Halaman

Selasa, 25 Disember 2012

Novel ku : Sebenarnya Cinta 3



BAB  3


            Aku sedikit tersentak dengan herdikan Zikril itu.  Semakin hari,  semakin berani pula Zikril meninggikan suaranya kepada aku.  Walaupun di atas sebab yang kecil.   Jika dahulu dia tidaklah seteruk ini.  Mungkin kerana sudah agak lama hidup sebumbung membuatkan Zikril mempunyai keberanian ini.
            “You tau masak ke tak ni?  You buka kilang cili ke?  Pedas macam ni!”  aku lihat Zikril sudah meneguk dua gelas air.  Memang pedas barangkali.  Menyesal juga kerana aku tidak mencubanya terlebih dahulu.  Patutlah aku terbersin beberapa kali tadi.  Ternyata masakanku itu sememangnya pedas.  Zikril kalau melibatkan seleranya,  dengan mudah barannya datang menjelma.
            Aku yang sudah kecut perut sekadar menjawab perlahan.  “I tak tau masak sangat.  Ingatkan taklah pedas sangat.  Dulu I tengok ibu I bubuh cili lebih kurang macam tu juga.  Tapi tak pedas pun.”  Segala macam cerita sudah aku keluarkan.  Tapi memang benar.  Bukan aku tidak pernah melihat ibuku memasak.  Jumlah cilinya juga sama.  Tetapi tidaklah pedas seperti itu.
            Secara spontan aku menepuk dahiku.  ‘Memanglah jumlah sama.  Tapi ikut juga jenis cilinya Shika oi!’  hatiku membentak sendiri. 
            “I nak you buang semua ni!  Habis hilang selera I.  Ada isteri pun tak boleh harap!  Kalau macam ni,  lebih baik membujang sampai tua.  Lagi baik!”  lantang sahaja Zikril mengulas.  Zikril hanya tersedar,  tatkala melihat wajahku sudah mula menitiskan air hangat itu.  Sedarlah dia,  bahawa dia sudah terlajak kata. 
            Aku sudah menggenggam jemariku seerat yang mungkin.  Mengerah semangat agar mampir kepadaku.  Anak mata Zikril aku pandang seketika.  Aku dapat melihat ada riak bersalah,  yang menjalar di seraut wajah milik Zikril.  Terasa bersalahkah dia?
            Aku menghembus lembut nafasku yang seakan sukar untuk di hela saat  ini.  “Zick.”  Panggilku perlahan.  Anak mata milik ku bertemu pandang dengan anak mata coklat gelap  milik Zikril.  Namun,  pantas sahaja aku melarikan hala pandangan.  “Betullah apa yang you kata tu.  Dari kita baru nikah lagi I dah bagi tau you.  Ceraikan I.  Sebab I tau,  I bukan seorang yang sesuai untuk you.  Tapi you kata,  semua tu bukan hal yang besar atau rumit.  Sayang boleh dipupuk.  Itu kata you dulu,  kan! I pun cuba nak dengar kata you.   Tapi,  hari ni you dah berterus terang dan you dah buktikan yang hubungan kita ni hanya sia-sia.”  Setitis lagi air mataku gugur biarpun aku sedaya upaya menahan.  Aku mengundur beberapa tapak kebelakang, tatkala Zikril cuba untuk meraih jari-jemariku.  Mungkin Zikril tersilap dalam berbicara,  namun sebaris ayat itu meleburkan segala yang aku cuba untuk pupuk selama ini. 
            Aku dapat melihat Zikril terkapai-kapai dalam mencari ayat yang sesuai buatku.  Serba tidak kena segala pergerakannya.  Namun,  Aku berpura-pura tidak ambil peduli.  Hatiku terlalu sakit di saat ini.  Sudahlah hatiku sakit dahulu.  Semasa peristiwa pahit yang menimpaku dahulu.  Namun,  keperitan itu seakan sukar menemui penghujungnya.  Lantas kini,  aku masih dapat merasakannya.
            “I akan tinggal dengan Nisha buat masa ni.”  Itulah kata-kataku sebelum aku cuba mengangkat kakiku keluar dari rumah teres dua tingkat ini.  Bengkak hatiku memikirkan kata-kata Zikril sebentar tadi. 
            Wait Shika.  I tak bermaksud macam tu!”
            The problem Is, youreally mean it.  Bukan sekali dua Zick.  Dah banyak kali.  Takkanlah semuanya you tak bermaksud macam tu!”
            “I tak benarkan you keluar dari rumah ni!”  tempik Zikril.  Dia sudah tidak tahu cara lain untuk menghalang Shika.  Hanya dengan berkata begitu,  dia fikir Shika akan menurut katanya.  Dia tahu,  sedegil-degil Shika,  gadis itu masih mahu mendengar katanya.
            Aku sudah tidak senang duduk.  “Kenapa you nak simpan I dekat sini lagi?  Kan lebih baik you membujang, dari ada isteri yang teruk macam I ni.  Nak masak pun tak pandai kan!”  perliku tanpa amaran.  Kini,  aku sudah berpeluk tubuh.   Tidak pula aku memandang wajah Zikril.  Namun,  aku tahu lelaki itu tidak lekang dari memandang wajahku.
            “You tak akan ke mana-mana!  Tempat you dekat sini.  Bukan dekat luar sana.”
            Aku masih tidak memahami, mengapa Zikril masih mahu aku berada di rumah ini.  Sedangkan dia sendiri sudah mengakui bahawa kehadiranku ini,  banyak menyusahkan hidupnya.  Lagi pula,  aku dengan Zikril terikat tanpa sekelumit rasa cinta dan sayang.  Tidakkah Zikril memahami itu. 
            Aku hanya menggelengkan kepalaku beberapa kali dan kakiku sengaja ku hentakkan sedikit sebelum aku bergerak ke tingkat atas.  Dimana terletaknya bilikku.  Lebih tenang di sana,  jika hendak di bandingkan di bawah ini.  Melihat wajah Zikril,  mengundang rasa sebal di hatiku.  Sudahlah tidak suka,  kini Zikril masih mahu aku berada di sini.  Apakah maksud semua ini?  aku sendiri kurang arif.  Beberapa minit setelah aku menutup daun pintu bilikku,  aku terdengar deruman kereta keluar dari garaj.  Tentu sahaja Zikril ingin kembali ke pejabatnya.  Pantas aku menjenguk di tingkap kaca bilikku.  Agak bodoh kerana sudah tentu kereta itu telah jauh dari pandangan mataku.  Aku tersenyum kelat.
            Zikril memandang gelagat orang ramai penuh ralit.  Bermacam-macam gaya dapat dilihat di sini.  Sibuk dengan kehendak masing-masing.  Air milo yang baru di hantar oleh pelayan, di hirup penuh nikmat.  Terasa segar tekaknya kembali,  setelah perit menelan makanan di rumah tadi.  Pedas mengalahkan menelan cili hidup sahaja.
            “Hai!  Makan dekat kedai?  Tadi beriya-iya aku tengok kau nak balik makan dekat rumah.  Apa dah jadi Zick?”  Taufiq yang tiba-tiba muncul,  seenaknya menarik kerusi dan duduk bertentangan dengan Zikril.  Lantas,  seorang pelayan di panggil untuk membuat pesanan.  Zikril sekadar tersenyum kelat.
            “Kau ni Fiq.  Bukan aku tak nak makan dekat rumah.  Tapi ada problem sikit tadi.  Kau tau je lah kan!”  serba salah juga sebenarnya untuk dia bercerita tentang kehidupan alam perkahwinannya itu.  Namun,  hendak di simpan sendiri,  juga dia tidak sanggup.Dia mengharapkan seseorang dapat meredakan perasaan yang berkocak di sanubarinya kala ini.
            Taifiq memutar-mutarkan kunci kereta,  yang terselit di dalam jari telunjuknya itu.  Sebelum ini juga,  dia sudah maklum dengan kisah teman baiknya yang telah berkahwin.  Berkahwin bukan di atas dasar cinta itu.  Namun,  dia tidak dapat melakukan apa-apa,  kerana Zikril sendiri yang mahu menikahi gadis tersebut.  Walaupun ramai yang membuat bantahan padanya.  Entah di rasuk apa Zikril berkeputusan untuk menikahi gadis tersebut.
            “Apa pula problem kau kali ni?”
            Kedengaran Zikril mengeluh perlahan.  “Ini yang aku tengah pening kau tau!  Macam ni.  Tadi aku balik.  Macam yang aku cerita dekat kau.  Aku nak makan dekat rumah.  Tapi kau tau apa yang jadi?”  ujar Zikril sambil menekankan sedikit nada suaranya yang sudah sedia lantang itu.  Apa lagi,  terpinga-pinga Taufiq ingin tahu. 
            Terkocoh-kocoh Taufiq bertanya.  “Apa yang jadi?”  Taufiq bertanya pantas.
            “Aku suruh Shika masak asam pedas untuk aku.”  Lambat-lambat Zikril bercerita.
            “Habis tu apa masalahnya pula?  Dia tak masak?”
            Zikril sudah menjeling geram.  Tidak menyempat dia ni nak tau.  “Kau ni kan Fiq,  tak menyempat!  Sibuk pula nak potong.  Biarlah aku cerita dulu.”  Bebel Zikril tidak berpuas hati.  Sempat juga dia meneguk baki air milonya sebentar tadi sebelum dia kembali menyambung cerita.  “Macam ni.  Dia memang masak untuk aku.  Cuma apa yang dia masak tu,  tak kena dengan selera aku.  Pedas macam aku makan cili hidup!  Apa lagi.  Aku panaslah!  Kau bukan tak tau kalau aku panas,  macam-macam ayat yang keluar.”  Zikril berhenti sebentar menghirup udara sebelum menambah.  Taufiq sekadar menjadi pendengar setia.  Takut untuk menyampuk seperti tadi.  Last-last aku sedar yang aku dah silap cakap dekat dia.  Aku cakap lebih baik aku membujang dari aku ada isteri macam dia tu!”  Zikril meraup mukanya tatkala habis berbicara.  Taufiq dilihat menepuk dahinya agak kuat.
            “Masyaallah Zick!  Kau dah gila ke!”  tempik Taufiq terkejut.  “Walaupun aku tak tau kenapa kau nak kawin dengan dia, dan walaupun aku tak tau apa masalah korang berdua,  tapi aku rasa tak patut kau cakap macam tu.  Aku taulah kau tak sayangkan Shika.  Tapi Zick,  tak bolehlah kau cakap dekat dia macam tu.”  Protes Taufiq menunjukkan dia lebih menyesali nasib yang di lalui oleh Shika.  Tentu sahaja wanita itu makan hati dengan kata-kata sebegitu.  Tambahan pula daripada suami sendiri. 
            “Kan aku dah kata.  Aku terlepas kata!  Aku tengah angin masa tu.  Kau cakap,  macamlah kau tak kenal aku ni.”  Kini panasnya sudah beralih kepada sahabatnya itu pula.  Sudah lama berteman,  tetapi masih kurang arif dalam memahami tingkah laku dan perangainya.  Gelas yang berada di hadapan matanya,  di genggam erat.  Nasib jugalah gelas itu hasil buatannya bercirikan plastik.  Jika di perbuat daripada kaca,  mungkin sudah terbelah seribu agaknya.
            “Habis tu,  apa yang kau nak buat sekarang ni?”
            “Aku tak taulah.  Dia cakap,  dia nak stay dekat rumah Nisha.  Best frienddia tu.  Aku  pun halang la.  Tempat dia dengan aku.  Bukan dengan Nisha.  Dan aku tak akan sekali-kali lepaskan dia Fiq.  Walaupun dah banyak kali dia minta aku ceraikan dia.”  Keluh Zikril. 
            “Aku ni bukan nak masuk mana-mana pihak Zick.  Tapi aku pelik juga dengan kau ni.  Kau cakap kau tak sayangkan Shika.  Tapi kenapa kau kawin juga dengan budak tu?  Kenapa kau tak nak ceraikan dia je?  Taklah korang dapat masalah macam ni.  Lagipun,  kau kan masih dengan Su.  Tak adillah macam ni, kawan!”   Taufiq sekadar meluahkan rasa hatinya.
            Zikril sudah merengus geram.  Baru sebentar tadi, barannya reda.  Kini,  kata-kata Taufiq sekali lagi membakar hati lelakinya itu.  Kalau tidak di fikirkan kawan,  mahu saja wajah itu di hadiahkan penumbuk sakti miliknya.  Biar rasa sakit,  yang pasti tidak sesakit hatinya saat ini.  Tubuhnya di sandar kasar ke bahagian belakang kerusi.  Sebagai langkah untuk meredakan rasa amarah yang bergelodak dan berombak gila di dalam hatinya. 
            Anak rambut yang berjuntaian di tubir mata,  segera di kuak ke belakang.  “Kau tau tak Fiq.  Bersusah-payah aku nikah dengan Shika.  Takkanlah senang-senang je aku nak ceraikan dia.  Agak-agaklah!”  bangkang Zikril pantas.  Soal penceraian,  memang amat tidak di setujui olehnya.  Dahulu ibunya sendiri tidak bersetuju Zikril menikahi Shika.  Namun,  di atas desakan anak terunanya ini,  hatinya menjadi sedikit lebur.  Porak-peranda juga keluarga Shika dan Zikril ketika berita mereka di tangkap basah tersebar.  Dan ibubapa mereka diminta hadir untuk mencari jalan penyelesaian bagi segala kerumitan itu.  Zikril buntu!
            “Saya sudi kawin dengan Shika!”  keputusan yang ternyata mengejutkan semua pihak.  Aku sendiri turut putus nafas buat seketika,  ketika Zikril meluahkan hasratnya yang sudi memperisterikan diriku ini.  Bagi kedua ibu bapaku,  itu merupakan tindakan yang bijak kerana maruah aku masih perlu di pertahankan.Namun,  bukan itu yang kuharapkan.
            Aku pantas menarik lengan Zikril.  Menjauh sedikit dari ahli keluarga dan teman-teman yang lain.  Aku dapat merasakan genggaman tanganku di lengannya amat kuat.  Namun,  tidak pula aku meleraikannya.  Geram kerana Zikril meminta yang tidak-tidak.  Aku hanya bercadang untuk membayar denda sahaja.  Dan aku mengharapkan keputusan yang serupa bagi pihak Zikril.  Tetapi,  ternyata aku tersilap dalam membuat perkiraan.  Zikril ternyata meminta lebih daripada membayar sebuah denda.
            “You dah gila ke Zick?”  bentakku dalam nada yang tertahan-tahan.  Bimbang juga keluarga kami akan mendengar kata-kataku ini.  Aku menggoncang lengan Zikril,  apabila dia seakan tidak mengendahkan pertanyaanku ini.  Aku naik sebal. 
            “I tanya you ni!  Jangan nak buat-buat tak dengar pula!”  aku sudah hilang sabar.  Kini,  bajunya pula yang menjadi habuan tarikan jari-jemariku.  ‘Kenapalah you payah nak cakap Zick?’  getusku di dalam hati.
            Air mata yang sedari tadi bermain di tubir mata,  akhirnya tumpah membanjiri pipiku.  Aku seka menggunakan hujung jari kananku.  Kerana hujung jari kiriku masih erat menggenggam lengan kanan Zikril. 
            Zick,  please say something! Jangan senyap macam ni.”  Pintaku tersekat-sekat.  Kerana terpaksa menahan sendu yang datang.  Aku dapat melihat Zikril mengeluh berat.  Kini,  giliran aku pula yang menjadi mangsa cengkaman tangan Zikril.  Biarpun perlahan,  namun kesakitan tetap dapat aku rasakan.  Anak mata yang di penuhi air,  ku halakan ke arah Zikril.  Menanti untuk dia bersuara.
            “I nak you  nikah dengan I!”
            “Tapi kenapa?”  bantahku pantas. 
            “You rasa untuk apa lagi?”  keras sahaja balasan yang diterima.
            “Zick,  ni bukan lawak untuk you persembahkan.  Ini tentang hidup I, Zick.  I tak nak kita kahwin.  Just pay the penalty okey!  Tak perlulah sampai kita kawin.  Lagipun,  kita bukan buat apa-apa pun.  Semua tu salah faham.”  Aku sedaya upaya cuba untuk memujuk.  Sememangnya itu adalah satu salah faham.  Aku bukan hanya bersama Zikril ketika ini.  Tetapi turut bersama dengan Su.  Ya Surizan! Hanya kerana Su meninggalkan aku bersama Zikril untuk ke tandas,  lantas segalanya terjadi.  Dalam sekelip mata,  namaku tercemar dek perbuatan khianat orang lain.
            Zikril sudah tersenyum sinis.  “Itu kata you!  Tapi pandangan orang lain tak sama dengan you.  Walaupun kita tak buat apa-apa,  you ingat mereka akan percaya?  Maaf!”  sindir Zikril agak tajam.  Apabila aku berfikir semula memanglah ada kebenarannya di situ.  Tetapi,  benarkah hanya itu sahaja cara yang masih ada buat kami berdua. Tiadakah orang yang ingin tampil membantu?
            Aku masih tidak mengalah.  “Su kanada.  Kita boleh suruh dia terangkan segalanya.”  Cadangku kemudiannya.  Namun,  sekali lagi cadanganku di tolak mentah-mentah.
            “Su memang ada.  Tapi,  cuba you fikir sikit.  Su dalam tandas kan?  dia tak ada dekat tempat kejadian pun.  Siapa yang nak percaya Shika?  Siapa yang nak percaya!  I rasa jalan terbaik adalah you terima je cadangan I tu.  Cuba you fikirkan keluarga you tu.  Tentu you tak sampai hati kan?”  aku seperti termakan kata-kata Zikril di saat itu.  Raut wajah suram ibu dan ayah ku pandang.  Dengan berat hati aku mengangguk.  Zikril ternyata lega.  Aku dapat melihatnya dari raut wajah dan ekspresi muka yang di tonjolkannya saat ini. 

           
           
           


           

Tiada ulasan:

Catat Ulasan