Halaman

Rabu, 21 Ogos 2013

cinta itu ketawa dan air mata

Cinta, kalau sebut pasal cinta semua orang buka mata luas2..tertarik..apa pun aku trut tertarik...cinta memang sesuatuu. Yg indah..tapi dalam pada indah itu akan terselit juga duka dan deria, rindu dan dendam..rajuk pujuk memujuk..dan semua org yg bercinta pasti ingn hubungan yg dibina berakhir dgan suatu ikatan yg sah lagi halal...tapi sememangnya dalam dunia ni tak semua yg dirancang akan terjadi mengikut kehndak kita, oleh itu kita harus redha..apa seklipun yg terjadi, kesabaran dan ketabahan amat diperlukan.. Blajar menerima takdir Allah kerana dia sebaik-baik perancang

Selasa, 13 Ogos 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2013

Assalamualaikum semua,
pertama sekali ingin ku ucapkan selamat hari raya aidilfitri maaz zahir dan batin andai ada salah dan silap yang ku lakukan sama ada secara nampak atau tidak~~~ apa pun raya tahun ni agak meriah dengan kehadiran sahabat handai serta sanak saudara~~ cuma agak terasa kekurangan kerana yang tersayang tidak dapat hadir kerana sibuk dengan urusan di rumahnya~~~ dan aku faham akan apa yang di hadapinya itu~~ cuma kalau dia ada ia akan menjadi lagi baik~~~ 1st raya aku buat kuey tiaw sup tulang~~ kelam kabut persiapan yang di buat pada saat akhir ni~~~ dengan sibuk membalut ketupat, masak rendang ayam dan masak hitam daging serta membakar lemang~~~ tidak termasuk dengan persiapan seperti membuat kuih muih dan membersihkan rumah~~~ jadi memang agak sibuk~~ raya pertama ramai jugak yang datang ke rumah di samping aku turut beraya ke rumah saudara terdekat~~~ yang jauh tu tak mampu lah sebab nama pun jauh kan~~~ 

pada raya ke-2, aku membuat nasi ayam satu periuk besar sesuailah dengan bilangan tetamu yang datang pada hari ini~~~ sangat ramai hingga tak menang tangan nak menghidang~~ apa pun trima kasih semua sebab sudi datang~~~ keletihan ni berbaloi sebab ramai tetamu yg sudi datang ke teratak buruk aku ni~~~ hehehe~~~ raya seterusnya aku jalani seperti biasa, melayan tetamu yang datang walaupun sudah agak berkurangan~~~ 


raya ke-6, hehehe cer teka..??? ada la seorang ni belanja aku makan KFC, hehehe.... jiran lama aku punya anak, yang akhirnya menetap di gerik sekarang ni~~~ sempat jugak kami berbual masa makan tu... kalau di lihat kan wajah nampak tua, tapi sebenarnya dia muda 2 tahun dari aku, macam tak percaya jer... ohh by the way nama dia HASIF... budak2 lagi yang sekarang ni dah jadi kawan aku di kg aku ni~~~~  

bila bukan je FB banyak pulak yang aku tengok para sahabat aku yang sudah pun mendirikan rumah tangga, serta tak kurang juga yang mengikat tali pertunangan dan yang menimang cahaya mata~~ kadang2 terasa cemburu pun ada dengan kebahagiaan mereka~~ siapa yang tak nak mendirikan rumah tangga dan menimang cahaya mata...aku sendiri pun nak~~~ tapi tengok jugak pada pasangannya~~ kalau yang hati tak berapa suka, nak bahagia apanya~~ derita mungkin ada la nanti~~~ hurmmmmm~~~~ apa pun tahniah pada semua yer~~~~ aku tumpang gembira~~~