Halaman

Selasa, 25 Disember 2012

Novel Ku : Sebenarnya Cinta 10



             BAB  10


Sengaja aku tidak terus pulang ke rumah.  Hatiku masih sakit dengan kelakuan Zikril terhadapku malam semalam dan juga reaksi Zikril seawal pagi tadi.  Semua tentang Zikril,  membuatkan hatiku memberontak tidak tenteram.  Sentiasa gerimis yang menyelubungi setiap ruang kehidupanku. 
Nasib jugalah aku sudah berjanji dengan Nisha untuk bertemunya pada petang ini.  Sudah lama,  wajah bujur sirih temanku itu tidak ku tatap.  Terasa rindu pula.  Untuk terus melekap dirumah,  hanya akan membuatkan aku hilang hati dan rosak jiwa.  Beriya-iya aku cuba menabur benih kasih,  namun dengan sewenang-wenangnya Zikril menabur racun,  menyebabkan benih kasihku mula memudar kembali.  Seakan tiada semangat untuk terus berusaha.  Jika ku ikutkan hati,  mahu sahaja aku mengemaskan segala khazanahku dan terus menumpang di rumah Nisha.  Apalah gunanya jika aku terus menumpang di sana.  Sedangkan Zikril sendiri,  seakan tidak rela dengan kewujudanku.
Aku juga tidak perlu lagi menahan hati dan menelan segala amarah Zikril setiap hari.  Dari hati yang tenteram,  kini hatiku sudah bisa kucar-kacir sahaja.  Namun,  semua itu sudah tentu tidak akan terjadi.  Bagaimana harus aku membelakangkan nasihat ibuku.  Aku tidak sanggup untuk melukakan dan memalukan ibu dan ayahku lagi.  Kata-kata nasihat ibu masih terngiang-ngiang di halwa telinga ku. 
“Chik, Chik satu-satunya anak perempuan kesayangan ibu.  Sekarang Chik pun dah jadi milik orang lain.  Bukan lagi milik ibu atau ayah.  Chik dah sah jadi milik Zikril iaitu suami Chik sekarang ni.”  Sebak hatiku tatkala melihat wajah tua itu,  menitiskan air jernih dan hangat.  Tidak semena-mena ibu,  menyeka air mataku.  Aku menggenggam erat tangannya.  “Tapi,  tak bermakna Chik bukan lagi anak kesayangan ibu.  Chik masih kekal macam tu pada ibu. 
Ibu harap,  walaupun Chik tak suka dengan Zikril,  tapi Chik cubalah menerima dia seadanya.  Ibu tau,  Zikril tu baik.  Ibu tak nak Chik melawan kata dia,  apatah lagi menderhaka kepada dia.  Dalam apa keadaan sekalipun,  Zikril yang harus di tangga teratas.  Jangan sesekali Chik membelakangkan dia,  walaupun dalam urusan yang sekecil zarah sekalipun.”  Aku sudah teresak di pangkuan ibuku.  Entah mengapa nasihat itu,  seakan melekat di mindaku biarpun kadangkala aku seakan mahu menolaknya jauh. 
“Tapi,  ibu tau kan perasaan Chik!  Chik tak salah ibu.  Ibu percayakan?” 
Ibuku mengangguk.  “Ibu tau Chik tak salah.  Chik kan anak ibu dan ibu dah jaga Chik dari kecil lagi.  Ibu tau,  anak ibu tak mungkin buat perkara macam tu.  Mungkin ini takdir tuhan untuk Chik.  Tuhan dan tetapkan yang Zikril adalah jodoh Chik.  Ibu pesan sangat-sangat dekat Chik ni.  Jaga makan,  minum, pakai dia baik-baik.  Ibu tau Chik mampu.  Anak ibu kan kuat macam ibu! Kalau Chik rasa Chik perlukan nasihat,  ibu akan sentiasa bantu.  Tapi,  ibu nak Chik janji dengan ibu satu benda ni.  Boleh?”  Ibuku ternyata serius. 
Aku hanya menggangguk lemah. Apa lagi yang boleh ku katakan sekarang.  Nasib juga seakan tidak menyebelahiku.  “Ibu nak Chik janji!  Ibu tak akan dengar Chik berpisah atau bercerai dengan dia.  Kehidupan perkahwinan ni,  kadang-kala berombak dan berliku.  Tapi,  apapun yang berlaku,  ibu nak Chik jaga baik-baik hubungan yang dah Chik tempuhi ni.”  Serba salah untuk aku berjanji,  sesudah aku mendengar permintaan ibu.  Dadaku terasa sesak dan air mataku seakan sukar untuk surut.  Laju menuruni pipiku.   Sesekali aku teresak-esak kecil.
“Ibu!”  rintihku tanpa sedar.
“Hai,  berangan!  Dah lama kau tunggu aku?”  Nisha yang baru sahaja sampai sudah tersengih seperti kerang busuk.  Aku sekadar menjungkitkan bahu.
“Adalah dalam…”  aku berpura-pura berfikir dan mengira-ngira waktu.  “Setahun!  Lambat kau habis kerja?  Bos kau mesti suka buli kau kan?”  provokku.
Nisha menggoyang-goyangkan jari telunjuknya.  No way!  My boss is the best boss inthe whole world!  Bukan macam kau!”  dia sudah menunjal kepalaku.  Naik geram aku dengan kelakuannya itu.  Lantas,  aku mencubit perlahan lengan Nisha.
“Ishh,  kau ni!  Nanti kalau aku jadi bengong macam mana?”  marahku. 
“Alah,  kau memang dah bengong pun!  Ngaku je lah.”  Kutuknya terang-terangan.  Aku sudah membulatan mata.  Berpura-pura geram dengannya.  Namun,  Nisha hanya tersengih tanpa ada rasa takut terhadapku.
“Mak aiii!  Suka hati kau je nak kutuk aku ye!  Depan-depan pula tu.”
“Nasib baik aku kutuk depan.  Kurang sikit dosa.  Kalau aku kutuk belakang nanti,  setambun pula dosa aku.  Nak tunggu raya,  lambat lagi!”  balas Nisha.
“Falsampah mana pula yang kau ikut ni?  Kalau dah nama mengutuk tu,  depan ke,  belakang ke,  sama je dapat dosa.”  Aku turut membalas. Nisha sudah tersipu-sipu malu.  Aku tersenyum senang.
So,  where we want to go?” ajuku ingin tahu.
Nisha mengaru-garu dagunya,  seakan berfikir.  “Ha! Karaoke.  Ok or not?  ajunya ingin meminta pendapat.
“Karaoke?  Ni kalau husband aku nampak ke,  tau ke,  mampus aku tau!”  terasa gentar pula jika di fikirkan.  Bagaimana jika Zikril tahu?  Tentu aku makan penampar sulung Zikril nanti.  Ngeri!  Sudahlah kes aku dengan Zikril masih tidak reda.
Aku dapat melihat muncung Nisha yang sudah berinci-inci itu.  Minah ini pun satu.  Jika tidak dituruti kemahuannya,  merajuklan yang paling suka sekali.  “Alah!  Hubby kesayangan kaukan dekat tempat kerja.  Lagipun,  dia layan ke tempat macam ni?”  aku befikir sendiri.  ‘Betul juga tu.  Zikril tidak suka menjelajah ke kawasan sebegini.  Masakan aku akan bertemu dengannya.  Apa salahnya aku join.  Bukan selalu dapat buat macam ni.’  Hatiku bernada lega.  Lagi pula,  waktu masih muda.
“Okeylah.  Tapi,  sekejap udah!”  aku menetapkan syaratku kepadanya.  Nisha sekadar mengangguk dan menarik lenganku.  Terkocoh-kocoh aku menyaingi langkahnya bergerak.  Sudah tidak sabar untuk melalak agaknya!
Keadaan di kawasan karaoke ini,  hingar-bingar dengan pelbagai jenis suara.  Biarpun pelanggan di pisahkan dengan kotak-kotak nyanyian,  namun suara mereka masih bisa di dengar dengan jelas.  Aku sekadar mengikut Nisha memasuki salah satu ruang karaoke.  Hanya kami berdua di dalamnya.  Barulah kurang sedikit bunyi sumbang yang ku dengar.
“Ya Allah!”  Nisha menepuk dahinya.
“Kenapa ni, Sha?”  ajuku bimbang.  Fikirku,  tentu sahaja Nisha terlupa sesuatu.
“Aku lupa nak tukar tokun!  Kau tunggu sekejap, eh!  Aku pergi tukar sekejap.  Kau jangan pergi mana-mana.  Nanti,  orang lain kebas pula tempat kita ni!”  pesannya.  Aku menggangguk faham.
“Cepat tau!”  ujarku.  Nisha mengangkat tangan tanda bersetuju.
Sementara Nisha pergi untuk menukar tokun,  aku pula sempat menyelak-nyelak fail yang berada di atas kerusi.  Memuatkan pelbagai tajuk lagu untuk dipilih oleh para pelanggan.  Pelanggan hanya perlu memilih,  lantas memasukkan tokun ke dalam ruang yang disediakan.  Cuma perlu memilih lagunya sahaja.  Aku sedikit tertarik.  Biarpun aku hidup di zaman moden ini,  namun aku cukup dungu dengan segala alat kepuasan perasaan seperti ini.  Sungguh aku tidak tahu,  kerana inilah kali pertama aku menjejakkan kakiku di sini.
“Ramai orang la, bro!”  ujar satu suara.  Mana tidaknya,  kawasan sebegini tentu sahaja mengundang ramai warga untuk datang menenangkan hati dan meluahkan perasaan. Kalau bernasib baik,  mereka akan berjaya mendapat tempat.  Jika tidak,  makan asap sahajalah nampaknya.
“Tak apa.  Aku ada ikhtiar!  Kau ikut je aku!”  suara yang lain menyampuk.
“Kau nak buat apa pula?”
“Cuba kau tengok tu!”  arah jejaka tersebut.  “Perempuan tu kan! Jadi, kita ayat sikit okey.  Mana tahu,  kot ada peluang nak test bakat kejap lagi!”  si jejaka itu tersenyum tanda mengerti.  Kini,  fahamlah sudah akan rancangan temannya itu.
Kotak cermin di ketuk beberapa kali.  Beberapa saat kemudian,  pintunya dibuka.  Mereka sudah tersenyum penuh makna.  Ada peluanglah untuk menunjuk bakat.  Biasanya kalau diayat,  wanita akan mudah terpujuk dan akan memberi peluang kepada si jejaka untuk mengambil alih.
Mikrofon yang ku pegang serta-merta terhempas ke lantai.  Suara yang sedari tadi mampu keluar,  kini bagai tersekat di kerongkong sahaja.  Kecut perut aku memandang dua jejaka di hadapanku ini.  Sungguh!  Jejaka yang sedikit tinggi itu,  kelihatan sungguh begis dan garang.  Manakala, yang seorang lagi kelihatan terkejut.  Perlahan-lahan aku bergerak berselindung di sebalik tubuh Nisha yang baru tiba,  yang kulihat turut kecut perut.  Tidak berani untuk aku menuntas pandang seraut wajah itu.  ‘Mati aku macam ni.’  Jeritan batinku kedengaran bimbang.
“You buat apa dekat sini?”  Aju jejaka tersebut yang amat kukenali. 
Aku sudah ketap bibir.  “I…ermmm I…”  kelu lidahku untuk menjawab.   Aku memandang Nisha untuk meminta bantuan.  Namun,  dia juga sepertiku.  Sudah terkaku tanpa kata. Berkali-kali aku menelan liur yang seakan sudah tepu di kerongkong. 
“Siapa suruh you datang sini?”  kedengaran perlahan namun penuh dengan ketegasan.  Matanya juga membulat seakan ingin menelanku di saat itu juga.
“Kau tengoklah tu!  Mana aku tak sakit hati,  Fiq!”  bentaknya geram.
“Sabarlah kalau ya pun!  Kalau kau marah pun, nak buat apa.  Mereka dah ada dekat sini.  Layan jelah!  Lagipun,  bukan dia datang sorang kan!  dia datang berteman.”  Syafiq memberi pandangannya. 
Sorry.”  Hanya itu yang terluah di bibirku di saat ini.
“Ambil beg you!  Kita balik!”  Zikril sudah memberi arahan.  Apa lagi,  terkocoh-kocoh aku bergerak mengambil handbegku.  Microfon yang terbaring di atas lantai,  kucapai dan ku letakkan kembali di peraduan asalnya.  Taufiq yang berada di situ,  sudah bercekak pinggang.  Terlakar riak kesal di wajahnya.  Sedih kerana tidak dapat mencuba suara barangkali.  Dan seperti biasa,  akulah jua punca yang menggagalkan segalanya. 
You to Nisha! Hurry!  kini bukan sahaja aku,  Nisha turut sama menjadi mangsa.  Malu juga kerana di perlakukan begitu di hadapan Nisha.  Namun,  perasaan malu itu ku lontarkan jauh.  Mungkin ini juga satu cara untuk menyedarkan Nisha,  bahawa perkahwinanku ini adalah salah dan amatlah tidak kena.  Dahulu,  Nishalah insan yang menasihatiku.  ‘Zikril tu sempurna?  Tidak ada cacat celanya.  Aku tengok pun dia baik!’  terulang-tayang kata-kata itu di benakku.
Didalam kereta,  aku hanya diam membisu.  Kini,  aku hanya bersama Zikril di dalam keretaku.  Manakala,  Taufiq ditugaskan oleh Zikril untuk menghantar Nisha pulang dengan menggunakan keretanya.  Walaupun aku ingin membantah,  namun untuk kali ini ku diamkan sahaja.
“Kenapa you kesana?”  Zikril mula berbicara denganku.  Walaupun dia tidak memandangku,  namun aku tahu perhatiannya hanya tertumpu kepadaku. Demi menutup kegugupan, aku meramas-ramas lembut jemariku. 
“I tanya kenapa you pergi tempat tu?  Dah tak ada mulut nak cakap?  Tadi,  bukan main kuat suara!”  perlinya.  Ku lihat Zikril menggenggam erat stereng keretaku.  Serta-merta otakku ligat berfikir.  ‘Kalaulah stereng tu aku,  tentu dah mati aku.’  Hati membuat telahan sendiri.  Takut kerana tertangkap sedang berbuat salah.
Air mataku sudah mula bertakung.  “I saja pergi.  I tak pernah pergi sana pun.”  Aku membuat penjelasan.  Menyesal juga kerana menjejakkan kaki ke sana.  Percuma aku di marahi oleh Zikril. 
Next time,  no more karaoke! Kalau ada pun,  it’s just you and me only.  Atau,  I terpaksa buat you macam kanak-kanak.  Tak payah kerja dan tak payah keluar langsung!”  ugutnya.  Aku sememangnya pantang jika di ugut dan di perlakukann seperti anak kecil. Seakan aku tidak tahu berfikir langsung.  Sekurang-kurangnya,  tidak perlulah mengawal aku sepert itu.  Aku jadi lemas dan rimas.
Aku mejeling geram.  “Kalau you boleh pula!”  dugaku takut-takut.
Zikril membuntangkan mata.  ‘Ah!  Tak habis-habis nak ugut aku!’  aku mengomel sendiri.  “I lain,  dan you lain!  I ni lelaki.  Kalau you lelaki,  I tak kisah.  Tapi you tu perempuan,  isteri I pula tu.  Itu yang I kisah!” keras sahaja nadanya.  Membuatkan mulutku semakin ingin melawan kata.
“You takut malu?  Isteri you keluar ke tempat macam tu? You jangan lupa Zick!  We arenothings.  Kenapa nak malu pula?”  kini giliran aku pula untuk bersuara.
Zikril memberhentikan kereta di bahu jalan secara mengejut.  Membuatkan aku tersengguk-sengguk beberapa kali.  “Apa masalah you ni Shika?  Tell me?Malu atau tidak,  bukan persoalan langsung sekarang ni.  You bukan budak kecil lagi yang perlu I ingatkan.  Sejauh mana pun you cuba nak lari,  tapi jawapan dia tetap satu.  You are my wife! So,  you are my responsibility and I just want you to listen to me! I tak nak perkara macam ni,  berulang!”  pesannya.  Bukan aku tidak mahu mengikut,  namun kadangkala aku juga memerlukan ruang buat diriku sendiri.  Ruang tanpa di bayangi oleh tekanan.  Tidakkah Zikril memahami rasa hati aku?
“Sebab I bukan budak kecillah,  I tak nak you kongkong hidup I.  I pun nak hidup macam orang lain.”  Aduku hiba.  Zikril membuang pandang ke wajahku.  Pandangan itu membuatkan aku terkedu.  Untuk kali ke berapa entah!
“Kenapa?  Sekarang you tak hidup macam orang lain?  You sepatutnya bersyukur atas apa yang you ada,  Shika!”
Aku pantas menggeleng.  “Bukan macam tu,  Zick.  I  bukan tak bersyukur dengan apa yang tuhan dan tentukan untuk I ni.  Tapi,  I pun teringin nak rasa macam orang lain rasa.  You tentu faham kan?  I nak rasa bebas.  I nak diri I rasa di sayangi macam orang lain.  I nak rasa macam mana rasanya jatuh cinta,  macam mana rasanya perasaan sukakan orang lain? I nak rasa macam mana rasa memerlukan dan diperlukan?  Sebab,  kadang-kadang I rasa diri I ni tak diperlukan langsung!”  luahku.  Zikril sekadar terdiam dan memberi peluang untuk aku meluahkan perasaan.  Aku tidak tahu,  mengapa aku perlu meluahkan perasaanku kepada Zikril?  Bukan kepada orang lain?
“Di pejabat,  I dengar macam-macam cerita.  Semuanya,  I tak pernah rasa!  I teringin nak terima bunga macam Tira dapat dari pakwe dia Emai,  dan I teringin nak dapat coklat kesukaan I, dari orang yang sayangkan I.  I teringin nak terima surat cinta macam yang Zakia dapat dari Luthfi! I teringin nak dengar orang cakap dekat I,  dia sayangkan I.  You tau tak apa perasaan I sekarang ni,  bila tak ada siapa pun yang ingat birthday I hari ni? Jangankan nak dapat hadiah,  ucapan pun ramai yang lupa!”  aku sudah teresak di situ.  Terhinjut-hinjut bahuku menahan sendu.  Jika Zikril lupa akan tarikh lahirku,  aku masih boleh menerima.  Namun,  jika seluruh keluarga turut lupa,  siapa yang tidak sedih.
Aku sememangnya bukan anak yang baik untuk mereka kenangkan selalu.
Zikril menarik jari-jemariku,  lantas di genggamnya erat.  Aku cuba untuk menarik kembali.  Namun,  genggamannya ternyata lebih kuat dariku.  Bagaikan setin cat darah sedang tersimbah ke wajahku di saat ini.  Malu kerana Zikril berkelakuan seperti itu.
“I kan dah pesan dulu.  You tak dapat judge hati orang lain, Shika! Kadang-kadang pandangan you,  tak kan sama dengan apa yang sebenarnya tersirat dalam hati seseorang tu!”  kali ini,  Zikril sudah berlembut.
“Bukan semua orang,  dapat jadi macam yang you nak!  Tapi,  sekurang-kurangnya,  mereka cuba sedaya-upaya untuk jadi yang terbaik untuk diri you!  Faham tak?”  aku dapat merasakan pegangan tangan Zikril yang semakin kejap. 
“Senang you cakap,  sebab bukan you ada di tempat I sekarang!”
“Shika,  you tahu apa ada dalam hati I ni?  You tahu apa yang I inginkan?  You tahu bila birthday I?  you tau tak apa yang I suka dan tak suka?  You tahu tak Shika?”  aku sudah terkedu.  Zikril seolah-olah meminta jawapan dariku dan apa yang perlu aku terangkan sebagai jawapannya.  Aku menggigit bibir.  “Shika,  apa yang I inginkan,  sama juga macam yang you inginkan.  Bezanya,  you perlukan semua tu dari orang lain.  Manakala,  I perlukan semua tu dari isteri I sendiri!”  lirih saja ucapnnya yang terakhir.  Terbius aku seketika.  Seakan terkena renjatan eletrik sahaja.  Sekali lagi,  aku kelihatan kejam di matanya.
“I tak tau!”  aku bersuara perlahan.
So,  you tak nak tau?”  ajunya pula. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan