Halaman

Selasa, 25 Disember 2012

Novel Ku : Sebenarnya Cinta 8




              BAB  8


            “Mana barang yang I beli tadi?”  ajuku kepada Zikril yang sedang bersenang-lenang di hadapan televisyen itu.  Aku baru sahaja mahu mengemaskannya,  selepas aku selesai mandi dan solat tadi.  Aku buka peti sejuk,  barangan tadi tiada didalam sana.  Aku selongkar almari barang pula,  juga tidak ku temui.  Lantas,  aku bergerak ke hadapan dan berhenti betul-betul di sebelah Zikril. 
            I’m asking you!  Mana barang yang I beli tadi?”  naik-turun nafasku,  cuba menahan perasaan marah yang sedang cuba mengawal rasionalku kini.  Aku tahu dan aku yakin,  kehilangan barang-barangku,  ada kaitan dengan Zikril.
            Zikril kelihatan selamba.  “I dah sedekahkan barang-barang tu.  So,  we have to buta newone.  You yang kata tadi,  kalau I pulangkan barang tu,  kita akan pergi beli yang baru.  Jadi,  dari I pulangkan barang-barang tu,  baik I sedekahkan aje.  Dapat juga buat amal kan!  Jadi,  malam ni,  kita akan pergi beli yang baru.”  Ucap Zikril tanpa perasaan.  Aku yang sedang mendengarnya,  hampir pitam di buatnya.  Begitu nekad Zikril bertindak.  Sedangkan aku hanya berkata-kata sebentar tadi.  Tidak pula serius.  
            “Apa!  you bawa pergi mana barang tu?  You ingat I beli barang tu,  guna air liur ke?  Suka hati you sedekah tak tanya I dulu!”  aku sudah meradang.  Zikril ternyata sudah melampau.  Bukan aku menyalahkannya kerana bersedekah.  Namun,  Zikril tidak bolehlah dengan sewenang-wenangnya berbuat begitu.  Aku bukanlah seorang yang kaya.  Hendak bersedekah pun, biarlah kena dengan masanya.  Di rumah sendiri sudah kekeringan,  masih sempat pula bersedekah kepada orang lain.
            “Kan I dah kata,  I sedekah!  I taulah barang tu,  pakai duit dan bukannya air liur.  You ingat I tak sekolah ke?  Tak kan nak sedekah pun salah! Malam ni kan,  boleh pergi beli lagi?  Apa masalahnya ni?”  giliran Zikril pula meluahkan rasa amarahnya.  Dihempaskan remote control yang di pegangnya ke atas lantai.  Nasib jugalah,  lantai di saluti karpet yang agak tebal.  Jika tidak,  mau hancur remote itu di makan lantai.
            Aku mendengus geram.  “I tak kata bersedekah tu salah.  Tapi,  kalau nak bersedekah pun,  tengoklah masa dan keadaan dulu.  Rumah sendiri pun tengah kering,  boleh lagi you bersedekah dekat orang lain!  I dah tak ada duit!”  bebelku.  Sememangnya aku sudah kekeringan wang.  Barang tadi sahaja sudah menelan hampir dua ratus ringgit lebih.  Gaji pula masih terlalu awal untuk menapak masuk ke dalam akaun bank.  Ini baru di pertengahan bulan!
            Zikril sudah mengalih pandang ke arahku.  Aku segera mengalih pandang.  Ku capai sebuah majalah dari bawah meja,  lalu ku kipaskan ke wajahku yang semakin hangat itu.  “Ada I suruh you keluarkan duit?  I cuma nak you ikut I pergi beli je.  Yang lain,  I yang akan bayar!  You ingat I ni tak mampu sangat ke nak tanggung you tu?  You ingat I ni pokai sangat?  Sampai you yang beli semua barang dapur tu!  Tak boleh ke kalau you,  jaga sikit maruah I ni?”  berapi-rapi Zikril memarahiku.  Bukan niatku untuk membelakangkan Zikril dalam hal pembelian barang dapur ini.  Aku cuma tidak mahu menyusahkannya,  kerana Zikril sudah tentu penat.
            Aku sekadar mendiamkan diri.  Sedikit demi sedikit,  aku berfikir akan kata-kata Zikril itu.  Memang Zikrillah yang bertanggungjawab dalam soal ini.  Namun,  apa salahnya aku membantu apa yang patut.  Aku tidak ingin di katakan sebagai isteri yang tidak tahu membantu.  Dalam hal sekecil ini pun,  aku memerlukan Zikril untuk menguruskannya.  Itu yang aku tidak mahu.  
            Zikril sememangnya terlebih dari mampu untuk menyara kehidupanku.  Aku tahu itu.  tapi,  takkan selamanya aku perlu bergantung kepada orang lain.  Bagaimana jika hubungan ini berakhir?  Aku tidak mahu termakan budi terlalu banyak.  Bimbang akan berlaku sebarang ungkitan yang bakal menyakitkan hatiku pada mada masa hadapan nanti.
            Malam ni,  lepas isyak kita pergi beli barang yang baru.
            “Tapi…”  aku cuba membantah.
            Zikril sudah memotong patah kataku.  “Kalau you masih ada rasa hormat pada I,  you akan ikut I malam ni!”  Zikril bersuara tegas.  Aku mengeluh perlahan. 
            “You memang suka paksa I?”
            “Terpulang pada you!”  Zikril bingkas bangun dan meninggalkan aku sendirian.  Sama seperti yang aku lakukan padanya tadi.  Sakit kepala secara tiba-tiba menyerang.  Membuatkan aku memicit-micit kepalaku berulang kali.  Aku bergerak ke dapur.  Mencari pain killer yang boleh ku telan di saat yang kian memuncak ini.  Aku kembali merebahkan diri di atas sofa di ruang tamu.  Tiada kuasa untuk meniti anak tangga ke tingkat atas. 
            Bimbang aku akan terjelepuk menyembah lantai,  jika aku ingin bergerak ke tingkat atas.
            Zikril yang sudah siap menunaikan solat isyak,  menuruni anak tangga untuk ke tingkat bawah.  Tadi semasa melewati bilik Shika,  terpaku juga dia di hadapan bilik itu.  Ternyata keadaan bilik itu sunyi sepi.Kini terjenguk-jenguk pula dia ke sekeliling kawasan.  Mungkin isterinya berada di ceruk dapur barangkali.  Lantas Zikril terus menapak ke kawasan dapur.  Tekaknya juga terasa haus.  Berharap agar ada juga minuman yang di sediakan oleh isterinya buat melepaskan dahaga.
            ‘La mana pula dia ni?’  Zikril bertanya sendiri.  Tiada siapa yang berada di ceruk dapur.  Hanya dia sahaja yang sedang meneguk air oren dari dalam peti ais.   Sebentar kemudian dia bersandar pula di sisi peti ais tersebut.  Sambil kotak air oren masih terlekap di tangannya.
            “Dah tak ada cawan ke?”  tegurku yang kebetulan ke dapur.  Pelik juga ketika mendengar pintu peti ais di buka.  Lantas,  dengan kepala yang berat ini ku bangun ke dapur.  Zikril sekadar buat muka ‘Toya’.  Naik rimas aku jadinya.  Seperti sindiran aku tidak berbekas di hatinya. 
            Zikril mencebikkan bibir.  “Cawan?  Tu dekat atas rak ada banyak!”  perlinya pula.
            Aku memegang kepalaku yang sakit itu.  “Habis tu,  yang you teguk dekat kotak tu kenapa?”  marahku.  Zikril menuntas pandang kepadaku.  Kotak oren di hulurkan kepadaku dan dengan pantas aku menolak.  Tak sopan betullah dia ni.  Sudah dia teguk dekat situ,  ada hati pula nak bagi aku minum sama!  Aku menjeling penuh geram.
            “Minum kongsi-kongsi ni,  bagus sebenarnya!”  puji Zikril akan cara tidak sopannya itu.
            Aku buat-buat tuli.  Malas untuk melayan.  Kalau aku layan,  makin menjadi pula nanti.  Aku hanya berterus terang bahawa aku tiada kudrat untuk keluar pada malam ini.  Seperti yang aku jangka,  Zikril menolak mentah akan penolakanku ini.  Dia menetapkan agar aku tetap mengikutnya.  Aku jadi sebal begitu.  Sudahlah kepalaku berdenyut,  hendak pula di ajak shopping.  Lagi sakitlah kepala aku ni nampaknya!
            Namun,  membantah hanya membuatkan aku terpaksa menelan amarah Zikril pula nanti.  Balik-balik,   hati aku juga yang mendapat tempias sakitnya.Aku mengangguk lemah. 
            Aku bersiap ala kadar sahaja.  Malas untuk berlawa-lawa.  Hanya dengan slack hitam dan blouse juga berwarna hitam.  Tudung pula hanya ku sibaikan sahaja ke bahu.  Mudah dan cepat.  Hanya untuk membeli barang dapur.  Tidak perlulah memakai cantik-cantik.  Biarpun aku bukannya seperti wanita yang cantik-cantik di luar sana tu.  Tetapi,  aku tidak kisah.  Cukuplah jika aku bahagia.  ‘Aku bahagia?’  detik hatiku seketika.
            “Dekat mana you beli barang tadi?”  aju Zikril sambil membetulkan seluarnya yang tidak kemas itu.  Kunci kereta dicapai pantas.  Aku turut bergerak mengikut langkah Zikril.
            “Tesco!”  balasku pendek.  Kulihat Zikril mengangguk faham.  Selebihnya aku hanya diam menyepi.  Tiada selera untuk berbual.  Pertanyaan Zikril adakala ku jawab pendek sahaja.  Sakit kepalaku kini mencengkam seluruh urat saraf.
            Melihatkan jalan laluan yang amat tidak selari dengan tujuan asal kami,  membuatkan aku kaget seketika.  Pantas ku paut lengan Zikril dan menggoncangnya sedikit.  Zikril kelihatan sedikit terkejut dengan tindakan drastik aku sebentar tadi. 
            “Mana you nak pergi ni?  Tesco bukan ikut jalan ni kan?”  ajuku ingin tahu.  Bukan aku tidak mempercayainya,  namun aku sekadar ingin tahu.  Zikril adalah suamiku,  yang mana aku patut mempercayai dirinya.  Walaupun sukar kerana aku belum mengenali Zikril dengan sepenuhnya.  Biarpun begitu,  aku tetap cuba meletakkan kepercayaanku kepadanya. 
            Zikril masih diam tidak berkutik.  Jauh sekali ingin membalas pertanyaanku.  Zikril nampaknya lebih selesa memandang jalan raya yang berselirat itu.  Atau Zikril sedang menumpukan perhatian akan pemanduannya.
            Kereta Toyota Fortuner milik Zikril berhenti betul-betul di hadapan Klinik Keluarga.  Aku mengerutkan dahiku.  Pelik kerana destinasi pertama kami adalah sebuah klinik. 
            “Kita buat apa dekat klinik ni?”  aku memulakan bicara setelah daun pintu kereta di tutup.  Sepenuh perhatian ku tumpahkan ke laman wajah Zikril.  Menanti sebuah jawapan daripada seulas bibir milik Zikril.  Namun,  Zikril masih tidak membuka mulutnya seakan bimbang berlian yang berada di dalamnya akan terkeluar.  Aku sedah rimas dengan keadaan tanpa suara ini. 
            Tersirap darahku ke muka tatkala dengan selambanya Zikril menarik tanganku dan di genggam erat.  Sakit juga hatiku kerana di perlakukan sebegitu.  Namun,  aku seakan terkaku dan tidak mampu untuk menghalang atau meleraikan.  Aku sendiri sudah pelik dengan keadaan diriku sekarang ini.  Kuturuti sahaja langkah Zikril memasuki klinik tersebut.
            Tanpa melepaskan genggaman tangan,  Zikril berbicara dengan petugas yang berada di klinik keluarga ini.  Aku sekadar mendengar.  Namun,  apabila namaku yang meniti di bibir mereka untuk di rawat,  aku jadi panik dan pelik.  Gadis comel di hadapanku,  ku pandang dengan penuh tanda tanya.  Gadis itu hanya tersenyum dan mengangguk.  Kini pandanganku beralih pula ke arah Zikril meminta penjelasan.  Ternyata Zikril juga turut mengikut rentak langkah gadis tersebut. 
            Aku menggenggam kuat jari-jemari Zikril.  Protes! “Tapi I tak sakit lah!”  ujarku sekadar di pendengaran kami berdua sahaja.  Zikril membuat muka tidak puas hati lagi.  Aku akhirnya mengalah untuk kali yang keberapa entah!  Zikril dengan rela hatinya menawarkan diri untuk menemaniku berjumpa doktor.  Bukan aku tidak mahu.  Namun,  aku tahu akan kesihatan diriku sendiri.  Aku bukanlah terlalu sakit,  sehinggakan aku perlu berjumpa dengan doktor.  Zikril yang terlalu bimbang di dalam hal ini.  ‘Tapi,  betul ke Zick bimbangkan aku?  Macam tak percaya je?’  gumamku penuh tanda tanya.  Entah siapa yang akan menjawab segala persoalan itupun,  aku tidak tahu.
            Belum sempat aku hendak memberi salam,  Zikril lebih mendahului.  Aku sekadar menghadiahkan senyuman manis buat doktor tersebut yang ternyata seorang jejaka tampan.  Mungkin lebih kurang umur Zikril juga.  Itu hanya pandangan dan tekaanku sahaja.  Selebihnya, aku malas untuk mengambil tahu.  Aku berjumpa doktor inipun di atas desakan Zikril dengan raut wajah tidak puas hatinya itu.
            “Woit,  kau ke Zick!”  jerit jejaka tampan itu secara tiba-tiba.  Mereka bersalaman dan berpelukan sesama sendiri.  Aku pula sekadar menjadi pemerhati.  Tidak tahu untuk menyampuk di mana.  Sudah tentu mereka adalah kenalan.
            “Apa cer sekarang?”  aju Zikril sambil menarik kerusi,  lantas duduk berhadapan dengan doktor yang boleh ku katogorikan sebagai temannya itu. 
            “Aku macam nilah!  Treat patients.  Bukan macam kau.  Relax selalu!”  ujar Doktor yang ku lihat bernama Qaizam Amal itu.  “Kau pula apa story?  Aku dengar kau dah kawin?” selamba doktor itu bertanya.  Sesekali matanya melirik ke arahku.  Namun,  aku berpura-pura menilik hujung lengan blouseku yang sudah terlipat.  Malas untuk membalas pandang.  “Dan aku dengar juga ada orang perangkap kau?  Betul ke,  Zick?”  tambah doktor itu lagi.  Matanya tidak sudah-sudah memandangku.  Jangan pula dia kata aku yang memerangkap.  Memang dia silap besar kalau menuduh sebegitu.  Zikril ketawa besar.
            “Banyaklah kaurelax!  Yup! Aku dah kahwin pun.  Dah enam bulan lebih.  Tapi,  pasal perangkap tu,  aku sendiri pun tak sure!  balas Zikril.  Doktor itu mengangguk-angguk.  Naik muak pula aku tengok muka doktor yang kurasakan sedikit pelik itu.  “Oh ya!  Kenalkan ni wife aku,  Shika!  Shika,  ni kawan I,  Qaizam Amal!”  baru kali ini aku mengangguk dan memandang wajah doktor muda itu.  Berlesung pipit di bahagian kiri,  kulit yang sawo matang,  di tambah dengan beberapa biji jerawat gatal yang terlekat di bahagian pipinya.  Overall!  Doktor ni bolehlah dikelaskan dalam golongan ‘Ada rupa!’
            Agak lama aku bertafakur menghadap doktor pelik itu.  Aku dikhabarkan sekadar tension dan tertekan.  Bukanlah sesuatu yang serius.  Itu,  jugalah yang cuba ku sampaikan kepada Zikril sebentar tadi.  Paling teruk pun,  aku hanya perlu menelan ubat sahaja.  Untuk memberi keselesaan kepada kedua orang rakan yang kelihatan rancak berbual itu,  aku meminta diri untuk menunggu di luar sahaja.  Malas untuk ikut campur di dalam hal-hal peribadi Zikril.  Mungkin ada banyak perkara yang ingin di katakan oleh mereka.  Dan perbualan tersebut mungkin akan terganggu jika aku ada bersama.
            Perbualan sayup-sayup didalam,  terbias juga ke luar bilik.  Aku yang tersedar,  menadah telinga juga untuk mendengar.  Apakah topik perbualan mereka di saat ini.  Kedengaran sangat rancak dan bersemangat.
            “Syhhh..!!  kau ni perlahanlah sikit.  Kalau dia dengar macam mana?”  aku yakin itu adalah suara milik Zikril.  Meminta temannya agar merendahkan nada volumenya.  Dan ‘Dia’ yang di ucapkan Zikril tadi adalah siapa pula?  Adakah aku yang menjadi tajuk utama topik perbualan dua lelaki itu? pantas aku bergerak merapati daun pintu.  Biarlah orang pandang semacam sekalipun,  aku tidak kisah.  Apa yang aku tahu,  ianya adalah berkaitan denganku.  Aku yakin!
            “Dah habis slow la ni!  Aku cuma curious je.  Perempuan tu ke yang perangkap kau?  Aku dengar pun dari Munzir.  Bisik suara itu.  ‘Perempuan?  Siapa?  Aku ke?  Munzir siapa pula?’  jiwaku sudah tidak tenteram.  Kini,  aku terdengar pula Zikril membalas.
            “Alah kau ni!  Kan aku dah story tadi.  Aku tak tahu siapa yang perangkap aku tu.  Kalau aku tahu,  dah lama orang tu lumat aku kerjakan!”  ada riak geram berbaur amarah di situ.  Aku sudah telan liur. 
            Sesekali aku terdengar kerusi yang berdecet.  Tekanan badan manusia yang mendudukinya barangkali.  Sehinggakan kerusi itu menjerit beberapa kali.  “Habis tu,  kau dengan Su macam mana?”  Aku masih menekap telinga.  “Dia kan awek kesayangan kau dulu?  Tiba-tiba kau kahwin dengan perempuan tu.  Apa jadi dengan Su?”  sibuk betullah doktor ni nak tahu.  Tapi,  tidak boleh hendak salahkan dia juga.  Sebagai teman,  tentu sahaja dia ingin mengetahui perkembangan teman yang lain.  Itu adalah kebenaran!
            Zikril mengeluh berat.  “Aku dengan Su macam tulah.  Nak macam mana lagi.  Dia yang ada dalam hati aku.  Dia cinta aku.  Tapi,  aku pun tak taulah Qaiz!”  rungutnya pula.  Bergetar bibirku di saat mendengar bait kata dari bibir Zikril.  ‘Akukah yang telah merosakkan hubungan mereka?  Ya Allah,  akukah yang menghancurkan segalanya? Teruknya aku Ya Allah!’  kolam mataku kian berkaca.  Telingaku sudah tidak dapat menahan lagi.  Lantas aku berlari keluar dari Klinik Keluarga ini.  Tidak sempat untuk aku mengambil ubat di kaunter.  ‘Biarlah!’
            “Aku tak tau Qaiz!  Tak ada jodoh aku dengan Su kot.  Mungkin,  jodoh aku dah di tetapkan dengan Shika!  Ya Shika isteri aku sekarang ni.  Dia pun baik dengan aku!”  Zikril cubamenyedapkan hati sendiri.  Di samping itu,  cuba merahsiakan perasaan sebenarnya pada Shika.  Bimbang akan di ketawakan nanti.
            Relax la bro!  aku harap masalah kau ni settle nanti.  Kalau kau perlukan apa-apa bantuan,  jangan segan untuk bagi tau aku!”  Qaiz cuba menenangkan.  Zikril mengangguk lemah.
           
           

           
           


Novel ku : Sebenarnya Cinta 7



              BAB  7


            “Awal kau datang hari ni,  Shika?  Apa celita?”  aju Tanisha sambil mengajuk pelat cina.  Aku sudah tergelak kecil.  Masih sempat berpelat cina,  sedangkan dia adalah kaum india.  Mungkin pendekatan satu Malaysia yang merubah sikapnya.  Maklumlah,  Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum.  Dan masing-masing kaum mempunyai keunikan yang tersendiri,  yang menyebabkan kaum lain berminat untuk mengamalkannya.
            Aku memaniskan bibir dengan senyuman.  “Kau ni kan Tanisha,  saja tau!  Kalau aku awal susah,  datang lambat pun susah juga ke?”  aju ku sengaja bergurau.  Tanisha sudah menekup mulutnya sambil ikut ketawa bersamaku.  Sebenarnya memang aku datang terawal dari kebiasaanku.  Setelah aku siap menyediakan sarapan,  aku terus bergegas datang ke tempat kerjaku ini.  Malas untuk bertemu pandang dengan Zikril. 
            “Alah kau ni.  Aku lawak saja!”  balas Tanisha.
            “Aku tau!”  balasku pendek.  Lantas aku bergerak ke meja kerjaku.  Sudah banyak kerja yang tertangguh dek kerana aku bercuti tempohari.  Dan sekarang,  aku harus pantas menyiapkannya.  Jika tidak,  aku juga yang terpaksa menjawab dengan pihak atasan nanti.  Itulah yang aku tidak mahu dan paling ingin aku elakkan. 
            “Hai Shika!”  sapa Rich yang kebetulan lalu di hadapan mejaku.  Aku pantas tersenyum seraya membalas sapaannya.  Biarpun Rich sekadar budak pejabat namun,  Rich amat rapat dengan semua staf yang ada di sini.  Itu membuatkan aku suka berbicara dengan Rich dan sekali sekala melayan kenakalannya. 
            “Kalau setakat hai je,  tak layanlah!”  gerutuku sekadar berjenaka.  “Kurang-kurangpun,  bawalah sarapan ke?  Ada juga kenyang!”  tambahku lagi.
            “Amboi kau ni Shika,  banyak pula songeh ye.  Kau ingat aku cop duit ke apa?  aku ni bukannya kaya macam kau!”  balas Rich selamba.  Aku mencemikkan muka kepadanya.
            “Eh?  Kata Rich.  Takkanlah roti canai sekeping pun tak mampu nak belanja aku!”
            “Nama je Rich,  tapi hakikatnya aku ni poor!” 
            “Eleh!  Kalau kedekut tu,  banyak alasan.  Kelmarin aku tengok kau belanja si Zurisya boleh pula.  Ada je duit kau tu?”  ku lihat Rich sudah tersengih malu.  Malu dengan teguranku barangkali.  Disangkanya Shika tidak perasan dia sedang makan dengan Zurisya.  Namun,  ternyata mata Shika lebih tajam daripada helang.  Nampak saja,  biarpun dia berada di meja yang paling sudut.
            Rich sudah tersenyum.  Jarinya pantas mengetuk-ngetuk mejaku,  sambil mengikut rentak musik apa entah.  Aku tidak ambil ‘Port’ langsung.
            “Itu lainlah Shika.  Dia kan future wife aku!”  balas Rich sambil ketawa kecil. 
            “Banyak lah kau punya lain!  Oh,  future wife ye.  Aku bagi tau dia baru tau!”  ugutku lagi.  Aku dapat lihat Rich atau nama sebenarnya Muhammad Richard Eng Abdullah sudah memerah muka.  Bimbang aku akan menceritakan rasa hatinya itu kepada Zurisya.  Kasihan!  Sudah jatuh suka,  namun keberanian untuk berterus terang pula tiada.  Aku pula terlebih kasihan kerana tidak berpeluang untuk mengalami rasa yang sama.  Rasa untuk menyukai seseorang.
            Rich sudah kalut.  “Eh,  janganlah macam tu Shika.  Malu la aku macam ni.”  Rich bersuara gementar.  Aku sudah melepaskan tawaku.  Geli hati dengan ketakutan yang terpamer di wajah putih bersih milik Richard itu.  Sesekali aku sempat juga menyusun-nyusun maklumat sambil berbual dengan Rich.  Sekurang-kurangnya,  dapat juga aku menghiburkan hati sambil menyiapkan kerjaku ini. 
            “Kau ni kan Rich,  sampai bila kau nak rahsiakan rasa hati kau ni?  Baik kau terus-terang je tentang perasaan kau tu dekat Zurisya.  Mana tau kot-kot dia pun ada perasaan yang sama dekat kau.  Tak ke untung macam tu!  Buat apa nak ikut malu kau tu,  buat melepas lagi ada lah!”  cadangku.  Kasihan pula jika melihat Rich yang terlalu ingin berkasih dengan Zurisya.
            “Tapi,  aku takutlah!” 
            “Memanglah.  Tapi….”  Belum sempat aku menyudahkan ayat,  Syauqina sudah menjerit di meja hadapan.  ‘Spoil betullah minah ni!  Aku baru nak jadi pakar motivasi.  Dia pula kacau!’  rungutku di dalam hati.
            “Hei Rich!  Ni surat kau bertibun lagi ni.  Bos suruh hantar cepat!  Karang tak pasal-pasal kena marah pula!”  laung Syauqina lantang.  Rich sudah kelam-kelibut jadinya.  Sehinggakan Rich terlupa untuk mengambil halmetnya yang tertiarap di atas meja aku ini.  Lantas,  Rich kembali.
            “Eh,  lupa pula helmet aku ni!”  Rich tersengih-sengih.
“Taupun! Ayat yang tak habis tadi tu,  aku sambung kemudian je lah ek!  Takut nanti,  ada yang kena bambu pula!”  pesanku kepada Rich sebelum dia berlalu untuk menghantar surat-suratnya itu.  Rich sekadar mengangguk setuju.
Lama juga aku termenung di kawasan parkir kereta.  Kalau diikutkan badan yang penat,  mahu sahaja aku terus pulang ke rumah.  Namun,  bila mengenangkan barang keperluan di rumah yang sudah kering,  ku gagahkan juga untuk pergi membeli barangan tersebut.  Pintu kereta kelisa milikku ku buka,  lantas ku boloskan diri kedalamnya.  Segera aku mengunci keretaku kembali.  Bimbang juga kerana di kawasan parkir ini,  sememangnya amat menyeramkan.  Sudah banyak kes ragut yang keluar di kaca televisyen yang melibatkan kawasan sebegini.  Aku naik gerun bila memikirannya.
Enjin kereta kuhidupkan,  lantas perlahan-lahan aku meninggalkan kawasan pejabatku ini.  Tujuanku hanya satu.  Ke pasaraya yang berdekatan.  Tak lain dan tak bukan, ke pasaraya Tesco. 
Buat seketika,  ku belek-belek tanda harga yang terlekat di tin sardin tersebut.  Membuat perbandingan harga di antara beberapa jenis sardin yang terdapat di situ.  Lantas,  ku capai beberapa tin sardin jenama King Cup.  Kerana jenis ini kurasakan lebih enak dan berpatutan.  Kini beralih pula ke kawasan barangan segar dan basah.  Dalam perjalanan,  aku mencapai beberapa peket cendawan,  karot,  lada benggala dan lada kecil juga tidak ketinggalan,  sawi, timun,  bunga kubis, serai,  tomato, bawang putih,  bawang besar,  dan ubi kentang.  Aku kadang-kala seperti mahu membeli semua barangan yang ada di situ.  Bermacam-macam jenis ikan yang terdapat di situ.
‘Ikan apa yang aku nak beli ni, eh?’  aku tergaru-garu kepala.  Troli yang ku tolak,  ku tinggalkan di bahagian tepi.  Bimbang akan mengganggu laluan pembeli yang lain.  Lantas aku memilih untuk membeli ikan kembung,  ikan pari dan juga ayam.  Rasanya cukup untuk beberapa hari.  Aku pun bukannya terlalu rajin untuk memasak. 
“Paaak!”  setin susu cair sudah jatuh bergoleh di atas lantai.  Terkejut juga aku mendengarnya.  Pantas ku palingkan wajah bagi meihat gerangan siapakan yang menjatuhkan tin susu tersebut.
“Eh,  Dee!”  aku sedikit terjerit.  Dee juga kelihatan sedikit terkejut.
“Laa,  you ke Shika!  Apa you buat dekat sini?”  
“Alahai mak datuk!  Buat tanya pula you ni ye.  I nak buat apa lagilah dekat sini.  Takkanlah I tengah cari CD Naruto pula!”  perliku kerana aku tahu,  Dee amat meminati karakter kartun tersebut.  Segala apa yang berkaitan Naruto,  akan menjadi keutamaannya.  Namun,  itu semua kisah dahulu.  Entah Dee masih meminati watak Naruto atau sudah tidak lagi. 
            “You ni,  ingat lagi pasal Naruto ye!”  aju Dee.  Aku tersenyum sahaja.
            “Alah,  kata kawan!  Mestilah I tau.”  Balasku cuba menjadi ramah.  “Eh Dee,  sorrylah pasal dulu tu.  My husband  tak tau yang you ni kawan I.  Harap you tak ambil hati!”  ajuku perlahan.  Aku amat berharap agar Dee tidak menyimpannya di dalam hati.  Ternyata riak lelaki itu tenang sahaja.   Tidak terganggu langsung.  Aku menarik nafas lega.
            It’s okey.  I tak ambil hati.  Mula-mula tu,  hati I ni hangat jugak.  Tapi,  bila fikir balik,  padanlah dia marah.  Dia kan suami you.  Kalau I pun,  mungkin I akan buat benda yang sama.  Eh,  dah lama you kahwin?”  aku sedikti terkejut dengan pertnyaan Dee itu.  Hampir terlepas tin susu yang berada di tanganku kini.  Cepat-cepat ku masukkannya ke dalam troli dan terus menolaknya perlahan.  Sambil membelek-belek keperluan lain,  aku menjawab. 
            Thanks!  ucapku kerana Dee menjadi seorang yang memahami.  “Dah lama lah juga.  Hampir enam bulan!  You tanya I je,  yang you ni apa kes?”  aku pula bertanya. 
            “I masih mencari.  Masih tak ada yang sesuai!  Lagipun,  I kan masih muda.”  Puji Dee.  Aku sudah mencebik bibir.  ‘Mudalah sangat!’  kutukku dalam diam.  “Shika,  sekarang you pakai kereta apa?”  aju Dee.  Aku yang masih tidak dapat menangkap,  segera memberitahu.
            “Kelisa! Why?  aku sekadar ingin tahu.
            Dee tersenyum penuh makna.  “Tak adalah.  Dulu I pernah dengar ikrar you.  Selagi you tak pakai Herrier,  selagi tu you akan membujang!  Sekarang apa dah jadi?”  aku sudah gigit bibir.  ‘Ya Allah,  dia ingat lagi ikrar aku dulu.  Ikrar yang telah terbantut di pertengahan jalan itu.  Ah!  Malunya aku.’
            “Pasal Herrier tu,  dah tak ada rezeki I agaknya.  Dan kalau pasal kahwin tu pulak,  mungkin jodoh I dah sampai.  Jadi,  I lupakan je Herrier dan ikrar zaman kanak-kanak I tu!  Lagipun,  kita kan kena bergerak seiring masa.  Kalau nak patah balik kembali pun,  I rasa dah tak boleh dah.  Tapi,  insyaallah kalau ada rezeki,  I mungkin masih boleh dapatkan kereta idaman I tu!  Siapa tau kan!”  terangku panjang lebar.  Kalau sudah di tentukan takdir,  mana bisa aku menolaknya.  Biarlah masa yang menentukan segalanya.  Aku pasrah di atas segala yang terjadi ke atasku.
            Setelah membuat pembayaran,  aku dan Dee bergerak untuk membasahkan tekak.  Bersembang terlalu lama membuatkan tekakku terasa haus.  Meminta agar cecair pelincir menerobos ke seluruh anak tekak.  Lama juga aku di situ, sambil berbual apa yang patut.  Maklumlah,  sudah lama tidak berbual panjang begitu.  Jika dulu,  pantang ada peluang,  pasti kami akan bertemu dan menghabiskan masa bersama-sama.  Sungguh seronok dan bahagia kurasakan pada masa itu. 
            Sempat juga aku berpamitan dengan Dee yang ternyata berlainan arah denganku. 
            Terkial-kial aku memulas tombol pintu utama.  Dengan barang yang tergantung ditangan,  membuatkan gerak-geriku semakin perlahan.  Naik kebas jari-jemariku kerana barang yang berat,  sedikit-sebanyak telah menghalang aliran darah di jariku.  Barang-barang ku letakkan di atas meja  terlebih dahulu.   Setelah menukar pakaian nanti,  aku akan kembali untuk mengemas semuanya.
            “Lambat you balik?  You pergi mana?”  Zikril yang datang entah dari mana,  bertanya sinis.  Aku sekadar membuang pandang ke arah barangan yang ku beli sebentar tadi.
            “Beli barang!”  balasku sepatah.
            “Kenapa tak tunggu I?”  Zikril seakan tidak berpuas hati.
            “Malas nak ganggu you.  Lagipun,  I dari tempat kerja terus ke sana.  Kalau tunggu you,  I kena balik dulu.  Kan dah dua kali kerja!”  terangku jujur.  Untuk apa berulang-alik,  berkali-kali.  Menghabiskan minyak kereta sahaja. 
            Zikril masih tidak berpuas hati.  Aku pasti itu.  “I pun dari tempat kerja.  Kalau you cakap nak beli barang,  I terus ke sana je!  Boleh beli sama-sama.”  Aku sudah agak.  Zikril tentu tidak berpuas hati dengan tindakanku ini.  Kalaulah Zikril tahu aku jumpa dengan Dee,  mau bergegar rumah ni rasanya.  Lantas,  aku sekadar mendiamkannya sahaja.  Tidak ingin memperbesarkan cerita.
            “Setakat beli barang dapur,  I seorang pun boleh handle!  You tak payah risau!”
            Zikril sudah merengus kasar.  “Kenapalah you ni suka melawan cakap I?”  marahnya terkeluar.  Aku sudah telan liur.  ‘Nak kena hambur lagi lah ni!’  fikirku geram bercampur bosan.  Hendak ku pekakkan telinga,  masalahnya aku tidak pekak.  Setiap patah katanya nanti,  pasti akan menerjah gegendang telingaku juga.  Yang akan sakit hati,  aku juga nanti. 
            “Mana ada I melawan.  I  cakap benda betul!”  protesku.  Alang-alang akan dimarahi,  biar aku melawan sungguh-sungguh.  Baru ‘Fair and Square’. 
            “Shika!”  marah  Zikril.  ‘Pehh!  Dah bergegar dah rumah dua tingkat aku ni.  Nasib baik cermin tingkap tak pecah!  Kalau tak,  nayer!’  gerutuku dalam diam.  Kalau kata-kata ini yang ku luahkan,  mau tamparan yang aku dapat sebagai hadiahnya.  Aku sudah buat muka sekupang. 
            “Yelah!  Yelah!  Lain kali kita pergi sama-sama.  Tapi,  kalau you nak juga hari ni,  you pulangkan balik barang-barang yang I dah beli tu.  Then,  kita pergi beli lain!”  perliku.  Geram juga kerana perlu pergi bersama,  untuk sesuatu yang mudah seperti itu.  Aku yang sudah naik geram,  segera berlalu ke bilik.  Meninggalkan Zikril yang ternyata masih ingin mengatakan sesuatu itu.  Aku sudah tidak ambil peduli.  Keletihan yang ku rasa adalah lebih penting untuk ku ambil tahu di kala ini.
            Zikril mencapai kunci keretanya,  lantas bergerak keluar bersama-sama dengan khazanah di tangannya itu.  Jika Shika boleh melawan katanya,  kenapa tidak dia juga.  Dia berpuas hati begitu.  Shika perlu di ajar cara menghormati dirinya sebagai seorang suami.  Dan bukannya melawan setiap kali di tegur.  Pantang sahaja di tegur,  ada-ada sahaja ayat yang terkeluar di bibir isterinya itu untuk melawan.  Hati yang tidak sakit,  boleh berubah sakit jadinya. 
            Zikril berpuas hati,  tatkala khazanah yang berlonggok itu telah bertukar tangan.  Bukan niatnya untuk melakukan sedemikian rupa.  Namun,  kedegilan Shika yang memaksanya untuk bertindak sejauh itu.  Wanita tua di hadapannya disalami dan di kucup penuh kasih-sayang.  Walaupun beriya-iya wanita tua itu mengajaknya singgah,  namun alasannya dia hendak cepat.  Ada perkara yang perlu di siapkannya.  Wanita tersebut sekadar mengangguk faham.   Kalau itu yang di katakan Zikril,  maka itu jugalah yang akan di lakukannya. 
            Zikril tersenyum puas ketika keretanya mula bergerak.