1) MENGHILANGKAN KESAN LEBAM BIBIR
~ Ambil seulas/seketul ke/sebijik ke, apa-apa saja panggilan yang sesuai bagi HALIA, dan sapukan di bibir selama minit
setiap hari, insyaallah akan berhasil namun tergantung
kepada jenis bibir jugak.
2) MENGHILANGKAN RESDUNG
~ Ambil beberapa helai daun sirih, rebuskan selama 15 minit, basuh muka dengan air rebusan tersebut ketika masih suam
3) MENGHILANGKAN BAU TUPPUWE (BEKAS MAKANAN)
~ Rendamkan beberapa helai surat khabar, ikut muat bekas la ye dan biarkan selama 2 jam, surat khabar akan serap bau.
4) MENYUBURKAN TANAMAN
~ Letakkan hampas teh yang dah di gunakan di sekeliling pokok dan siram pokok seperti biasa dan akan nampak hasilnya beberapa hari kemudia.
5) MENYEGARKAN SAYURAN
~ Celup atau rendamkan dengan cuka makan, hanya sedikit cuka saja yer.
INSYAALLAH TIDAK SALAH KALAU MENCUBA~~
Rama-Rama Kecil adalah duniaku, Dunia fantasi harianku (^_^) dunia impianku, yang aku harap akan menjadi kenyataan (^_^)
Selasa, 5 Februari 2013
10 wasiat imam Syafie kepada anak muridnya~~~
- HAK KEPADA DIRI - mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan berpada-pada pada rezeki yang ada.
- HAK KEPADA MALAIKAT MAUT - Mengqada' kan kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang dizalimi, bersedia untuk mati, dan cinta pada Allah.
- HAK KEPADA KUBUR - Membuang sifat tabur fitnah, membuang tabiat kencing merata, memperbanyakkan solat tahajjud, membantu orang yang di zalimi.
- HAK KEPADA MUNGKAR DAN NANGKIR - Tidak berkata dusta, berkata benar, meninggalkan maksiat, dan saling menasihati.
- HAK KEPADA MIZAN (NERACA) - Menahan kemarahan, menbanyakkan zikir, mengikhlaskan amalan, sanggup menanggung kesulitan dan kesusahan.
- HAK KEPADA SIRAT - Membuang sifat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang yang beriman, suka berjemaah.
- HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)- Menangis takutkan Allah, berbuat baik kepada ibu dan ayah, berakhlak baik, bersedekah (secara teran/ atau sembunyi).
- HAK KEPADA RIDWAN(PENJAGA SYURGA)- Redha pada Qada Allah, sabar ketika di timpa musibah, bersyukur, dan bertaubat.
- HAK KEPADA NABI S.A.W - Berselawat, berpegang pada syariat, bergantung kepada As-Sunnah, sayang akan sahabat, bersaing mencari kelebihan daripada Allah.
- HAK KEPADA ALLAH S.W.T - Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah keburukan, taat, menjauhkan diri atau membenci maksiat.
7 mata yang di cintai Allah S.W.T~~
Mata terlalu banyak fungsi mata bagi kita manusia di muka bumi ni~~~ namun, di antara semua fungsi yang ada, ada 7 jenis mata yang paling di cintai oleh Allah S.W.T~~~ kerana mata ni pun sebenarnya adalah pinjaman semata-mata~~ kan kan~~~ jadi kena la jaga sebaiknya~~~
- Mata yang menitiskan air mata ketara takutkan kebesaran dan kekuasaan Allah S.W.T,
- Mata yang memandang Al-Quran , membaca Al-Quran, memahami, mengambil pengajaran dan mengamalkannya di dalam kehidupan seharian,
- Mata yang melihat dan memuji segala kejadian yang di cintakan oleh Alla S.W.T,
- Mata yang berjaga di malam hari di jalan Allah S.W.T,
- Mata yang sentiasa bertahan dan bersabar dari melihat sesuatu yang haram dan tidak elok untuk di lihat,
- Mata yang memandang mereka yang miskin dan susah dengan pandangan penuh rahmat dan penuh kasih sayang,
- Mata orang yang berusaha ke arah melaksanakan perintah jihad pada jalan Allah S.W.T.
Langgan:
Catatan (Atom)