BAB 8
“Mana
barang yang I beli tadi?” ajuku kepada
Zikril yang sedang bersenang-lenang di hadapan televisyen itu. Aku baru sahaja mahu mengemaskannya, selepas aku selesai mandi dan solat
tadi. Aku buka peti sejuk, barangan tadi tiada didalam sana. Aku selongkar almari barang pula, juga tidak ku temui. Lantas,
aku bergerak ke hadapan dan berhenti betul-betul di sebelah Zikril.
“I’m asking you! Mana barang yang I beli tadi?” naik-turun nafasku, cuba menahan perasaan marah yang sedang cuba
mengawal rasionalku kini. Aku tahu dan
aku yakin, kehilangan
barang-barangku, ada kaitan dengan
Zikril.
Zikril
kelihatan selamba. “I dah sedekahkan
barang-barang tu. So, we have to buta newone. You yang kata tadi, kalau I pulangkan barang tu, kita akan pergi beli yang baru. Jadi,
dari I pulangkan barang-barang tu,
baik I sedekahkan aje. Dapat juga
buat amal kan! Jadi, malam ni,
kita akan pergi beli yang baru.”
Ucap Zikril tanpa perasaan. Aku
yang sedang mendengarnya, hampir pitam
di buatnya. Begitu nekad Zikril
bertindak. Sedangkan aku hanya
berkata-kata sebentar tadi. Tidak pula
serius.
“Apa! you bawa pergi mana barang tu? You ingat I beli barang tu, guna air liur ke? Suka hati you sedekah tak tanya I dulu!” aku sudah meradang. Zikril ternyata sudah melampau. Bukan aku menyalahkannya kerana
bersedekah. Namun, Zikril tidak bolehlah dengan
sewenang-wenangnya berbuat begitu. Aku
bukanlah seorang yang kaya. Hendak
bersedekah pun, biarlah kena dengan masanya.
Di rumah sendiri sudah kekeringan,
masih sempat pula bersedekah kepada orang lain.
“Kan
I dah kata, I sedekah! I taulah barang tu, pakai duit dan bukannya air liur. You ingat I tak sekolah ke? Tak kan nak sedekah pun salah! Malam ni kan, boleh pergi beli lagi? Apa masalahnya ni?” giliran Zikril pula meluahkan rasa
amarahnya. Dihempaskan remote control
yang di pegangnya ke atas lantai. Nasib
jugalah, lantai di saluti karpet yang
agak tebal. Jika tidak, mau hancur remote itu di makan lantai.
Aku
mendengus geram. “I tak kata bersedekah
tu salah. Tapi, kalau nak bersedekah pun, tengoklah masa dan keadaan dulu. Rumah sendiri pun tengah kering, boleh lagi you bersedekah dekat orang
lain! I dah tak ada duit!” bebelku.
Sememangnya aku sudah kekeringan wang.
Barang tadi sahaja sudah menelan hampir dua ratus ringgit lebih. Gaji pula masih terlalu awal untuk menapak
masuk ke dalam akaun bank. Ini baru di
pertengahan bulan!
Zikril
sudah mengalih pandang ke arahku. Aku
segera mengalih pandang. Ku capai sebuah
majalah dari bawah meja, lalu ku
kipaskan ke wajahku yang semakin hangat itu.
“Ada I suruh you keluarkan duit?
I cuma nak you ikut I pergi beli je.
Yang lain, I yang akan
bayar! You ingat I ni tak mampu sangat
ke nak tanggung you tu? You ingat I ni
pokai sangat? Sampai you yang beli semua
barang dapur tu! Tak boleh ke kalau
you, jaga sikit maruah I ni?” berapi-rapi Zikril memarahiku. Bukan niatku untuk membelakangkan Zikril
dalam hal pembelian barang dapur ini.
Aku cuma tidak mahu menyusahkannya,
kerana Zikril sudah tentu penat.
Aku
sekadar mendiamkan diri. Sedikit demi
sedikit, aku berfikir akan kata-kata
Zikril itu. Memang Zikrillah yang
bertanggungjawab dalam soal ini.
Namun, apa salahnya aku membantu
apa yang patut. Aku tidak ingin di katakan
sebagai isteri yang tidak tahu membantu.
Dalam hal sekecil ini pun, aku
memerlukan Zikril untuk menguruskannya.
Itu yang aku tidak mahu.
Zikril
sememangnya terlebih dari mampu untuk menyara kehidupanku. Aku tahu itu.
tapi, takkan selamanya aku perlu
bergantung kepada orang lain. Bagaimana
jika hubungan ini berakhir? Aku tidak
mahu termakan budi terlalu banyak.
Bimbang akan berlaku sebarang ungkitan yang bakal menyakitkan hatiku
pada mada masa hadapan nanti.
Malam
ni, lepas isyak kita pergi beli barang
yang baru.
“Tapi…” aku cuba membantah.
Zikril
sudah memotong patah kataku. “Kalau you
masih ada rasa hormat pada I, you akan
ikut I malam ni!” Zikril bersuara tegas. Aku mengeluh perlahan.
“You
memang suka paksa I?”
“Terpulang
pada you!” Zikril bingkas bangun dan
meninggalkan aku sendirian. Sama seperti
yang aku lakukan padanya tadi. Sakit
kepala secara tiba-tiba menyerang.
Membuatkan aku memicit-micit kepalaku berulang kali. Aku bergerak ke dapur. Mencari pain killer yang boleh ku telan di
saat yang kian memuncak ini. Aku kembali
merebahkan diri di atas sofa di ruang tamu.
Tiada kuasa untuk meniti anak tangga ke tingkat atas.
Bimbang
aku akan terjelepuk menyembah lantai,
jika aku ingin bergerak ke tingkat atas.
Zikril
yang sudah siap menunaikan solat isyak, menuruni
anak tangga untuk ke tingkat bawah. Tadi
semasa melewati bilik Shika, terpaku
juga dia di hadapan bilik itu. Ternyata
keadaan bilik itu sunyi sepi.Kini terjenguk-jenguk pula dia ke sekeliling kawasan. Mungkin isterinya berada di ceruk dapur
barangkali. Lantas Zikril terus menapak
ke kawasan dapur. Tekaknya juga terasa
haus. Berharap agar ada juga minuman
yang di sediakan oleh isterinya buat melepaskan dahaga.
‘La
mana pula dia ni?’ Zikril bertanya
sendiri. Tiada siapa yang berada di
ceruk dapur. Hanya dia sahaja yang
sedang meneguk air oren dari dalam peti ais. Sebentar kemudian dia bersandar pula di sisi
peti ais tersebut. Sambil kotak air oren
masih terlekap di tangannya.
“Dah
tak ada cawan ke?” tegurku yang
kebetulan ke dapur. Pelik juga ketika
mendengar pintu peti ais di buka.
Lantas, dengan kepala yang berat
ini ku bangun ke dapur. Zikril sekadar
buat muka ‘Toya’. Naik rimas aku
jadinya. Seperti sindiran aku tidak
berbekas di hatinya.
Zikril
mencebikkan bibir. “Cawan? Tu dekat atas rak ada banyak!” perlinya pula.
Aku
memegang kepalaku yang sakit itu. “Habis
tu, yang you teguk dekat kotak tu
kenapa?” marahku. Zikril menuntas pandang kepadaku. Kotak oren di hulurkan kepadaku dan dengan
pantas aku menolak. Tak sopan betullah
dia ni. Sudah dia teguk dekat situ, ada hati pula nak bagi aku minum sama! Aku menjeling penuh geram.
“Minum
kongsi-kongsi ni, bagus
sebenarnya!” puji Zikril akan cara tidak
sopannya itu.
Aku
buat-buat tuli. Malas untuk
melayan. Kalau aku layan, makin menjadi pula nanti. Aku hanya berterus terang bahawa aku tiada
kudrat untuk keluar pada malam ini.
Seperti yang aku jangka, Zikril
menolak mentah akan penolakanku ini. Dia
menetapkan agar aku tetap mengikutnya.
Aku jadi sebal begitu. Sudahlah
kepalaku berdenyut, hendak pula di ajak
shopping. Lagi sakitlah kepala aku ni nampaknya!
Namun, membantah hanya membuatkan aku terpaksa
menelan amarah Zikril pula nanti.
Balik-balik, hati aku juga yang mendapat tempias sakitnya.Aku
mengangguk lemah.
Aku
bersiap ala kadar sahaja. Malas untuk
berlawa-lawa. Hanya dengan slack hitam
dan blouse juga berwarna hitam. Tudung
pula hanya ku sibaikan sahaja ke bahu.
Mudah dan cepat. Hanya untuk
membeli barang dapur. Tidak perlulah
memakai cantik-cantik. Biarpun aku
bukannya seperti wanita yang cantik-cantik di luar sana tu. Tetapi,
aku tidak kisah. Cukuplah jika
aku bahagia. ‘Aku bahagia?’ detik hatiku seketika.
“Dekat
mana you beli barang tadi?” aju Zikril
sambil membetulkan seluarnya yang tidak kemas itu. Kunci kereta dicapai pantas. Aku turut bergerak mengikut langkah Zikril.
“Tesco!” balasku pendek. Kulihat Zikril mengangguk faham. Selebihnya aku hanya diam menyepi. Tiada selera untuk berbual. Pertanyaan Zikril adakala ku jawab pendek
sahaja. Sakit kepalaku kini mencengkam
seluruh urat saraf.
Melihatkan
jalan laluan yang amat tidak selari dengan tujuan asal kami, membuatkan aku kaget seketika. Pantas ku paut lengan Zikril dan
menggoncangnya sedikit. Zikril kelihatan
sedikit terkejut dengan tindakan drastik aku sebentar tadi.
“Mana
you nak pergi ni? Tesco bukan ikut jalan
ni kan?” ajuku ingin tahu. Bukan aku tidak mempercayainya, namun aku sekadar ingin tahu. Zikril adalah suamiku, yang mana aku patut mempercayai dirinya. Walaupun sukar kerana aku belum mengenali
Zikril dengan sepenuhnya. Biarpun
begitu, aku tetap cuba meletakkan
kepercayaanku kepadanya.
Zikril
masih diam tidak berkutik. Jauh sekali
ingin membalas pertanyaanku. Zikril
nampaknya lebih selesa memandang jalan raya yang berselirat itu. Atau Zikril sedang menumpukan perhatian akan
pemanduannya.
Kereta
Toyota Fortuner milik Zikril berhenti betul-betul di hadapan Klinik
Keluarga. Aku mengerutkan dahiku. Pelik kerana destinasi pertama kami adalah
sebuah klinik.
“Kita
buat apa dekat klinik ni?” aku memulakan
bicara setelah daun pintu kereta di tutup.
Sepenuh perhatian ku tumpahkan ke laman wajah Zikril. Menanti sebuah jawapan daripada seulas bibir
milik Zikril. Namun, Zikril masih tidak membuka mulutnya seakan
bimbang berlian yang berada di dalamnya akan terkeluar. Aku sedah rimas dengan keadaan tanpa suara
ini.
Tersirap
darahku ke muka tatkala dengan selambanya Zikril menarik tanganku dan di
genggam erat. Sakit juga hatiku kerana
di perlakukan sebegitu. Namun, aku seakan terkaku dan tidak mampu untuk
menghalang atau meleraikan. Aku sendiri
sudah pelik dengan keadaan diriku sekarang ini.
Kuturuti sahaja langkah Zikril memasuki klinik tersebut.
Tanpa
melepaskan genggaman tangan, Zikril
berbicara dengan petugas yang berada di klinik keluarga ini. Aku sekadar mendengar. Namun,
apabila namaku yang meniti di bibir mereka untuk di rawat, aku jadi panik dan pelik. Gadis comel di hadapanku, ku pandang dengan penuh tanda tanya. Gadis itu hanya tersenyum dan
mengangguk. Kini pandanganku beralih
pula ke arah Zikril meminta penjelasan.
Ternyata Zikril juga turut mengikut rentak langkah gadis tersebut.
Aku
menggenggam kuat jari-jemari Zikril. Protes! “Tapi I tak sakit lah!” ujarku sekadar di pendengaran kami berdua
sahaja. Zikril membuat muka tidak puas
hati lagi. Aku akhirnya mengalah untuk
kali yang keberapa entah! Zikril dengan
rela hatinya menawarkan diri untuk menemaniku berjumpa doktor. Bukan aku tidak mahu. Namun,
aku tahu akan kesihatan diriku sendiri.
Aku bukanlah terlalu sakit,
sehinggakan aku perlu berjumpa dengan doktor. Zikril yang terlalu bimbang di dalam hal
ini. ‘Tapi, betul ke Zick bimbangkan aku? Macam tak percaya je?’ gumamku penuh tanda tanya. Entah siapa yang akan menjawab segala
persoalan itupun, aku tidak tahu.
Belum
sempat aku hendak memberi salam, Zikril
lebih mendahului. Aku sekadar
menghadiahkan senyuman manis buat doktor tersebut yang ternyata seorang jejaka
tampan. Mungkin lebih kurang umur Zikril
juga. Itu hanya pandangan dan tekaanku
sahaja. Selebihnya, aku malas untuk
mengambil tahu. Aku berjumpa doktor
inipun di atas desakan Zikril dengan raut wajah tidak puas hatinya itu.
“Woit, kau ke Zick!”
jerit jejaka tampan itu secara tiba-tiba. Mereka bersalaman dan berpelukan sesama sendiri. Aku pula sekadar menjadi pemerhati. Tidak tahu untuk menyampuk di mana. Sudah tentu mereka adalah kenalan.
“Apa
cer sekarang?” aju Zikril sambil menarik
kerusi, lantas duduk berhadapan dengan
doktor yang boleh ku katogorikan sebagai temannya itu.
“Aku
macam nilah! Treat patients. Bukan macam
kau. Relax
selalu!” ujar Doktor yang ku lihat
bernama Qaizam Amal itu. “Kau pula apa story?
Aku dengar kau dah kawin?” selamba doktor itu bertanya. Sesekali matanya melirik ke arahku. Namun,
aku berpura-pura menilik hujung lengan blouseku yang sudah terlipat. Malas untuk membalas pandang. “Dan aku dengar juga ada orang perangkap
kau? Betul ke, Zick?”
tambah doktor itu lagi. Matanya
tidak sudah-sudah memandangku. Jangan
pula dia kata aku yang memerangkap.
Memang dia silap besar kalau menuduh sebegitu. Zikril ketawa besar.
“Banyaklah
kaurelax! Yup! Aku dah kahwin pun. Dah enam bulan lebih. Tapi,
pasal perangkap tu, aku sendiri
pun tak sure!” balas Zikril.
Doktor itu mengangguk-angguk.
Naik muak pula aku tengok muka doktor yang kurasakan sedikit pelik itu. “Oh ya!
Kenalkan ni wife aku, Shika!
Shika, ni kawan I, Qaizam Amal!”
baru kali ini aku mengangguk dan memandang wajah doktor muda itu. Berlesung pipit di bahagian kiri, kulit yang sawo matang, di tambah dengan beberapa biji jerawat gatal
yang terlekat di bahagian pipinya.
Overall! Doktor ni bolehlah
dikelaskan dalam golongan ‘Ada rupa!’
Agak
lama aku bertafakur menghadap doktor pelik itu.
Aku dikhabarkan sekadar tension dan tertekan. Bukanlah sesuatu yang serius. Itu,
jugalah yang cuba ku sampaikan kepada Zikril sebentar tadi. Paling teruk pun, aku hanya perlu menelan ubat sahaja. Untuk memberi keselesaan kepada kedua orang
rakan yang kelihatan rancak berbual itu,
aku meminta diri untuk menunggu di luar sahaja. Malas untuk ikut campur di dalam hal-hal
peribadi Zikril. Mungkin ada banyak
perkara yang ingin di katakan oleh mereka.
Dan perbualan tersebut mungkin akan terganggu jika aku ada bersama.
Perbualan
sayup-sayup didalam, terbias juga ke
luar bilik. Aku yang tersedar, menadah telinga juga untuk mendengar. Apakah topik perbualan mereka di saat ini. Kedengaran sangat rancak dan bersemangat.
“Syhhh..!! kau ni perlahanlah sikit. Kalau dia dengar macam mana?” aku yakin itu adalah suara milik Zikril. Meminta temannya agar merendahkan nada
volumenya. Dan ‘Dia’ yang di ucapkan
Zikril tadi adalah siapa pula? Adakah
aku yang menjadi tajuk utama topik perbualan dua lelaki itu? pantas aku
bergerak merapati daun pintu. Biarlah
orang pandang semacam sekalipun, aku
tidak kisah. Apa yang aku tahu, ianya adalah berkaitan denganku. Aku yakin!
“Dah
habis slow la ni! Aku cuma curious
je. Perempuan tu ke yang perangkap
kau? Aku dengar pun dari Munzir. Bisik suara itu. ‘Perempuan?
Siapa? Aku ke? Munzir siapa pula?’ jiwaku sudah tidak tenteram. Kini,
aku terdengar pula Zikril membalas.
“Alah
kau ni! Kan aku dah story tadi. Aku tak tahu
siapa yang perangkap aku tu. Kalau aku
tahu, dah lama orang tu lumat aku
kerjakan!” ada riak geram berbaur amarah
di situ. Aku sudah telan liur.
Sesekali
aku terdengar kerusi yang berdecet.
Tekanan badan manusia yang mendudukinya barangkali. Sehinggakan kerusi itu menjerit beberapa
kali. “Habis tu, kau dengan Su macam mana?” Aku masih menekap telinga. “Dia kan awek kesayangan kau dulu? Tiba-tiba kau kahwin dengan perempuan
tu. Apa jadi dengan Su?” sibuk betullah doktor ni nak tahu. Tapi,
tidak boleh hendak salahkan dia juga.
Sebagai teman, tentu sahaja dia
ingin mengetahui perkembangan teman yang lain.
Itu adalah kebenaran!
Zikril
mengeluh berat. “Aku dengan Su macam
tulah. Nak macam mana lagi. Dia yang ada dalam hati aku. Dia cinta aku. Tapi,
aku pun tak taulah Qaiz!”
rungutnya pula. Bergetar bibirku
di saat mendengar bait kata dari bibir Zikril.
‘Akukah yang telah merosakkan hubungan mereka? Ya Allah,
akukah yang menghancurkan segalanya? Teruknya aku Ya Allah!’ kolam mataku kian berkaca. Telingaku sudah tidak dapat menahan lagi. Lantas aku berlari keluar dari Klinik
Keluarga ini. Tidak sempat untuk aku
mengambil ubat di kaunter. ‘Biarlah!’
“Aku
tak tau Qaiz! Tak ada jodoh aku dengan
Su kot. Mungkin, jodoh aku dah di tetapkan dengan Shika! Ya Shika isteri aku sekarang ni. Dia pun baik dengan aku!” Zikril cubamenyedapkan hati sendiri. Di samping itu, cuba merahsiakan perasaan sebenarnya pada
Shika. Bimbang akan di ketawakan nanti.
“Relax la bro! aku harap masalah kau ni settle nanti. Kalau kau
perlukan apa-apa bantuan, jangan segan
untuk bagi tau aku!” Qaiz cuba
menenangkan. Zikril mengangguk lemah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan