Halaman

Selasa, 25 Disember 2012

Novel ku : Sebenarnya Cinta 7



              BAB  7


            “Awal kau datang hari ni,  Shika?  Apa celita?”  aju Tanisha sambil mengajuk pelat cina.  Aku sudah tergelak kecil.  Masih sempat berpelat cina,  sedangkan dia adalah kaum india.  Mungkin pendekatan satu Malaysia yang merubah sikapnya.  Maklumlah,  Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum.  Dan masing-masing kaum mempunyai keunikan yang tersendiri,  yang menyebabkan kaum lain berminat untuk mengamalkannya.
            Aku memaniskan bibir dengan senyuman.  “Kau ni kan Tanisha,  saja tau!  Kalau aku awal susah,  datang lambat pun susah juga ke?”  aju ku sengaja bergurau.  Tanisha sudah menekup mulutnya sambil ikut ketawa bersamaku.  Sebenarnya memang aku datang terawal dari kebiasaanku.  Setelah aku siap menyediakan sarapan,  aku terus bergegas datang ke tempat kerjaku ini.  Malas untuk bertemu pandang dengan Zikril. 
            “Alah kau ni.  Aku lawak saja!”  balas Tanisha.
            “Aku tau!”  balasku pendek.  Lantas aku bergerak ke meja kerjaku.  Sudah banyak kerja yang tertangguh dek kerana aku bercuti tempohari.  Dan sekarang,  aku harus pantas menyiapkannya.  Jika tidak,  aku juga yang terpaksa menjawab dengan pihak atasan nanti.  Itulah yang aku tidak mahu dan paling ingin aku elakkan. 
            “Hai Shika!”  sapa Rich yang kebetulan lalu di hadapan mejaku.  Aku pantas tersenyum seraya membalas sapaannya.  Biarpun Rich sekadar budak pejabat namun,  Rich amat rapat dengan semua staf yang ada di sini.  Itu membuatkan aku suka berbicara dengan Rich dan sekali sekala melayan kenakalannya. 
            “Kalau setakat hai je,  tak layanlah!”  gerutuku sekadar berjenaka.  “Kurang-kurangpun,  bawalah sarapan ke?  Ada juga kenyang!”  tambahku lagi.
            “Amboi kau ni Shika,  banyak pula songeh ye.  Kau ingat aku cop duit ke apa?  aku ni bukannya kaya macam kau!”  balas Rich selamba.  Aku mencemikkan muka kepadanya.
            “Eh?  Kata Rich.  Takkanlah roti canai sekeping pun tak mampu nak belanja aku!”
            “Nama je Rich,  tapi hakikatnya aku ni poor!” 
            “Eleh!  Kalau kedekut tu,  banyak alasan.  Kelmarin aku tengok kau belanja si Zurisya boleh pula.  Ada je duit kau tu?”  ku lihat Rich sudah tersengih malu.  Malu dengan teguranku barangkali.  Disangkanya Shika tidak perasan dia sedang makan dengan Zurisya.  Namun,  ternyata mata Shika lebih tajam daripada helang.  Nampak saja,  biarpun dia berada di meja yang paling sudut.
            Rich sudah tersenyum.  Jarinya pantas mengetuk-ngetuk mejaku,  sambil mengikut rentak musik apa entah.  Aku tidak ambil ‘Port’ langsung.
            “Itu lainlah Shika.  Dia kan future wife aku!”  balas Rich sambil ketawa kecil. 
            “Banyak lah kau punya lain!  Oh,  future wife ye.  Aku bagi tau dia baru tau!”  ugutku lagi.  Aku dapat lihat Rich atau nama sebenarnya Muhammad Richard Eng Abdullah sudah memerah muka.  Bimbang aku akan menceritakan rasa hatinya itu kepada Zurisya.  Kasihan!  Sudah jatuh suka,  namun keberanian untuk berterus terang pula tiada.  Aku pula terlebih kasihan kerana tidak berpeluang untuk mengalami rasa yang sama.  Rasa untuk menyukai seseorang.
            Rich sudah kalut.  “Eh,  janganlah macam tu Shika.  Malu la aku macam ni.”  Rich bersuara gementar.  Aku sudah melepaskan tawaku.  Geli hati dengan ketakutan yang terpamer di wajah putih bersih milik Richard itu.  Sesekali aku sempat juga menyusun-nyusun maklumat sambil berbual dengan Rich.  Sekurang-kurangnya,  dapat juga aku menghiburkan hati sambil menyiapkan kerjaku ini. 
            “Kau ni kan Rich,  sampai bila kau nak rahsiakan rasa hati kau ni?  Baik kau terus-terang je tentang perasaan kau tu dekat Zurisya.  Mana tau kot-kot dia pun ada perasaan yang sama dekat kau.  Tak ke untung macam tu!  Buat apa nak ikut malu kau tu,  buat melepas lagi ada lah!”  cadangku.  Kasihan pula jika melihat Rich yang terlalu ingin berkasih dengan Zurisya.
            “Tapi,  aku takutlah!” 
            “Memanglah.  Tapi….”  Belum sempat aku menyudahkan ayat,  Syauqina sudah menjerit di meja hadapan.  ‘Spoil betullah minah ni!  Aku baru nak jadi pakar motivasi.  Dia pula kacau!’  rungutku di dalam hati.
            “Hei Rich!  Ni surat kau bertibun lagi ni.  Bos suruh hantar cepat!  Karang tak pasal-pasal kena marah pula!”  laung Syauqina lantang.  Rich sudah kelam-kelibut jadinya.  Sehinggakan Rich terlupa untuk mengambil halmetnya yang tertiarap di atas meja aku ini.  Lantas,  Rich kembali.
            “Eh,  lupa pula helmet aku ni!”  Rich tersengih-sengih.
“Taupun! Ayat yang tak habis tadi tu,  aku sambung kemudian je lah ek!  Takut nanti,  ada yang kena bambu pula!”  pesanku kepada Rich sebelum dia berlalu untuk menghantar surat-suratnya itu.  Rich sekadar mengangguk setuju.
Lama juga aku termenung di kawasan parkir kereta.  Kalau diikutkan badan yang penat,  mahu sahaja aku terus pulang ke rumah.  Namun,  bila mengenangkan barang keperluan di rumah yang sudah kering,  ku gagahkan juga untuk pergi membeli barangan tersebut.  Pintu kereta kelisa milikku ku buka,  lantas ku boloskan diri kedalamnya.  Segera aku mengunci keretaku kembali.  Bimbang juga kerana di kawasan parkir ini,  sememangnya amat menyeramkan.  Sudah banyak kes ragut yang keluar di kaca televisyen yang melibatkan kawasan sebegini.  Aku naik gerun bila memikirannya.
Enjin kereta kuhidupkan,  lantas perlahan-lahan aku meninggalkan kawasan pejabatku ini.  Tujuanku hanya satu.  Ke pasaraya yang berdekatan.  Tak lain dan tak bukan, ke pasaraya Tesco. 
Buat seketika,  ku belek-belek tanda harga yang terlekat di tin sardin tersebut.  Membuat perbandingan harga di antara beberapa jenis sardin yang terdapat di situ.  Lantas,  ku capai beberapa tin sardin jenama King Cup.  Kerana jenis ini kurasakan lebih enak dan berpatutan.  Kini beralih pula ke kawasan barangan segar dan basah.  Dalam perjalanan,  aku mencapai beberapa peket cendawan,  karot,  lada benggala dan lada kecil juga tidak ketinggalan,  sawi, timun,  bunga kubis, serai,  tomato, bawang putih,  bawang besar,  dan ubi kentang.  Aku kadang-kala seperti mahu membeli semua barangan yang ada di situ.  Bermacam-macam jenis ikan yang terdapat di situ.
‘Ikan apa yang aku nak beli ni, eh?’  aku tergaru-garu kepala.  Troli yang ku tolak,  ku tinggalkan di bahagian tepi.  Bimbang akan mengganggu laluan pembeli yang lain.  Lantas aku memilih untuk membeli ikan kembung,  ikan pari dan juga ayam.  Rasanya cukup untuk beberapa hari.  Aku pun bukannya terlalu rajin untuk memasak. 
“Paaak!”  setin susu cair sudah jatuh bergoleh di atas lantai.  Terkejut juga aku mendengarnya.  Pantas ku palingkan wajah bagi meihat gerangan siapakan yang menjatuhkan tin susu tersebut.
“Eh,  Dee!”  aku sedikit terjerit.  Dee juga kelihatan sedikit terkejut.
“Laa,  you ke Shika!  Apa you buat dekat sini?”  
“Alahai mak datuk!  Buat tanya pula you ni ye.  I nak buat apa lagilah dekat sini.  Takkanlah I tengah cari CD Naruto pula!”  perliku kerana aku tahu,  Dee amat meminati karakter kartun tersebut.  Segala apa yang berkaitan Naruto,  akan menjadi keutamaannya.  Namun,  itu semua kisah dahulu.  Entah Dee masih meminati watak Naruto atau sudah tidak lagi. 
            “You ni,  ingat lagi pasal Naruto ye!”  aju Dee.  Aku tersenyum sahaja.
            “Alah,  kata kawan!  Mestilah I tau.”  Balasku cuba menjadi ramah.  “Eh Dee,  sorrylah pasal dulu tu.  My husband  tak tau yang you ni kawan I.  Harap you tak ambil hati!”  ajuku perlahan.  Aku amat berharap agar Dee tidak menyimpannya di dalam hati.  Ternyata riak lelaki itu tenang sahaja.   Tidak terganggu langsung.  Aku menarik nafas lega.
            It’s okey.  I tak ambil hati.  Mula-mula tu,  hati I ni hangat jugak.  Tapi,  bila fikir balik,  padanlah dia marah.  Dia kan suami you.  Kalau I pun,  mungkin I akan buat benda yang sama.  Eh,  dah lama you kahwin?”  aku sedikti terkejut dengan pertnyaan Dee itu.  Hampir terlepas tin susu yang berada di tanganku kini.  Cepat-cepat ku masukkannya ke dalam troli dan terus menolaknya perlahan.  Sambil membelek-belek keperluan lain,  aku menjawab. 
            Thanks!  ucapku kerana Dee menjadi seorang yang memahami.  “Dah lama lah juga.  Hampir enam bulan!  You tanya I je,  yang you ni apa kes?”  aku pula bertanya. 
            “I masih mencari.  Masih tak ada yang sesuai!  Lagipun,  I kan masih muda.”  Puji Dee.  Aku sudah mencebik bibir.  ‘Mudalah sangat!’  kutukku dalam diam.  “Shika,  sekarang you pakai kereta apa?”  aju Dee.  Aku yang masih tidak dapat menangkap,  segera memberitahu.
            “Kelisa! Why?  aku sekadar ingin tahu.
            Dee tersenyum penuh makna.  “Tak adalah.  Dulu I pernah dengar ikrar you.  Selagi you tak pakai Herrier,  selagi tu you akan membujang!  Sekarang apa dah jadi?”  aku sudah gigit bibir.  ‘Ya Allah,  dia ingat lagi ikrar aku dulu.  Ikrar yang telah terbantut di pertengahan jalan itu.  Ah!  Malunya aku.’
            “Pasal Herrier tu,  dah tak ada rezeki I agaknya.  Dan kalau pasal kahwin tu pulak,  mungkin jodoh I dah sampai.  Jadi,  I lupakan je Herrier dan ikrar zaman kanak-kanak I tu!  Lagipun,  kita kan kena bergerak seiring masa.  Kalau nak patah balik kembali pun,  I rasa dah tak boleh dah.  Tapi,  insyaallah kalau ada rezeki,  I mungkin masih boleh dapatkan kereta idaman I tu!  Siapa tau kan!”  terangku panjang lebar.  Kalau sudah di tentukan takdir,  mana bisa aku menolaknya.  Biarlah masa yang menentukan segalanya.  Aku pasrah di atas segala yang terjadi ke atasku.
            Setelah membuat pembayaran,  aku dan Dee bergerak untuk membasahkan tekak.  Bersembang terlalu lama membuatkan tekakku terasa haus.  Meminta agar cecair pelincir menerobos ke seluruh anak tekak.  Lama juga aku di situ, sambil berbual apa yang patut.  Maklumlah,  sudah lama tidak berbual panjang begitu.  Jika dulu,  pantang ada peluang,  pasti kami akan bertemu dan menghabiskan masa bersama-sama.  Sungguh seronok dan bahagia kurasakan pada masa itu. 
            Sempat juga aku berpamitan dengan Dee yang ternyata berlainan arah denganku. 
            Terkial-kial aku memulas tombol pintu utama.  Dengan barang yang tergantung ditangan,  membuatkan gerak-geriku semakin perlahan.  Naik kebas jari-jemariku kerana barang yang berat,  sedikit-sebanyak telah menghalang aliran darah di jariku.  Barang-barang ku letakkan di atas meja  terlebih dahulu.   Setelah menukar pakaian nanti,  aku akan kembali untuk mengemas semuanya.
            “Lambat you balik?  You pergi mana?”  Zikril yang datang entah dari mana,  bertanya sinis.  Aku sekadar membuang pandang ke arah barangan yang ku beli sebentar tadi.
            “Beli barang!”  balasku sepatah.
            “Kenapa tak tunggu I?”  Zikril seakan tidak berpuas hati.
            “Malas nak ganggu you.  Lagipun,  I dari tempat kerja terus ke sana.  Kalau tunggu you,  I kena balik dulu.  Kan dah dua kali kerja!”  terangku jujur.  Untuk apa berulang-alik,  berkali-kali.  Menghabiskan minyak kereta sahaja. 
            Zikril masih tidak berpuas hati.  Aku pasti itu.  “I pun dari tempat kerja.  Kalau you cakap nak beli barang,  I terus ke sana je!  Boleh beli sama-sama.”  Aku sudah agak.  Zikril tentu tidak berpuas hati dengan tindakanku ini.  Kalaulah Zikril tahu aku jumpa dengan Dee,  mau bergegar rumah ni rasanya.  Lantas,  aku sekadar mendiamkannya sahaja.  Tidak ingin memperbesarkan cerita.
            “Setakat beli barang dapur,  I seorang pun boleh handle!  You tak payah risau!”
            Zikril sudah merengus kasar.  “Kenapalah you ni suka melawan cakap I?”  marahnya terkeluar.  Aku sudah telan liur.  ‘Nak kena hambur lagi lah ni!’  fikirku geram bercampur bosan.  Hendak ku pekakkan telinga,  masalahnya aku tidak pekak.  Setiap patah katanya nanti,  pasti akan menerjah gegendang telingaku juga.  Yang akan sakit hati,  aku juga nanti. 
            “Mana ada I melawan.  I  cakap benda betul!”  protesku.  Alang-alang akan dimarahi,  biar aku melawan sungguh-sungguh.  Baru ‘Fair and Square’. 
            “Shika!”  marah  Zikril.  ‘Pehh!  Dah bergegar dah rumah dua tingkat aku ni.  Nasib baik cermin tingkap tak pecah!  Kalau tak,  nayer!’  gerutuku dalam diam.  Kalau kata-kata ini yang ku luahkan,  mau tamparan yang aku dapat sebagai hadiahnya.  Aku sudah buat muka sekupang. 
            “Yelah!  Yelah!  Lain kali kita pergi sama-sama.  Tapi,  kalau you nak juga hari ni,  you pulangkan balik barang-barang yang I dah beli tu.  Then,  kita pergi beli lain!”  perliku.  Geram juga kerana perlu pergi bersama,  untuk sesuatu yang mudah seperti itu.  Aku yang sudah naik geram,  segera berlalu ke bilik.  Meninggalkan Zikril yang ternyata masih ingin mengatakan sesuatu itu.  Aku sudah tidak ambil peduli.  Keletihan yang ku rasa adalah lebih penting untuk ku ambil tahu di kala ini.
            Zikril mencapai kunci keretanya,  lantas bergerak keluar bersama-sama dengan khazanah di tangannya itu.  Jika Shika boleh melawan katanya,  kenapa tidak dia juga.  Dia berpuas hati begitu.  Shika perlu di ajar cara menghormati dirinya sebagai seorang suami.  Dan bukannya melawan setiap kali di tegur.  Pantang sahaja di tegur,  ada-ada sahaja ayat yang terkeluar di bibir isterinya itu untuk melawan.  Hati yang tidak sakit,  boleh berubah sakit jadinya. 
            Zikril berpuas hati,  tatkala khazanah yang berlonggok itu telah bertukar tangan.  Bukan niatnya untuk melakukan sedemikian rupa.  Namun,  kedegilan Shika yang memaksanya untuk bertindak sejauh itu.  Wanita tua di hadapannya disalami dan di kucup penuh kasih-sayang.  Walaupun beriya-iya wanita tua itu mengajaknya singgah,  namun alasannya dia hendak cepat.  Ada perkara yang perlu di siapkannya.  Wanita tersebut sekadar mengangguk faham.   Kalau itu yang di katakan Zikril,  maka itu jugalah yang akan di lakukannya. 
            Zikril tersenyum puas ketika keretanya mula bergerak.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan