Halaman

Selasa, 25 Disember 2012

Novel ku : Sebenarnya Cinta 4



             BAB  4


            Majlis yang boleh ku katakan agak meriah di langsungkan.  Fikirku,  tentu sahaja kedua belah pihak ingin melangsungkan secara ala kadar sahaja.  Tidak pula aku terfikir majlis akan semeriah dan sebesar ini.  Majlis yang hanya di rancang dalam tempoh sebulan ini begitu besar buatku.  Lengkap dengan bunga telur,  pelamin, katering,  jurumekap, jurugambar dan helaian pakaian yang mencecah sepuluh pasang itu.  Mana dengan pakaian ala cina, ala india malaysia,  berkimono, gaun petang, pakaian ala jawa, ala minang, ala bollywood,  dan ala melayu turut sama di gabungkan.  Sudah naik pening aku dalam sesi menukar pakaian. 
            Aku memaksa bibir untuk melahirkan senyuman.  Atas permintaan ramai kerana ini adalah sesi bergambar.  Kalau di ikutkan hati marah dan kesalku,  mahu sahaja aku lari meninggalkan majlisku ini.  Namun,  memikirkan maruah dan air muka keluarga yang aku tanggung,  lantas ku batalkan sahaja niat buruk yang sejenak bertapak itu. 
            “Shika,  you rapat sikit dengan Zikril!”  Arah Abang Kush atau lebih manis Abang Kushairi.  Liuk lentok tangan Abang Kush mengarah lakonan kami.  Biar nampak lebih mesra katanya.  Aku lantas cuba merapatkan diri serapat mungkin.  Biarpun,  perasaan kaku menebar ke seluruh tubuh badanku.  Aku dapat melihat Abang Kush meluruskan ibu jarinya menunjukkan isyarat ‘Bagus’  buat aku dan Zikril. 
            “Senyumlah sikit!”  bisik Zikril di telingaku. 
            Aku sekadar mengikut sahaja gaya dan posisi tangkapan yang di cadangkan oleh jurukameraku itu.  Berbagai gaya yang di pinta membuatkan aku sedikit bosan.  Namun,  sedaya upaya ku selindungkan,  tatkala wajah ibu dan ayahku menjengah di hadapan mata.  Mereka kelihatan bahagia melihat aku berdiri di sini. 
            ‘Ibu,  kalaulah ibu tahu perasaanku.  Semua ini tidak lama ibu.’  Rintihku di dalam hati.  ‘Bagaimanalah jika hubungan ini berakhir?  Bagaimana dengan ibu dan ayah nanti?  Berharap kepada  hubungan yang tidak sepatutnya terjadi ini?’
            Keriuhan sanak-saudaraku jelas kedengaran di hujung telinga.  Aku yang sedang mendirikan masjid,  tetapi orang lain yang lebih kalut dan kecoh berbanding dengan diriku sendiri. 
            Aku meneliti jari-jemariku yang merah di saluti inai ini.  Terang sahaja warnanya.  Sesekali aku cuba menenyeh-nenyeh inai tersebut.  Cuba untuk menghilangkannya.  Bodohnya aku kan?  sudah tahu bahawa aku tidak akan pernah bisa menghilangkannya.  Namun,  aku masih bisa mencubanya.
            “Laa,  kenapa kau tak tukar baju lagi ni?  Kau tau tak dah pukul berapa ni?”  tegur Nisha yang baru menapak masuk ke dalam bilik.  Aku hanya memerhatikan lagak gaya Nisha yang membelek-belek sepasang gaun putih ala-ala inggeris yang tersangkut di tepi almariku.  Baju yang telah di sediakan untuk majlis memotong kek sebentar nanti. 
            Jam yang tersangkut di dinding ku pandang sekilas.  08.30 malam dan sememangnya aku sudah sedikit lewat.  Namun,  aku tidak bersemangat untuk semua perkara ini.  Apa pula perlunya majlis pemotongan kek ini?  bukannya majlis wajib yang perlu dilakukan.
            Aku menggepal kertas lantas melontarkannya ke arah Nisha.  Sebagai isyarat agar gadis genit itu memandang ke arahku.  “Perlu ke buat majlis potong-potong kek ni?  Aku rasa rimas kau tau tak,  Sha!  Rasa macam satu tan tanah tengah hempap aku masa ni.  Berat sampai aku rasa,  susah untuk aku lepaskan  diri.”  Aku mengedipkan mataku beberapa kali.  Menghalang air mata daripada tumpah menyembam pipi. 
            Nisha bergerak  merapati diriku.  Lantas turut melabuhkan punggungnya di sebelahku di atas katil.  Ruangan katil yang agak sempit yang di penuhi barang hantaran perkahwinanku,  menyebabkan aku dan Nisha sedikit terhimpit. 
            “Shika,  kau tak bolehlah macam ni.  Cuba kau tengok semua ni.”  Arah Nisha kepadaku.  Lantas, aku menurut.  Hantaran perkahwianku itu ku pandang penuh hiba.  “Semuanya nampak sempurna di mata aku,  Shika!  Tiada kurangnya dia.”  Nisha seakan cuba untuk memujuk hatiku.
            Aku dengan pantas membantah.  “Ada yang kurang Nisha.  Ada yang kurang!”  balasku lirih.  Dapat ku lihat,  riak wajah Nisha yang berkerut seribu itu.
            “Apa pula yang kurangnya? Shika, takkanlah semua benda tu,  coklat yang dalam dulang hantaran tu, sikitpun tak dapat nak maniskan hati kau tu?  Bunga telur tu pula,  tak kan sikitpun tak dapat nak kembangkan hati dan perasaan kau?”  asak Nisha bertubi-tubi.   “Tu lagi satu tu, sejadah,  kain sembahyang dengan Al-Quran tu,  tak kan sikit pun tak dapat nak lembutkan hati kau,  Shika?”  aku sudah mengetap bibirku.  Bagaimanalah aku mahu terangkan tentang perasaanku yang terbuku ini kepada Nisha.  Mengapalah tiada seorangpun yang memahami aku dan perasaanku. 
            “Nisha,  yang lain aku akui memang sempurna.  Kalau tak sempurna,  takkanlah Zick sanggup memberikan hantaran macam ni.  Hantaran dua puluh ribu tu,  banyak Sha.  Terlalu banyak!  Tapi aku tau,  dia ada satu kekurangan.  Begitu juga dengan aku ni.  Kekurangan yang satu ni,  amat-amat terasa Sha.  Dia kekurangan kasih sayang dan cinta dalam diri dia untuk aku. Begitu juga aku.  Kau rasa,  kalau dah kekurangan macam ni,  mampu ke aku dengan Zick bahagia?  Dalam membina hubungan,  dua perasaan ni adalah kunci utama.  Tanpa kedua-dua rasa ini,  kebahagiaan belum tentu nak menjengah kami!  Peluang tu kalau pun ada,  mungkin tipis.  Senipis kulit bawang!”  luahku dalam nada yang agak sayu.  Bukan aku hendak melawan kehendak takdir.  Aku menerimanya.  Namun,  kekecewaan itu tetap ada dan wujud.  Dan memang mustahillah aku dapat menegalakkan dari berfikir sebegini. 
            Nisha sudah menggelengkan kepalanya sambil memandang ke arahku.  Aku jadi tidak tentu arah. 
            “Itu tak betul Shika.  Tak semestinya perkahwinan tanpa cinta dan kasih sayang,  tak membuahkan bahagia.  Cinta dan kasih sayang bukanlah soal utama di dalam urusan nak bina masjid ni.  Kau dengan Zikril masih boleh bahagia.  Atau mungkin juga lebih bahagia daripada pasangan lain yang bercinta sebelum kahwin tu tau!  Kau janganlah sempitkan sangat otak dan fikiran kau tu.”  Becok sahaja mulut Nisha memuntahkan kata.  Aku jadi mati kutu.  Tidak tahu bagaimana,  dan apa yang patut aku balas kepadanya.  Aku tahu,  walau apapun yang aku luahkan,  pasti akan mendapat balasan jawapan daripada Nisha.
            Memanglah apa yang dikatakan oleh Nisha itu ada benarnya.  Namun,  aku yang sedang berada di dalam masalah ini,  danbukannya Nisha.  Bagaimana dia dapat memahami perasaan aku di saat ini.  Terlalu sukar untuk aku menanggung beban ini.  Aku dapat merasakan kemampuan diriku ini.  Dalam umur aku yang sebegini,  urusan yang besar seperti ini amat menyerabutkan pemikiranku.
            “Ya Allah!”  tempikan ibu membuatkan aku dan Nisha segera menoleh ke arah pintu.  Tercegat ibuku di muka pintu sambil bercekak pinggang.  Aku sudah telah liur.  ‘Mati aku!’  jeritku di dalam hati.
            “Kenapa kamu tak siap lagi ni,  Chik?  Orang dah ramai dekat luar tu.  Semua tunggu kamu je.  Ibu nak kamu bersiap sekarang!”  marah ibuku.  Jelas kemarahannya terpancar di mata tuanya.
            Aku tiba-tiba bangun.  “Chik rasa,  Chik tak bolehlah ibu!”  Entah gila apalah aku, sehinggakan dengan berani saja aku melontarkan ayat yang berupa penolakan itu.
            Ibuku sudah melangkah masuk ke bilikku.  Bahuku di goncangkan berkali-kali.  Seakan sedang menyedarkan aku dari igauan mimpi sahaja lagaknya.  Aku bukan bermimpi!  “Kamu jangan nak buat gila,  Chik!”  marah ibuku terlontar lagi.  “Kamu jangan nak malukan ibu lagi.  Cukuplah dengan apa yang kamu dah buat sebelum ni.  Chik ingat,  kalau Chik tak keluar malam ni,  semuanya akan berakhir?  Kamu jangan lupa Chik,  kamu tu dah jadi isteri orang!  Jangan nak main-main lagi.  Ni benda serius.  Jangan buat macam ni.  Sekejap hendak,  sekejap pula dah tak hendak!  Apa ibu nak kata kalau kamu tak keluar nanti?”  sudah merah menyala wajah ibuku menahan marah.  Terpalit rasa kesal kerana mengeluarkan kata-kata penolakan seperti tadi.  Itu baru ibuku,  belum lagi sanak-saudara dan sahabat handai yang memberi kata-kata nasihat.  Kalau ada,  mau pengsan aku dek kerana mendengar bebelan mereka sahaja.  Setelah ibuku siap memberi amaran,  ibu terus meninggalkan aku di situ.  Perit ulu hati ketika mengenangkan aku di marahi oleh ibuku ini.
            Sepotong kek yang ku potong,  aku letakkan ke dalam sebuah piring.  Sekadar mengambil hati,  aku memegang sepotong kecil kek tersebut dan menyuakannya ke mulut Zikril.  Sibuk jurukamera merakam aksi kami.  Kini tiba giiran aku pula di suapkan.  Naik malu juga aku dengan keadaan ini.  Mana tidaknya,  kek yang di halakan bukan tepat kemulutku.  Namun,  sedikit tersasar ke hidungku.  Dengan pantas Zikril menyapu sisa kek yang terlekat di hidungku dengan menggunakan ibu jarinya.  Aku terkedu!
            Buat seketika aku merasa ada bunga bahagia yang menerobos masuk ke dalam hati.  Terharu dengan sikap yang di tonjolkan oleh Zikril terhadapku ini.  Aneh!
            Lamunanku terhenti sebaik sahaja aku terdengar suara deheman dari arah belakang.  Tidak sedar pula,  Zikril berada di belakangku.  Tadi semasa aku turun,  tidak pula aku sedar akan kehadiran Zikril.  Tiba-tiba sahaja dia sudah berada di belakangku.
            “Apa yang you buat dekat dapur ni?”  ajuku acuh tidak acuh sahaja.  Gelas air yang berada di tangan segera ku bawa ke sinki.  Sempat juga aku mengerling kepada seraut wajah yang kini berada di sisiku ini.  Nampak begitu penat dan tidak bermaya.  Simpati aku tumpah di situ.  Di wajah yang suram dan mendung itu.  Aku simpan rasa sakit hatiku yang masih lagi berbekas itu.  Tidak sanggup pula rasanya untuk aku memberontak di saat Zikril keletihan.
            “I dahaga.  Buatkan I air limau ais.”  Pinta Zikril perlahan.  Kot yang di pegangnya di sangkut di bahagian atas kerusi. 
            Aku sudah bergerak menghadap wajah Zikril.  “You pergilah salin pakaian you dulu.  Nanti I buatkan air tu.”  Arahku pada Zikril.  Tidak sanggup pula aku untuk membantah permintaannya itu.  Dia ternyata tidak membantah.  ‘Dia gadis yang baik.’  detak hati Zikril berbicara.  Mataku melolot mengikuti derap langkah Zikril ke tingkat atas. 
            Seperti yang diminta,  air limau ais ku bancuh dan letakkannya di atas meja di ruang tamu.  Remote control ku capai.  Tiada rancangan yang menarik hatiku.  Jadi lebih baik aku melayan kartun sahaja.  Lebih menarik dan menggeletek tangkai hatiku ini.  Dengan gelagat spongebob squarepants dan patric amat menarik minatku.  Di tambah pula dengan sikap squidword dan encik crab yang amat menggelikan hati. 
            “Ermm,  tengok katun?”  Aku sedikit tersentak dengan teguran Zikril itu.  Dia pun kelihatan sedikit teragak-agak untuk menegur.  “Air..lim..”  belum sempat Zikril bersuara,  aku sudah sedia menyampuk.  Teruknya aku!
            “Ermm…oh air limau ais you ada dekat atas meja tu!”  aku menjuihkan bibir ke arah meja bulat di bahagian tepi sofa.  “Tapi,  sorrylah kalau tak sedap.  I ni tak pandai buat air!”  sempat lagi aku menyindir.  Bukan aku berniat begitu.  Namun,  bibirku ini lancar sahaja meluahkan kata.  Aku lihat Zikril sudah terkulat-kulat.  Hampir tersembul tawaku melihat reaksi Zikril itu.
            Zikril memuji air limau ais yang di teguknya tadi.  Namun,  sekadar di dalam hati.  ‘Sedap juga minah ni buat air.’  Pujinya lantas memandang ke wajahku.  Aku jadi pelik.  Mengapa seraut wajah Zikril memandangku sebegitu rupa.  Tidak sedap ke air yang aku buat?  ‘Alamak!  Kena marah lagi la ni.’  Protesku geram. 
            Aku berpura-pura memberi tumpuan kepada rancangan kartun di hadapan mataku kini.  Tidak ingin mengambil tahu akan pandangan tajam yang melilit di seraut wajahku ketika ini.  Kalau ikutkan rasa,  sudah tentulah aku rimas di pandang sebegitu. 
            Best ke kartun tu?”  ‘Ceh!  nak pujuk aku lah tu.’  Perasan pula bila aku berfikir. 
            Best!  Balasku sepatah.
            Aku masih menunggu jawapan atau pertanyaan yang seterusnya dari Zikril.  Aku berharap agar Zikril meminta maaf kepadaku,  di atas kelantangan kata-katanya kepadaku semalam.  Lama juga Zikril mendiamkan diri.  Bayangkan sehingga tamatnya rancangan kartun, namun Zikril masih diam tidak berkutik.  Seperti hanya aku sahaja yang berada di ruang tamu ini.  Mungkin Zikril malu atau mungkin juga Zikril tidak ingin merendahkan tahap egonya di hadapan aku.
            Dek terlalu lama,  aku sendiri sudah malas untuk menunggu.  “I masuk dulu.  Rasa mengantuk pula.”  Ujarku perlahan.  Lantas, aku bangun untuk ke tingkat atas.  Namun,  langkahan kakiku segera terhenti tatkala seulas nama milikku di panggil.  ‘Aku dah nak naik,  baru nak panggil!’  rungutku tidak puas hati.  Namun,  ku palingkan jua wajahku ke arah Zikril. 
            “Ada apa?”  bersahaja aku bertanya.
            Aku melihat Zikril masih berfikir-fikir.  Entah ayat ‘power’ apalah yang dirancang untuk di persembahkan kepadaku.  Hinggakan mengambil masa yang begitu lama untuk di luahkan.  Sekalipun hendak marah,  tidak perlulah mengambil masa berzaman,  untuk mengucapkannya.  Aku jadi rimas menanti.
            “You nak cakap apa ni?  I mengantuk ni.”  Ajuku dalam nada geram.
            “Tak boleh ke kalau you cakap lembut sikit?”  Zikril sudah berjalan mendekati anak tangga yang menuju ke tingkat atas.  Dalam masa yang sama,  dia mendekati aku.  Naik gelabah diriku melihat Zikril bergerak mendekati.  Aku bergerak mengundur beberapa tapak.
            “Laa,  tak cukup lembut lagi ke ni?  You nak I cakap macam mana lagi?”  bantahku.  ‘Boleh tak you cakap lembut sikit?’  ulangku di dalam hati.  Lembut bagaimana lagilah yang di inginkan oleh Zikril.  ‘Lembut gigi dari tulang?’
            “I ni siapa pada you?  Kawan-kawan?”  ajunya sinis.  Aku sekadar mencemikkan bibir.  Meluat bila di tanya sebegitu rupa. 
            Aku memberanikan diri bertentang mata dengannya.  “You siapa pada I?  you rasa?”  sengaja aku tidak menjawab.  Membiarkan Zikril berfikir sendiri.  Aku tau,  tentu sahaja lelaki ini akan naik angin jika berterusan di tentang.  Tiba-tiba otakku mencurahkan satu idea yang ku kira bernas untuk di guna pakai.
           
           
           

Novel ku : Sebenarnya Cinta 3



BAB  3


            Aku sedikit tersentak dengan herdikan Zikril itu.  Semakin hari,  semakin berani pula Zikril meninggikan suaranya kepada aku.  Walaupun di atas sebab yang kecil.   Jika dahulu dia tidaklah seteruk ini.  Mungkin kerana sudah agak lama hidup sebumbung membuatkan Zikril mempunyai keberanian ini.
            “You tau masak ke tak ni?  You buka kilang cili ke?  Pedas macam ni!”  aku lihat Zikril sudah meneguk dua gelas air.  Memang pedas barangkali.  Menyesal juga kerana aku tidak mencubanya terlebih dahulu.  Patutlah aku terbersin beberapa kali tadi.  Ternyata masakanku itu sememangnya pedas.  Zikril kalau melibatkan seleranya,  dengan mudah barannya datang menjelma.
            Aku yang sudah kecut perut sekadar menjawab perlahan.  “I tak tau masak sangat.  Ingatkan taklah pedas sangat.  Dulu I tengok ibu I bubuh cili lebih kurang macam tu juga.  Tapi tak pedas pun.”  Segala macam cerita sudah aku keluarkan.  Tapi memang benar.  Bukan aku tidak pernah melihat ibuku memasak.  Jumlah cilinya juga sama.  Tetapi tidaklah pedas seperti itu.
            Secara spontan aku menepuk dahiku.  ‘Memanglah jumlah sama.  Tapi ikut juga jenis cilinya Shika oi!’  hatiku membentak sendiri. 
            “I nak you buang semua ni!  Habis hilang selera I.  Ada isteri pun tak boleh harap!  Kalau macam ni,  lebih baik membujang sampai tua.  Lagi baik!”  lantang sahaja Zikril mengulas.  Zikril hanya tersedar,  tatkala melihat wajahku sudah mula menitiskan air hangat itu.  Sedarlah dia,  bahawa dia sudah terlajak kata. 
            Aku sudah menggenggam jemariku seerat yang mungkin.  Mengerah semangat agar mampir kepadaku.  Anak mata Zikril aku pandang seketika.  Aku dapat melihat ada riak bersalah,  yang menjalar di seraut wajah milik Zikril.  Terasa bersalahkah dia?
            Aku menghembus lembut nafasku yang seakan sukar untuk di hela saat  ini.  “Zick.”  Panggilku perlahan.  Anak mata milik ku bertemu pandang dengan anak mata coklat gelap  milik Zikril.  Namun,  pantas sahaja aku melarikan hala pandangan.  “Betullah apa yang you kata tu.  Dari kita baru nikah lagi I dah bagi tau you.  Ceraikan I.  Sebab I tau,  I bukan seorang yang sesuai untuk you.  Tapi you kata,  semua tu bukan hal yang besar atau rumit.  Sayang boleh dipupuk.  Itu kata you dulu,  kan! I pun cuba nak dengar kata you.   Tapi,  hari ni you dah berterus terang dan you dah buktikan yang hubungan kita ni hanya sia-sia.”  Setitis lagi air mataku gugur biarpun aku sedaya upaya menahan.  Aku mengundur beberapa tapak kebelakang, tatkala Zikril cuba untuk meraih jari-jemariku.  Mungkin Zikril tersilap dalam berbicara,  namun sebaris ayat itu meleburkan segala yang aku cuba untuk pupuk selama ini. 
            Aku dapat melihat Zikril terkapai-kapai dalam mencari ayat yang sesuai buatku.  Serba tidak kena segala pergerakannya.  Namun,  Aku berpura-pura tidak ambil peduli.  Hatiku terlalu sakit di saat ini.  Sudahlah hatiku sakit dahulu.  Semasa peristiwa pahit yang menimpaku dahulu.  Namun,  keperitan itu seakan sukar menemui penghujungnya.  Lantas kini,  aku masih dapat merasakannya.
            “I akan tinggal dengan Nisha buat masa ni.”  Itulah kata-kataku sebelum aku cuba mengangkat kakiku keluar dari rumah teres dua tingkat ini.  Bengkak hatiku memikirkan kata-kata Zikril sebentar tadi. 
            Wait Shika.  I tak bermaksud macam tu!”
            The problem Is, youreally mean it.  Bukan sekali dua Zick.  Dah banyak kali.  Takkanlah semuanya you tak bermaksud macam tu!”
            “I tak benarkan you keluar dari rumah ni!”  tempik Zikril.  Dia sudah tidak tahu cara lain untuk menghalang Shika.  Hanya dengan berkata begitu,  dia fikir Shika akan menurut katanya.  Dia tahu,  sedegil-degil Shika,  gadis itu masih mahu mendengar katanya.
            Aku sudah tidak senang duduk.  “Kenapa you nak simpan I dekat sini lagi?  Kan lebih baik you membujang, dari ada isteri yang teruk macam I ni.  Nak masak pun tak pandai kan!”  perliku tanpa amaran.  Kini,  aku sudah berpeluk tubuh.   Tidak pula aku memandang wajah Zikril.  Namun,  aku tahu lelaki itu tidak lekang dari memandang wajahku.
            “You tak akan ke mana-mana!  Tempat you dekat sini.  Bukan dekat luar sana.”
            Aku masih tidak memahami, mengapa Zikril masih mahu aku berada di rumah ini.  Sedangkan dia sendiri sudah mengakui bahawa kehadiranku ini,  banyak menyusahkan hidupnya.  Lagi pula,  aku dengan Zikril terikat tanpa sekelumit rasa cinta dan sayang.  Tidakkah Zikril memahami itu. 
            Aku hanya menggelengkan kepalaku beberapa kali dan kakiku sengaja ku hentakkan sedikit sebelum aku bergerak ke tingkat atas.  Dimana terletaknya bilikku.  Lebih tenang di sana,  jika hendak di bandingkan di bawah ini.  Melihat wajah Zikril,  mengundang rasa sebal di hatiku.  Sudahlah tidak suka,  kini Zikril masih mahu aku berada di sini.  Apakah maksud semua ini?  aku sendiri kurang arif.  Beberapa minit setelah aku menutup daun pintu bilikku,  aku terdengar deruman kereta keluar dari garaj.  Tentu sahaja Zikril ingin kembali ke pejabatnya.  Pantas aku menjenguk di tingkap kaca bilikku.  Agak bodoh kerana sudah tentu kereta itu telah jauh dari pandangan mataku.  Aku tersenyum kelat.
            Zikril memandang gelagat orang ramai penuh ralit.  Bermacam-macam gaya dapat dilihat di sini.  Sibuk dengan kehendak masing-masing.  Air milo yang baru di hantar oleh pelayan, di hirup penuh nikmat.  Terasa segar tekaknya kembali,  setelah perit menelan makanan di rumah tadi.  Pedas mengalahkan menelan cili hidup sahaja.
            “Hai!  Makan dekat kedai?  Tadi beriya-iya aku tengok kau nak balik makan dekat rumah.  Apa dah jadi Zick?”  Taufiq yang tiba-tiba muncul,  seenaknya menarik kerusi dan duduk bertentangan dengan Zikril.  Lantas,  seorang pelayan di panggil untuk membuat pesanan.  Zikril sekadar tersenyum kelat.
            “Kau ni Fiq.  Bukan aku tak nak makan dekat rumah.  Tapi ada problem sikit tadi.  Kau tau je lah kan!”  serba salah juga sebenarnya untuk dia bercerita tentang kehidupan alam perkahwinannya itu.  Namun,  hendak di simpan sendiri,  juga dia tidak sanggup.Dia mengharapkan seseorang dapat meredakan perasaan yang berkocak di sanubarinya kala ini.
            Taifiq memutar-mutarkan kunci kereta,  yang terselit di dalam jari telunjuknya itu.  Sebelum ini juga,  dia sudah maklum dengan kisah teman baiknya yang telah berkahwin.  Berkahwin bukan di atas dasar cinta itu.  Namun,  dia tidak dapat melakukan apa-apa,  kerana Zikril sendiri yang mahu menikahi gadis tersebut.  Walaupun ramai yang membuat bantahan padanya.  Entah di rasuk apa Zikril berkeputusan untuk menikahi gadis tersebut.
            “Apa pula problem kau kali ni?”
            Kedengaran Zikril mengeluh perlahan.  “Ini yang aku tengah pening kau tau!  Macam ni.  Tadi aku balik.  Macam yang aku cerita dekat kau.  Aku nak makan dekat rumah.  Tapi kau tau apa yang jadi?”  ujar Zikril sambil menekankan sedikit nada suaranya yang sudah sedia lantang itu.  Apa lagi,  terpinga-pinga Taufiq ingin tahu. 
            Terkocoh-kocoh Taufiq bertanya.  “Apa yang jadi?”  Taufiq bertanya pantas.
            “Aku suruh Shika masak asam pedas untuk aku.”  Lambat-lambat Zikril bercerita.
            “Habis tu apa masalahnya pula?  Dia tak masak?”
            Zikril sudah menjeling geram.  Tidak menyempat dia ni nak tau.  “Kau ni kan Fiq,  tak menyempat!  Sibuk pula nak potong.  Biarlah aku cerita dulu.”  Bebel Zikril tidak berpuas hati.  Sempat juga dia meneguk baki air milonya sebentar tadi sebelum dia kembali menyambung cerita.  “Macam ni.  Dia memang masak untuk aku.  Cuma apa yang dia masak tu,  tak kena dengan selera aku.  Pedas macam aku makan cili hidup!  Apa lagi.  Aku panaslah!  Kau bukan tak tau kalau aku panas,  macam-macam ayat yang keluar.”  Zikril berhenti sebentar menghirup udara sebelum menambah.  Taufiq sekadar menjadi pendengar setia.  Takut untuk menyampuk seperti tadi.  Last-last aku sedar yang aku dah silap cakap dekat dia.  Aku cakap lebih baik aku membujang dari aku ada isteri macam dia tu!”  Zikril meraup mukanya tatkala habis berbicara.  Taufiq dilihat menepuk dahinya agak kuat.
            “Masyaallah Zick!  Kau dah gila ke!”  tempik Taufiq terkejut.  “Walaupun aku tak tau kenapa kau nak kawin dengan dia, dan walaupun aku tak tau apa masalah korang berdua,  tapi aku rasa tak patut kau cakap macam tu.  Aku taulah kau tak sayangkan Shika.  Tapi Zick,  tak bolehlah kau cakap dekat dia macam tu.”  Protes Taufiq menunjukkan dia lebih menyesali nasib yang di lalui oleh Shika.  Tentu sahaja wanita itu makan hati dengan kata-kata sebegitu.  Tambahan pula daripada suami sendiri. 
            “Kan aku dah kata.  Aku terlepas kata!  Aku tengah angin masa tu.  Kau cakap,  macamlah kau tak kenal aku ni.”  Kini panasnya sudah beralih kepada sahabatnya itu pula.  Sudah lama berteman,  tetapi masih kurang arif dalam memahami tingkah laku dan perangainya.  Gelas yang berada di hadapan matanya,  di genggam erat.  Nasib jugalah gelas itu hasil buatannya bercirikan plastik.  Jika di perbuat daripada kaca,  mungkin sudah terbelah seribu agaknya.
            “Habis tu,  apa yang kau nak buat sekarang ni?”
            “Aku tak taulah.  Dia cakap,  dia nak stay dekat rumah Nisha.  Best frienddia tu.  Aku  pun halang la.  Tempat dia dengan aku.  Bukan dengan Nisha.  Dan aku tak akan sekali-kali lepaskan dia Fiq.  Walaupun dah banyak kali dia minta aku ceraikan dia.”  Keluh Zikril. 
            “Aku ni bukan nak masuk mana-mana pihak Zick.  Tapi aku pelik juga dengan kau ni.  Kau cakap kau tak sayangkan Shika.  Tapi kenapa kau kawin juga dengan budak tu?  Kenapa kau tak nak ceraikan dia je?  Taklah korang dapat masalah macam ni.  Lagipun,  kau kan masih dengan Su.  Tak adillah macam ni, kawan!”   Taufiq sekadar meluahkan rasa hatinya.
            Zikril sudah merengus geram.  Baru sebentar tadi, barannya reda.  Kini,  kata-kata Taufiq sekali lagi membakar hati lelakinya itu.  Kalau tidak di fikirkan kawan,  mahu saja wajah itu di hadiahkan penumbuk sakti miliknya.  Biar rasa sakit,  yang pasti tidak sesakit hatinya saat ini.  Tubuhnya di sandar kasar ke bahagian belakang kerusi.  Sebagai langkah untuk meredakan rasa amarah yang bergelodak dan berombak gila di dalam hatinya. 
            Anak rambut yang berjuntaian di tubir mata,  segera di kuak ke belakang.  “Kau tau tak Fiq.  Bersusah-payah aku nikah dengan Shika.  Takkanlah senang-senang je aku nak ceraikan dia.  Agak-agaklah!”  bangkang Zikril pantas.  Soal penceraian,  memang amat tidak di setujui olehnya.  Dahulu ibunya sendiri tidak bersetuju Zikril menikahi Shika.  Namun,  di atas desakan anak terunanya ini,  hatinya menjadi sedikit lebur.  Porak-peranda juga keluarga Shika dan Zikril ketika berita mereka di tangkap basah tersebar.  Dan ibubapa mereka diminta hadir untuk mencari jalan penyelesaian bagi segala kerumitan itu.  Zikril buntu!
            “Saya sudi kawin dengan Shika!”  keputusan yang ternyata mengejutkan semua pihak.  Aku sendiri turut putus nafas buat seketika,  ketika Zikril meluahkan hasratnya yang sudi memperisterikan diriku ini.  Bagi kedua ibu bapaku,  itu merupakan tindakan yang bijak kerana maruah aku masih perlu di pertahankan.Namun,  bukan itu yang kuharapkan.
            Aku pantas menarik lengan Zikril.  Menjauh sedikit dari ahli keluarga dan teman-teman yang lain.  Aku dapat merasakan genggaman tanganku di lengannya amat kuat.  Namun,  tidak pula aku meleraikannya.  Geram kerana Zikril meminta yang tidak-tidak.  Aku hanya bercadang untuk membayar denda sahaja.  Dan aku mengharapkan keputusan yang serupa bagi pihak Zikril.  Tetapi,  ternyata aku tersilap dalam membuat perkiraan.  Zikril ternyata meminta lebih daripada membayar sebuah denda.
            “You dah gila ke Zick?”  bentakku dalam nada yang tertahan-tahan.  Bimbang juga keluarga kami akan mendengar kata-kataku ini.  Aku menggoncang lengan Zikril,  apabila dia seakan tidak mengendahkan pertanyaanku ini.  Aku naik sebal. 
            “I tanya you ni!  Jangan nak buat-buat tak dengar pula!”  aku sudah hilang sabar.  Kini,  bajunya pula yang menjadi habuan tarikan jari-jemariku.  ‘Kenapalah you payah nak cakap Zick?’  getusku di dalam hati.
            Air mata yang sedari tadi bermain di tubir mata,  akhirnya tumpah membanjiri pipiku.  Aku seka menggunakan hujung jari kananku.  Kerana hujung jari kiriku masih erat menggenggam lengan kanan Zikril. 
            Zick,  please say something! Jangan senyap macam ni.”  Pintaku tersekat-sekat.  Kerana terpaksa menahan sendu yang datang.  Aku dapat melihat Zikril mengeluh berat.  Kini,  giliran aku pula yang menjadi mangsa cengkaman tangan Zikril.  Biarpun perlahan,  namun kesakitan tetap dapat aku rasakan.  Anak mata yang di penuhi air,  ku halakan ke arah Zikril.  Menanti untuk dia bersuara.
            “I nak you  nikah dengan I!”
            “Tapi kenapa?”  bantahku pantas. 
            “You rasa untuk apa lagi?”  keras sahaja balasan yang diterima.
            “Zick,  ni bukan lawak untuk you persembahkan.  Ini tentang hidup I, Zick.  I tak nak kita kahwin.  Just pay the penalty okey!  Tak perlulah sampai kita kawin.  Lagipun,  kita bukan buat apa-apa pun.  Semua tu salah faham.”  Aku sedaya upaya cuba untuk memujuk.  Sememangnya itu adalah satu salah faham.  Aku bukan hanya bersama Zikril ketika ini.  Tetapi turut bersama dengan Su.  Ya Surizan! Hanya kerana Su meninggalkan aku bersama Zikril untuk ke tandas,  lantas segalanya terjadi.  Dalam sekelip mata,  namaku tercemar dek perbuatan khianat orang lain.
            Zikril sudah tersenyum sinis.  “Itu kata you!  Tapi pandangan orang lain tak sama dengan you.  Walaupun kita tak buat apa-apa,  you ingat mereka akan percaya?  Maaf!”  sindir Zikril agak tajam.  Apabila aku berfikir semula memanglah ada kebenarannya di situ.  Tetapi,  benarkah hanya itu sahaja cara yang masih ada buat kami berdua. Tiadakah orang yang ingin tampil membantu?
            Aku masih tidak mengalah.  “Su kanada.  Kita boleh suruh dia terangkan segalanya.”  Cadangku kemudiannya.  Namun,  sekali lagi cadanganku di tolak mentah-mentah.
            “Su memang ada.  Tapi,  cuba you fikir sikit.  Su dalam tandas kan?  dia tak ada dekat tempat kejadian pun.  Siapa yang nak percaya Shika?  Siapa yang nak percaya!  I rasa jalan terbaik adalah you terima je cadangan I tu.  Cuba you fikirkan keluarga you tu.  Tentu you tak sampai hati kan?”  aku seperti termakan kata-kata Zikril di saat itu.  Raut wajah suram ibu dan ayah ku pandang.  Dengan berat hati aku mengangguk.  Zikril ternyata lega.  Aku dapat melihatnya dari raut wajah dan ekspresi muka yang di tonjolkannya saat ini.