Halaman

Rabu, 10 Julai 2013

ROTI GULUNG AYAM di Ramadhan hari pertama 7/10/13

Assalamualaikum~~ 
Hari ini merupakan hari pertama puasa ramadhan pada tahun ni~~ terasa sangan teruja kerana masih di beri peluang untuk menunaikannya~~ Alhamdulillah~~ tak banyak persiapan yang di lakukan untuk bersahur subuh tadi~~ hanya makanan yang ringkas saja~~ iaitu sayur suun dengan fucuk, telur asin, ayam goreng~~ bersama air teh panas~~ itu sudah cukup baik bagi aku dan keluarga~~ hari pertama puasa bagi aku agak penat walaupun sebelum ni aku puasa jugak~~ mungkin jugak cuaca yang tak menentu buat badan jadi tak larat dan rasa nak rehat aje~~ hari ni masa di habiskan dengan mengemas rumah macam selalu~~aku kan bibik~~ hahaha (ketawa kecil)~~ setelah selesai, aku boleh pulak terlelap~~~ dasyat pulak aku rasa~~~ selepas asar, siap2 masak untuk berbuka, masak lepat labu, gulai lemak labu, roti gulung ayam~~ huhuhuhu~~~ 

   
RESEPI
ROTI GULUNG AYAM

Bahan-bahan inti : untuk 10 biji

2 ketul dada ayam (di rebus dan di carik halus)
1 biji tomato (di cincang halus)
1 sudu besar tepung jagung 
1 ulas bawang besar (potong dadu)
10 biji cili padi (di hiris halus)
1 cawan air rabusan ayam (stok ayam)
3 camca besar minyak
1 sudu teh serbuk lada hitam
sedikit daun bawang/daun sup
garam secukup rasa
perasa (jika perlu atau gantikan dengan gula)
Kalau nak tambah apa-apa lagi pun boleh ikut selera sendiri

Cara masak inti :

1) tumiskan bawang besar sehingga naik bau
2) masukkan air rebusan ayam/stok ayam
3) masukkan isi ayam yang telah di carik halus (biarkan sebentar)
4) masukkan tomato yang di potong dadu
5) masukkan juga cili padi yang telah di hiris halus
6) masukkan serbuk lada hitam, tepung jagung, garam, serta perasa
7) masukkan daun bawang dan daun sup (tunggu sehingga kering)
8) tutup api dan sejukkan

Bahan untuk roti :

10 keping roti gardenia atau roti lain 
sebiji telur ayam
garam secukup rasa

cara penyediaan roti :

1) kukuskan roti gardenia tersebut selama 2 minit (untuk melembutkan)
2) pukul telur ayam bersama secubit garam
3) gelek roti yang telah di kukus lembut dengan menggunakan kayu penggelek
4) isikan inti ayam ikut kesesuaian dan di gamkan dengan telur
5) boleh jugak kalau nak di sapukan telur dan di salutkan dengan serbut roti jika suka
6) goreng di dalam api yang sederhana sampai keperangan

SELAMAT MENCUBA..!!!!

Sebelum tidur ni, sempat jugak mereka-reka juadah untuk esok hari, di samping kena tidur awal, maklumlah takut tak terjaga pulak nanti :)

kepada cik abang wazizi, selamat berpuasa yer, maaf bulan2 puasa ni jarang menghubungi~~~

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan