BAB 4
Majlis
yang boleh ku katakan agak meriah di langsungkan. Fikirku,
tentu sahaja kedua belah pihak ingin melangsungkan secara ala kadar
sahaja. Tidak pula aku terfikir majlis
akan semeriah dan sebesar ini. Majlis
yang hanya di rancang dalam tempoh sebulan ini begitu besar buatku. Lengkap dengan bunga telur, pelamin, katering, jurumekap, jurugambar dan helaian pakaian
yang mencecah sepuluh pasang itu. Mana
dengan pakaian ala cina, ala india malaysia,
berkimono, gaun petang, pakaian ala jawa, ala minang, ala
bollywood, dan ala melayu turut sama di
gabungkan. Sudah naik pening aku dalam
sesi menukar pakaian.
Aku
memaksa bibir untuk melahirkan senyuman.
Atas permintaan ramai kerana ini adalah sesi bergambar. Kalau di ikutkan hati marah dan kesalku, mahu sahaja aku lari meninggalkan majlisku
ini. Namun, memikirkan maruah dan air muka keluarga yang
aku tanggung, lantas ku batalkan sahaja
niat buruk yang sejenak bertapak itu.
“Shika, you rapat sikit dengan Zikril!” Arah Abang Kush atau lebih manis Abang
Kushairi. Liuk lentok tangan Abang Kush
mengarah lakonan kami. Biar nampak lebih
mesra katanya. Aku lantas cuba
merapatkan diri serapat mungkin.
Biarpun, perasaan kaku menebar ke
seluruh tubuh badanku. Aku dapat melihat
Abang Kush meluruskan ibu jarinya menunjukkan isyarat ‘Bagus’ buat aku dan Zikril.
“Senyumlah
sikit!” bisik Zikril di telingaku.
Aku
sekadar mengikut sahaja gaya dan posisi tangkapan yang di cadangkan oleh
jurukameraku itu. Berbagai gaya yang di
pinta membuatkan aku sedikit bosan.
Namun, sedaya upaya ku
selindungkan, tatkala wajah ibu dan
ayahku menjengah di hadapan mata. Mereka
kelihatan bahagia melihat aku berdiri di sini.
‘Ibu, kalaulah ibu tahu perasaanku. Semua ini tidak lama ibu.’ Rintihku di dalam hati. ‘Bagaimanalah jika hubungan ini
berakhir? Bagaimana dengan ibu dan ayah
nanti? Berharap kepada hubungan yang tidak sepatutnya terjadi ini?’
Keriuhan
sanak-saudaraku jelas kedengaran di hujung telinga. Aku yang sedang mendirikan masjid, tetapi orang lain yang lebih kalut dan kecoh
berbanding dengan diriku sendiri.
Aku
meneliti jari-jemariku yang merah di saluti inai ini. Terang sahaja warnanya. Sesekali aku cuba menenyeh-nenyeh inai
tersebut. Cuba untuk
menghilangkannya. Bodohnya aku kan? sudah tahu bahawa aku tidak akan pernah bisa
menghilangkannya. Namun, aku masih bisa mencubanya.
“Laa, kenapa kau tak tukar baju lagi ni? Kau tau tak dah pukul berapa ni?” tegur Nisha yang baru menapak masuk ke dalam
bilik. Aku hanya memerhatikan lagak gaya
Nisha yang membelek-belek sepasang gaun putih ala-ala inggeris yang tersangkut
di tepi almariku. Baju yang telah di
sediakan untuk majlis memotong kek sebentar nanti.
Jam
yang tersangkut di dinding ku pandang sekilas.
08.30 malam dan sememangnya aku sudah sedikit lewat. Namun,
aku tidak bersemangat untuk semua perkara ini. Apa pula perlunya majlis pemotongan kek
ini? bukannya majlis wajib yang perlu
dilakukan.
Aku
menggepal kertas lantas melontarkannya ke arah Nisha. Sebagai isyarat agar gadis genit itu
memandang ke arahku. “Perlu ke buat
majlis potong-potong kek ni? Aku rasa
rimas kau tau tak, Sha! Rasa macam satu tan tanah tengah hempap aku
masa ni. Berat sampai aku rasa, susah untuk aku lepaskan diri.”
Aku mengedipkan mataku beberapa kali.
Menghalang air mata daripada tumpah menyembam pipi.
Nisha
bergerak merapati diriku. Lantas turut melabuhkan punggungnya di
sebelahku di atas katil. Ruangan katil
yang agak sempit yang di penuhi barang hantaran perkahwinanku, menyebabkan aku dan Nisha sedikit
terhimpit.
“Shika, kau tak bolehlah macam ni. Cuba kau tengok semua ni.” Arah Nisha kepadaku. Lantas, aku menurut. Hantaran perkahwianku itu ku pandang penuh
hiba. “Semuanya nampak sempurna di mata
aku, Shika! Tiada kurangnya dia.” Nisha seakan cuba untuk memujuk hatiku.
Aku
dengan pantas membantah. “Ada yang
kurang Nisha. Ada yang kurang!” balasku lirih. Dapat ku lihat, riak wajah Nisha yang berkerut seribu itu.
“Apa
pula yang kurangnya? Shika, takkanlah semua benda tu, coklat yang dalam dulang hantaran tu,
sikitpun tak dapat nak maniskan hati kau tu?
Bunga telur tu pula, tak kan
sikitpun tak dapat nak kembangkan hati dan perasaan kau?” asak Nisha bertubi-tubi. “Tu lagi satu tu, sejadah, kain sembahyang dengan Al-Quran tu, tak kan sikit pun tak dapat nak lembutkan
hati kau, Shika?” aku sudah mengetap bibirku. Bagaimanalah aku mahu terangkan tentang
perasaanku yang terbuku ini kepada Nisha.
Mengapalah tiada seorangpun yang memahami aku dan perasaanku.
“Nisha, yang lain aku akui memang sempurna. Kalau tak sempurna, takkanlah Zick sanggup memberikan hantaran
macam ni. Hantaran dua puluh ribu
tu, banyak Sha. Terlalu banyak! Tapi aku tau,
dia ada satu kekurangan. Begitu
juga dengan aku ni. Kekurangan yang satu
ni, amat-amat terasa Sha. Dia kekurangan kasih sayang dan cinta dalam
diri dia untuk aku. Begitu juga aku. Kau
rasa, kalau dah kekurangan macam
ni, mampu ke aku dengan Zick
bahagia? Dalam membina hubungan, dua perasaan ni adalah kunci utama. Tanpa kedua-dua rasa ini, kebahagiaan belum tentu nak menjengah
kami! Peluang tu kalau pun ada, mungkin tipis. Senipis kulit bawang!” luahku dalam nada yang agak sayu. Bukan aku hendak melawan kehendak
takdir. Aku menerimanya. Namun,
kekecewaan itu tetap ada dan wujud.
Dan memang mustahillah aku dapat menegalakkan dari berfikir sebegini.
Nisha
sudah menggelengkan kepalanya sambil memandang ke arahku. Aku jadi tidak tentu arah.
“Itu
tak betul Shika. Tak semestinya
perkahwinan tanpa cinta dan kasih sayang,
tak membuahkan bahagia. Cinta dan
kasih sayang bukanlah soal utama di dalam urusan nak bina masjid ni. Kau dengan Zikril masih boleh bahagia. Atau mungkin juga lebih bahagia daripada
pasangan lain yang bercinta sebelum kahwin tu tau! Kau janganlah sempitkan sangat otak dan
fikiran kau tu.” Becok sahaja mulut
Nisha memuntahkan kata. Aku jadi mati
kutu. Tidak tahu bagaimana, dan apa yang patut aku balas kepadanya. Aku tahu,
walau apapun yang aku luahkan,
pasti akan mendapat balasan jawapan daripada Nisha.
Memanglah
apa yang dikatakan oleh Nisha itu ada benarnya.
Namun, aku yang sedang berada di
dalam masalah ini, danbukannya
Nisha. Bagaimana dia dapat memahami
perasaan aku di saat ini. Terlalu sukar
untuk aku menanggung beban ini. Aku
dapat merasakan kemampuan diriku ini.
Dalam umur aku yang sebegini,
urusan yang besar seperti ini amat menyerabutkan pemikiranku.
“Ya
Allah!” tempikan ibu membuatkan aku dan
Nisha segera menoleh ke arah pintu.
Tercegat ibuku di muka pintu sambil bercekak pinggang. Aku sudah telah liur. ‘Mati aku!’
jeritku di dalam hati.
“Kenapa
kamu tak siap lagi ni, Chik? Orang dah ramai dekat luar tu. Semua tunggu kamu je. Ibu nak kamu bersiap sekarang!” marah ibuku.
Jelas kemarahannya terpancar di mata tuanya.
Aku
tiba-tiba bangun. “Chik rasa, Chik tak bolehlah ibu!” Entah gila apalah aku, sehinggakan dengan
berani saja aku melontarkan ayat yang berupa penolakan itu.
Ibuku
sudah melangkah masuk ke bilikku. Bahuku
di goncangkan berkali-kali. Seakan
sedang menyedarkan aku dari igauan mimpi sahaja lagaknya. Aku bukan bermimpi! “Kamu jangan nak buat gila, Chik!”
marah ibuku terlontar lagi. “Kamu
jangan nak malukan ibu lagi. Cukuplah
dengan apa yang kamu dah buat sebelum ni.
Chik ingat, kalau Chik tak keluar
malam ni, semuanya akan berakhir? Kamu jangan lupa Chik, kamu tu dah jadi isteri orang! Jangan nak main-main lagi. Ni benda serius. Jangan buat macam ni. Sekejap hendak, sekejap pula dah tak hendak! Apa ibu nak kata kalau kamu tak keluar nanti?” sudah merah menyala wajah ibuku menahan
marah. Terpalit rasa kesal kerana
mengeluarkan kata-kata penolakan seperti tadi.
Itu baru ibuku, belum lagi
sanak-saudara dan sahabat handai yang memberi kata-kata nasihat. Kalau ada,
mau pengsan aku dek kerana mendengar bebelan mereka sahaja. Setelah ibuku siap memberi amaran, ibu terus meninggalkan aku di situ. Perit ulu hati ketika mengenangkan aku di
marahi oleh ibuku ini.
Sepotong
kek yang ku potong, aku letakkan ke
dalam sebuah piring. Sekadar mengambil
hati, aku memegang sepotong kecil kek
tersebut dan menyuakannya ke mulut Zikril.
Sibuk jurukamera merakam aksi kami.
Kini tiba giiran aku pula di suapkan.
Naik malu juga aku dengan keadaan ini.
Mana tidaknya, kek yang di
halakan bukan tepat kemulutku.
Namun, sedikit tersasar ke
hidungku. Dengan pantas Zikril menyapu
sisa kek yang terlekat di hidungku dengan menggunakan ibu jarinya. Aku terkedu!
Buat
seketika aku merasa ada bunga bahagia yang menerobos masuk ke dalam hati. Terharu dengan sikap yang di tonjolkan oleh
Zikril terhadapku ini. Aneh!
Lamunanku
terhenti sebaik sahaja aku terdengar suara deheman dari arah belakang. Tidak sedar pula, Zikril berada di belakangku. Tadi semasa aku turun, tidak pula aku sedar akan kehadiran
Zikril. Tiba-tiba sahaja dia sudah
berada di belakangku.
“Apa
yang you buat dekat dapur ni?” ajuku
acuh tidak acuh sahaja. Gelas air yang
berada di tangan segera ku bawa ke sinki.
Sempat juga aku mengerling kepada seraut wajah yang kini berada di
sisiku ini. Nampak begitu penat dan
tidak bermaya. Simpati aku tumpah di
situ. Di wajah yang suram dan mendung
itu. Aku simpan rasa sakit hatiku yang
masih lagi berbekas itu. Tidak sanggup
pula rasanya untuk aku memberontak di saat Zikril keletihan.
“I
dahaga. Buatkan I air limau ais.” Pinta Zikril perlahan. Kot yang di pegangnya di sangkut di bahagian
atas kerusi.
Aku
sudah bergerak menghadap wajah Zikril.
“You pergilah salin pakaian you dulu.
Nanti I buatkan air tu.” Arahku
pada Zikril. Tidak sanggup pula aku
untuk membantah permintaannya itu. Dia
ternyata tidak membantah. ‘Dia gadis
yang baik.’ detak hati Zikril
berbicara. Mataku melolot mengikuti
derap langkah Zikril ke tingkat atas.
Seperti
yang diminta, air limau ais ku bancuh
dan letakkannya di atas meja di ruang tamu.
Remote control ku capai. Tiada
rancangan yang menarik hatiku. Jadi
lebih baik aku melayan kartun sahaja.
Lebih menarik dan menggeletek tangkai hatiku ini. Dengan gelagat spongebob squarepants dan
patric amat menarik minatku. Di tambah
pula dengan sikap squidword dan encik crab yang amat menggelikan hati.
“Ermm, tengok katun?” Aku sedikit tersentak dengan teguran Zikril
itu. Dia pun kelihatan sedikit
teragak-agak untuk menegur.
“Air..lim..” belum sempat Zikril
bersuara, aku sudah sedia menyampuk. Teruknya aku!
“Ermm…oh
air limau ais you ada dekat atas meja tu!”
aku menjuihkan bibir ke arah meja bulat di bahagian tepi sofa. “Tapi,
sorrylah kalau tak sedap. I ni tak pandai buat air!” sempat lagi aku menyindir. Bukan aku berniat begitu. Namun,
bibirku ini lancar sahaja meluahkan kata. Aku lihat Zikril sudah terkulat-kulat. Hampir tersembul tawaku melihat reaksi Zikril
itu.
Zikril
memuji air limau ais yang di teguknya tadi.
Namun, sekadar di dalam
hati. ‘Sedap juga minah ni buat air.’ Pujinya lantas memandang ke wajahku. Aku jadi pelik. Mengapa seraut wajah Zikril memandangku
sebegitu rupa. Tidak sedap ke air yang
aku buat? ‘Alamak! Kena marah lagi la ni.’ Protesku geram.
Aku
berpura-pura memberi tumpuan kepada rancangan kartun di hadapan mataku
kini. Tidak ingin mengambil tahu akan
pandangan tajam yang melilit di seraut wajahku ketika ini. Kalau ikutkan rasa, sudah tentulah aku rimas di pandang
sebegitu.
“Best ke kartun tu?” ‘Ceh! nak
pujuk aku lah tu.’ Perasan pula bila aku
berfikir.
“Best!”
Balasku sepatah.
Aku
masih menunggu jawapan atau pertanyaan yang seterusnya dari Zikril. Aku berharap agar Zikril meminta maaf
kepadaku, di atas kelantangan kata-katanya
kepadaku semalam. Lama juga Zikril
mendiamkan diri. Bayangkan sehingga
tamatnya rancangan kartun, namun Zikril masih diam tidak berkutik. Seperti hanya aku sahaja yang berada di ruang
tamu ini. Mungkin Zikril malu atau
mungkin juga Zikril tidak ingin merendahkan tahap egonya di hadapan aku.
Dek
terlalu lama, aku sendiri sudah malas
untuk menunggu. “I masuk dulu. Rasa mengantuk pula.” Ujarku perlahan. Lantas, aku bangun untuk ke tingkat
atas. Namun, langkahan kakiku segera terhenti tatkala seulas
nama milikku di panggil. ‘Aku dah nak
naik, baru nak panggil!’ rungutku tidak puas hati. Namun,
ku palingkan jua wajahku ke arah Zikril.
“Ada
apa?” bersahaja aku bertanya.
Aku
melihat Zikril masih berfikir-fikir.
Entah ayat ‘power’ apalah yang dirancang untuk di persembahkan
kepadaku. Hinggakan mengambil masa yang
begitu lama untuk di luahkan. Sekalipun
hendak marah, tidak perlulah mengambil
masa berzaman, untuk
mengucapkannya. Aku jadi rimas menanti.
“You
nak cakap apa ni? I mengantuk ni.” Ajuku dalam nada geram.
“Tak
boleh ke kalau you cakap lembut sikit?”
Zikril sudah berjalan mendekati anak tangga yang menuju ke tingkat
atas. Dalam masa yang sama, dia mendekati aku. Naik gelabah diriku melihat Zikril bergerak
mendekati. Aku bergerak mengundur
beberapa tapak.
“Laa, tak cukup lembut lagi ke ni? You nak I cakap macam mana lagi?” bantahku.
‘Boleh tak you cakap lembut sikit?’
ulangku di dalam hati. Lembut
bagaimana lagilah yang di inginkan oleh Zikril.
‘Lembut gigi dari tulang?’
“I
ni siapa pada you? Kawan-kawan?” ajunya sinis.
Aku sekadar mencemikkan bibir.
Meluat bila di tanya sebegitu rupa.
Aku
memberanikan diri bertentang mata dengannya.
“You siapa pada I? you
rasa?” sengaja aku tidak menjawab. Membiarkan Zikril berfikir sendiri. Aku tau,
tentu sahaja lelaki ini akan naik angin jika berterusan di tentang. Tiba-tiba otakku mencurahkan satu idea yang
ku kira bernas untuk di guna pakai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan