Halaman

Rabu, 17 Julai 2013

Rama-rama kuning



 Rama-rama ni warna kuning semua tapi agak liar and as usual saya tak tau nama rama-rama ni



rama rama kuning/hitam


  
Ini adalah antara rama-rama yang ada di laman rumah aku, jenis yang ni berwarna kuning tapi dekat keliling sayap dia ada warna hitam di bahagian dalamnya, suma masalahnya aku tak tau nama rama-rama ni









Rabu, 10 Julai 2013

ROTI GULUNG AYAM di Ramadhan hari pertama 7/10/13

Assalamualaikum~~ 
Hari ini merupakan hari pertama puasa ramadhan pada tahun ni~~ terasa sangan teruja kerana masih di beri peluang untuk menunaikannya~~ Alhamdulillah~~ tak banyak persiapan yang di lakukan untuk bersahur subuh tadi~~ hanya makanan yang ringkas saja~~ iaitu sayur suun dengan fucuk, telur asin, ayam goreng~~ bersama air teh panas~~ itu sudah cukup baik bagi aku dan keluarga~~ hari pertama puasa bagi aku agak penat walaupun sebelum ni aku puasa jugak~~ mungkin jugak cuaca yang tak menentu buat badan jadi tak larat dan rasa nak rehat aje~~ hari ni masa di habiskan dengan mengemas rumah macam selalu~~aku kan bibik~~ hahaha (ketawa kecil)~~ setelah selesai, aku boleh pulak terlelap~~~ dasyat pulak aku rasa~~~ selepas asar, siap2 masak untuk berbuka, masak lepat labu, gulai lemak labu, roti gulung ayam~~ huhuhuhu~~~ 

   
RESEPI
ROTI GULUNG AYAM

Bahan-bahan inti : untuk 10 biji

2 ketul dada ayam (di rebus dan di carik halus)
1 biji tomato (di cincang halus)
1 sudu besar tepung jagung 
1 ulas bawang besar (potong dadu)
10 biji cili padi (di hiris halus)
1 cawan air rabusan ayam (stok ayam)
3 camca besar minyak
1 sudu teh serbuk lada hitam
sedikit daun bawang/daun sup
garam secukup rasa
perasa (jika perlu atau gantikan dengan gula)
Kalau nak tambah apa-apa lagi pun boleh ikut selera sendiri

Cara masak inti :

1) tumiskan bawang besar sehingga naik bau
2) masukkan air rebusan ayam/stok ayam
3) masukkan isi ayam yang telah di carik halus (biarkan sebentar)
4) masukkan tomato yang di potong dadu
5) masukkan juga cili padi yang telah di hiris halus
6) masukkan serbuk lada hitam, tepung jagung, garam, serta perasa
7) masukkan daun bawang dan daun sup (tunggu sehingga kering)
8) tutup api dan sejukkan

Bahan untuk roti :

10 keping roti gardenia atau roti lain 
sebiji telur ayam
garam secukup rasa

cara penyediaan roti :

1) kukuskan roti gardenia tersebut selama 2 minit (untuk melembutkan)
2) pukul telur ayam bersama secubit garam
3) gelek roti yang telah di kukus lembut dengan menggunakan kayu penggelek
4) isikan inti ayam ikut kesesuaian dan di gamkan dengan telur
5) boleh jugak kalau nak di sapukan telur dan di salutkan dengan serbut roti jika suka
6) goreng di dalam api yang sederhana sampai keperangan

SELAMAT MENCUBA..!!!!

Sebelum tidur ni, sempat jugak mereka-reka juadah untuk esok hari, di samping kena tidur awal, maklumlah takut tak terjaga pulak nanti :)

kepada cik abang wazizi, selamat berpuasa yer, maaf bulan2 puasa ni jarang menghubungi~~~

 

Sabtu, 6 Julai 2013

Rama2kecil terbang tinggi~~



hurmmmm demam.... baru aku tau yang jie demam~~~ hehe baru ingat nak merajuk lama sikit sebab jie tak ada... tapi rupa2 nya demam, tak jadi nak merajuk~~ heheeheh~~~ hari ni agak penat~~banyak keje yang perlu di buat sampai naik cremp kaki aku ni~~ sabo jer lah....apa pun hari ni aku ternampak seekor rama2 yang tersangatlah cantik~~ n jinak jugak~~ walau aku ada dekat dia tak lari pun~~ still isap madu bunga tu jugak~~ hheehe semuanya jasa mak aku yg dok tanam bunga~~~ kalau tak, tak adanya rama2 sumer ni nak datang~~ banyak rama2 yg datang~~ macam2 jenis ada~~~ tapi yg hari ni yg paling jinak skali~~~ tapi kebanyakan rama2 yang datang umurnya tak panjang sebab tentu my cats sumer akan kejar and makan dia~~~ huhuhu kalau aku nampak, aku ketuk dah kucing tu~~ tapi kalau tak nampak alamatnya mati la rama2 sumer tu~~~

Ada dua tiga pic yang aku sempat snap tadi masa dok usha2 rama2 tu~~

 aku pun baru dapat tau dari seseorang yang rama2 ni jenis yg rare~~ susah nak jumpa~~ entah macam mana boleh ada depan umah aku pun tak tau la~~

 tengok rama2 ni boleh buat hati jadi senang dan tenang jer~~ mungkin sebab dia cantik~~~ huhuhu
 si cantik manis yang aku tak tau namanya ni~~~ hehe yang aku tau dia adalah spesis rama2 dan bukannya kelawar hahahaha~~

Berterbangan dengan gembiranya~~aku turut menumpang kegembiraannya itu~~~ 
 lepas siap aku rakam and snap pic, entah ke mana dia menghilang~~~ tapi tak apa, harap spesis ni akan bertambah dari hari ke hari~~~ si cantik manis nie~~~ :)

Andai kan dulu~~~

Kadang2 kerunsingan ni tak dapat nak di kongsikan, kadang2 rasa hati ni tak dapat di luah kan...kadang2 tak tau pada siapa nak mengadu... kadang2 seakan memerlukan seseorang untuk mendengar apa yang aku rasakan~~~mengapa macam ni pun aku tak tau~~ mungkin kerana aku wanita lantas rasa ini seringkali hadir~~ terkadang hati ini sayu tanpa sebab~~ terkadang air mata ini mengalir secara tiba2 tanpa sebab yg pasti~~ atau mungkin kerana aku tidak mengakui apa yg aku rasakan di dalam~~~ aku rasa libang libu~~ YA ALLAH, kenapa aku rasa macam ni~~~ kadang2 aku sendiri tak faham dengan kehidupan aku sendiri~~~aku rindukan dia~~tapi apakan daya, dia pun ada kehidupannya yang tersendiri~~ aku kena memahami dia~~ tak semestinya dia kena ada dengan aku setiap masa~~ aku cuba memahami, dia pun ada kerja, ada kehidupan, yg perlu dia lalui selain melayan karena aku yg tah apa2 ni~~ tapi tah la, rasa hati ni tetap hadir dan buat aku rasa macam ni~~ aku tak dapat nak paksa untuk membiarkan~~~ entah la, susah nk di terangkan apa yg di rasa, feel pain inside, feel lost, feel alone~~ terima kasih duhai air mata, kerana sudi menjadi peneman di kala ini~~~ jasamu amat di kenang~~~ sekurangnya feel better~~~

Khamis, 30 Mei 2013

Perkahwinan my best friend

Assalamualaikum semua, ekekekeke....
tak ada perkembangan baru puntapi baru-baru ni my best friend kawin dengan org johor segamat.... aku sebagai kawan kena la tolong apa yang patut kan... hehehehehe ... kalau dah nama kenduri kan, banyak keje nak kena buat... jadi ada lah serba sikit pic yang aku sempat snap, tak ada la banyak pun.. dua tiga keping jer....!!


Jumaat, 3 Mei 2013

cinta itu tawa dan air mata

Sekali lagi mata aku sangat sukar untuk di lelapkan..entah mengapa aku merasa mcm ni..seakan aku hilang di dalam keriuhan jutaan manusia..seakan sunyi walau di kelilingi manusia yg pelbagai ragam dan karenah..aku sendiri tak pasti aku di mana..adakah aku masih bermimpi...kdg2 bila sendiri kisah lama mula terlayar di tubir mata..mengingat kembali akan kisah lama dulu..jauh di suduhati aku harap bhawa masa tak kan pernah berlalu kerana aku takut di tinggalkan dan tercicir di belakang tanpa ada yg sedar bahawa aku ini wujud dan bukan bayang2... Selalu aku ingatkan pd diri agar jadikan kisah lalu sbg tauladan dan panduan unt masa hadapan, mamun tatkala aku. Melalui dan merentasi masa hadapan, semuanya hilang seiring hilangnya jejak ku yg lama..membuatkan aku terpbjsa menghadapi kisah ygsama buat ke dua kalinya...jauh di sudut hati aku rindukannya..namunaku harus fahami bhawa dia setapak di hadapanku, dan tak mungkin aku dapat menyainginya..lantas aku tetap ketinggalan di belakang.. Aku sepatotnya meneruskan hdup, tanpa mengganggu kehidupannya yg sudah jauh lebih baik..mungkin aku harus membiarkan dia dgan kehdupannya..jauhnya dia unk ku gapai..lupakanlah, lupakanlah, lupakanlah segalanya duhai hati...biarkanlah dia bahagia, usah di ganggu lagi..janganlah kau ikutkan hatimu wahai hati...dia dah pun bhagia dgan khdupan dia...jganlah kau menjadi penghalangnya...mungkin aku tak akan ada laman sosial yg bernama tagged lagi..laman yg telah menemukan aku dgan nya..laman yg bg aku suatu yg akan ku jadikan kenangan...aku seakan ingin mencuba hdup di bwah tempurung..menjadi insan yg tak tau apa pun... Di sebalik kegembiraan perkahwinan teman baik ku yg bkal tibe, terselit juga di sudut hati kesedihan yg tak mungkin dapat di fahami oleh sesiapa...kenapa aku mcm ni? Kenapa org lain dapat teman yg di impikan? Kalau ak yg kawin nanti, selebar itu kah senyumanku? Atau e dukaan yg melanda? Walau apa pun aku tetap teruja untk membantu unt dapatkan apa yg my bff nak..ak harap perkahwinan dia nanti akan menjadi kisah yg di kenang dan bhagia.. Tentang aku, ku cmpak kan ke tepi..jika dh tak ada pilhan, ckuplah sekadar yg wajib sahaja..bahagia? Biarlah Allah saja yg tentukan..pilhan mgkin dah tak ada unt aku.. Namun unt yg di luar sana, ak doakan kalian beroleh cinta hati dan cinta sejati...jangan jadi seperti aku...apa nak jadi? Sambil mengarang air mata ini gugur setikik demi setitik, mewakili esedihan yg cube d tanggung.. Aku hanya mampu teruskan hdup, hdup dgan apa adanya..hdup dlam kenangan agar tak di lupakan walau di dalam sebuah ingatan...jauh aku berfikir ya Allah..terlalu bnyak yg aku minta ya Allah..tapi kau berilah apa yg baik untuk ku ini... Niat unt lelapkan mata tegendala dgan hadirnya titisan hangat ini..memaksa aku memeluk bntal mencari semula semangat yg hampir tiada... Kau lindungi semua insan yg aku sayangi ya Allah, Amin