Halaman

Khamis, 14 Februari 2013

dugaan betul~~~

Ya Allah, apa lagi ujian yang kau beri dekat aku~~~ sesungguhnya aku sseakan sudah tidak mampu untuk hadapi ya Allah~~~ kadang2 aku terfikir jugak, kenapa semua ni jadi dekat aku~~ apa yang aku dah buat..?? setau aku, aku tak pernah ganggu kehidupan orang lain~~ sampai aku dapat ujian yang sebegini rupa~~ lepas satu satu ujian yang datang~~~ di manakah salahnya~~~??? kadang2 aku tanya diri aku sendiri~~~ permulaan yang baik belum tentu akan berakhir dengan baik jugak~~ memang seharusnya aku berfikiran positif dan tidak berburuk sangka~~ namun, aku tak nak pisang berbuah dua kali dalam keluarga aku ni~~~ cukup mak aku je yang rasa perasaan yang macam tu~~~ dan aku dah tau perasaan tu~~ dan adakah aku pun akan hadap keadaan yang sama..???  susahnya bila melibatkan keluarga~~ semua jadi rumit~~~ nak amik jalan penyelesaian pun payah sebab banyak hati yang nak kena jaga~~~ tapi kenapa?? dah tak ada orang lain ke dalam dunia ni~~~ kenapa nak kena ada kena mengena dengan keluarga aku jugak~~~ dugaan apakah ini ya Allah~~~ aku sedaya upaya nak lari dari melibatkan keluarga, tapi kenapa ada yang masih nak cari masalah~~ walaupun bukan sekarang, namun aku tau satu hari nanti pasti akan ada masalah~~ kalau dengan orang luar tak apa, tapi bila sesama keluarga, pasti akan lebih buruk~~ cukup2 la yang dok ada tu~~ tak reti lagi ka nak jadikan pengajaran~~~ pening aku dengan orang macam ni~~ yang last2 jadikan aku dalam masalah~~ jadikan family aku masalah~~kalau dia buat macam ni apa yang akan aku panggil nanti?? maksu kakak? atau kakak maksu?? macam tu??? nak sangat jadi keluarga 69~~~ adoyai~~~ lagi nak lari, lagi dekat masalah tu datang~~ aku dah cukup serabut dengan masalah yang ada~~ hati yang sabar ni kadang2 dah tak berapa nak sabar lagi~~ hilang semuanya~~~ sabar cuba lah bersabar~~~

Rabu, 13 Februari 2013

today celaru~

hari ini, bukan lagi hari ini dalam sejarah~~rutin harian seperti biasa..terasa sunyi dan kosong kembali kerana adik2 dah balikke tempat masing2..sorang ke ipoh, sorang lagi ke langkawi..abg pulak ge keje..abah ke kebun..hem tinggal aku dengan mak aje..apa pun SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN buat mak aku yg sgt2 aku syg..akak harap mak di panjangkan umur, di murahkan rezeki dan berbahagia selalu..akak sayang mak... Tak lupa jugak aku jadi wakil untuk adik2.. Pagi ni jugak ak dapat tawu adik aku yg navy 2 nak tunang n kawin terus..sibuk bertanya pasal harga semua..dah sampai seru kawin lah man~~ janji jaga anak orang baik2 udah la~~ sonok pulak aku dengar~~semoga semuanya lancar~~ aku hanya mampu tersenyum..mgkin dah tak ada apa yg nak di coretkan tentang aku..mungkin ini coretan terakhir tentang diri aku..selebihnya tentang orang lain..hidup aku biarlah Allah dan aku sahaja yg tahu~~kerana aku dah tak ingin di simpati atas nasib aku lagi..biar tak ada yg tau, mungkin itu lebih baik~~mungkin kesemua yg jadi adalah takdir lantas aku dan dia menekadkan diri dalam membuat keputusan~~dalam pada aku mengelamun, tetibe ada kereta gen2 kalau tak silap aku kt depan umah, tak pulak ak tau siapa, namun iras2 2 macam aku kenali~~tapi aku tak pasti dan abaikan je lah~~dapat tau kursus tour guide d tunda ke awal bulan 3, dan nampaknya x ada la rezeki aku nak je melaka bukan rezeki aku agaknya~~

kisah ini~~~

Duhai mata kau lelaplah, aku hanya nak lelapkan mata ni~~~ aku dah tak nak fikirkan apa2 lagi~~~ kalau boleh aku nak lupakan semuannya~~~ lupakan apa yang ada dalam hati aku ni~~ lupakan apa yang aku inginkan~~~ lupakan apa yang aku perlukan dalam hidup aku ni~~~ hari ni tak ada apa yang dapat aku buat melainkan hanya merenung kosong~~~ sesungguhnya sakit ini tiada pun yang tau~~ hanya mampu pendamkan sendiri~~~ ingin ku tangisi, namun seakan air mata itu sudah kering dan tidak lagi mampu mengalir~~~ nampak seakan aku kuat kerana air mata ini tidak lagi mengalir~~ namun hakikatnya aku menangis di dalam hati~~~ 

demi Allah aku tak tau apa yang patut aku buat melainkan hanya berdoa di dalam hati~~~ kerana aku tau Allah sentiasa mendengarnya~~~ mungkin dah di takdirkan aku hilang semua yang aku sayang dalam hidup aku~~~ mungkin ada hikmahnya di sebalik apa yang aku alami~~~cuma aku sendiri masih belum bisa melihatnya kerna aku hanya melihat apa yang aku inginkan~~~ walaupun aku tak biasa bila dia tak ada, kerana aku mungkin telah terbiasa, namun mungkin aku harus ambil langkah untuk pergi jauh~~~ mengakhirkan segalanya agar tak ada siapa pun yang akan terluka di kemudian hari~~~ mungkin aku harus berani dan belajar kehilangan dan kesunyian ni~~~ mungkin aku harus biasakan diri untuk tidak mendengar suaranya yang aku dengar selalu~~walaupun aku sebenarnya terlalu ingin mendengar seulas suara itu~~~ aku cuba untuk melalui hidup tanpa dia~~~ walaupun kadang2 bayangan itu hadir di tubir mata~~~

Ya Allah, aku hanya bisa berbiacara denganmu di saat ini~~~ kerana kau mendengar segala luahanku, memahami segala isi hatiku, kau tau apa yang terbuku di dasar hatiku ini~~~ mungkin ada perancangan yang lebih baik buatku ya Allah~~~

Apa pun, aku harap agar dia akan sentiasa bahagia, tidak akan pernah ada duka lagi di dalam hatinya~~~ aku cuma ingin dia gembira~~~ tidak sendiri~~ Ya Allah kau temukanlah dia dengan insan yang lebih baik dariku~~~ insan yang akan membawa kebahagiaan buatnya~~~ yang bisa membuat dia tersenyum sepanjang hari, yang bisa menjadi semangatnya saban hari, yang bisa menjadi pendorongnya di kala dia lemah, kau berikan yang terbaik buat dia ya Allah kerana aku tau dia insan yang baik~~~ kau hapuskan lah dukanya ~~~ kerana hanya itu yang mampu aku lakukan buatnya ya Allah~~~ aku doakan yang terbaik untuk dia~~~

aku tau cinta itu adakalanya tidak akan di miliki~~~ namun aku bersyukur sangat sebab aku pernah bertemu dengan sseorang yang sangat baik, memahami, bertanggungjawab, melindungi, menerima aku apa adanya, terima kasih kerana dia pernah ada rasa sayang itu pada aku, walaupun sementara~~~ namun aku tetap bersyukur dan hargai apa yang telah aku dapat~~ 

buatmu,
maafkan aku andai aku tidak mampu menzahirkan apa sebenarnya yang ada dalam hati aku ni~~~ aku sendiri tidak mampu memahami, inikan pula kau~~~aku cuma nak kau tau, aku tak akan pernah dapat melepaskan kau dengan mudah sekarang mahupun kemudian nanti~~~ mungkin hati kau sakit dengan apa yang aku buat dan untuk itu aku memohon sejuta kemaafan dari kau~~~ aku tidak mampu nak jelaskan apa itu cinta, apa itu sayang~~~apa itu rindu~~~ sebab aku tidak mampu nak huraikan semua tu~~ cuma apa yang aku rasa adalah bahagia~~~ 

Aku cuba untuk menjadi kuat, menahan apa yang datang, namun ada kalanya jari jemari ini terlalu ingin menaip sesuatu untuk dia~~ namun aku batalkan sahaja bila memikirkan apa yang dah jadi~~ adakah itu yang di gelar rindu...??? entah, aku sendiri tak tau~~~ bukan aku terlalu mudah melepaskannya~~ sebab aku sebenarnya terlalu sukar untuk menggenggamnya, dan lagi sukar melepaskannya~~~ tapi apa pilihan yang aku ada...??? mungkin jika hari ini aku menggenggamnya erat, namun aku tau nanti aku terpaksa juga lepaskan dia~~~ mungkin makin lama akan makin sukar untuk aku~~~ jugak untuk dia~~~ 

mungkin inilah penghujungnya~~ mungkin inilah takdir aku yang sebenarnya~~~ mungkin ini lah akhir kisah aku dengan dia~~~ setelah dia jauh tinggalkan aku~~ memang aku tak boleh nak lupakan dia, tak boleh bila dia tak ada, dan tak pernah ingin dia menjauh~~~ namun aku sendiri tak tau~~~ aku serahkan pada Allah untuk tentukan arah hidup aku~~~ mungkin betul apa yang dia kata, aku bukan untuk dia, dan dia bukan untuk aku, mungkin semua ni hanya desakan perasaan dan nafsu untuk memiliki seseorang dalam hidup~~~ entahlah~~~ aku dah tak mampu nak berfikir~~~mungkin kalau dia untuk aku, mungkin dia kan kembali suatu hari nanti~~ andai dia lah pelengkap hidup, mungkin nanti dia akan ada~~~ sebab kalau dah jodoh tak kan kemana~~~ aku redha~~~ pergilah~~~

apapun SEMOGA KAU BAHAGIA SELALU~~~




Jumaat, 8 Februari 2013

aku rapuh~

Ya Allah, sesungguhnya hanya engkau yg tahu apa yg terbuku di dalam hati kecilku ini...hanya engkau yg tau dan memahami kedukaan yg melanda aku ya Allah.. Kerana aku sendiri tidak memahaminya, jauh sekali ahli keluarga, mahupun teman-teman..ya Allah sampai bilakah aku harus begini..?? Sesungguhnya hati aku rapuh dalam melalui ujian yg engkau berikan kepadaku ini~~ sampai bila air mata ini harus menitis..saban hari tangisan ini ada~ seakan sahabat karib yg tidak ingin jauh dariku~ sesungguhnya hati sudah tidak kuat untuk memendam dan menahan...di mana silapku..?? Adakah aku silap kerana terlalu kasih kan hambamu yg bernama manusia..?? Setiap detik ia ada..suka dan duka sentiasa ada..mimpi dan angan2 kosong, dengan resah yg ada, aku buntu~~ya Allah aku terlalu syg, ya Allah aku terlalu rindu kan dia, hanya padamu ak mohon agar rasa ini juga rasanya~~ namun, jika dia bukan yg diciptakan buatku, kau lapangkan lah hatiku untuk menerima, melepaskan dia, dan redha dengan ketentuanmu ya Allah~~ peritnya hati bgai di hiris sembilu, sungguh sakit yg pada aku tidak akan ada insan yg memahami~~ mencintai adalah luka, merindui adalah duka, kehilangan adalah sengsara~~ mungkin ini yg terbaik...semoga kau lindungi dia ya Allah, kerana rasa kasih aku tak ingin dia terluka, sengsara, derita, dan berduka~~andai aku bisa merubah segalanya~~

Macam2Ada~~~malaysian food

KUEY TIAW SUP PERUT
Ni boleh di klasifikasikan sebagai makan ke-2 kegemaran aku selepas LAKSA~~~ tak pernah miss setiap minggu mesti ada beli~~ kalu tak beli rasa semacam jer...hehehehe~~~~ dan di gerik ni, kedai yang satu-satunya jual kuay tiaw sup perut yg ada banyak perut and sedap cuma dalam kampung aku ajer yak itu di tepi sungai ULU KENDERONG dan kedai dia di kenali sebagai KEDAI HARUN yang di popularkan oleh orang kampung sendiri
Huhuhuhuhu AIS KACANG yummm yummm~~~ pekena masa jumpa my *&^*#@$% a.k.a (lepat) hari tu dekat gerai apa tah nama dia... motif lain, jadinnya lain

Ilove sup tulang... hehehe menu hari ini yang aku suka

Rabu, 6 Februari 2013

tanda-tanda kita sukakan seseorang~~

Perasaan menyukai seseorang amatlah indah sekali, tentu sahaja hati akan terasa berbunga indah~~ tambahan pula jika insan yang kita suka turut mempunyai rasa yang sama seperti kita~~~ tentu kita akan rasa bahagia~~masih ada juga keadaan di mana kita sendiri tidak pernah jangka bahawa kita menyukai seseorang itu kerana mungkin perasaan itu hadir tanpa kita sedari~~~ kerana kita sendiri masih merangkak-rangkak mencari makna suka~~

tentu sahaja ramai di luar sana yang berfikiran dan berpendapat yang sama~~~ 

Namun, ada beberapa tanda yang dapat membawa kita untuk  memahami hati sendiri sama ada kita menyukainya mahupun sebaliknya~~~ sekiranya ada di kalangan kita yang mempunyai tanda yang di sebut, cerah lah peluang bahawa hati kita memang menyimpan rasa suka kepadanya~~~

1) Rasa malu bila bercakap dengan dia seolah-olah ada seketul 
   emas di dalam mulut kita, rasa berat berat untuk bukak mulut.

2) Kita akan tersenyum sendiri bila berbual/bermesej dengannya.

3) bila kita ada dengan dia, kita hanya akan nampak dia tanpa 
   pedulikan kehadiran orang lain.

4) kita akan sentiasa ingat dia setiap hari dalam apa keadaan
   sekalipun.


5) rasa seronok dan selesa bila berbual dengannya atau bermesej 
   dengannya.

6) tidak pernah rasa jemu ketika dengannya.

7) rasa ingin selalu dengan dia tidak kira berbual/bermesej
        dengannya.

8) dak kita pasti akan memikirkan dia sewaktu kita membaca semua 
   yang tertulis ni.

9) kita mudah dan sentiasa memaafkan si dia jika sidia melakukan 
   kesalahan atau menyakitkan hati kita. 

10)rasa gementar ketika bertemu dengannya walaupun pertemuan itu
   bukan lagi pertemuan pertama.

11)parasaan hati yang berdebar-debar bagai di palu.

12)kita akan secara senyap-senyap mencuri lihat wall facebook
   atau laman sosial lain si dia, tanpa si dia sedari.

13)kita akan mencuri pandang wajahnya tanpa dia sedari.

14)rasa sunyi bila tidak menerima panggilan darinya ataupun
   pesanan ringkas darinya.

15)kita akan tersenyum sendiri.


16)merasa cemburu jika nama wanita/lelaki lain di sebut.

17)mudah merasa kecil hati walaupun kerana sebab yang kecil 
   lantas mengalirkan air mata.

18)seringkali teringat tentang si dia ketika hendak melelapkan 
   mata dan terasa rindu lantas berdoa di dalam hati agar dia 
   turut merindui kita.

19)kadangkala kita akan bermimpi tentang si dia.

20)kita akan merasa sukar bila dia tidak bersama.

hehehehe~~~pasti ramai yang mengalami perkara seperti ini, malah ada juga sesetengah yang merasakan suatu perasaan lain yang mungkin tidak di nyatakan di sini~~ kerana setiap insan reaksinya adalah berbeza, keadaan yang berbeza, dan penerimaan juga yang berbeza~~~

namun, walau apapun perbezaannya, perasaan menyukai seseorang ini amatlah indah~~ehehehehehe~~~ diriku turut tersenyum sendiri ketika membaca kembali hasil tulisan ini~~~ 

subhanallah, semoga rasa ini sentiasa bersemi di landasanmu YA ALLAH~~~ 

Selasa, 5 Februari 2013

ZON PETUA~~

1) MENGHILANGKAN KESAN LEBAM BIBIR
   ~ Ambil seulas/seketul ke/sebijik ke, apa-apa saja panggilan        yang sesuai bagi HALIA, dan sapukan di bibir selama minit 
     setiap hari, insyaallah akan berhasil namun tergantung  
     kepada jenis bibir jugak.

2) MENGHILANGKAN RESDUNG
   ~ Ambil beberapa helai daun sirih, rebuskan selama 15 minit,        basuh muka dengan air rebusan tersebut ketika masih suam  

3) MENGHILANGKAN BAU TUPPUWE (BEKAS MAKANAN)
   ~ Rendamkan beberapa helai surat khabar, ikut muat bekas la ye      dan biarkan selama 2 jam, surat khabar akan serap bau.

4) MENYUBURKAN TANAMAN
   ~ Letakkan hampas teh yang dah di gunakan di sekeliling pokok      dan siram pokok seperti biasa dan akan nampak hasilnya            beberapa hari kemudia.

5) MENYEGARKAN SAYURAN
   ~ Celup atau rendamkan dengan cuka makan, hanya sedikit cuka        saja yer.

INSYAALLAH TIDAK SALAH KALAU MENCUBA~~

10 wasiat imam Syafie kepada anak muridnya~~~

  1. HAK KEPADA DIRI - mengurangkan tidur, mengurangkan makan,                       mengurangkan bercakap dan berpada-pada pada                   rezeki yang ada.                            
  2. HAK KEPADA MALAIKAT MAUT - Mengqada' kan kewajipan yang                                 tertinggal, mendapatkan kemaafan                             dari orang yang dizalimi, bersedia                           untuk mati, dan cinta pada Allah.          
  3. HAK KEPADA KUBUR - Membuang sifat tabur fitnah, membuang                        tabiat kencing merata, memperbanyakkan                        solat tahajjud, membantu orang yang                          di zalimi.                                  
  4. HAK KEPADA MUNGKAR DAN NANGKIR - Tidak berkata dusta, berkata                                  benar, meninggalkan maksiat,                                  dan saling menasihati.             
  5. HAK KEPADA MIZAN (NERACA) - Menahan kemarahan, menbanyakkan                               zikir, mengikhlaskan amalan,                                 sanggup menanggung kesulitan dan                             kesusahan.                          
  6. HAK KEPADA SIRAT - Membuang sifat suka mengumpat, bersikap                      warak, suka membantu orang yang beriman,                      suka berjemaah.                              
  7. HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)- Menangis takutkan Allah,                                      berbuat baik kepada ibu                                      dan ayah, berakhlak baik,                                    bersedekah (secara teran/                                    atau sembunyi).                    
  8.  HAK KEPADA RIDWAN(PENJAGA SYURGA)- Redha pada Qada Allah,                                      sabar ketika di timpa                                        musibah, bersyukur, dan                                      bertaubat.                                                                                   
  9. HAK KEPADA NABI S.A.W - Berselawat, berpegang pada syariat,                           bergantung kepada As-Sunnah, sayang                           akan sahabat, bersaing mencari                               kelebihan daripada Allah.                  
  10. HAK KEPADA ALLAH S.W.T - Mengajak manusia ke arah kebaikan,                            mencegah keburukan, taat, menjauhkan                          diri atau membenci maksiat.

7 mata yang di cintai Allah S.W.T~~

Mata terlalu banyak fungsi mata bagi kita manusia di muka bumi ni~~~ namun, di antara semua fungsi yang ada, ada 7 jenis mata yang paling di cintai oleh Allah S.W.T~~~ kerana mata ni pun sebenarnya adalah pinjaman semata-mata~~ kan kan~~~ jadi kena la jaga sebaiknya~~~

  1. Mata yang menitiskan air mata ketara takutkan kebesaran dan kekuasaan Allah S.W.T,                                         
  2. Mata yang memandang Al-Quran , membaca Al-Quran, memahami, mengambil pengajaran dan mengamalkannya di dalam kehidupan seharian,                                                       
  3. Mata yang melihat dan memuji segala kejadian yang di cintakan oleh Alla S.W.T,                                                
  4. Mata yang berjaga di malam hari di jalan Allah S.W.T,          
  5. Mata yang sentiasa bertahan dan bersabar dari melihat sesuatu yang haram dan tidak elok untuk di lihat,                          
  6. Mata yang memandang mereka yang miskin dan susah dengan pandangan penuh rahmat dan penuh kasih sayang,                  
  7. Mata orang yang berusaha ke arah melaksanakan perintah jihad pada jalan Allah S.W.T.
Wallahhu a'lam~~~

Ahad, 3 Februari 2013

Konsert di lapangan Gerik~~~

setelah membuat plan dari semalam nak melepak di padang lapangan terbang layan artis buat persembahan, aleh2 malam ni tak kesampaian la pulak~~~ baru tadi ngorat RM50 kat abah~~~ tapi malam tadi abah pulak lupa yang aku nak pakai motor nak keluar, and dia balik lambat~~~ huhuhu melepas aku nak melepak tgk fauziah latif, aisyah, mawi, Hail amir, Yantzen, Zaiton sameon n dua tiga yang lain~~~ sedihnya~~~ ni abah alik dah lewat la pulak, memang tak dapat kuar la jawabnya~~hanya mampu mendengar konsert dari rumah ajer la~~~ kalau aku lelaki setakat pukul 11 dgn 12 leyh lagi nak keluar tapi malangnya perempuan~~~ ada batasan waktu :(

so, sekarang dah pukul 12 lebih dah~~~ dah masuk hari baru pun~~~ kejap lagi terpaksa masuk tidur la, tu pun kalau mata  ni boleh lena~~~ nak kacau dia, ermm mesti dia penat~~~ jadi membatalkan niat la~~~ biar dia rehat selepas berpenat lelah, membanting tulang4 kerat~~~ :D

wakakakaka~~~ rugi tak dapat nak cuci mata~~~ hehehe menggedik tetiba {cewah ;)} kalau tak dapat jugak la cuci mata tgk mamat2 cumil dari sekolah berdekatan tu~~~ sekolah pandai2, muka nerd2 belaka~~~ kot nak dapat adik angkat~~~ (zaman sekolah dulu rajin la aku) sekarang dah tua2, tak da nak berangkat2 lagi dah~~~ wakakakakaa~~~~ kematangan tu dah ada jadi tak la wat mcm yang budak kecik buat~~~ 

duduk rumah sengsorang tadi sebab mak, abah, abang suma tak ada~~~ melepak la sengsorang sampai kol 9mlm lebih tadi~~~ elok sonok2 duduk dalam bilik ada la pulak dengar sesuati yang pecah dekat dapor~~~ memeranjatkan aku yg sorang2 ni~~~ bukak lock pintu bilik, kuar pelan2 ge dapur~~~ tengok2 satu tingkap dapur pecah berderai atas lantai~~~ fuhhhh~~~ ni tak lain kerja kucing aku la ni~~~ si BOBO yang memanjat tingkap nak masuk dalam umah tapi tak lepas~~~aku apa lagi, panggil si BOBO ni, dia datang ja aku seipak montot dia, lari tak cukup tanah~~~  sakit nya hati bila nak kena sapu pulak sepihan kaca tu~~~ dalam punya baik hati nak sapu, last2 kaki aku sendiri yang terpijak kaca~~~ senyum sampai ke telinga aku~~~tu la saper suruh sepak kucing kan..padan muka.. da siap suma tu aku kembali ke bilik macam biasa~~~ proses rakaman albuk menggedik aku tu~~~ melalak tak habis2~~~

tak lama lepas tu, mak aku suma balik~~~ yang lagi senyum abah aku alik bawak sate ayam~~~ yummm yummmm~~~ lama tak makan~~~ hehehe~~~ kena pulak dengan kuah kacang ni~~~ memang terbaik dari ladang la~~~~

ermm tadi tetiba pulak kawan aku yg kat ipoh tu tanya pasal tanah yang nak di jual~~~ dah lama dia tanya cuma masih tak ada~~~ sama macam dulu, tak ada~~~ dah banyak orang aku tanya~~` kalau ada, jauh dalam hutan pulak~~~ mana boleyh~~~ hehehehe~~~ takpe2 ada la nanti kot~~~

si mamat yg tak faham bahasa ni pulak dok wat aku rimas ja~~~ kalau dah aku tak nak angkat Call tu paham2 jer la~~~ nak menaip mesej kat dia pun tak dak feel~~ apatah lagi nak jawab call~~~ tapi susah bila sengaja pura2 tak paham yang orang tak suka dia~~~ payah tol la~~~ kang aku lari jauh2 biar tak ada sapa yang leh cari baru tau~~~ puas hati semua nanti kot~~~~ tak paham aku~~~ semua nak buat serabot kepala ja~~~ suka sangat kalau aku jadi sewel kot~~~ hadoyai Ya Allah, sabar sabar sabar~~~jangan la aku jadi gilaaaa~~~ jauh la suma tu~~~ 

jauhkanla aku dari sesuatu yang tak beri manafaat pada aku ya Allah, dari sesuatu yg boleh menjatuhkan aku, melemahkan aku~~~ amin~~~



Sabtu, 2 Februari 2013

wahai mata~~

Dah pukul 3pg tapi kenapa la mata ni tetap tak nak lelap..nak buat mcm mana lagi ni??? Melalak sudah, sume dah..bukan melalak dlam erti kata sebenar la...mlm2 eh bukan pg2 mcm ni dgar lagu opick memang layan menyentuh hati~~ keinsafan hadir sebentar~~ pejam mata rapat2, mata pedih sudah~~ tolonggggg~~

Jumaat, 1 Februari 2013

My plans untuk bulan 2 n 3~~~

hermmmm~~~ busan nya duduk rumah hari ni~~~ tak da mende nak buat~~~ nak kacau orang tak boleyh~~~~ huhuhuhu~~~~ layan tv ajer la~~~ layan lagu~~~ layan apa yang boleh di layan~~~ sambil melihat2 gambar masa zaman kekecik dulu sambil tu jugak ketawa sorang2 bila tengok muka sememeh dulu2~~~ hahahaha~~~

hehehe~~~ banyak plan yang sudah di buat untuk bulan dua dan 3 ni~~~ di tambah pulak hutang tinggal lagi 2, 3 bulan aje lagi~~~ kira boleh la nk plan kan~~~ hehe~~~

Plan untuk bulan 2, adalah untuk menyertai kursus menjadi tour guide dekat hutan belum dan mendapatkan lesen yang sah yang di anjurkan oleh MDG~~~ insyaallah~~~ kalau ada rezeki untuk jadi tour guide~~~ wakakakaka~~~ kursus mengambil masa 17 hari ni mungkin bertempat di SG.6~~~ insyaallah katanya masih dalam perbincangan~~~ harap2 semua berjalan lancar~~~

ermmmm~~~ dan perancangan untuk bulan 3 pulak adalah untuk memelancongkan diri ke melaka~~~insyaallah buat kali yang ke-3, insyaallah kalau tak ada aral~~~ seronok bila sampai ke melaka nie.. melaka maju~~~ macam2 ada~~~ kali ni kalau sampai melaka teringin sangat nak naek duck cruse~~~ dua kali pegi, dua2 kali tak merasa nak naik~~~ macam best ajer~~~ kalau tak silap RM38.00 per/seorang~~~ nak jugak naek menara tamingsari yg dapat tgk seluruh kawasan tu~~~ best nya~~~ harapnya tercapai la kali ni~~~ nak snap pic banyak2~~~ hehehe~~~ dapat pulak singgah dekat NILAI, leh la shopping kain baju~~~ dekat sana memang banyak kain baju~~~ mau rambang mata nak beli~~~

dapat pulak naek Afamosa sekali lagi~~~ hahahaha~~~ berpeluh2 la jadinya~~~ dulu naek pun penat dah~~~ and teringin nak makan dekat satu restoran Yong Tau Fu yg terbaik di malaysia lah~~~ dekat Gerik pun tak sesedap tu~~~ tringin nya~~~ huhuhuhuhu~~~

dapat lak membeli belah makanan laut ker, keropok2 ker~~~ fuhhh syokkk syokkkk~~~~