Halaman

Ahad, 3 Mac 2013

Kesibukan hari ini~~~

ASSALAMUALAIKUM~~~ (jawab ye Jie) ~~~ :p
Dalam beberapa hari ni aku tak dapat dan tak ada mood untuk mengupdate bolg ni~~~ banyak kerja dan masalah yang berlaku~~~ dengan my nenek meninggal dunia~~ dan sekarang pulak sdang sibuk nak packing barang2 nak ke kursus tour guide royal belum~~~ selama 17 hari dalam hutan royal belum tu~~~ ada dua tiga menda lagi yang aku tak buat, dengan tak tangkap gambar lagi~~~ hadoyaiii harap sempat la~~~ takut jugak nak masuk hutan, seberang sungai perak tu, di tmbah dengan musim ujan dan air pulak deras~~~ risau pun ada tapi nak buat macam mana kan~~~ bukan kita tau pasal cuaca ni~~~ tawakal je la~~~  mungkin dan lepas selesai kursus ni aku nak melepak sekejap~~~ elok pulak nanti adik aku dah mula cuti 6 bulan dia tu~~ leh jugak pegi tempat Jie (kering)~~~ teringin nak main pelampong dgn main sungai~~~ sambil tu boleh kelah2 kan~~~ tak pa2~~~ tunggu lepas ni la~~~ hahahaha~~~ dapat jugak jumpa dengan jie~~~ hehehee~~~huhuhuhuhu~~~ mungkin jugak nak ke langkawi nanti~~~ nak naik kabel car~~~ dulu tak sempat nak naik~~~ extra sebab adik ada dekat sana~~~ bleh suruh dia bawak ronda2~~~

Khamis, 14 Februari 2013

dugaan betul~~~

Ya Allah, apa lagi ujian yang kau beri dekat aku~~~ sesungguhnya aku sseakan sudah tidak mampu untuk hadapi ya Allah~~~ kadang2 aku terfikir jugak, kenapa semua ni jadi dekat aku~~ apa yang aku dah buat..?? setau aku, aku tak pernah ganggu kehidupan orang lain~~ sampai aku dapat ujian yang sebegini rupa~~ lepas satu satu ujian yang datang~~~ di manakah salahnya~~~??? kadang2 aku tanya diri aku sendiri~~~ permulaan yang baik belum tentu akan berakhir dengan baik jugak~~ memang seharusnya aku berfikiran positif dan tidak berburuk sangka~~ namun, aku tak nak pisang berbuah dua kali dalam keluarga aku ni~~~ cukup mak aku je yang rasa perasaan yang macam tu~~~ dan aku dah tau perasaan tu~~ dan adakah aku pun akan hadap keadaan yang sama..???  susahnya bila melibatkan keluarga~~ semua jadi rumit~~~ nak amik jalan penyelesaian pun payah sebab banyak hati yang nak kena jaga~~~ tapi kenapa?? dah tak ada orang lain ke dalam dunia ni~~~ kenapa nak kena ada kena mengena dengan keluarga aku jugak~~~ dugaan apakah ini ya Allah~~~ aku sedaya upaya nak lari dari melibatkan keluarga, tapi kenapa ada yang masih nak cari masalah~~ walaupun bukan sekarang, namun aku tau satu hari nanti pasti akan ada masalah~~ kalau dengan orang luar tak apa, tapi bila sesama keluarga, pasti akan lebih buruk~~ cukup2 la yang dok ada tu~~ tak reti lagi ka nak jadikan pengajaran~~~ pening aku dengan orang macam ni~~ yang last2 jadikan aku dalam masalah~~ jadikan family aku masalah~~kalau dia buat macam ni apa yang akan aku panggil nanti?? maksu kakak? atau kakak maksu?? macam tu??? nak sangat jadi keluarga 69~~~ adoyai~~~ lagi nak lari, lagi dekat masalah tu datang~~ aku dah cukup serabut dengan masalah yang ada~~ hati yang sabar ni kadang2 dah tak berapa nak sabar lagi~~ hilang semuanya~~~ sabar cuba lah bersabar~~~

Rabu, 13 Februari 2013

today celaru~

hari ini, bukan lagi hari ini dalam sejarah~~rutin harian seperti biasa..terasa sunyi dan kosong kembali kerana adik2 dah balikke tempat masing2..sorang ke ipoh, sorang lagi ke langkawi..abg pulak ge keje..abah ke kebun..hem tinggal aku dengan mak aje..apa pun SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN buat mak aku yg sgt2 aku syg..akak harap mak di panjangkan umur, di murahkan rezeki dan berbahagia selalu..akak sayang mak... Tak lupa jugak aku jadi wakil untuk adik2.. Pagi ni jugak ak dapat tawu adik aku yg navy 2 nak tunang n kawin terus..sibuk bertanya pasal harga semua..dah sampai seru kawin lah man~~ janji jaga anak orang baik2 udah la~~ sonok pulak aku dengar~~semoga semuanya lancar~~ aku hanya mampu tersenyum..mgkin dah tak ada apa yg nak di coretkan tentang aku..mungkin ini coretan terakhir tentang diri aku..selebihnya tentang orang lain..hidup aku biarlah Allah dan aku sahaja yg tahu~~kerana aku dah tak ingin di simpati atas nasib aku lagi..biar tak ada yg tau, mungkin itu lebih baik~~mungkin kesemua yg jadi adalah takdir lantas aku dan dia menekadkan diri dalam membuat keputusan~~dalam pada aku mengelamun, tetibe ada kereta gen2 kalau tak silap aku kt depan umah, tak pulak ak tau siapa, namun iras2 2 macam aku kenali~~tapi aku tak pasti dan abaikan je lah~~dapat tau kursus tour guide d tunda ke awal bulan 3, dan nampaknya x ada la rezeki aku nak je melaka bukan rezeki aku agaknya~~

kisah ini~~~

Duhai mata kau lelaplah, aku hanya nak lelapkan mata ni~~~ aku dah tak nak fikirkan apa2 lagi~~~ kalau boleh aku nak lupakan semuannya~~~ lupakan apa yang ada dalam hati aku ni~~ lupakan apa yang aku inginkan~~~ lupakan apa yang aku perlukan dalam hidup aku ni~~~ hari ni tak ada apa yang dapat aku buat melainkan hanya merenung kosong~~~ sesungguhnya sakit ini tiada pun yang tau~~ hanya mampu pendamkan sendiri~~~ ingin ku tangisi, namun seakan air mata itu sudah kering dan tidak lagi mampu mengalir~~~ nampak seakan aku kuat kerana air mata ini tidak lagi mengalir~~ namun hakikatnya aku menangis di dalam hati~~~ 

demi Allah aku tak tau apa yang patut aku buat melainkan hanya berdoa di dalam hati~~~ kerana aku tau Allah sentiasa mendengarnya~~~ mungkin dah di takdirkan aku hilang semua yang aku sayang dalam hidup aku~~~ mungkin ada hikmahnya di sebalik apa yang aku alami~~~cuma aku sendiri masih belum bisa melihatnya kerna aku hanya melihat apa yang aku inginkan~~~ walaupun aku tak biasa bila dia tak ada, kerana aku mungkin telah terbiasa, namun mungkin aku harus ambil langkah untuk pergi jauh~~~ mengakhirkan segalanya agar tak ada siapa pun yang akan terluka di kemudian hari~~~ mungkin aku harus berani dan belajar kehilangan dan kesunyian ni~~~ mungkin aku harus biasakan diri untuk tidak mendengar suaranya yang aku dengar selalu~~walaupun aku sebenarnya terlalu ingin mendengar seulas suara itu~~~ aku cuba untuk melalui hidup tanpa dia~~~ walaupun kadang2 bayangan itu hadir di tubir mata~~~

Ya Allah, aku hanya bisa berbiacara denganmu di saat ini~~~ kerana kau mendengar segala luahanku, memahami segala isi hatiku, kau tau apa yang terbuku di dasar hatiku ini~~~ mungkin ada perancangan yang lebih baik buatku ya Allah~~~

Apa pun, aku harap agar dia akan sentiasa bahagia, tidak akan pernah ada duka lagi di dalam hatinya~~~ aku cuma ingin dia gembira~~~ tidak sendiri~~ Ya Allah kau temukanlah dia dengan insan yang lebih baik dariku~~~ insan yang akan membawa kebahagiaan buatnya~~~ yang bisa membuat dia tersenyum sepanjang hari, yang bisa menjadi semangatnya saban hari, yang bisa menjadi pendorongnya di kala dia lemah, kau berikan yang terbaik buat dia ya Allah kerana aku tau dia insan yang baik~~~ kau hapuskan lah dukanya ~~~ kerana hanya itu yang mampu aku lakukan buatnya ya Allah~~~ aku doakan yang terbaik untuk dia~~~

aku tau cinta itu adakalanya tidak akan di miliki~~~ namun aku bersyukur sangat sebab aku pernah bertemu dengan sseorang yang sangat baik, memahami, bertanggungjawab, melindungi, menerima aku apa adanya, terima kasih kerana dia pernah ada rasa sayang itu pada aku, walaupun sementara~~~ namun aku tetap bersyukur dan hargai apa yang telah aku dapat~~ 

buatmu,
maafkan aku andai aku tidak mampu menzahirkan apa sebenarnya yang ada dalam hati aku ni~~~ aku sendiri tidak mampu memahami, inikan pula kau~~~aku cuma nak kau tau, aku tak akan pernah dapat melepaskan kau dengan mudah sekarang mahupun kemudian nanti~~~ mungkin hati kau sakit dengan apa yang aku buat dan untuk itu aku memohon sejuta kemaafan dari kau~~~ aku tidak mampu nak jelaskan apa itu cinta, apa itu sayang~~~apa itu rindu~~~ sebab aku tidak mampu nak huraikan semua tu~~ cuma apa yang aku rasa adalah bahagia~~~ 

Aku cuba untuk menjadi kuat, menahan apa yang datang, namun ada kalanya jari jemari ini terlalu ingin menaip sesuatu untuk dia~~ namun aku batalkan sahaja bila memikirkan apa yang dah jadi~~ adakah itu yang di gelar rindu...??? entah, aku sendiri tak tau~~~ bukan aku terlalu mudah melepaskannya~~ sebab aku sebenarnya terlalu sukar untuk menggenggamnya, dan lagi sukar melepaskannya~~~ tapi apa pilihan yang aku ada...??? mungkin jika hari ini aku menggenggamnya erat, namun aku tau nanti aku terpaksa juga lepaskan dia~~~ mungkin makin lama akan makin sukar untuk aku~~~ jugak untuk dia~~~ 

mungkin inilah penghujungnya~~ mungkin inilah takdir aku yang sebenarnya~~~ mungkin ini lah akhir kisah aku dengan dia~~~ setelah dia jauh tinggalkan aku~~ memang aku tak boleh nak lupakan dia, tak boleh bila dia tak ada, dan tak pernah ingin dia menjauh~~~ namun aku sendiri tak tau~~~ aku serahkan pada Allah untuk tentukan arah hidup aku~~~ mungkin betul apa yang dia kata, aku bukan untuk dia, dan dia bukan untuk aku, mungkin semua ni hanya desakan perasaan dan nafsu untuk memiliki seseorang dalam hidup~~~ entahlah~~~ aku dah tak mampu nak berfikir~~~mungkin kalau dia untuk aku, mungkin dia kan kembali suatu hari nanti~~ andai dia lah pelengkap hidup, mungkin nanti dia akan ada~~~ sebab kalau dah jodoh tak kan kemana~~~ aku redha~~~ pergilah~~~

apapun SEMOGA KAU BAHAGIA SELALU~~~




Jumaat, 8 Februari 2013

aku rapuh~

Ya Allah, sesungguhnya hanya engkau yg tahu apa yg terbuku di dalam hati kecilku ini...hanya engkau yg tau dan memahami kedukaan yg melanda aku ya Allah.. Kerana aku sendiri tidak memahaminya, jauh sekali ahli keluarga, mahupun teman-teman..ya Allah sampai bilakah aku harus begini..?? Sesungguhnya hati aku rapuh dalam melalui ujian yg engkau berikan kepadaku ini~~ sampai bila air mata ini harus menitis..saban hari tangisan ini ada~ seakan sahabat karib yg tidak ingin jauh dariku~ sesungguhnya hati sudah tidak kuat untuk memendam dan menahan...di mana silapku..?? Adakah aku silap kerana terlalu kasih kan hambamu yg bernama manusia..?? Setiap detik ia ada..suka dan duka sentiasa ada..mimpi dan angan2 kosong, dengan resah yg ada, aku buntu~~ya Allah aku terlalu syg, ya Allah aku terlalu rindu kan dia, hanya padamu ak mohon agar rasa ini juga rasanya~~ namun, jika dia bukan yg diciptakan buatku, kau lapangkan lah hatiku untuk menerima, melepaskan dia, dan redha dengan ketentuanmu ya Allah~~ peritnya hati bgai di hiris sembilu, sungguh sakit yg pada aku tidak akan ada insan yg memahami~~ mencintai adalah luka, merindui adalah duka, kehilangan adalah sengsara~~ mungkin ini yg terbaik...semoga kau lindungi dia ya Allah, kerana rasa kasih aku tak ingin dia terluka, sengsara, derita, dan berduka~~andai aku bisa merubah segalanya~~

Macam2Ada~~~malaysian food

KUEY TIAW SUP PERUT
Ni boleh di klasifikasikan sebagai makan ke-2 kegemaran aku selepas LAKSA~~~ tak pernah miss setiap minggu mesti ada beli~~ kalu tak beli rasa semacam jer...hehehehe~~~~ dan di gerik ni, kedai yang satu-satunya jual kuay tiaw sup perut yg ada banyak perut and sedap cuma dalam kampung aku ajer yak itu di tepi sungai ULU KENDERONG dan kedai dia di kenali sebagai KEDAI HARUN yang di popularkan oleh orang kampung sendiri
Huhuhuhuhu AIS KACANG yummm yummm~~~ pekena masa jumpa my *&^*#@$% a.k.a (lepat) hari tu dekat gerai apa tah nama dia... motif lain, jadinnya lain

Ilove sup tulang... hehehe menu hari ini yang aku suka

Rabu, 6 Februari 2013

tanda-tanda kita sukakan seseorang~~

Perasaan menyukai seseorang amatlah indah sekali, tentu sahaja hati akan terasa berbunga indah~~ tambahan pula jika insan yang kita suka turut mempunyai rasa yang sama seperti kita~~~ tentu kita akan rasa bahagia~~masih ada juga keadaan di mana kita sendiri tidak pernah jangka bahawa kita menyukai seseorang itu kerana mungkin perasaan itu hadir tanpa kita sedari~~~ kerana kita sendiri masih merangkak-rangkak mencari makna suka~~

tentu sahaja ramai di luar sana yang berfikiran dan berpendapat yang sama~~~ 

Namun, ada beberapa tanda yang dapat membawa kita untuk  memahami hati sendiri sama ada kita menyukainya mahupun sebaliknya~~~ sekiranya ada di kalangan kita yang mempunyai tanda yang di sebut, cerah lah peluang bahawa hati kita memang menyimpan rasa suka kepadanya~~~

1) Rasa malu bila bercakap dengan dia seolah-olah ada seketul 
   emas di dalam mulut kita, rasa berat berat untuk bukak mulut.

2) Kita akan tersenyum sendiri bila berbual/bermesej dengannya.

3) bila kita ada dengan dia, kita hanya akan nampak dia tanpa 
   pedulikan kehadiran orang lain.

4) kita akan sentiasa ingat dia setiap hari dalam apa keadaan
   sekalipun.


5) rasa seronok dan selesa bila berbual dengannya atau bermesej 
   dengannya.

6) tidak pernah rasa jemu ketika dengannya.

7) rasa ingin selalu dengan dia tidak kira berbual/bermesej
        dengannya.

8) dak kita pasti akan memikirkan dia sewaktu kita membaca semua 
   yang tertulis ni.

9) kita mudah dan sentiasa memaafkan si dia jika sidia melakukan 
   kesalahan atau menyakitkan hati kita. 

10)rasa gementar ketika bertemu dengannya walaupun pertemuan itu
   bukan lagi pertemuan pertama.

11)parasaan hati yang berdebar-debar bagai di palu.

12)kita akan secara senyap-senyap mencuri lihat wall facebook
   atau laman sosial lain si dia, tanpa si dia sedari.

13)kita akan mencuri pandang wajahnya tanpa dia sedari.

14)rasa sunyi bila tidak menerima panggilan darinya ataupun
   pesanan ringkas darinya.

15)kita akan tersenyum sendiri.


16)merasa cemburu jika nama wanita/lelaki lain di sebut.

17)mudah merasa kecil hati walaupun kerana sebab yang kecil 
   lantas mengalirkan air mata.

18)seringkali teringat tentang si dia ketika hendak melelapkan 
   mata dan terasa rindu lantas berdoa di dalam hati agar dia 
   turut merindui kita.

19)kadangkala kita akan bermimpi tentang si dia.

20)kita akan merasa sukar bila dia tidak bersama.

hehehehe~~~pasti ramai yang mengalami perkara seperti ini, malah ada juga sesetengah yang merasakan suatu perasaan lain yang mungkin tidak di nyatakan di sini~~ kerana setiap insan reaksinya adalah berbeza, keadaan yang berbeza, dan penerimaan juga yang berbeza~~~

namun, walau apapun perbezaannya, perasaan menyukai seseorang ini amatlah indah~~ehehehehehe~~~ diriku turut tersenyum sendiri ketika membaca kembali hasil tulisan ini~~~ 

subhanallah, semoga rasa ini sentiasa bersemi di landasanmu YA ALLAH~~~