Halaman

Selasa, 25 Disember 2012

Novel Ku : Sebenarnya Cinta 9



              BAB  9
           

Zikril yang keluar sambil bersalam dengan Qaiz,  segera melilau mencari sesusuk tubuh milik isterinya.  Shika sebentar tadi,  meminta untuk menunggu di luar.  Hampir semua kawasan dilihatnya.  Namun,  wajah isterinnya tidak kelihatan di mana-mana.  Dia merapati bahagian kaunter,  lantas bertanya akan isterinya.  Namun,  jawapan yang didengarinya sebentar tadi,  amat mengejutkan hati dan jantungnya. 
“Dia dah tak ada,  Qaiz!  Aku rasa dia dah dengar apa yang kita bincang tadi.”  Zikril semakin panik.  Penjelasan Aini,  gadis di bahagian kaunter tadi, amat melamaskan hatinya.  Shika berdiri di hadapan pintu?  Dia menangis?  Macam mana ni?
“Aku tak rasa dia pergi jauh!  Mesti ada dekat-dekat kawasan ni je.  Baik kau pergi cari dulu!  Sebab dekat sini,  payah nak ada bas atau teksi.  Aku yakin dia tak boleh pergi jauh!”  Qaiz memberi cadangan.  Zikril menepuk lembut bahu temannya lantas bergerak keluar.
Kesuraman malam yang menemaniku kini,  amat menggerunkan.  Seolah-olah kepekatan malam itu sedang berbicara dengan aku tentang rasa suram,  kosong,  dan gelap.  Ya!  Itulah perasaan yang merobek hatiku di kala ini.  Perasaan kosong, suram, dan gelap melatari kehidupanku kini.  Hanya kerana keputusan berkahwin dulu,  menyebabkan aku mendapat kesusahan ini.  Aku tahu,  dalam diam aku telah menyebabkan hati Surizan terluka.  Namun,  itu bukanlah kejadian yang aku harapkan agar berlaku.  Jauh dari hatiku,  istilah merampas milik orang.  Melainkan,  semuanya sudah di takdirkan terjadi.
Jarum jam sudah melewati angka 9.00 malam.  Satu bayangan bas mahupun teksi masih belum kelihatan.  Itulah yang merisaukan aku.  Bimbang jika sudah tidak ada kenderaan awam yang boleh dinaiki olehku.  Bagaimana aku akan pulang nanti?  Dan bagaimana dengan aku nanti?  Itulah,  jika ingin menunjukkan protes tanpa memikir suasana dan keadaan.  Beginilah jadinya.
Aku menjadi bertambah kalut,  tatkala terpandang dua orang jejaka ‘Todi’  bergerak semakin hampir denganku.  Aku hanya mampu berdoa di dalam hati,  agar tiada apa yang akan menimpa diriku.  Sesungguhnya,  aku terlalu takut untuk membayangkannya.  Mamat ‘Todi’lah katakan.
“Hai sayang!”  Ucap salah seorang daripada mereka.  Aku sekadar tidak melayan.  Melihat wajah mereka,  jauh sekali.  Mulutku tidak henti-henti berzikir meminta agar mamat berdua ini akan beredar atau ada insan yang akan datang membantuku.  Sesak nafasku dengan segala macam bau yang tersedut di rongga hidungku.  Bau masam-masam dan hanyir yang bergabung menyebabkan tekakku menjadi loya. 
“Alahai,  kenapa sayang diam je ni.  Meh abang pujuk meh!”  ujar yang seorang lagi sambil cuba menyentuhku.  Aku menepis-nepis kuat,  ketika tangan kotor itu cuba mendarat di bahuku.  Air mataku sudah mula membasahi pipi.  Aku takut dengan situasi ini.  Bagaimana jika aku di rogol?  Di manalah akan ku sorokkan wajahku ini?  bagaimanalah aku mahu hidup di dunia ini?  bagaimana dengan ibu dan ayahku nanti?  Segalanya jadi sungguh menggerikan.
Kedengaran mereka ketawa kuat.  Sungguh menggerikan. 
“Woi jik!  Minah ni takut lah wei!”
“Sayang takut ke?”  Manusia yang bernama Jik,  menggenggam tanganku menyebabkan aku menjerit-jerit agar di lepaskan.  Dengan pantas aku meronta-ronta untuk melepaskan diri.  Air mata sudah laju membanjiri kolam mataku.   Zikir yang tadinya hanya terucap didalam hati,  kini sudah kuat ku alunkan.  Ianya menyebabkan mereka bertambah seronok ketawa.
“Apa yang sayang baca ni?  Mentera ke?”  ejek mereka.  Ya Allah,  apa nak jadi dengan dunia ni.  Masakan soal begini,  boleh di buat sebagai bahan untuk menggeletek usus perut.  Sungguh jahil mereka! Biarpun aku bukanlah seorang yang terlalu baik.  Namun,  apa yang mereka lakukan ini sudah lebih!
“Sayang kepala hotak korang!”  jerit satu suara sambil kedua mamat ‘Todi’ itu di libas beberapa kali.  Aku yang mengenali gerangan suara itu,  segera menoleh. 
“Zick!”  ucapku pantas. Syukur!
“Pergi masuk kereta!”  arahnya kepadaku.  Aku terkedu!  “Sekarang!”  tekannya lagi apabila meliahat aku masih terkaku di situ.  Aku yang terkulat-kulat,  segera berlari dan masuk kedalam kereta.  Di situlah,  aku menjadi penonton akan aksi ‘Ong Bak’ Zikril merangkap suamiku ini.  Hebat juga Zikril mengatur langkah ketika dirinya ingin di belasah.  Habis lembik mamat ‘Todi’ yang menggangguku sebentar tadi.  Tanpa ku duga,  tanganku ku tepuk dan bersorak di atas kemenangan Zikril. Mamat berdua itu,  seakan sedang melutut dan memohon ampun kepada Zikril.  Mungkin serik kerana menggangguku tadi.  Aku tersenyum bahagia.  Terlupa seketika akan perasaan sebak dan sesal yang menyinggah di pelabuhan hatiku sebentar tadi.
“You okey?”  ajuku serba-salah.  Aku merebahkan punggung di atas sofa berhadapan dengan Zikril.  Dapat kulihat,  Zikril menggenggam beberapa kali penumbuknya itu.  Sakit kerana membelasah barangkali.  Ternyata membelasah orang lain bukanlah suatu aktiviti yang menyeronokkan.  Daripada musuh mendapat luka,  kita sendiri akan merasa rasa yang sama.  Mungkin kurang sediki sahaja.
Aku sudah tidak berani untuk bertanya lagi.  Zikril nampaknya begitu marah denganku.  Sehinggakan tiada satu patah perkataan pun yang lahir di bibirnya.  Dia hanya diam berteleku di atas sofa ruang tamu.  Pelik!  Sepatutnya akulah yang patut berasa marah.  Bukannya Zikril.
Aku serba-salah untuk mendekati.  Namun,  aku tetap mencuba.  Zikril telah menyelamatkan maruahku pada hari ini.  Itu cukup bermakna bagiku.  Walaupun,  pada mulanya aku turut merasa marah,  sedih,  dan terkilan dengan sikap Zikril padaku.  Marah kerana pernikahan kami ini.  Walaupun aku tahu,  Zikril juga adalah mangsa di dalam kes ini.  Sama seperti aku.
“Biar I tengok tangan tu.  Dah bengkak!”  pintaku lembut.  Aku menarik perlahan tangan Zikril yang tergantung di antara dua lututnya itu.  Peti kecemasan telah ku ambil dan ku bawa mendekat.
Zikril merentap kasar.  “Tak payah!”  Zikril memandangku tajam.  Namun,  pandangan itu kadangkala tidak langsung dapat menakutkan aku.  Biarpun sebelum ini,  aku cukup gerun jika di tenung setajam itu.  Bagaimanapun,  segalanya bergantung kepada keadaan juga.  Di dalam keadaan ini,  jelingan tajam itu,  sedikitpun tidak dapat menakutkan hatiku.  Tidak dapat menggoyahkan perasaanku.
Aku menarik kembali tangan itu,  Masih di dalam versi lembut.  “I kata biar I tengok!”  aku bertegas tetapi lembut.  Ketika Zikril sekali lagi ingin menarik tangannya,  aku sudah membulatkan mataku memberi amaran,  agar Zikril tidak meneruskan apa yang ingin dilakukannya itu.  Zikril kelihatan tidak senang dilihat begitu.  Namun,  tidak pula dia membantah kali ini.
Tanpa banyak cerita,  aku membersihkan luka yang terlihat di tangan Zikril dengan menggunakn air suam yang ku bawa tadi.  Aku berhati-hati agar Zikril tidak terlalu sakit.  Setelah selesai membersih dan mengeringkan luka,  aku teruskan pula dengan menyapukan iodin ke bahagian yang luka.  Zikril sedikit menjerit,  kerana pedih di titip iodin.  Aku tersenyum kecil. Lelaki juga tidak betah dengan kesakitan seperti ini.  Pengakhirnya,  aku membalut ‘Buku lima’  Zikril menggunakan kain kasa dan ku pinkan kemas.  Setelah berpuas hati,  aku melepaskan tangan Zikril kembali. Zikril juga kelihatan membelek-belek balutan di tangannya.
“Dah siap!”  ujarku sambil tersenyum kecil.  Bangga juga kerana aku dapat belajar merawat sebegini.  Ikhlas,  aku tidak pernah menggunakan semua ini sebelum ini.  Jika aku mendapat luka sekalipun,  aku hanya akan menggunakan plaster luka sebagai penawarnya.  Malas untuk beriya-iya.  Namun,  kerana Zikril,  aku turutkan jua.
Zikril terus-terusan membisu.  Membuatkan aku terus-terusan susah hati.  Sepatutnya akulah yang akan lebih terasa,  jika hendak dibandingkan dengan Zikril.  Kerana aku wanita dan dia lelaki.  Sedih kerana tidak berbahagia dan sedih kerana berada di dalam situasi seperti ini.
“Zick,  you nak makan sekarang atau sekejap lagi?”  ajuku ketika sarapan sudah penuh di meja.  Pening juga kepalaku pagi tadi.  Apa yang boleh ku masak sebagai sarapan pagi.  Segala barangan yang ku beli,  sudah di sedekahkan Zikril kepada siapa entah!  Padahnya,  aku hanya memasukkan apa yang patut sahaja ke dalam mihun hasil gorenganku ini.  Padan juga dengan muka Zikril!  Bermurah hati tidak kena tempat.
Zikril mendengus geram.  “Tangan I sakit!”  balasnya tegas.  Aku seraya mengangkat kening.  Terlupa pula,  tangan kanan Zikril masih berbalut dengan kain kasa.  Akibat membelasah budak ‘Todi’ semalam.  Sehingga berbalut begitu dan sudah tentu dia sukar untuk menggunakan tangannya itu.
Aku menahan tawa.  “Tangan kiri kanada?”  balasku selamba.  Sengaja ingin mengusiknya.  Entah mengapa,  aku pula yang beminat untuk berjenaka dengannya.  Sedangkan di hatiku,  masih berbekas rasa.  Masih ada rasa sakit dan kecewa yang terselit utuh.  Namun,  kejadian demi kejadian,  sedikit merubah pandangan hati dan tanggapan jiwa.  Dan kerana kata-kata ibuku jua,  membuatkan aku terus bersabar sehingga ke hari ini.
Wajah Zikril semakin memerah.  Aku tahu dia sudah hilang sabar.  Atau mungkin juga malu dengan teguranku itu.
“Tangan kiri,  bukan untuk makan!”  sindirnya.
Aku sudah tersenyum.  “Aik,  dah macam tu pun dan lagi nak menyindir!”  tegurku kurang senang.  Biarpun begitu,  aku masih tersenyum nipis.  Zikril sudah menjeling geram.
Satu senduk mihun ku masukkan kedalam mangkuk.  Dan secawan milo panas ku tuangkan ke dalam cawan.  Dengan selamba aku menatang dulang sehingga ke hadapan batang hidung Zikril.  Dia sedikit terkejut.  Namun,  berpura-pura sombong.
“Cukup tak satu senduk?”  ajuku meminta kepastian.
Zikril masih menjeling marah.  Segera dia memalingkan wajahnya dari memandangku. “Kan I cakap, tangan I sakit!”  Zikril bersuara tegas.  Lantas,  berpaling semula.
Aku masih tersenyum kecil.  “Sebab tu lah I…” belum sempat ayatku sempat di habiskan,  Zikril sekali lagi bersuara.  Memotong habis segala ayatku.
“Kan I dah kata,  tangan I sakit! You tak faham-faham lagi ke!”  hamburnya kasar.   Aku tersentak!  Sudu yang dipenuhi mihun,  terjatuh ke lantai tatkala wajah itu secara tiba-tiba berpaling.  Hampir saja aku menyuapkan sesudu mihun itu ke mulutnya.  Namun,  tengkingan Zikril telah menyebabkan aku terketar.  Lantas,  semuanya terlingkup jatuh.  Aku sudah ketap bibir menahan rasa hati yang mula datang menghimpit.  Lantas, aku berlari membawa diri ke tingkat atas.  Ku biarkan sahaja mihun yang terlingkup itu begitu.  Tiada hati untuk mengangkat. Zikril kelihatan tergamam.  Keluhan berat di hela.
“Hai mengeluh sakan nampak!”  Aju Taufiq ketika melewati meja Zikril.  Wajah itu dilihat monyok semacam.  Ada masalah lagilah ni!
Zikril tersenyum pahit,  sambil dia menegakkan batang tubuhnya biar lebih selesa. 
“Gaduh lagi ke?”  ajunya masih mahu mengorek rahsia.  Zikril sekadar mengangguk mengiyakan apa  yang berlegar di benak dan pemikiran temannya itu.  Hendak bagaimana lagi,  Taufiq adalah teman yang selalu mengambil tahu akan perihalnya dan dia juga sering mengadu akan masalahnya kepada Taufiq.  Sudah selesa dan sebati begitu.
Zikril merakamkan kekesalannya di atas kejadian awal pagi tadi.  Kesakitan dan denyutan di tangannya,  membuatkan Zikril terjaga lebih awal daripada biasa.  Namun,  ketika dia menapak turun ke tingkat bawah,  Zikril dapat melihat Shika sedang termenung sambil menggaru-garukan kepalanya.  Dia sekadar memerhati dari kejauhan.  Tidak ingin mengganggu isterinya yang sedang mengelamun penuh asyik itu.  Lama dia memerhati.  Hatinya jadi tenang ketika wajah ayu itu melatari ruang matanya.  Entah mengapa.  Namun,  kerana gaya itulah Zikril tertarik dan bertindak menyelam sambil meneguk air.  Dia sedikitpun tidak menyesal dengan keputusannya,  malahan dia amat bersyukur.
Dia dengan perlahan-lahan bergerak membawa dirinya ke arah sofa.  Lantas,  merebahkan tubuhnya di atas sofa empuk berwarna coklat gelap itu.  Entah bila,  Zikril terlelap di situ.  Sungguh lena dan nyenyak,  sehinggalah Shika mengejutkannya.
Terpisat-pisat Zikril bangun tatkala terasa bahunya di gongcang lembut. 
“Shika kejutkan aku sebab aku tertidur dekat sofa.  Masa tulah aku buat silap besar,  Fiq!  Kau pun nampak tangan aku ni kan.  Sakit campur pedih.”  Zikril menunjukkan penumbuknya yang berbalut itu.“Dia macam paksa aku makan,  walaupun aku cakap tangan aku ni sakit.  Dia pula tanya aku macam-macam.  Aku lagilah sakit jiwa.  Tapi,  kalau aku tahu dia saja nak usik aku,  dan dia siap nak tolong suapkan aku,  sumpah aku tak tengking dia,  Fiq!”  Zikril sudah mengangkat tangannya tanda bersumpah.  Taufiq memandang Zikril dengan pandangan peliknya.  “Aku dah tak tau nak buat apa ni tau!  Dia tentu perang dengan aku nanti.”  Tambahnya lagi.
“Itulah kau Zick!  Lain kali,  jangan cakap atau marah ikut sedap mulut kau je.  Kalau dia marah lain.  Sebab dia tu perempuan.  Gaya pun akan jadi lain.  Bila kau yang marah, semua benda yang kasar akan keluar!  Kan dah jadi macam ni!”  tegur Taufiq.  “Eh,  tapi kan apa kena dengan tangan kau ni?  Cerita punya cerita,  sampai aku tak tau pun tangan kau luka macam ni?  Apa kes?  Kau belasah siapa,  Zick?”  seperti tahu-tahu sahaja Taufiq meneka.  Mungkin kerana lokasi luka dan bentuk luka itu sendiri,  yang memudahkan Taufiq untuk menekanya.  Zikril sudah menunduk memandang lantai.  Sekali lagi,  kebodohannya akan terbongkar di hadapan teman baiknya ini.  Zikril sekali lagi mengeluh.  Bukan dia tidak tau,  mengeluh itu tandanya tidak bersyukur dan itu adalah tidak elok. 
Taufiq menepuk dahinya,  tanda tidak percaya dengan apa yang di dengarinya sebentar tadi.  Kini,  dia akui temannya seorang ini sememangnya kolot dan naif didalam soal hati dan perasaan.  Taufiq mengunci bibir.  Tidak ingin menambah lagi.  Ianya membuatkan Zikril gelisah.  Tentu sahaja sahabatnya itu,  turut tidak bersetuju dengan tindakannya.  Jika tidak,  masakan Taufiq diam membisu dan tidak memberi pendapat seperti tadi.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan