat salah.
Air mataku sudah mula
bertakung. “I saja pergi. I tak pernah pergi sana pun.” Aku membuat penjelasan. Menyesal juga kerana menjejakkan kaki ke
sana. Percuma aku di marahi oleh
Zikril.
“Next time, no more karaoke!
Kalau ada pun, it’s just you and me only.
Atau, I terpaksa buat you macam
kanak-kanak. Tak payah kerja dan tak
payah keluar langsung!” ugutnya. Aku sememangnya pantang jika di ugut dan di
perlakukann seperti anak kecil. Seakan aku tidak tahu berfikir langsung. Sekurang-kurangnya, tidak perlulah mengawal aku sepert itu. Aku jadi lemas dan rimas.
Aku mejeling geram. “Kalau you boleh pula!” dugaku takut-takut.
Zikril membuntangkan
mata. ‘Ah! Tak habis-habis nak ugut aku!’ aku mengomel sendiri. “I lain,
dan you lain! I ni lelaki. Kalau you lelaki, I tak kisah.
Tapi you tu perempuan, isteri I
pula tu. Itu yang I kisah!” keras sahaja
nadanya. Membuatkan mulutku semakin
ingin melawan kata.
“You takut malu? Isteri you keluar ke tempat macam tu? You
jangan lupa Zick! We arenothings. Kenapa nak
malu pula?” kini giliran aku pula untuk
bersuara.
Zikril memberhentikan
kereta di bahu jalan secara mengejut.
Membuatkan aku tersengguk-sengguk beberapa kali. “Apa masalah you ni Shika? Tell
me?Malu atau tidak, bukan persoalan
langsung sekarang ni. You bukan budak
kecil lagi yang perlu I ingatkan. Sejauh
mana pun you cuba nak lari, tapi jawapan
dia tetap satu. You are my wife! So, you are my
responsibility and I just want you to listen to me! I tak nak perkara macam
ni, berulang!” pesannya.
Bukan aku tidak mahu mengikut,
namun kadangkala aku juga memerlukan ruang buat diriku sendiri. Ruang tanpa di bayangi oleh tekanan. Tidakkah Zikril memahami rasa hati aku?
“Sebab I bukan budak
kecillah, I tak nak you kongkong hidup
I. I pun nak hidup macam orang
lain.” Aduku hiba. Zikril membuang pandang ke wajahku. Pandangan itu membuatkan aku terkedu. Untuk kali ke berapa entah!
“Kenapa? Sekarang you tak hidup macam orang lain? You sepatutnya bersyukur atas apa yang you
ada, Shika!”
Aku pantas
menggeleng. “Bukan macam tu, Zick.
I bukan tak bersyukur dengan apa
yang tuhan dan tentukan untuk I ni.
Tapi, I pun teringin nak rasa
macam orang lain rasa. You tentu faham
kan? I nak rasa bebas. I nak diri I rasa di sayangi macam orang
lain. I nak rasa macam mana rasanya
jatuh cinta, macam mana rasanya perasaan
sukakan orang lain? I nak rasa macam mana rasa memerlukan dan diperlukan? Sebab,
kadang-kadang I rasa diri I ni tak diperlukan langsung!” luahku.
Zikril sekadar terdiam dan memberi peluang untuk aku meluahkan
perasaan. Aku tidak tahu, mengapa aku perlu meluahkan perasaanku kepada
Zikril? Bukan kepada orang lain?
“Di pejabat, I dengar macam-macam cerita. Semuanya, I tak pernah rasa! I teringin nak terima bunga macam Tira dapat
dari pakwe dia Emai, dan I teringin nak
dapat coklat kesukaan I, dari orang yang sayangkan I. I teringin nak terima surat cinta macam yang
Zakia dapat dari Luthfi! I teringin nak dengar orang cakap dekat I, dia sayangkan I. You tau tak apa perasaan I sekarang ni, bila tak ada siapa pun yang ingat birthday I hari ni? Jangankan nak dapat
hadiah, ucapan pun ramai yang
lupa!” aku sudah teresak di situ. Terhinjut-hinjut bahuku menahan sendu. Jika Zikril lupa akan tarikh lahirku, aku masih boleh menerima. Namun,
jika seluruh keluarga turut lupa,
siapa yang tidak sedih.
Aku sememangnya bukan
anak yang baik untuk mereka kenangkan selalu.
Zikril menarik
jari-jemariku, lantas di genggamnya
erat. Aku cuba untuk menarik
kembali. Namun, genggamannya ternyata lebih kuat dariku. Bagaikan setin cat darah sedang tersimbah ke
wajahku di saat ini. Malu kerana Zikril
berkelakuan seperti itu.
“I kan dah pesan dulu. You tak dapat judge hati orang lain, Shika! Kadang-kadang pandangan you, tak kan sama dengan apa yang sebenarnya
tersirat dalam hati seseorang tu!” kali
ini, Zikril sudah berlembut.
“Bukan semua
orang, dapat jadi macam yang you
nak! Tapi, sekurang-kurangnya, mereka cuba sedaya-upaya untuk jadi yang
terbaik untuk diri you! Faham tak?” aku dapat merasakan pegangan tangan Zikril yang
semakin kejap.
“Senang you cakap, sebab bukan you ada di tempat I sekarang!”
“Shika, you tahu apa ada dalam hati I ni? You tahu apa yang I inginkan? You tahu bila birthday I? you tau tak apa yang I suka dan tak suka? You tahu tak Shika?” aku sudah terkedu. Zikril seolah-olah meminta jawapan dariku dan
apa yang perlu aku terangkan sebagai jawapannya. Aku menggigit bibir. “Shika,
apa yang I inginkan, sama juga
macam yang you inginkan. Bezanya, you perlukan semua tu dari orang lain. Manakala,
I perlukan semua tu dari isteri I sendiri!” lirih saja ucapnnya yang terakhir. Terbius aku seketika. Seakan terkena renjatan eletrik sahaja. Sekali lagi,
aku kelihatan kejam di matanya.
“I tak tau!” aku bersuara perlahan.
“So, you tak nak tau?” ajunya pula.