Halaman

Isnin, 17 Disember 2012

MIMPI~~~ :(

MIMPI~~~

Semenjak dua menjak ni, aku selalu sangat dok mimpi macam2~~ 
orang kata mimpi ni tak boleh di remehkan~~ sebab mimpi ni kadang2 membawa maksud dan pesanan pada kita~~ dan kita harus bijak tuk tafsir apa maksud di sebalik mimpi kita tu~~~

antara mimpi yang aku selalu mimpikan :


  • mimpi bermain dengan anak kecil/baby dan sayang dekat baby tu
  • mimpi aku jatuh dari tempat yang tinggi, selalunya aku mimpi aku jatuh dari  bukit.
  • mimpi bertemu binatang yang buas dan selalunya aku mimpi jumpa dengan ular, kucing, harimau~~ mau tercungap2 aku lari.
  • mimpi seram sangat iaitu mimpi hantu~~ ni memang selalu aku mimpi dan boleh di katakan setiap malam aku mimpi yang macam ni~~ sampai satu tahap aku mimpi hantu 3 beranak duduk dekat tepi katil aku dan aku terjaga (jam pukul 5.00 pagi), perasaan takut yg sangat2 bila aku seakan dapat rasa memang ada paranormal yg dok tengok aku sedangkan aku sudah terjaga dari tidur~~ sehinggakan aku terketar2 dan takut nak turun dari katil~~ kadang2 aku mimpi aku boleh terbang di udara~~ seakan2 aku ada sayap yang boleh bawak aku terbang~~
Orang kata mimpi yang macam ni selalu berkait rapat dengan masalah macam ni : 

  • Sakit anggota badan, lenguh2, dan sakit belakang.
  • rasa letih sangat2 badan.
  • rasa sakit namun jumpa doktor tapi doktor mengesahkan tidak ada masalah kesihatan langsung, namun kita rasa kita sedang sakit.
  • sukar untuk tidur malam.
  • ada masalah perut dan dalaman.
  • selalu sakit kepala dan beberapa yang lain lagi.
~~~ Bila aku mengkaji dan mengkaji melalui beberapa sumber di internet, tanda2 dan mimpi2 yg selalu aku mimpi ni berkait rapat dengan satu menda yang buat aku seram iaitu SAKA~~~~

~~~ Saka~~ yg pada aku lebih kepada suatu belaan orang2 yang terdahulu sama ada dari nenek moyang kita atau orang lain~~

~~~ Pernah jugak persoalan ini aku ajukan dekat nenek aku untuk lebih mengetahui tentangnya~~~ dan jawapannya adalah tidak ada~~ tak ada nenek moyang aku yang membela sesuatu yg seperti itu~~

~~~ Namun, setelah aku fikir2 kan kembali, nenek/opah aku pernah bercerita tentang arwah datuk aku ketika muda2 di mana aku sangsi akan beberapa fakta yg di ceritakan~~lantas aku beranggapan, semua itu ada kaitannya~~~

~~~ pernah juga aku rasa sesuatu yg tidak elok di sekeliling persekitaran aku~~~

  • Bunyi sesuatu yg melompat dengan kuat di atas bumbung rumah (seakan-akan ada batu besar yg jatuh di atasnya) namun sebenarnya tiada~~ (aku telah pastikan dengan melihat ke atas bumbung dan tipak ada kesan batu).
  • bunyi sesuatu sedang berjalan-jalan di atas plantar buluh (atau ada yg sebut pangkin/jemuran) seolah2 sesuatu yg sedang berjalan itu beratnya 5 kali ganda berat manusia iaitu kedengaran lebih berat (telah aku pastikan dengan melihat plantar tersebut yang kelihatan renggang di antara satu sama lain seperti sesuatu yg berat telah berjalan di atasnya).
  • terasa ada bayang2 putih yang menuruni tangga rumah ketika lewat malam (Beberapa saudara yg lain pernah melihatnya)
  • melihat suatu lembaga yg berbulu/berduru sedang berdiri di atas tingkap (seakan seekor kucing besar) ~~~ (melihat bersama sepupu)
  • cahaya merah terang seakan sebiji mata sebesar bola di celahan dinding bunga ( telah di lihat oleh abah aku sendiri)
  • merasa rumah yg lapang seakan gelap dan redup seakan ada sesuatu yg memayunginya (sedangkan hari tidak terlalu petang)
  • merasa di peluk sesuatu makhluk berbulu sambil makhluk itu meniup lembut ke telinga ( membuatkan seseorang terasa geli lantas ketawa di dalam tidur dan ada kalanya meminta tolong dengan kuat ( dilalui oleh opah ku sendiri) dengan kadar yg agak kerap.
  • jiran tetangga turut dapat melihat sesuatu di kawasan sekeliling rumah iaitu melihat seseorang yg berjubah dan berserban putih sedang berdiri namun tidak mempunyai wajah.
~~~~ Semua tanda2 ini pernah dan telah berlaku dan di rasakan seluruh ahli keluarga~~~
 
Dan tanda2 itu boleh di sahihkan kalau korang lihat dekat link nie~~ link yg sama tempat aku pastikan semuanya~~~~





Semua ni buat aku bimbang namun pelbagai cara aku dah buat dengan mengambil kita semuanya, seperti yg di sarankan oleh ustaz dan sebagainya~~~

16/12/2012~~

SEMUT~~~ Dia panggil aku~~ kurang asam jawa betul lah si mamat nie, apa dia ingat dia tu apa...dia tak tawu ker yg dia tu ~~LEBAH~~ tah paper jer~~~

tapi memang padan lah kan, bila dia mintak pic aku, tapi aku bagi pic semut dekat dia~~ hahaa pic semut yang aku snap masa kebosanan menunggu abah aku dekat kebun dia tu~~ aku bagi jer dekat mamat tu dengan rela hati~~ nak sangat gambar aku kan~~ hahahahah~~~

Aku rasa dek geram yg teramat dia gelar la aku macam tu~~ aku hanya ketawa terbahak1 sorang2~~

ayoyoyoyo~~~~ macam2 pulak yg aku rasa, dan macam2 jugak yg dok jadi~~~ hewww hewww~~~

Ahad, 16 Disember 2012

Demam lah Pulop~~ :(

Letihnya hari ni, dengan kepanasan badan yg aku rasa~~

semalam ku ingat seronok la sangat aktiviti mandi hujan tu, walaupun aku akui memang best pun main ujan tu~~~ 

tambah pulak hujan tu lebat tak ingat dunia, dh rasa macam budak2 kecik pun ada, tapi tak la sampai terlompat2 n terjerit2 macam budak2 tu~~ wat malu ja kalau macam tu~~hahahahaha~~~

Dan2 lepas tu aku rasa pening sesangat, sampai ke hari ni~~ demam~~

tapi, tadi kena jugak la pergi kenduri sedara~~kalau ikutkan hati memang aku malas nk pergi, rasa nak tidur jer~~ 

dah la kenduri tu, ujan turut lebat tak kira~~ naseb la keduri dekat dalam dewan and bukan dekat rumah~~ kalau tak, makan dalam ujan la~~

ni sekali lagi aku rasa tak larat sesangat, pening di cmpur rasa nk muntah semua ada~~ sabo je lah~~

nasib la ada kawan yang dok melayan aku yg bosan nie~~~ kalau tak naya aku~~~ hehehe dia kan kawan yg baek WB~~~ kan kan kan LEPAT~~~

Jumaat, 14 Disember 2012

My CaT (^_^) Rama2Kecil~~

Hari ni aku nak share dekat sini pic my cat yang aku sayang sangat ~~~ bermacam-macam kisah di sebalik setiap sekor miaw yang aku bela nie~~

Ni aku share beberapa keping pic yg sempat aku snap (^_^)
Miaw aku yang ni nama dia ~~BABY~~ tapi punya la comot sebab selali dok main kotor dekat luar umah~~
yang ni pulak miaw aku namanya ~~LULU~~ yang ni comot sangat sebab nampak dah macam musang lagi dah~~ hahahaha~~














































  Ni pulak miaw aku nama dia ~~LILI~~~ tapi comot paling comot dah lagi~~~ hadoyaiii~~



Comel tak my BABY tengah tidor~~~ hehehehe~~~






ini adalah mereka bertiga, berbaris menunggu di beri wiskes~~~hahaha almaklum la tuan dia baru beli tadi~~

Ini pulak adalah si kecil anak kepada ~~LULU~~ dan ~~BABY~~ HEHEE comey nya si kecil bertiga ni~~ menyusu~~~

YANG ni anak-anak dia sajer~~~SI KECIL yang comel~~




Khamis, 13 Disember 2012

Lemang oh lemang (^_^)

HELLO ~~~~
Aku memang suka sangat kalau sebut pasal menangkap gambar nie~~ apa saja mende aku akan snap ikut suka  hati aku jer la~~ tu lah, asal-asalnya memang nak jadi photography kan, tapi nak buat macam mana tidak kesampaian, jadi aku jadikan ini sebagai satu hobi ketika masa lapang je~~

DAN NI LAH HASILNYA : 


Ni lah kelapa yang terpaksa di mesin oleh abang aku bergilir, ni baru sebahagian sahaja sebab masih ada banyak lagi yang ada untuk di uruskan~~~ naseb jugak la pokok sendiri~~~ kalau tidak, mau kena bayar ni~~~ hahahaha~~~
seterusnya pulak santan yang telah di perah(cmpur garam sikit), pulut yang dah di basuh dan di roskan,serta alat untuk kita masukkan santan tu yer~~~ agak mengambil masa untuk melakukannya~~~ sebab mula perlu sediakan buluh lemang + masukkan pulut ke dalam buluh sehingga hampir penuh + last masukkan santan sehingga tenggelam pulut ~~~~
Dan inilah buluhnya ye~~~~ buluh yang telah pun di masukkan daun pisang di dalamnya (^_^)

Sedia untuk di bakar yer ;)

Ni pulak adalah rendang yang di masak bagi di makan bersama lemangnya~~~

MOOD : Sakit jiwa..!!!


Kehidupan percintaan ~~~

Kalau di fikirkan hanya akan buat aku melengung sendiri, terfikir-fikir akan hal yang sebegitu~~

kalau tengok orang lain yang bercinta memang seronok, aku pasti mereka seronok walaupun kadangkala dugaan melanda dimana akan ada pergaduhan dan salah faham. namun, pasti juga akan ada adegan pujuk memujuk di antara mereka yang membuatkan hubungan yang keruh kembali jernih~~~

namun, bila di fikirkan, aku (sambil ketawa sendiri) tak pernah pulak la rasa semua tu, dan kadang hati ni terasa jugak~~ tapi bercinta ni bukan lah satu pilihan di dalam hidup pun, cuma kita sebagai manusia ni mengimpikan sesuatu yang indah, namun cara untuk merealisasikannya adalah berbeza sama sekali.

Aku sendiri terkadang menyalahkan takdir yang aku lalui kini, namun aku tahu ada kebaikannya di dalam semua ini~~~ aku tidak patut merungut kerana pasti akan ada yg terbaik buat aku~~ mungkin aku sendiri yang tidak menyetahuinya~~~

Tetapi Allah S.W.T yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk aku dan hidup aku~~


jadi kenapa perlu bersedih~~









Namun, penah jugak rasa itu terbit tatkala mengenali seseorang di dalam hidupku~~~ namun, entah di mana silapnya segalanya tidak menjadi, dan aku seakan di perbodohkan kerana mungkin aku ini amat mudah di perbodohkan oleh sesiapa pun~~~

Tetapi ianya tidak bermakna aku ini tiada hati langsung sampai semua orang boleh perbodohkan aku~~ hanya kerana aku yang terlebih menyukai dan menyiantainya~~ 

Salahnya aku kerana terlalu menyukai dia, dan seolah-olah dia turut memiliki rasa yang sama seperti ku~~ namun aku ternyata silap dari mula~~ 

Lantas, aku malu sendiri~~~

Mungkin aku terlalu beriya-iya di dalam hubungan ni~~ kerana aku yg memulakan segalanya, membuatkan hati aku terlalu sakit tatkala memikirkan apa yang terjadi~~

kerana kebiasaannya aku yg memulakan, membuat panggilan, menghantar pesanan, lantas aku teraksa menunggu lama, dan kadangkala terasa di abaikan~~~ 

Namun, ada satu yang tak pernah aku faham~~ jika benar dia tidak pernah mempunyai apa-apa perasaan terhadapku, tentu sahaja dia tidak akan pernah mahu melafazkan kata cinta, sayang dan rindu kepadaku~~~ apakah niat yang terselindung di sebalik hatinya itu, yang tidak pernah aku fahami..???

Kenapa dia melafazkan kata itu, sekiranya dia hanya bergurau dan ingin bersahabat denganku bukan untuk selebihnya~~~




Bertapa penantnya menanti sesuatu yang kadangkala tidak pasti~~
menanti kadangkala membuatkan aku rindu kepadanya, walaupun aku seakan sudah tau apa sebenarnya~~~
CINTA itu indah, sungguh walaupun rasa itu aku sendiri tidak pernah yakin dan pasti~~

Jatuh cinta bila kita bersedia bukannya bila kita rasa sunyi dan sendiri~~ namun itulah yang aku rasakan sekarang ini, tatkala insan yg kita sayangi hanya menghubungi kita di saat dia sunyi dan bosan, sedangkan kita terlalu menyayanginya~~

Sungguh perit perasaan bertepuk sebelah tangan ini~~

Setiap malam aku berpura-pura dan berjaga semata-mata hanya nak berbual dengan dia, namun harapan itu aku tidak letakkan terlalu tinggi~~ kerana aku tahu di hatinya hanya sekadar teman biasa, lantas dengan sengaja memperolokkan diriku yang di bilang terlalu mudah di perbodohkan~~

tatkala dia membalas pesananku, hanya tuhan yang tahu betapa aku bahagia, bahagia yg teramat~~


Tiada yang hadir buatku~~~ dengan keikhlasan melainkan kepura-puraan semata-mata~~


My Cousin Wedding (^_^)


Walaupun majlis ni dah lama dah tapi aku rasa nak share jugak dekat sini


Ni adalah pic yg aku snap masa majlis akad nikah di Majid Felda Lawin Selatan Gerik Perak~~~ berbusana kebaya putih terqoise my kakak ni look gorgous sgt~~~ tak ada la ramai sangat yang datang masa akad nikah ni sebab kebanyakan dok sibuk dekat tempat nk kenduri tu~~ 

Ni pulak pic masa pihak lelaki bertandang ke rumah pengantik perempuan di Felda Lawin Selatan~~~ berbusana merah hati sedondon, sangat cantik dan kacak~~~ OPSSSSS~~~~ lupa nak bagi tau, nama pengantin ni Salasiah dan Hisham~~

YANG SETERUSNYA NI ADALAH SEMASA MAJLIS DI SEBELAH PIHAK LELAKI DI KAMPUNG LAUT TUMPAT KELANTAN~~~





          ALALALALALALALAALALA~~~comelnya mereka ni~~





SEMOGA KEKAL BAHAGIA HINGGA KE HUJUNG NYAWA


Pic ni yang paling aku suka di antara yang banyak2 tu~~




















 Semasa di kelantan~~~


Salasiah dan Hisham semoga bahagia~~














SEKIAN terima KASIH~~~