Halaman

Rabu, 13 Februari 2013

kisah ini~~~

Duhai mata kau lelaplah, aku hanya nak lelapkan mata ni~~~ aku dah tak nak fikirkan apa2 lagi~~~ kalau boleh aku nak lupakan semuannya~~~ lupakan apa yang ada dalam hati aku ni~~ lupakan apa yang aku inginkan~~~ lupakan apa yang aku perlukan dalam hidup aku ni~~~ hari ni tak ada apa yang dapat aku buat melainkan hanya merenung kosong~~~ sesungguhnya sakit ini tiada pun yang tau~~ hanya mampu pendamkan sendiri~~~ ingin ku tangisi, namun seakan air mata itu sudah kering dan tidak lagi mampu mengalir~~~ nampak seakan aku kuat kerana air mata ini tidak lagi mengalir~~ namun hakikatnya aku menangis di dalam hati~~~ 

demi Allah aku tak tau apa yang patut aku buat melainkan hanya berdoa di dalam hati~~~ kerana aku tau Allah sentiasa mendengarnya~~~ mungkin dah di takdirkan aku hilang semua yang aku sayang dalam hidup aku~~~ mungkin ada hikmahnya di sebalik apa yang aku alami~~~cuma aku sendiri masih belum bisa melihatnya kerna aku hanya melihat apa yang aku inginkan~~~ walaupun aku tak biasa bila dia tak ada, kerana aku mungkin telah terbiasa, namun mungkin aku harus ambil langkah untuk pergi jauh~~~ mengakhirkan segalanya agar tak ada siapa pun yang akan terluka di kemudian hari~~~ mungkin aku harus berani dan belajar kehilangan dan kesunyian ni~~~ mungkin aku harus biasakan diri untuk tidak mendengar suaranya yang aku dengar selalu~~walaupun aku sebenarnya terlalu ingin mendengar seulas suara itu~~~ aku cuba untuk melalui hidup tanpa dia~~~ walaupun kadang2 bayangan itu hadir di tubir mata~~~

Ya Allah, aku hanya bisa berbiacara denganmu di saat ini~~~ kerana kau mendengar segala luahanku, memahami segala isi hatiku, kau tau apa yang terbuku di dasar hatiku ini~~~ mungkin ada perancangan yang lebih baik buatku ya Allah~~~

Apa pun, aku harap agar dia akan sentiasa bahagia, tidak akan pernah ada duka lagi di dalam hatinya~~~ aku cuma ingin dia gembira~~~ tidak sendiri~~ Ya Allah kau temukanlah dia dengan insan yang lebih baik dariku~~~ insan yang akan membawa kebahagiaan buatnya~~~ yang bisa membuat dia tersenyum sepanjang hari, yang bisa menjadi semangatnya saban hari, yang bisa menjadi pendorongnya di kala dia lemah, kau berikan yang terbaik buat dia ya Allah kerana aku tau dia insan yang baik~~~ kau hapuskan lah dukanya ~~~ kerana hanya itu yang mampu aku lakukan buatnya ya Allah~~~ aku doakan yang terbaik untuk dia~~~

aku tau cinta itu adakalanya tidak akan di miliki~~~ namun aku bersyukur sangat sebab aku pernah bertemu dengan sseorang yang sangat baik, memahami, bertanggungjawab, melindungi, menerima aku apa adanya, terima kasih kerana dia pernah ada rasa sayang itu pada aku, walaupun sementara~~~ namun aku tetap bersyukur dan hargai apa yang telah aku dapat~~ 

buatmu,
maafkan aku andai aku tidak mampu menzahirkan apa sebenarnya yang ada dalam hati aku ni~~~ aku sendiri tidak mampu memahami, inikan pula kau~~~aku cuma nak kau tau, aku tak akan pernah dapat melepaskan kau dengan mudah sekarang mahupun kemudian nanti~~~ mungkin hati kau sakit dengan apa yang aku buat dan untuk itu aku memohon sejuta kemaafan dari kau~~~ aku tidak mampu nak jelaskan apa itu cinta, apa itu sayang~~~apa itu rindu~~~ sebab aku tidak mampu nak huraikan semua tu~~ cuma apa yang aku rasa adalah bahagia~~~ 

Aku cuba untuk menjadi kuat, menahan apa yang datang, namun ada kalanya jari jemari ini terlalu ingin menaip sesuatu untuk dia~~ namun aku batalkan sahaja bila memikirkan apa yang dah jadi~~ adakah itu yang di gelar rindu...??? entah, aku sendiri tak tau~~~ bukan aku terlalu mudah melepaskannya~~ sebab aku sebenarnya terlalu sukar untuk menggenggamnya, dan lagi sukar melepaskannya~~~ tapi apa pilihan yang aku ada...??? mungkin jika hari ini aku menggenggamnya erat, namun aku tau nanti aku terpaksa juga lepaskan dia~~~ mungkin makin lama akan makin sukar untuk aku~~~ jugak untuk dia~~~ 

mungkin inilah penghujungnya~~ mungkin inilah takdir aku yang sebenarnya~~~ mungkin ini lah akhir kisah aku dengan dia~~~ setelah dia jauh tinggalkan aku~~ memang aku tak boleh nak lupakan dia, tak boleh bila dia tak ada, dan tak pernah ingin dia menjauh~~~ namun aku sendiri tak tau~~~ aku serahkan pada Allah untuk tentukan arah hidup aku~~~ mungkin betul apa yang dia kata, aku bukan untuk dia, dan dia bukan untuk aku, mungkin semua ni hanya desakan perasaan dan nafsu untuk memiliki seseorang dalam hidup~~~ entahlah~~~ aku dah tak mampu nak berfikir~~~mungkin kalau dia untuk aku, mungkin dia kan kembali suatu hari nanti~~ andai dia lah pelengkap hidup, mungkin nanti dia akan ada~~~ sebab kalau dah jodoh tak kan kemana~~~ aku redha~~~ pergilah~~~

apapun SEMOGA KAU BAHAGIA SELALU~~~




Tiada ulasan:

Catat Ulasan