Halaman

Rabu, 19 Disember 2012

PeNuLiSaNkU ~~ Bukan memaksamu




             BAB 1


            Aku masih menanti di sini.  Beberapa pemandu teksi mula bertanyakan aku sama ada ingin menggunakan khidmat mereka atau sebaliknya. Aku hanya menggeleng beberapa kali tanda menidakkan.  Sudah puas aku menanti.  Sedari jam 11.00 pagi sehinggalah sekarang yang sudah menunjukkan angka 3.00 petang.  Bukan aku tidak cuba menelefon, namun semua panggilanku hanya di sambut oleh peti suaranya.  Membuatkan aku rimas dan lemas.  Mesej yang aku hantar juga tidak berbalas sama sekali.  Naik bingung aku tatkala memikirkannya.
            ‘Aku silap hari ke?’  fikirku sendiri.  Namun dengan pantas aku mencantas kata hatiku itu.  Masakan aku tersilap di dalam membuat perkiraan ini.  Kerana sudah beberapa bulan aku merencanakan aktiviti ini.  Bukannya sehari dua.  Sudahlah aku hanya berseorangan di tempat yang aneh lagi asing ini.  Takut juga dengan keadaan di sekeliling aku.  Bermacam- macam perkara bermain di benak fikiranku kini. 
            Melihatkan hari yang kian berubah tua,  aku mula risau.  Jika benar dia tidak datang menjemput,  di mana pula aku harus menginap pada malam ini.  Perut juga sudah berlagu riang menandakan aku perlu mendapatkan sesuatu untuk di jamah.  Sekali lagi aku meninjau di sekeliling kawasan Stesen Bas Kangar ini.  Mencari sesusuk tubuh yang mungkin datang menjemputku.  Namun,  sekali lagi hati aku hampa.  Insan yang aku nantikan tidak juga muncul seperti yang di rancang. 
            Oleh kerana itu,  aku membuat keputusan untuk mencari sesuatu tempat untuk di jadikan tempat aku melelapkan mata pada malam ini.  Perhentian bas aku tinggalkan dengan perasaan yang bercampur baur.  Antara bimbang, geram, takut, sakit hati dan tertanya-tanya.  Namun tidak mungkin aku perlu terus menanti dirinya disini.  Puas aku mencari rumah penginapan buat aku melelapkan mata nanti.  ‘Aduhai, punya jauh aku jalan dari tadi, alih-alih dekat sini aje hotelnya. Bodoh betul!’  rungutku di dalam hati tatkala melihat perhentian bas yang aku tinggalkan sebelum ini.  Biarpun hotel ini tidaklah sehebat hotel lima bintang,  namun bagiku ianya sudah cukup selesa. 
           
            Di tepi pantai ini aku mula menangis semahu-mahunya.  Tempat yang sama dimana aku melihat matahari terbenam sebelum ini.  Tempat yang banyak menyimpan kenangan buat aku.  Sungguh di kala ini aku teramatlah sedih memikirkan kisah lalu.  Bukan aku menyalahkan takdir,  namun kesedihan tetap wujud walaupun sudah genap tujuh bulan peristiwa itu berlaku.  Ianya bukanlah sesuatu yang dengan mudah dapat di lupakan.  Ianya juga bukanlah sesuatu yang boleh berubah dalam sekelip mata.
            Jemariku mengusap lembut perutku sambil mengenang kisah yang berlaku.  Hatiku bagai di palu perasaan gusar yang teramat.  Sesungguhnya bayi ini tidak bersalah.  Aku tidak akan sekali-kali meletakkan kesalahan ini kepadanya.  Namun,  bagaimana pula tanggapan masyarakat kepadanya apabila dia di lahirkan nanti?  Itu membuatkan aku bimbang.
            ‘Sayang ibu,  hanya sayang yang ibu ada sekarang ni.’  Bisikku sendiri.  Berharap agar dia dapat mendengarnya.  Berharap dia akan memahami masalah dan kerisauan aku ini.  Berharap dia akan menjadi tabah apabila dia mengenal dunia satu hari nanti.
            Deruan ombak yang menghempas pantai membuatkan hatiku sedikit tenang.  Sisa air mata yang mengalir ku seka perlahan.  Alangkah indahnya jika masalah yang aku hadapi kini adalah seperti air mataku ini.  Mengalir dan akan terus hilang dari pandangan.  Namun,  keperitan dan masalah ini masih melekat bersamaku. Serasa tidak akan hilang. 
            Mataku ralit melihat nun jauh di tengah laut.  Sungguh indah kejadian tuhan.  Sekali lagi aku melihat keajaiban yang sama dan juga di tempat yang sama.  Sesekali aku cuba menguak kembali kisah lalu yang seakan sudah mula luput di telan masa.  Kisah yang ada kalanya ingin ku hapuskan dari kehidupan aku ini.  Namun,  sesuatu yang terlalu ingin aku lupakan itulah yang akan selalu aku ingat dan kenang.  Sehinggakan aku mula berasa kesal dengan apa yang pernah aku lalui sebelum ini.  Membuatkan aku kembali tidak percaya dengan takdir aku sendiri dan menyalahkan orang lain untuk segalanya.  Sedangkan pilihan itu berada di tangan aku sendiri. 
            “Awak lupa ke?”  ajuku tatkala panggilan itu di sambut.  Sedari semalam aku mencuba, baru hari ini aku dapat berbicara dengannya.
            “Lupa apa nie?” ajunya kembali kepadaku.
            Aku sudah berangin satu badan. Hendak aku marah tidak sampai hati pula. Namun, hendak di biarkan hati aku sendiri pula yang merasa sakitnya. “Saya tunggu awak semalam.”  Ujarku lirih. Masih cuba bersabar dan berlembut biarpun darahku sudah menyirap di kepala.
            Sepi seketika. Tiada balasan yang aku terima daripadanya.
            “Awak dengar tak apa yang saya cakap nie?” ajuku lagi.
            Kedengaran seperti tepukan di dahi. “Awak, saya betul-betul minta maaf pasal semalam.  Saya terlupa yang kita ada plan.  Saya betul-betul lupa!” ujarnya kalut.
            Aku sudah mengeluh berat. “Saya ni bukan jenis yang nak memaksa atau apa. Cuma, kita dah janji.  Jadi saya pun datang. Saya banyak kali telefon dengan text awak, tapi satu pun awak tak reply.  Kalau awak kata awak lupa, saya percaya.  Tapi, tak kan panggilan saya awak tak dengar?”  sungguh tidak masuk akal jika dia tidak mendengarnya. Bukan sekali aku menelefon, tetapi sudah banyak kali. Sesiapa yang berada di tempat aku akan merasakan yang sama.
            “Saya betul-betul minta maaf awak.” Pohonnya bersungguh-sungguh.  “Awak ada dekat mana sekarang nie?” ajunya kepadaku.
            “Saya ada dekat Bank ni.” balasku. “Kenapa?” ajuku lagi.
            “Kalau macam tu jom kita lepak nak?”
            Aku sudah mengerutkan dahi. ‘Aihh nak lepak dekat mana pulak ni.’ Ajuku sekadar di dalam hati. “Bila? Dekat mana?” aku bertanya.
            “Sekarang la. Kita lepak dekat Kuala perlis. Awak tak pernah sampai sana kan, jadi boleh la awak lepak dekat sana. Lagipun, dekat sana best.” Terangnya.  Aku sekadar menurut sahaja. Alang-alang aku sudah berada di bumi Kangar ini, apalah salahnya jika aku menerima pelawaan itu.  Sememangnya tujuan aku ke sini adalah untuk melawat kawasan sekitarnya.  Tentulan rugi jika aku pulang begitu sahaja.
            Aku bergerak menyiapkan diri kerana dia berjanji untuk mengambil aku setengah jam lagi.  Aku hanya mengenakan jeans dan tshirt berlengan panjang biru kerana ianya lebih selesa. Sempat juga aku mengunyah seketul roti yang ku beli sebentar tadi.
           
           
            Entah mengapa malam ini aku merasakan kelainan.  Walaupun sudah beberapa malam aku disini.  Dalam pada aku mengelamun,  telefon bimbitku yang berada di atas katil berlagu riang.  Baru malam ini aku mengaktifkannya kembali.  Aku sekadar ingin bersendirian buat ketika ini.  Ingin mencari sedikit ketenangan yang sudah lama tidak aku rasai.
            “Ada apa mak?”  ajuku setelah salam ku hulurkan. 
            “Amboi budak ni. Boleh pulak dia tanya ada apa?”  marah ibuku tercetus.  “Kamu ke mana lagi ni? Kamu jangan nak buat hal lagi!” ibuku bertanya dengan nada tegas. Sememangnya ibu adalah seorang yang tegas.
            “Ibu jangan risaukan saya.  Saya tak ada apa-apa. Nanti dua tiga hari lagi saya balik la ibu. Ibu jangan risau ye!” pujukku.  Kalau di ikutkan hati aku ini, aku sudah tidak ingin pulang ke sana.  Biar saja aku merantau ke tempat lain asalkan aku tidak perlu pulang. Namun, bila difikirkan kembali, tidak wajar sekirannya aku meninggalkan ibu keseorangan di kampung. Namun, adakah aku perlu menahan telingaku setiap hari. Mampukah aku bersabar dengan karenah orang kampung terhadap aku. Semua itu membuatkan aku runsing.
            “Macam mana ibu tak risau. Kamu tu dah la sarat, boleh pulak kamu pergi ke sana sini. Buatnya jadi apa-apa, macam mana?” marah ibuku lagi.
            Aku mengeluh perlahan. “Tak ada apa lah ibu.  Benda yang ibu risaukan dulu, ibu jangan risau lagi ye.  Benda yang nak di jaga dah tak ada pun. Semua dah tak ada.” Balasku sedikit sayu.  Berharap agar ibuku mengerti apa yang cuba ku sampaikan kepadanya.
            “Ibu tau kamu masih sedih.  Tapi, kamu tak boleh la buat macam ni.” Tegas ibuku.  “Lari dari rumah bukan dapat selesaikan apa-apa Fira. Ibu tak nak masalah lain pulak yang datang nanti!” tambah ibu lagi. Tanpa sedar air mataku mengalir hangat ke pipi. Sekali lagi detik itu terlayar di tubir mata.  Membuatkan aku tergeleng sendiri. Memaksa otakku agar melupakannya segera. Aku tahu melarikan diri tidak dapat menyelesaikan apa-apa.  Namun, hanya inilah caranya untuk aku mendapatkan secebis ketenangan. Ketenangan dari keriuhan mulut jiran tetangga yang galak membawa mulut tentang aku. Walaupun mereka sendiri tidak tahu apa yang berlaku.
            “Ibu, Fira bukan nak lari.  Fira cuma tak nak otak Fira ni berserabut. Fira dan nak gila ni.  Fira rasa kalau Fira duduk dekat rumah, Fira boleh terus jadi gila!” ujarku sambil tanganku menyeka lelehan air mata di pipi.
            “Ibu bukan nak menghalang Fira, tapi Fira tu bukannya larat sangat.” Ujar ibuku bimbang.  Sewajarnya seorang ibu bimbang dengan keselamatan dan kesihatan anaknya.  Namun, aku tahu ibuku juga terpaksa menanggung malu di atas apa yang berlaku kepada aku tujuh bulan lalu. Tambahan pula aku kini sudah tidak seperti dahulu.
           
            

Lagi-lagi masalah dara/teruna yg di soalkan~~~

Persoalan yang berkaitan soal dara mahupun teruna ni, aku tengok banyak sangat di internet ni; ada yg menyalahkan lelaki, tak kurang juga yang menyalah kan kaum hawa itu sendiri;

banyak jugak la entri2 yang dok menulis tentang menatang alah satu nie;

tanda tak ada dara/ teruna lah; macam2~~~

wahai semua manusia (bukan alien sebab alien tak der istilah dara keyh); mende ni asalnya berbalik kepada diri sendiri jer; pada pendapat aku la, jari kita tu tunding dekat diri sendiri sebelum kita tundingkan pada org lain terutama pasangan la;

Yang aku tengok org sekarang ni; bercinta bukan main la seronok, berkepit ke sana sini, hadoyaiiii dari situ dh tau masalah akan timbul (^_^)

aku pasti sesangat, kita semua ni (termasuk diri aku la) tawu perbuatan kita tu betul atau salah, (tak termasuklah dalam kes special yakni di rogol or di paksa), yg aku nak sebut ni rela hati;

kaum hawa ni kadang2 pada aku bertindak tak menggunakan akal dengan sewajarnya; dah sesuai lah dengan fitrah kita ni yg berakal cetek, tapi secetek2 akal tu pun (jgn salahkan akal pulak) mustahil kita tak pernah berfikir; iyerr dok..???

kenapalah nak jadi lemah sangat, lembut hati, sanggup berkorban apa saja pada seseorang yg di namakan kaum adam~~~sedangkan hari2 kira dapat tgk dan tau ada je kes2 di tinggalkan kekasih, mengandung anak luar nikah dan sebagainya keluar kat kaca tb tu, kat paper pun ada;

tapi kenapa la mata kaum hawa( termasuk aku jugak) tak berapa jelas ...??? kan kan (^_^)

of cos la boys yg berkawan dengan kita akan buat ayat macam ni:


  • You tak sayang i ke..?? kalau sayang kasi i kiss sikit.. 
  • alah, nanti kita kawin jugak kan...???
  • you memang tak sayang i, kalau sayang mesti u rela berkorban dekat i..??
~~~ Eiii, pegi mati la dengan semua ayat2 tu~~ dengar pun dah tau bohong belaka, inikan pula nak jadi reality; pikir lah perempuan malaya sumer... korang percaya ke boys ni akan buat macam yg dia kata..?? sebab setau aku, kebanyakan boys (tak semua) ni hanya suka2.... tanya la boys2 mana pun jawapan sama~~~ 

~~~ ALAH, YG NI UNTUK MAIN2 JER, NAK CARI ISTERI KENA LA CARI YG ELOK~~~

so, kaum hawa sekalian, bukak mata biar luas2 , sampai tersembul keluar pun tak apa; kalau betul dia sayang kita tentu dia tak kan pernah minta sesuatu yg bukan hak dia pun~~~ kalau dia berani mintak tu, paham2 jer lah~~~ bukan aku nak kata boys ni teruk ke apa, tapi beringat...sebab semua org di lahirkan untuk mendapatkan yg terbaik dalam hidup dia, walaupun dia bukanlah yang terbaik pun~~~

bagi yg dah lakukan kesalahan dan kesilapan tu (terlanjur or else), bukan la bermakna dunia dh kiamat, sampai nak bunuh diri, siksa diri bagai~~~ pasal tak da dara ke haper ker ko letak no 2~~~

pada aku tiada dara ni bukan penentu kebahagiaan pun; tapi  nak aku tegaskan di sini, kehormatan wanita akan di pndang tinggi kalau kita dapat kekal kan yg satu tu~~~ 

DARA ni sebenarnya adalah pengukur dia kita ni sama ada kita ni jenis yang macam mana; jenis yg leka/lalai, bodoh, mudah terpedaya, hati tak kental, mudah memberi, terlalu ikut kata hati, ataupun kita ni penyabar, bijak dan sebagainya~~~

memang Allah ciptakan kaum hawa ni lembut, mudah mengasihani dan mudah memaafkan, tapi tak semestinya kelembutan tu kita perlu salah gunakan~~~

AKU PUN PELIK, KALAU SEORANG WANITA TU DI ROMPAK OLEH PEROMPAK, ATAU DI RAGUT OLEH PERAGUT, ADA PULAK SUARA2 WANITA LAIN YG MARAH MALAH YG DI ROMPAK ITU SENDIRI MARAH KERANA DI ROMPAK, DAN AKIBATNYA BARANG BERHARGA DIA DI LARIKAN DAN DIA DI CEDERAKAN~~

TAPI PERNAH TAK KITA FIKIR, DALAM SOAL HUBUNGAN NI TAK ADA PULAK WANITA YG NAK MARAH APABILA BARANG BERHARGA DIA DI ROMPAK SANG LELAKI (KEHORMATAN)~~~ LAINLAH KALAU DIA DI ROGOL DAN SEBAGAINYA~~~ BOLEH PULAK DIA MENYATAKAN DIA TERLALU SAYANG DAN CINTA..?? SANGGUP BERKORBAN APA ADA...SEDANGKAN PADA AKU ITU LEBIH BERHARGA DARI EMAS, WANG DAN PATUT LEBIH DI JAGA~~ LEBIH MENGAMBIL LANGKAH BERHATI2~~~

INI TIDAK, RELA HATI MENYERAHKAN~~~ SUBHANALLAH~~~

bila sudah di tinggalkan, baru nak ambil langkah2 keselamatan tu~~~ sume ni sama jer macam penyakit~~ cegah lagi baik dari merawat~~` kenapa tak ingat tu sume jer~~~

Dalam soal ni pada pendapat aku, tak boleh la nak salah kan lelaki semata2, memang kita tau lelaki ni di lahirkan dan di ciptakan dengan 1 nafsu saje iaitu seks~~~ (trus trang)

jadi dah tentu2 la dalam kepala dia dok ingat mende tu ajer masa dia ada dengan kita ni~~ dah lumrah dia macam tu~~ jadi kita kaum hawa yg lumrahnya lain ni kena la ambil langkahj berjaga~~~

namun, bukan lah pulak aku menundingkan jari pada kaum hawa sahaja~~ kerana kaum adam pun terlibat sama~~ sbb kaum adam ni ada akal yg lebih berbanding wanita, jadi tentu mereka ni akan bijak berfikir~~~ (tapi yg aku tgk dalam bab tutttttt ni lelaki macam dh tak leyh nak pikir dah)~~~

sudah lah kaum adam ni nafsu 1, buat pulak salah, last2 nak yg terbaik~~~ mna nak dapat weyyyy~~~ 

CUMA SATU LA AKU BOLEH CAKAP, MASA NAK BUAT MENDA TAK ELOK TU, FIKIR BALIK, KALAU KITA BUAT MENDA TAK ELOK, JANGAN BIMBANG 1 HARI NANTI AKAN DAPAT YG TAK ELOK JUGAK~~~ WALLAH HU A'LAM~~

Ni cuma yg aku rasa, 
sesungguhnya taubat itu ubat segala kesalahan dan dosa~~
sekalipun pernah buat salah, kalau dah bertaubat, aku rasa itu lebih elok dari segalanya~~~





Petua Bayi sembelit~~~

jika ada bayi atau anak-anak yg mengalami masalah sembelit ni, ada petua yang saya nak kongsikan bersama-sama anda semua;


  • Pucuk ubi keledek,
  • air sedikit je
~~ lumatkan pucuk ubi keledek dan tambahkan sedikit air jer..jangan terlalu cair..sekadar sesuai untuk di letakkan di atas perut bayi~~ ratakan di kawasan ari-ari dan perut bayi~~ insyaallah dengan izin Allah bayi tidak lagi sembelit (^_^)

Masalah Kencing tidak lawas~~

Masalah kencing tidak lawas atau kerap kencing berlaku di kalangan masyarakat namun sukar untuk di kesan kerana pada pendapat aku, orang malu nak bercerita maslah2 yg macam ni pada umum melainkan dekat ahli keluarga terdekat saja~~~

dan nenek2 ada bagi petua untuk masalah ni yg boleh di cuba oleh semua, dan beberapa orang yang amalkan petua ni kebanyakannya berkesan~~~

hanya perlu di buat beberapa kali sahaja~~~

petuanya adalah :


  • Sabut kelapa kering (sedikit je)
  • bakar kan sabut kelapa kering; 
  • bila dah terbakar, kencing di atas sabut yg sedang terbakar itu;
  • biar sebentar asap tu membakar dan menyelubungi kemaluan lelaki/perempuan;
  • biar haba dan asap tu sebati dengan kemaluan lelaki/perempuan;
  • lakukan dan lihatlah hasilnya (insyaallah)

PeTuA BuAsIr ~~~

Buasir ;

BUASIR ni selalu aku dengar di kalangan ahli keluarga mahupun teman-teman, dan banyak aku dengar dari kaum adam, tapi menurut nenek/opak aku kata kalau kaun hawa yang dapat buasir ni, kesan dia lagi teruk terutama ketika nak melahirkan anak~~

jadi aku ada la tnya kalau2 ada petua orang dulu2 yang boleh di gunakan untuk merawat masalah buasir ni~~

dan inilah petuanya :


  • ambil pucuk manggis (yg muda dan lembut) basuh.
  • makan sebagai ulaman setiap hari.
  • atau boleh juga kalau nak rebus dan minum air dan daun dia sekali.
  • insyaallah dengan izin Allah (ada kesannya)

PeTuA BaTuK~~~

Batuk ni kadang2 buat kita jadi tak tahan sangat kan, walaupun bermacam2 ubat batuk yg kita makan, tapi masih sama je kesannya, jadi kat sini aku nak share sikit petua orang tua2 untuk hilangkan batuk ni~~~

kesannya berbeza setiap orang, ada yg berkesan and ada jugak yg tak berkesan tapi apa salahnya mencuba kan2~~~

Apa pun Allah S.W.T yg memberikan kesembuhan tu~~

OK Petuanya adalah :


  • Kicap makan (lebih kurang 2 sudu besar)
  • limau nipis (Sebelah cukuplah)
  • Dua2 bahan ni gaulkan, dan minum lah yer.
  • minum 2 kali sehari (insyaallah)


PeTuA RaMbUt HiTaM daN bErKilAt~~

Aku dapat pertua ni pun daripada my grandma lah..dia kata kalau nak rambut jadi cantik and shiny, kenalah buat ikut petua dia..


  • Santan kelapa (cukup2 untuk rambut la kan)
  • aloe vera ( barang sedahan dua)
  • Dauh bunga raya (lagi elok bunga raya putih)
~~~ korang campurkan jer sumer tu (ramas bagi hancur aloe vera and daun bunga raya tu) and bubuh atas kepala sambil tu urut2 kulit kepala~~~ seeloknya biar 4 atau 5 jam baru di bilas~~ buat la 2 kali seminggu ker~~ insyaallah rambut akan jadi sihat (^_^)

AkU tAk SuKa NaNgIs~

AKU MEMANG TAK SUKA NANGIS-NANGIS DEPAN ORANG, DEKAT ORANG, TAPI AKU AKAN MENANGIS DI BELAKANG WALAUPUN AKU TAK SUKA..DAH JADI HOBI PUN ADA BILA STIAP HARI AIR MATA TUMPAH UNTUK BERMACAM-MACAM SEBAB~~SUSAHNYA HATI NAK JADI SE SABAR DAN SETABAH DULU~~

tah papew~

kalau hari2 aku dok sentap dengan sume orang mcm ni, aku pun tak tawu nak kata apa lagi dah..tapi menda mcm ni bukan aku sengaja nak buat, tapi secara tibe2 aku rasa...terasa hati sgt2 dgn benda sekeliling aku ni, dgan owg skeliling aku ni ha...faham2 la aku ni perempuan..dah tentu la aku cepat terasa..

salah ke kalau mcm tu...dah apa yg org ckp n buat dkat aku ni wat aku sakit hati...

bila aku sentap mcm ni, semua org ingat aku ni poyo, tah pape, sememeh, ngada2, lembik, pulun, bajet, n lebih2, tp cube dia org duk dkat tmpat aku sekarang, mesti dia owg akan paham aku~

 Bukan aku nak ngada2 pun, aku cuma nak berkawan sbb aku x nak sendiri, aku x nak sunyi sorang2..aku nak heppy2..salah ke kalau aku buat mcm 2..atau aku sekadar menyibukkan kehidupan org lain..???

Aku pun kalau boleh tak nak kcau org, susahkan org, yg ada dkat sekeliling aku..tapi aku x nak sowang2..aku x suka sorang2..