Rama-Rama Kecil adalah duniaku, Dunia fantasi harianku (^_^) dunia impianku, yang aku harap akan menjadi kenyataan (^_^)
Rabu, 26 Disember 2012
So WhAt~~
Sakit hati pulak rasanya hari ni, hei samdol, memang la mata aku sepet macam ni, dan memang la kening aku semula jadi macam ni, mana ada aku cukur segala, dah memang sejak azali macam ni~~ aku ni mix melayu dengan cina, dah tentu2 nya la ada turun sikit ciri2 cina tu~~~ hadoyaiiii tu pun nak di jadikan isu kew~~~aku bagi flaying kick (bukan flaying kiss) baru kau tahu~~~ aper la~~~
4 jenis lelaki~~~
Lelaki dan jenis2 nya, bukan sebagai pengukur kasih sayang yer, tapi sekadar melihat :
Lelaki yang kacak dan tidak berharta, yang jenis ni banyak jugak la yang dapat kita tengok~~ biar papa asalkan bergaya~~ menggunakan kriteria wajah yang comey/handsome untuk memikat hati wanita, walhal dia dok bergantung dengan mak ayah lagi~~~ yang jenis ni tak tahu nak kata la~~ tapi bukan la semua~~~
Lelaki yang tidak kacak dan berharta ni ramai jugak, pada aku lelaki yang jenis macam ni di gilai wanita masa kini~~ lelaki jenis ni setia pada wanita tapi ikut keadaan jugak lah~~ lelaki macam ni sering rendah diri~~ dan kebanyakannya kalau kawin, si isteri cuma pandang harta~~ sebab wajah tak se tampan mana~~ tapi ada jugak wanita yang suka jenis lelaki macam ni~~ nampak bersederhana~~~ pendapat aku je la~~~
Lelaki yang tidak kacak dan tidak berharta, lelaki jenis ni pada pendapat aku jenis yang merendah diri~~ sebab dia tahu kekurangan dia~~ dan kebanyakan lelaki jenis ni sangat-sangat setia pada pasangan~~~ kalau tak setia jugak, bagi kaki je la (hahahahaha), tapi masalah paling besar, si pasangan pulak yang kebanyakannnya tidak akan setia dan main kayu tiga dengan dia~~~ maklum la, kebanyakat wanita bermata duitan ,tapi ada banyak je yg bahagia walau si lelaki tak ada apa2 termasuk rupa dengan harta, sebab sayang tu lagi banyak~~~ jadi tak perlu nak di risaukan kalau tak berharta~~~ tetap ada yang suka~~~
- Lelaki yang kacak dan berharta
- Lelaki yang kacak dan tidak berharta
- Lelaki tidak kacak dan berharta
- Lelaki tidak kacak dan tidak berharta
Lelaki yang kacak dan tidak berharta, yang jenis ni banyak jugak la yang dapat kita tengok~~ biar papa asalkan bergaya~~ menggunakan kriteria wajah yang comey/handsome untuk memikat hati wanita, walhal dia dok bergantung dengan mak ayah lagi~~~ yang jenis ni tak tahu nak kata la~~ tapi bukan la semua~~~
Lelaki yang tidak kacak dan berharta ni ramai jugak, pada aku lelaki yang jenis macam ni di gilai wanita masa kini~~ lelaki jenis ni setia pada wanita tapi ikut keadaan jugak lah~~ lelaki macam ni sering rendah diri~~ dan kebanyakannya kalau kawin, si isteri cuma pandang harta~~ sebab wajah tak se tampan mana~~ tapi ada jugak wanita yang suka jenis lelaki macam ni~~ nampak bersederhana~~~ pendapat aku je la~~~
Lelaki yang tidak kacak dan tidak berharta, lelaki jenis ni pada pendapat aku jenis yang merendah diri~~ sebab dia tahu kekurangan dia~~ dan kebanyakan lelaki jenis ni sangat-sangat setia pada pasangan~~~ kalau tak setia jugak, bagi kaki je la (hahahahaha), tapi masalah paling besar, si pasangan pulak yang kebanyakannnya tidak akan setia dan main kayu tiga dengan dia~~~ maklum la, kebanyakat wanita bermata duitan ,tapi ada banyak je yg bahagia walau si lelaki tak ada apa2 termasuk rupa dengan harta, sebab sayang tu lagi banyak~~~ jadi tak perlu nak di risaukan kalau tak berharta~~~ tetap ada yang suka~~~
aku dan aku
Okiey larh aktivitos unt hari ini..badan pun dah x larat, sume sakit, mata kna paksa tido, dgan esok ada kelas memandu lagi..bowsan tol la...buat nya aku terjaga lambat, nayaaaa!!!!!
manusia manusia~
Manusia oh manusia..engkau dari tadi dok sibuk tanya aku pasal cuaca,bila aku jwb ujan ko pulak yang melalut itu ini..kalau huby n wife la, apa la, bila aku gelak, kata aku gatal pulak...hadoyaii..kalau aku dah gatal sgat. 3 taun lepas aku dah kawen tawu..!! Ape pn x boleyh ...dah ak marah dan pulak buat ayat ajak kawen..hahaha ko lagi gatal...naek blu rome dgar..
Selasa, 25 Disember 2012
Novel Ku : Sebenarnya Cinta 10
BAB 10
Sengaja aku tidak terus
pulang ke rumah. Hatiku masih sakit
dengan kelakuan Zikril terhadapku malam semalam dan juga reaksi Zikril seawal
pagi tadi. Semua tentang Zikril, membuatkan hatiku memberontak tidak
tenteram. Sentiasa gerimis yang
menyelubungi setiap ruang kehidupanku.
Nasib jugalah aku sudah
berjanji dengan Nisha untuk bertemunya pada petang ini. Sudah lama,
wajah bujur sirih temanku itu tidak ku tatap. Terasa rindu pula. Untuk terus melekap dirumah, hanya akan membuatkan aku hilang hati dan
rosak jiwa. Beriya-iya aku cuba menabur
benih kasih, namun dengan
sewenang-wenangnya Zikril menabur racun,
menyebabkan benih kasihku mula memudar kembali. Seakan tiada semangat untuk terus
berusaha. Jika ku ikutkan hati, mahu sahaja aku mengemaskan segala khazanahku
dan terus menumpang di rumah Nisha.
Apalah gunanya jika aku terus menumpang di sana. Sedangkan Zikril sendiri, seakan tidak rela dengan kewujudanku.
Aku juga tidak perlu
lagi menahan hati dan menelan segala amarah Zikril setiap hari. Dari hati yang tenteram, kini hatiku sudah bisa kucar-kacir
sahaja. Namun, semua itu sudah tentu tidak akan
terjadi. Bagaimana harus aku
membelakangkan nasihat ibuku. Aku tidak
sanggup untuk melukakan dan memalukan ibu dan ayahku lagi. Kata-kata nasihat ibu masih terngiang-ngiang
di halwa telinga ku.
“Chik, Chik
satu-satunya anak perempuan kesayangan ibu.
Sekarang Chik pun dah jadi milik orang lain. Bukan lagi milik ibu atau ayah. Chik dah sah jadi milik Zikril iaitu suami
Chik sekarang ni.” Sebak hatiku tatkala
melihat wajah tua itu, menitiskan air
jernih dan hangat. Tidak semena-mena
ibu, menyeka air mataku. Aku menggenggam erat tangannya. “Tapi,
tak bermakna Chik bukan lagi anak kesayangan ibu. Chik masih kekal macam tu pada ibu.
Ibu harap, walaupun Chik tak suka dengan Zikril, tapi Chik cubalah menerima dia seadanya. Ibu tau,
Zikril tu baik. Ibu tak nak Chik
melawan kata dia, apatah lagi menderhaka
kepada dia. Dalam apa keadaan
sekalipun, Zikril yang harus di tangga
teratas. Jangan sesekali Chik membelakangkan
dia, walaupun dalam urusan yang sekecil
zarah sekalipun.” Aku sudah teresak di
pangkuan ibuku. Entah mengapa nasihat
itu, seakan melekat di mindaku biarpun
kadangkala aku seakan mahu menolaknya jauh.
“Tapi, ibu tau kan perasaan Chik! Chik tak salah ibu. Ibu percayakan?”
Ibuku mengangguk. “Ibu tau Chik tak salah. Chik kan anak ibu dan ibu dah jaga Chik dari
kecil lagi. Ibu tau, anak ibu tak mungkin buat perkara macam
tu. Mungkin ini takdir tuhan untuk
Chik. Tuhan dan tetapkan yang Zikril
adalah jodoh Chik. Ibu pesan
sangat-sangat dekat Chik ni. Jaga makan,
minum, pakai dia baik-baik. Ibu tau Chik mampu. Anak ibu kan kuat macam ibu! Kalau Chik rasa
Chik perlukan nasihat, ibu akan sentiasa
bantu. Tapi, ibu nak Chik janji dengan ibu satu benda
ni. Boleh?” Ibuku ternyata serius.
Aku hanya menggangguk
lemah. Apa lagi yang boleh ku katakan sekarang.
Nasib juga seakan tidak menyebelahiku.
“Ibu nak Chik janji! Ibu tak akan
dengar Chik berpisah atau bercerai dengan dia.
Kehidupan perkahwinan ni,
kadang-kala berombak dan berliku.
Tapi, apapun yang berlaku, ibu nak Chik jaga baik-baik hubungan yang dah
Chik tempuhi ni.” Serba salah untuk aku
berjanji, sesudah aku mendengar
permintaan ibu. Dadaku terasa sesak dan
air mataku seakan sukar untuk surut.
Laju menuruni pipiku. Sesekali
aku teresak-esak kecil.
“Ibu!” rintihku tanpa sedar.
“Hai, berangan!
Dah lama kau tunggu aku?” Nisha
yang baru sahaja sampai sudah tersengih seperti kerang busuk. Aku sekadar menjungkitkan bahu.
“Adalah dalam…” aku berpura-pura berfikir dan mengira-ngira
waktu. “Setahun! Lambat kau habis kerja? Bos kau mesti suka buli kau kan?” provokku.
Nisha
menggoyang-goyangkan jari telunjuknya. “No way!
My boss is the best boss inthe whole world! Bukan macam kau!” dia sudah menunjal kepalaku. Naik geram aku dengan kelakuannya itu. Lantas,
aku mencubit perlahan lengan Nisha.
“Ishh, kau ni!
Nanti kalau aku jadi bengong macam mana?” marahku.
“Alah, kau memang dah bengong pun! Ngaku je lah.” Kutuknya terang-terangan. Aku sudah membulatan mata. Berpura-pura geram dengannya. Namun,
Nisha hanya tersengih tanpa ada rasa takut terhadapku.
“Mak aiii! Suka hati kau je nak kutuk aku ye! Depan-depan pula tu.”
“Nasib baik aku kutuk
depan. Kurang sikit dosa. Kalau aku kutuk belakang nanti, setambun pula dosa aku. Nak tunggu raya, lambat lagi!”
balas Nisha.
“Falsampah mana pula
yang kau ikut ni? Kalau dah nama
mengutuk tu, depan ke, belakang ke,
sama je dapat dosa.” Aku turut
membalas. Nisha sudah tersipu-sipu malu.
Aku tersenyum senang.
“So, where we want to go?”
ajuku ingin tahu.
Nisha mengaru-garu
dagunya, seakan berfikir. “Ha! Karaoke.
Ok or not?” ajunya ingin meminta pendapat.
“Karaoke? Ni kalau husband
aku nampak ke, tau ke, mampus aku tau!” terasa gentar pula jika di fikirkan. Bagaimana jika Zikril tahu? Tentu aku makan penampar sulung Zikril nanti. Ngeri!
Sudahlah kes aku dengan Zikril masih tidak reda.
Aku dapat melihat
muncung Nisha yang sudah berinci-inci itu.
Minah ini pun satu. Jika tidak
dituruti kemahuannya, merajuklan yang
paling suka sekali. “Alah! Hubby kesayangan kaukan dekat tempat
kerja. Lagipun, dia layan ke tempat macam ni?” aku befikir sendiri. ‘Betul juga tu. Zikril tidak suka menjelajah ke kawasan
sebegini. Masakan aku akan bertemu
dengannya. Apa salahnya aku join. Bukan selalu dapat buat macam ni.’ Hatiku bernada lega. Lagi pula,
waktu masih muda.
“Okeylah. Tapi,
sekejap udah!” aku menetapkan
syaratku kepadanya. Nisha sekadar mengangguk
dan menarik lenganku. Terkocoh-kocoh aku
menyaingi langkahnya bergerak. Sudah
tidak sabar untuk melalak agaknya!
Keadaan di kawasan
karaoke ini, hingar-bingar dengan
pelbagai jenis suara. Biarpun pelanggan
di pisahkan dengan kotak-kotak nyanyian,
namun suara mereka masih bisa di dengar dengan jelas. Aku sekadar mengikut Nisha memasuki salah
satu ruang karaoke. Hanya kami berdua di
dalamnya. Barulah kurang sedikit bunyi
sumbang yang ku dengar.
“Ya Allah!” Nisha menepuk dahinya.
“Kenapa ni, Sha?” ajuku bimbang. Fikirku,
tentu sahaja Nisha terlupa sesuatu.
“Aku lupa nak tukar
tokun! Kau tunggu sekejap, eh! Aku pergi tukar sekejap. Kau jangan pergi mana-mana. Nanti,
orang lain kebas pula tempat kita ni!”
pesannya. Aku menggangguk faham.
“Cepat tau!” ujarku.
Nisha mengangkat tangan tanda bersetuju.
Sementara Nisha pergi
untuk menukar tokun, aku pula sempat
menyelak-nyelak fail yang berada di atas kerusi. Memuatkan pelbagai tajuk lagu untuk dipilih
oleh para pelanggan. Pelanggan hanya
perlu memilih, lantas memasukkan tokun
ke dalam ruang yang disediakan. Cuma
perlu memilih lagunya sahaja. Aku
sedikit tertarik. Biarpun aku hidup di
zaman moden ini, namun aku cukup dungu
dengan segala alat kepuasan perasaan seperti ini. Sungguh aku tidak tahu, kerana inilah kali pertama aku menjejakkan
kakiku di sini.
“Ramai orang la,
bro!” ujar satu suara. Mana tidaknya, kawasan sebegini tentu sahaja mengundang
ramai warga untuk datang menenangkan hati dan meluahkan perasaan. Kalau
bernasib baik, mereka akan berjaya
mendapat tempat. Jika tidak, makan asap sahajalah nampaknya.
“Tak apa. Aku ada ikhtiar! Kau ikut je aku!” suara yang lain menyampuk.
“Kau nak buat apa
pula?”
“Cuba kau tengok
tu!” arah jejaka tersebut. “Perempuan tu kan! Jadi, kita ayat sikit
okey. Mana tahu, kot ada peluang nak test bakat kejap lagi!” si
jejaka itu tersenyum tanda mengerti.
Kini, fahamlah sudah akan
rancangan temannya itu.
Kotak cermin di ketuk
beberapa kali. Beberapa saat
kemudian, pintunya dibuka. Mereka sudah tersenyum penuh makna. Ada peluanglah untuk menunjuk bakat. Biasanya kalau diayat, wanita akan mudah terpujuk dan akan memberi
peluang kepada si jejaka untuk mengambil alih.
Mikrofon yang ku pegang
serta-merta terhempas ke lantai. Suara
yang sedari tadi mampu keluar, kini
bagai tersekat di kerongkong sahaja.
Kecut perut aku memandang dua jejaka di hadapanku ini. Sungguh!
Jejaka yang sedikit tinggi itu,
kelihatan sungguh begis dan garang.
Manakala, yang seorang lagi kelihatan terkejut. Perlahan-lahan aku bergerak berselindung di
sebalik tubuh Nisha yang baru tiba, yang
kulihat turut kecut perut. Tidak berani
untuk aku menuntas pandang seraut wajah itu.
‘Mati aku macam ni.’ Jeritan
batinku kedengaran bimbang.
“You buat apa dekat
sini?” Aju jejaka tersebut yang amat
kukenali.
Aku sudah ketap
bibir. “I…ermmm I…” kelu lidahku untuk menjawab. Aku memandang Nisha untuk meminta
bantuan. Namun, dia juga sepertiku. Sudah terkaku tanpa kata. Berkali-kali aku
menelan liur yang seakan sudah tepu di kerongkong.
“Siapa suruh you datang
sini?” kedengaran perlahan namun penuh
dengan ketegasan. Matanya juga membulat
seakan ingin menelanku di saat itu juga.
“Kau tengoklah tu! Mana aku tak sakit hati, Fiq!”
bentaknya geram.
“Sabarlah kalau ya
pun! Kalau kau marah pun, nak buat
apa. Mereka dah ada dekat sini. Layan jelah!
Lagipun, bukan dia datang sorang
kan! dia datang berteman.” Syafiq memberi pandangannya.
“Sorry.” Hanya itu yang
terluah di bibirku di saat ini.
“Ambil beg you! Kita balik!”
Zikril sudah memberi arahan. Apa
lagi, terkocoh-kocoh aku bergerak mengambil
handbegku. Microfon yang terbaring di
atas lantai, kucapai dan ku letakkan
kembali di peraduan asalnya. Taufiq yang
berada di situ, sudah bercekak
pinggang. Terlakar riak kesal di
wajahnya. Sedih kerana tidak dapat
mencuba suara barangkali. Dan seperti
biasa, akulah jua punca yang
menggagalkan segalanya.
“You to Nisha! Hurry!” kini
bukan sahaja aku, Nisha turut sama
menjadi mangsa. Malu juga kerana di
perlakukan begitu di hadapan Nisha.
Namun, perasaan malu itu ku
lontarkan jauh. Mungkin ini juga satu
cara untuk menyedarkan Nisha, bahawa
perkahwinanku ini adalah salah dan amatlah tidak kena. Dahulu,
Nishalah insan yang menasihatiku.
‘Zikril tu sempurna? Tidak ada
cacat celanya. Aku tengok pun dia
baik!’ terulang-tayang kata-kata itu di
benakku.
Didalam kereta, aku hanya diam membisu. Kini,
aku hanya bersama Zikril di dalam keretaku. Manakala,
Taufiq ditugaskan oleh Zikril untuk menghantar Nisha pulang dengan
menggunakan keretanya. Walaupun aku
ingin membantah, namun untuk kali ini ku
diamkan sahaja.
“Kenapa you
kesana?” Zikril mula berbicara
denganku. Walaupun dia tidak
memandangku, namun aku tahu perhatiannya
hanya tertumpu kepadaku. Demi menutup kegugupan, aku meramas-ramas lembut
jemariku.
“I tanya kenapa you
pergi tempat tu? Dah tak ada mulut nak
cakap? Tadi, bukan main kuat suara!” perlinya.
Ku lihat Zikril menggenggam erat stereng keretaku. Serta-merta otakku ligat berfikir. ‘Kalaulah stereng tu aku, tentu dah mati aku.’ Hati membuat telahan sendiri. Takut kerana tertangkap sedang berbuat salah.
Air mataku sudah mula
bertakung. “I saja pergi. I tak pernah pergi sana pun.” Aku membuat penjelasan. Menyesal juga kerana menjejakkan kaki ke
sana. Percuma aku di marahi oleh
Zikril.
“Next time, no more karaoke!
Kalau ada pun, it’s just you and me only.
Atau, I terpaksa buat you macam
kanak-kanak. Tak payah kerja dan tak
payah keluar langsung!” ugutnya. Aku sememangnya pantang jika di ugut dan di
perlakukann seperti anak kecil. Seakan aku tidak tahu berfikir langsung. Sekurang-kurangnya, tidak perlulah mengawal aku sepert itu. Aku jadi lemas dan rimas.
Aku mejeling geram. “Kalau you boleh pula!” dugaku takut-takut.
Zikril membuntangkan
mata. ‘Ah! Tak habis-habis nak ugut aku!’ aku mengomel sendiri. “I lain,
dan you lain! I ni lelaki. Kalau you lelaki, I tak kisah.
Tapi you tu perempuan, isteri I
pula tu. Itu yang I kisah!” keras sahaja
nadanya. Membuatkan mulutku semakin
ingin melawan kata.
“You takut malu? Isteri you keluar ke tempat macam tu? You
jangan lupa Zick! We arenothings. Kenapa nak
malu pula?” kini giliran aku pula untuk
bersuara.
Zikril memberhentikan
kereta di bahu jalan secara mengejut.
Membuatkan aku tersengguk-sengguk beberapa kali. “Apa masalah you ni Shika? Tell
me?Malu atau tidak, bukan persoalan
langsung sekarang ni. You bukan budak
kecil lagi yang perlu I ingatkan. Sejauh
mana pun you cuba nak lari, tapi jawapan
dia tetap satu. You are my wife! So, you are my
responsibility and I just want you to listen to me! I tak nak perkara macam
ni, berulang!” pesannya.
Bukan aku tidak mahu mengikut,
namun kadangkala aku juga memerlukan ruang buat diriku sendiri. Ruang tanpa di bayangi oleh tekanan. Tidakkah Zikril memahami rasa hati aku?
“Sebab I bukan budak
kecillah, I tak nak you kongkong hidup
I. I pun nak hidup macam orang
lain.” Aduku hiba. Zikril membuang pandang ke wajahku. Pandangan itu membuatkan aku terkedu. Untuk kali ke berapa entah!
“Kenapa? Sekarang you tak hidup macam orang lain? You sepatutnya bersyukur atas apa yang you
ada, Shika!”
Aku pantas
menggeleng. “Bukan macam tu, Zick.
I bukan tak bersyukur dengan apa
yang tuhan dan tentukan untuk I ni.
Tapi, I pun teringin nak rasa
macam orang lain rasa. You tentu faham
kan? I nak rasa bebas. I nak diri I rasa di sayangi macam orang
lain. I nak rasa macam mana rasanya
jatuh cinta, macam mana rasanya perasaan
sukakan orang lain? I nak rasa macam mana rasa memerlukan dan diperlukan? Sebab,
kadang-kadang I rasa diri I ni tak diperlukan langsung!” luahku.
Zikril sekadar terdiam dan memberi peluang untuk aku meluahkan
perasaan. Aku tidak tahu, mengapa aku perlu meluahkan perasaanku kepada
Zikril? Bukan kepada orang lain?
“Di pejabat, I dengar macam-macam cerita. Semuanya, I tak pernah rasa! I teringin nak terima bunga macam Tira dapat
dari pakwe dia Emai, dan I teringin nak
dapat coklat kesukaan I, dari orang yang sayangkan I. I teringin nak terima surat cinta macam yang
Zakia dapat dari Luthfi! I teringin nak dengar orang cakap dekat I, dia sayangkan I. You tau tak apa perasaan I sekarang ni, bila tak ada siapa pun yang ingat birthday I hari ni? Jangankan nak dapat
hadiah, ucapan pun ramai yang
lupa!” aku sudah teresak di situ. Terhinjut-hinjut bahuku menahan sendu. Jika Zikril lupa akan tarikh lahirku, aku masih boleh menerima. Namun,
jika seluruh keluarga turut lupa,
siapa yang tidak sedih.
Aku sememangnya bukan
anak yang baik untuk mereka kenangkan selalu.
Zikril menarik
jari-jemariku, lantas di genggamnya
erat. Aku cuba untuk menarik
kembali. Namun, genggamannya ternyata lebih kuat dariku. Bagaikan setin cat darah sedang tersimbah ke
wajahku di saat ini. Malu kerana Zikril
berkelakuan seperti itu.
“I kan dah pesan dulu. You tak dapat judge hati orang lain, Shika! Kadang-kadang pandangan you, tak kan sama dengan apa yang sebenarnya
tersirat dalam hati seseorang tu!” kali
ini, Zikril sudah berlembut.
“Bukan semua
orang, dapat jadi macam yang you
nak! Tapi, sekurang-kurangnya, mereka cuba sedaya-upaya untuk jadi yang
terbaik untuk diri you! Faham tak?” aku dapat merasakan pegangan tangan Zikril yang
semakin kejap.
“Senang you cakap, sebab bukan you ada di tempat I sekarang!”
“Shika, you tahu apa ada dalam hati I ni? You tahu apa yang I inginkan? You tahu bila birthday I? you tau tak apa yang I suka dan tak suka? You tahu tak Shika?” aku sudah terkedu. Zikril seolah-olah meminta jawapan dariku dan
apa yang perlu aku terangkan sebagai jawapannya. Aku menggigit bibir. “Shika,
apa yang I inginkan, sama juga
macam yang you inginkan. Bezanya, you perlukan semua tu dari orang lain. Manakala,
I perlukan semua tu dari isteri I sendiri!” lirih saja ucapnnya yang terakhir. Terbius aku seketika. Seakan terkena renjatan eletrik sahaja. Sekali lagi,
aku kelihatan kejam di matanya.
“I tak tau!” aku bersuara perlahan.
“So, you tak nak tau?” ajunya pula.
Novel Ku : Sebenarnya Cinta 9
BAB 9
Zikril yang keluar
sambil bersalam dengan Qaiz, segera
melilau mencari sesusuk tubuh milik isterinya.
Shika sebentar tadi, meminta
untuk menunggu di luar. Hampir semua
kawasan dilihatnya. Namun, wajah isterinnya tidak kelihatan di
mana-mana. Dia merapati bahagian
kaunter, lantas bertanya akan
isterinya. Namun, jawapan yang didengarinya sebentar tadi, amat mengejutkan hati dan jantungnya.
“Dia dah tak ada, Qaiz!
Aku rasa dia dah dengar apa yang kita bincang tadi.” Zikril semakin panik. Penjelasan Aini, gadis di bahagian kaunter tadi, amat
melamaskan hatinya. Shika berdiri di
hadapan pintu? Dia menangis? Macam mana ni?
“Aku tak rasa dia pergi
jauh! Mesti ada dekat-dekat kawasan ni
je. Baik kau pergi cari dulu! Sebab dekat sini, payah nak ada bas atau teksi. Aku yakin dia tak boleh pergi jauh!” Qaiz memberi cadangan. Zikril menepuk lembut bahu temannya lantas
bergerak keluar.
Kesuraman malam yang
menemaniku kini, amat menggerunkan. Seolah-olah kepekatan malam itu sedang
berbicara dengan aku tentang rasa suram,
kosong, dan gelap. Ya!
Itulah perasaan yang merobek hatiku di kala ini. Perasaan kosong, suram, dan gelap melatari
kehidupanku kini. Hanya kerana keputusan
berkahwin dulu, menyebabkan aku mendapat
kesusahan ini. Aku tahu, dalam diam aku telah menyebabkan hati Surizan
terluka. Namun, itu bukanlah kejadian yang aku harapkan agar
berlaku. Jauh dari hatiku, istilah merampas milik orang. Melainkan,
semuanya sudah di takdirkan terjadi.
Jarum jam sudah
melewati angka 9.00 malam. Satu bayangan
bas mahupun teksi masih belum kelihatan.
Itulah yang merisaukan aku.
Bimbang jika sudah tidak ada kenderaan awam yang boleh dinaiki
olehku. Bagaimana aku akan pulang
nanti? Dan bagaimana dengan aku
nanti? Itulah, jika ingin menunjukkan protes tanpa memikir
suasana dan keadaan. Beginilah jadinya.
Aku menjadi bertambah
kalut, tatkala terpandang dua orang
jejaka ‘Todi’ bergerak semakin hampir
denganku. Aku hanya mampu berdoa di
dalam hati, agar tiada apa yang akan
menimpa diriku. Sesungguhnya, aku terlalu takut untuk membayangkannya. Mamat ‘Todi’lah katakan.
“Hai sayang!” Ucap salah seorang daripada mereka. Aku sekadar tidak melayan. Melihat wajah mereka, jauh sekali.
Mulutku tidak henti-henti berzikir meminta agar mamat berdua ini akan
beredar atau ada insan yang akan datang membantuku. Sesak nafasku dengan segala macam bau yang
tersedut di rongga hidungku. Bau
masam-masam dan hanyir yang bergabung menyebabkan tekakku menjadi loya.
“Alahai, kenapa sayang diam je ni. Meh abang pujuk meh!” ujar yang seorang lagi sambil cuba menyentuhku. Aku menepis-nepis kuat, ketika tangan kotor itu cuba mendarat di
bahuku. Air mataku sudah mula membasahi
pipi. Aku takut dengan situasi ini. Bagaimana jika aku di rogol? Di manalah akan ku sorokkan wajahku ini? bagaimanalah aku mahu hidup di dunia
ini? bagaimana dengan ibu dan ayahku
nanti? Segalanya jadi sungguh
menggerikan.
Kedengaran mereka
ketawa kuat. Sungguh menggerikan.
“Woi jik! Minah ni takut lah wei!”
“Sayang takut ke?” Manusia yang bernama Jik, menggenggam tanganku menyebabkan aku
menjerit-jerit agar di lepaskan. Dengan
pantas aku meronta-ronta untuk melepaskan diri.
Air mata sudah laju membanjiri kolam mataku. Zikir yang tadinya hanya terucap didalam
hati, kini sudah kuat ku alunkan. Ianya menyebabkan mereka bertambah seronok
ketawa.
“Apa yang sayang baca
ni? Mentera ke?” ejek mereka.
Ya Allah, apa nak jadi dengan
dunia ni. Masakan soal begini, boleh di buat sebagai bahan untuk menggeletek
usus perut. Sungguh jahil mereka!
Biarpun aku bukanlah seorang yang terlalu baik.
Namun, apa yang mereka lakukan
ini sudah lebih!
“Sayang kepala hotak
korang!” jerit satu suara sambil kedua
mamat ‘Todi’ itu di libas beberapa kali.
Aku yang mengenali gerangan suara itu,
segera menoleh.
“Zick!” ucapku pantas. Syukur!
“Pergi masuk
kereta!” arahnya kepadaku. Aku terkedu!
“Sekarang!” tekannya lagi apabila
meliahat aku masih terkaku di situ. Aku
yang terkulat-kulat, segera berlari dan
masuk kedalam kereta. Di situlah, aku menjadi penonton akan aksi ‘Ong Bak’
Zikril merangkap suamiku ini. Hebat juga
Zikril mengatur langkah ketika dirinya ingin di belasah. Habis lembik mamat ‘Todi’ yang menggangguku
sebentar tadi. Tanpa ku duga, tanganku ku tepuk dan bersorak di atas
kemenangan Zikril. Mamat berdua itu,
seakan sedang melutut dan memohon ampun kepada Zikril. Mungkin serik kerana menggangguku tadi. Aku tersenyum bahagia. Terlupa seketika akan perasaan sebak dan
sesal yang menyinggah di pelabuhan hatiku sebentar tadi.
“You okey?” ajuku serba-salah. Aku merebahkan punggung di atas sofa
berhadapan dengan Zikril. Dapat
kulihat, Zikril menggenggam beberapa
kali penumbuknya itu. Sakit kerana
membelasah barangkali. Ternyata
membelasah orang lain bukanlah suatu aktiviti yang menyeronokkan. Daripada musuh mendapat luka, kita sendiri akan merasa rasa yang sama. Mungkin kurang sediki sahaja.
Aku sudah tidak berani
untuk bertanya lagi. Zikril nampaknya
begitu marah denganku. Sehinggakan tiada
satu patah perkataan pun yang lahir di bibirnya. Dia hanya diam berteleku di atas sofa ruang
tamu. Pelik! Sepatutnya akulah yang patut berasa
marah. Bukannya Zikril.
Aku serba-salah untuk
mendekati. Namun, aku tetap mencuba. Zikril telah menyelamatkan maruahku pada hari
ini. Itu cukup bermakna bagiku. Walaupun,
pada mulanya aku turut merasa marah,
sedih, dan terkilan dengan sikap
Zikril padaku. Marah kerana pernikahan
kami ini. Walaupun aku tahu, Zikril juga adalah mangsa di dalam kes
ini. Sama seperti aku.
“Biar I tengok tangan
tu. Dah bengkak!” pintaku lembut. Aku menarik perlahan tangan Zikril yang
tergantung di antara dua lututnya itu.
Peti kecemasan telah ku ambil dan ku bawa mendekat.
Zikril merentap
kasar. “Tak payah!” Zikril memandangku tajam. Namun,
pandangan itu kadangkala tidak langsung dapat menakutkan aku. Biarpun sebelum ini, aku cukup gerun jika di tenung setajam
itu. Bagaimanapun, segalanya bergantung kepada keadaan
juga. Di dalam keadaan ini, jelingan tajam itu, sedikitpun tidak dapat menakutkan hatiku. Tidak dapat menggoyahkan perasaanku.
Aku menarik kembali
tangan itu, Masih di dalam versi
lembut. “I kata biar I tengok!” aku bertegas tetapi lembut. Ketika Zikril sekali lagi ingin menarik
tangannya, aku sudah membulatkan mataku
memberi amaran, agar Zikril tidak
meneruskan apa yang ingin dilakukannya itu.
Zikril kelihatan tidak senang dilihat begitu. Namun,
tidak pula dia membantah kali ini.
Tanpa banyak
cerita, aku membersihkan luka yang
terlihat di tangan Zikril dengan menggunakn air suam yang ku bawa tadi. Aku berhati-hati agar Zikril tidak terlalu
sakit. Setelah selesai membersih dan
mengeringkan luka, aku teruskan pula dengan
menyapukan iodin ke bahagian yang luka.
Zikril sedikit menjerit, kerana
pedih di titip iodin. Aku tersenyum
kecil. Lelaki juga tidak betah dengan kesakitan seperti ini. Pengakhirnya,
aku membalut ‘Buku lima’ Zikril
menggunakan kain kasa dan ku pinkan kemas.
Setelah berpuas hati, aku
melepaskan tangan Zikril kembali. Zikril juga kelihatan membelek-belek balutan
di tangannya.
“Dah siap!” ujarku sambil tersenyum kecil. Bangga juga kerana aku dapat belajar merawat
sebegini. Ikhlas, aku tidak pernah menggunakan semua ini
sebelum ini. Jika aku mendapat luka
sekalipun, aku hanya akan menggunakan
plaster luka sebagai penawarnya. Malas
untuk beriya-iya. Namun, kerana Zikril, aku turutkan jua.
Zikril terus-terusan
membisu. Membuatkan aku terus-terusan
susah hati. Sepatutnya akulah yang akan
lebih terasa, jika hendak dibandingkan
dengan Zikril. Kerana aku wanita dan dia
lelaki. Sedih kerana tidak berbahagia
dan sedih kerana berada di dalam situasi seperti ini.
“Zick, you nak makan sekarang atau sekejap
lagi?” ajuku ketika sarapan sudah penuh
di meja. Pening juga kepalaku pagi tadi. Apa yang boleh ku masak sebagai sarapan
pagi. Segala barangan yang ku beli, sudah di sedekahkan Zikril kepada siapa
entah! Padahnya, aku hanya memasukkan apa yang patut sahaja ke
dalam mihun hasil gorenganku ini. Padan
juga dengan muka Zikril! Bermurah hati
tidak kena tempat.
Zikril mendengus
geram. “Tangan I sakit!” balasnya tegas. Aku seraya mengangkat kening. Terlupa pula,
tangan kanan Zikril masih berbalut dengan kain kasa. Akibat membelasah budak ‘Todi’ semalam. Sehingga berbalut begitu dan sudah tentu dia
sukar untuk menggunakan tangannya itu.
Aku menahan tawa. “Tangan kiri kanada?” balasku selamba. Sengaja ingin mengusiknya. Entah mengapa, aku pula yang beminat untuk berjenaka
dengannya. Sedangkan di hatiku, masih berbekas rasa. Masih ada rasa sakit dan kecewa yang terselit
utuh. Namun, kejadian demi kejadian, sedikit merubah pandangan hati dan tanggapan
jiwa. Dan kerana kata-kata ibuku
jua, membuatkan aku terus bersabar
sehingga ke hari ini.
Wajah Zikril semakin
memerah. Aku tahu dia sudah hilang
sabar. Atau mungkin juga malu dengan
teguranku itu.
“Tangan kiri, bukan untuk makan!” sindirnya.
Aku sudah
tersenyum. “Aik, dah macam tu pun dan lagi nak
menyindir!” tegurku kurang senang. Biarpun begitu, aku masih tersenyum nipis. Zikril sudah menjeling geram.
Satu senduk mihun ku
masukkan kedalam mangkuk. Dan secawan
milo panas ku tuangkan ke dalam cawan.
Dengan selamba aku menatang dulang sehingga ke hadapan batang hidung
Zikril. Dia sedikit terkejut. Namun,
berpura-pura sombong.
“Cukup tak satu
senduk?” ajuku meminta kepastian.
Zikril masih menjeling
marah. Segera dia memalingkan wajahnya
dari memandangku. “Kan I cakap, tangan I sakit!” Zikril bersuara tegas. Lantas,
berpaling semula.
Aku masih tersenyum
kecil. “Sebab tu lah I…” belum sempat ayatku
sempat di habiskan, Zikril sekali lagi
bersuara. Memotong habis segala ayatku.
“Kan I dah kata, tangan I sakit! You tak faham-faham lagi
ke!” hamburnya kasar. Aku tersentak! Sudu yang dipenuhi mihun, terjatuh ke lantai tatkala wajah itu secara
tiba-tiba berpaling. Hampir saja aku
menyuapkan sesudu mihun itu ke mulutnya.
Namun, tengkingan Zikril telah
menyebabkan aku terketar. Lantas, semuanya terlingkup jatuh. Aku sudah ketap bibir menahan rasa hati yang
mula datang menghimpit. Lantas, aku
berlari membawa diri ke tingkat atas. Ku
biarkan sahaja mihun yang terlingkup itu begitu. Tiada hati untuk mengangkat. Zikril kelihatan
tergamam. Keluhan berat di hela.
“Hai mengeluh sakan
nampak!” Aju Taufiq ketika melewati meja
Zikril. Wajah itu dilihat monyok
semacam. Ada masalah lagilah ni!
Zikril tersenyum
pahit, sambil dia menegakkan batang
tubuhnya biar lebih selesa.
“Gaduh lagi ke?” ajunya masih mahu mengorek rahsia. Zikril sekadar mengangguk mengiyakan apa yang berlegar di benak dan pemikiran temannya
itu. Hendak bagaimana lagi, Taufiq adalah teman yang selalu mengambil
tahu akan perihalnya dan dia juga sering mengadu akan masalahnya kepada Taufiq. Sudah selesa dan sebati begitu.
Zikril merakamkan
kekesalannya di atas kejadian awal pagi tadi.
Kesakitan dan denyutan di tangannya,
membuatkan Zikril terjaga lebih awal daripada biasa. Namun,
ketika dia menapak turun ke tingkat bawah, Zikril dapat melihat Shika sedang termenung
sambil menggaru-garukan kepalanya. Dia
sekadar memerhati dari kejauhan. Tidak
ingin mengganggu isterinya yang sedang mengelamun penuh asyik itu. Lama dia memerhati. Hatinya jadi tenang ketika wajah ayu itu
melatari ruang matanya. Entah
mengapa. Namun, kerana gaya itulah Zikril tertarik dan
bertindak menyelam sambil meneguk air.
Dia sedikitpun tidak menyesal dengan keputusannya, malahan dia amat bersyukur.
Dia dengan
perlahan-lahan bergerak membawa dirinya ke arah sofa. Lantas,
merebahkan tubuhnya di atas sofa empuk berwarna coklat gelap itu. Entah bila,
Zikril terlelap di situ. Sungguh
lena dan nyenyak, sehinggalah Shika
mengejutkannya.
Terpisat-pisat Zikril
bangun tatkala terasa bahunya di gongcang lembut.
“Shika kejutkan aku
sebab aku tertidur dekat sofa. Masa
tulah aku buat silap besar, Fiq! Kau pun nampak tangan aku ni kan. Sakit campur pedih.” Zikril menunjukkan penumbuknya yang berbalut
itu.“Dia macam paksa aku makan, walaupun
aku cakap tangan aku ni sakit. Dia pula
tanya aku macam-macam. Aku lagilah sakit
jiwa. Tapi, kalau aku tahu dia saja nak usik aku, dan dia siap nak tolong suapkan aku, sumpah aku tak tengking dia, Fiq!”
Zikril sudah mengangkat tangannya tanda bersumpah. Taufiq memandang Zikril dengan pandangan
peliknya. “Aku dah tak tau nak buat apa
ni tau! Dia tentu perang dengan aku
nanti.” Tambahnya lagi.
“Itulah kau Zick! Lain kali,
jangan cakap atau marah ikut sedap mulut kau je. Kalau dia marah lain. Sebab dia tu perempuan. Gaya pun akan jadi lain. Bila kau yang marah, semua benda yang kasar
akan keluar! Kan dah jadi macam
ni!” tegur Taufiq. “Eh,
tapi kan apa kena dengan tangan kau ni?
Cerita punya cerita, sampai aku
tak tau pun tangan kau luka macam ni?
Apa kes? Kau belasah siapa, Zick?”
seperti tahu-tahu sahaja Taufiq meneka.
Mungkin kerana lokasi luka dan bentuk luka itu sendiri, yang memudahkan Taufiq untuk menekanya. Zikril sudah menunduk memandang lantai. Sekali lagi,
kebodohannya akan terbongkar di hadapan teman baiknya ini. Zikril sekali lagi mengeluh. Bukan dia tidak tau, mengeluh itu tandanya tidak bersyukur dan itu
adalah tidak elok.
Taufiq menepuk
dahinya, tanda tidak percaya dengan apa
yang di dengarinya sebentar tadi.
Kini, dia akui temannya seorang
ini sememangnya kolot dan naif didalam soal hati dan perasaan. Taufiq mengunci bibir. Tidak ingin menambah lagi. Ianya membuatkan Zikril gelisah. Tentu sahaja sahabatnya itu, turut tidak bersetuju dengan tindakannya. Jika tidak,
masakan Taufiq diam membisu dan tidak memberi pendapat seperti tadi.
Langgan:
Catatan (Atom)