Halaman

Jumaat, 25 Januari 2013

insan biasa~~~

Saya bukan insan yang sempurna, banyak perkara yang saya inginkan dan rancangkan, tapi tidak saya lakukannya, tapi saya berterusan belajar dan terus belajar dari hari ke hari~~~

Saya tidak bermaksud untuk bersikap begitu pada awak~~ tidak pernah terlintas langsung~~ saya cuma nak awak tahu, sebab antara satunya sebab saya ada kerana saya ingin memulakan hidup yang baru~~~  dan semuanya kerana awak~~~

maafkan lah saya sekiranya saya telah melukakan hati awak~~~ saya berharap agar masa boleh di putarkan kembali dan saya pasti akan merubah semua yang terjadi itu~~~ sebab saya nak awak tahu, saya hanya ingin kan kehidupan yang baik~~~ dengan awak ada bersama~~~

harap awak di sini~~~

Saya bukan seorang yang kuat, jauh sekali tabah, tapi bila awak ada dalam hidup saya, segalanya mula berubah~~ saya sudah mula kenal apa itu kekuatan, dan apa itu kesabaran~~ semua yang awak bualkan, sentiasa terngiang-ngiang di pendengaran saya~~~dulu awak sentiasa ada di mana-mana sahaja~~~ dan sekarang pun saya masih berharap agar awak ada hampir dengan saya~~ dulu telatah awak sedikit sebanyak mententeramkan jiwa saya yang kacau~~~  dan hakikatnya saya tidak pernah ingin awak pergi jauh~~ dan berharap awak masih di sini~~~

kadang-kadang saya terfikir adakah saya pernah ada di hati awak~~ pernah  tak awak rindukan saya~~ sebab semua tu saya telah merasakannya~~~ ianya telah berlaku pada saya~~~ awak sentiasa ada di hati saya, setiap saat~~~ saya rindukan awak~~ dan saya berharap saya dapat lalui hari-hari saya tanpa awak~~~ sebab awak telah pergi~~~ 

Khamis, 24 Januari 2013

just sharing~~~

  • Berhati-hatilah wahai wanita apabila sang lelaki mengatakan sayang, cinta, dan rindu kepada anda, di mana dia sebenarnya telahpun menyatakan perkara yang sama kepada berpuluh wanita yang lain, berwaspadalah~~~
  • Seorang lelaki akan sentiasa bersemangat menghantar pesanan ringkas, menelefon sebelum bertemu dengan anda, namun akan terus menyepi setelah berjumpa anda, beringatlah~~~
  • lelaki yang sentiasa tidak menyukai apa yang anda lakukan, apa yang anda pakai, apa yang anda bualkan adalah lelaki yang tidak sepenuhnya menyintai kamu~~~
  • di dalam kehidupan ini, tidak semua yang diimpikan akan dimiliki malah kadang-kadang perlu berkorban dan melupakan perasaan sendiri demi menjaga hati apatah lagi bila melibatkan perasaan orang lain~~~

Rabu, 23 Januari 2013

ada tetapi tidak ada~~~

pernahkah kau bicara, tapi tak di dengar, tak di anggap sama sekali, pernahkah kau tak salah, tapi di salahkan, tak di beri kesempatan~~~

pernahkan kau merasa, hendak meluahkan namun tidak terluah, tak di fahami sama sekali~~~ pernahkah kau rasa dekat namuh terasa jauh sekali~~~ merasa memahami, namun sebenarnya tidak pernah tau apa2 pun tentang seseorang itu~~~

kau tak perlukan aku, aku tiada nilai padamu, dan rasa hati bukan keperluanmu~~~ kerana aku adalah aku~~~ 

kekadang ada, namun hati merasakan tiada~~ rasa kosong dan rasa tak ada apa2~~~ kadang2 mengharap orang lain memahami diri, namun tak pernah cuba memahami orang lain~~~



kepeningan sudah~~

malam ni memang kena tidur awal la nampaknya~~~tapi tak tau la awal ke tak~~ buatnya lewat jugak~~ sawan mata la aku kejap lagi~~~ingat nak meng kado kan tidur semalam yg tak di katakan tidur~~~ mula elok je aku lena, tetibe pulak dalam 3.20a.m ada chat whatsapp sebanyak 56 chat masuk secara berturut2 membuatkan lena aku terganggu dan tak dapat nak lena balik~~~

dengan malas aku membukakan mata aku yg bagi aku separa sepet dek kerana kelenaan terganggu~~~ cukup payah rasanya namun aku gagahkan jugak la~~~ dah alang2 terjaga~~~ baca jugak la chat yg tah apa2 dari Mr.Mhs yg agak bertebiat pepagi buta nie~~~ menghantar chat yang tah paper~~~ boleh dia hantar chat huruf A sampai la ke Z berturut2, dengan nombor sampai berapa entah la~~ tak termasuk simbol2 yg ada dalam fon dia tu~~~ hadoyai pagi ni pulak la dia dok mengigau macam tu~~~ sampai ke pukul 5 lebih dok buzz2~~~ 

jadi hari ni, nak tengok kot sawan dia kembali~~~ mengarut2 ja kalau bercakap dengan dia tu~~~ sabo je la~~~




 

Hari Nie~~~

Hari ini, tiada apa yg aku buat pun, rutin seperti biasa jer~~~ tapi tadi aku dapat berita yang tidak baik mengenai seorang kawan lama aku yang pernah bersekolah di tempat yg sama dengan aku~~~ memang tak selalu berbual dengan mamat ni, tapi aku kenal dia sangat~~ yang biasa aku panggil yeop~~~ tetiba abg aku balik tadi kata dia dah tak ada~~ maksud aku dah meninggal dunia tengah hari tadi~~~ aku ada jgak tanya sakit apa, eksiden ke, tapi abang aku kata dia bunuh diri~~~ istighfar panjang aku dengar kata dia bunuh diri pakai wayar tv~~~ ada yang kata dia mintak cuti tempat kerja dia tapi tak dapat~~ dan lepas tu lka kejadian dia gantung diri dia tu jadi~~~ Ya Allah~~~ apa nak jadi la dengan zaman sekarang ni~~~ apalah masalah dia sampai tergamak dia bunuh diri sendiri~~~ nak kata tak bijak, dia bijak~~~ budak kelas agama jugak dulu~~~ hurmmmm~~~~ aku sendiri pun tak tahu nak kata~~~ apa pun, dia dah selamat di kebumikan pun tadi~~~ semoga segala dosanya di ampunkan, dan semoga FAB (yeop) di tempatkan dengan org yg baik2~~~ sebab tak orang yang lebih tahu apa yang jadi~~~ melainkan Allah S.W.T~~ wallah hu a'lam~~~

Isnin, 21 Januari 2013

HanTaRaN pErTuNaNgAn~~~

Serba sedikit gubahan pertunangan, kalau2 ada yang ternak tengok~~~  
 

tak sabar nak ada anak buah ekekekee