Asma'(Nama samaran) yang merupakan seorang insan kerdil yg di lahirkan oleh maknya yang tercinta~~~ dilahirkan di kg Tanjong Kala Gerik pada hari rabu (hehehehehe)Si Asma' nie di lahirkan di rumah sajer, tak seperti orang zaman sekarang yang kesemuanya di lahirkan di hospital bagai~~ahahahaaa...si Asma' Rama2 kecil ni, orang nya kacukan MELAYU + CINA, jadi kalau tengok mata sepet ka apa ka, wat tahu sudah lah yer....sekarang ni aku menetap dekat UK a.k.a Ulu Kenderong Gerik~~ UK tu nama glamour saja... nak bagi sedap di dengar~~~ jajahan GERIK ni bagi aku adalah seperti PEKAN KOBOI dan agak terpencil dari kesesakan bandar(kemajuan)~~~ di kelilingi hutan dan bukit bukau ajer...
si Asma' ni jugak sekarang adalah penanam anggur terhormat~~ hahaha sebab masih belum mendapat apa2 pekerjaan lagi~~ minta dah jenuh dah pun tapi masih macam tu jugak la~~~
nak cakap pasal kg halaman ni memang la banyak sangat~~ tapi se kuno2 duduk kampung ni pun, rasenya aman damai jer~~ boleh buat apa yg kita suka~~~ tak macam duduk dekat bandar sana tu~~
tapi kalau nak di bandingkan dulu dengan sekarang, rasanya ada banyak perubahan dah la dekat GERIK ni~~ bangunan naik dah banyak~~ n maju la ckit~~~
kampung UK ni pun dah maju jugak~~~
gerik ni terkenal dengan loghat dia yg agak bercampur-campur ( ini kerana gerik ni berjiran dengan kelantan dan juga kedah) jadi bahasa2 yang di tuturkan agak bercampur2... adalah satu atau dua perkataan yg agak berbeza dan bagi orang luar mereka merasakan bahasa ni agak kasar untuk di tuturkan, namun bagi penduduk asal GERIK, semuanya adalah biasa2 sahaja~~~
nanti akan di kongsikan beberapa perkataan yg berbeza dituturkan oleh masyarata gerik dan sekitarnya~~~
(^_^)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan