Halaman

Selasa, 25 Disember 2012

Novel ku : Sebenarnya Cinta 2




              BAB  2


Please Zick.  I tak nak rumitkan lagi keadaan yang dah sedia rumit ni.  You kembalilah pada Su.  I tak kan ambil hati.  Memang dari awal lagi,  patut macam tu kan.  I tak nak hidup I nanti cuma ada perasaan marah pada you dengan Su.”    aku masih cuba untuk menyudahkan apa yang telah bermula itu.  Cuba untuk mencari jalan yang terbaik buat kami berdua.  Agar segala kerumitan ini,  akan terlerai tanpa kekecohan yang besar.
            Zikril kelihatan tidak berpuas hati.  Menyesal pula kerana menerima jemputan Su untuk keluar bersama.  Jika tidak,  tentu sahaja perkara ini tidak akan pernah timbul.  Tentu sahaja Shika tidak akan meminta berpisah dengannya.
            Hati Zikril memang mendambakan kehadiran Su,  sebagai kekasih hati.   Namun,  baginya Shika juga amat penting buatnya meneruskan hidup.   Seorang kekasih hati,  manakala seorang lagi pula adalah isteri yang telah dinikahinya.  Terlalu sukar untuknya memilih.  Namun,  sekali dia memilih keputusannya tidak akan pernah di ubah lagi.  Itulah janjinya di dalam hati.
            “Shika,  you isteri I yang sah.  Begitu juga I.  Selagi hati I tak nak lepaskan you,  selagi itulah tempat you di samping I.”  balas Zikril.  Cuba menyedarkan aku akan status diriku ini.  Status yang tidak pernah terlintas lansung di benak aku dan Zikril.  Bukan aku tidak menyedarinya.  Namun,  bukan mudah untuk aku menerima perubahan yang datang secara mendadak itu.  Daripada  bersatatus bujang,  kini berubah kepada berdua.  Aku masih belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri.  Bukan sekarang,  dimana aku masih membutuhkan keseronokan di dalam hidupku.
            “Apa gunanya kalau kita masing-masing tak ada perasaan sayang?  Nak ke macam tu?  Boleh hidup ke macam tu?”  aku sedikitpun tidak bersetuju dengan kata-kata Zikril itu.  Apalah ertinya perkahwinan,  jika masing-masing belum bersedia untuk menempuhinya.
            “Sayang?  Sayang boleh dipupuk.  Itu bukan suatu isu atau masalah!”
            “Bukan rumit?  Boleh you sayangkan I?  boleh kalau I minta you tinggalkan Su?  Lupakan Su?  Kekasih hati you tu?”  kali ini aku menyerang dengan cara yang berbeza.  Tergagap-gagap Zikril menjawab pertanyaannya itu.  dia keliru dengan keinginan hatinya sendiri. 
            Aku ketawa seakan mengejek.  “I tau,  you tak mampu nak sayangkan I.  Malah,  you lagi tak sanggup nak tinggalkan dan lupakan Su.  Dah jelas Zick.  Sangat jelas.  Hubungan kita tak kan mampu di teruskan.  Biarlah kita sampai sini je.  I akan discuss dengan keluarga I tentang masalah ni.  I yakin,  keluarga kita akan faham yang jodoh kita tak panjang.”  Tidak perlu dihitung dan dikira lagi.  Kerana kenyataan sudah terlukis di depan mata.  Apa lagi yang hendak diharapkan dari kehidupannya sekarang.  Ibarat menepuk bantal,  habuk yang muncul.  Tiada apa yang akan berubah.
            “I tak bermaksud macam tu,  Shika!”  bangkang Zikril pantas.
            Enough Zick.  I dah tak nak dengar lagi.  Apa yang I tau,  we are finished.  aku memberi kata putus,  lantas meninggalkan Zikril termanggu sendiri.  Zikril perlu sedar ,  bahawa hubungan kami  ini,  sudah tiada arah tujunya.  Melainkan,  jika hatiku ini dapat diubah.  Jika aku bisa jatuh hati terhadap suamiku itu.  Jika kasih sayang bisa bercambah di sekeping hati milik aku ini.   Mungkin pada waktu itu,  aku sendiri yang tidak akan meninggalkan Zikril.   Namun,  apa gunanya jika aku sahaja yang mencambahkan rasa kasih sedangkan Zikril tidak langsung melakukan apa-apa.
            Entah mengapa,  ketenangan yang kurasakan sebentar tadi,  kian lenyap sedikit demi sedikit.  Kekusutan minda membawa langkahku menyusuri beberapa  buah kedai.  Melihat pelbagai ragam manusia,  yang sedikit sebanyak mencuit hati suramku ini.  Tidaklah aku terlalu gelisah dan tidak tenteram.
            Sedih hatiku kerana diduga sebegitu.  Sudah banyak novel yang aku khatamkan.  Novel yang turut menceritakan kehidupan perkahwinan,  seperti yang aku tempuhi kini.  Perkahwinan yang tidak pernah dipersetujui.  Perkahwinan di atas nama sahaja.  Tidak pernah pula,  aku terbayangkan kisah yang selalu kuhafal ini akan terjadi kepada diriku sendiri.
            Lamunanku sedikit  terganggu,  dek panggilan yang melayang masuk ke telefon bimbitku kala ini.  Aku hampir melatah,  kerana disergah oleh deringan ringtones tersebut.   Salahku juga kerana memilih nada dering sebegini.
            “Sup geng!  Ada dekat mana tu?”  sengaja aku mengeraskan sedikit nada suaraku ini.  Biar temanku itu takut dan kecut perut.  Biar mereka fikir bahawa aku sedang marah atau tidak puas hati.
            “Amboi!  Garangnya.”  Ujar Nisha sambil tergelak kecil.  “Kami on the way nak ke atas.  Kau tunggu dekat Parksons tau.  Kita jumpa dekat sana.”  Arah Nisha kepada aku.  Aku pula,  sekadar mengangguk tanpa membalas.  Lantas,  panggilan tersebut kumatikan.  Mataku  melilau ke kawasan sekeliling.  Mencari di mana letaknya Parksons.  Lantas, kuteliti sign board yang tertekat di dinding bangunan tersebut.  Mencari segaris petunjuk.
            Jam sudah menginjak lewat.  Mataku masih segar dan sukar untuk dilelapkan.  Sudah kucuba pelbagai petua untuk memudahkan aku melelapkan mata.  Meneguk susu panas,  senaman ringan,  mandi menggunakan air suam,  semuanya sudah kulakukan.  Mungkin kerana kesilapanku tempohari,  membuatkan diriku dilanda masalah itu.   Aku  tidak dapat memaafkan orang yang telah melukakan hatiku itu.   Biarpun bibir berkata tidak mengapa,  namun hatiku hebat bertarung sesama sendiri.  Sakitnya terasa jua.
            ‘Ya aku tiada kekuatan untuk memaafkannya.  Sedangkan hati aku terlalu sakit di saat ini.  Adakan ini yang membuatkan aku sukar sebegini?’  renungku seketika.
            Lantas,  aku bingkas bangun untuk menunaikan solat istikharah.  Memohon agar diberi petunjuk bagi meneruskan kehidupan aku ini.  Tanpa sedar,  air mata jernih mula menitis membasahi pipiku.  Apa yang kusedihkan dan terlalu aku kesali,  aku sendiri kurang pasti.  Yang pasti,  hatiku  terasa begitu kosong dan sepi. 
            Bagaikan telah hilang sesuatu yang penting di dalam hidupku ini.  Lama aku berteleku di situ.  Mengadu kepada yang lebih mengetahui,  agar beban yang ku galas kini,  akan terhurai sedikit demi sedikit.  Biar segala jalan yang ku ambil akan dipermudahkan.
            Dalam pada begitu,  terlintas jua ingatanku kepada Zikril.  Suami yang tidak dapat aku terima buat masa ini.  Suami yang terlalu asing bagiku.  ‘Kau dah balik ke,  Zick?’  hatikubertanya sendiri.  Hendak menghantar pesanan ringkas,  aku terasa segan pula.  Sudah tidak suka,  namun ingin mengambil tahu pula.  Namun,  perasaan aku yang terlalu bimbang itu sukar untuk dibendung.  Atas dasar kemanusiaan aku berfikir.
            Sejak Zikril keluar sekitar jam 08.00 malam tadi sehinggalah sekarang,  masih belum menampakkan bayang wajahnya.  ‘Merajukkah dia?  Merajuk dengan permintaan aku itu?  atau dia sedang berbahagia di atas permintaanku.’  Jiwaku menelaah sendiri.  Dek kerana terlalu penat melayan perasaan,  aku akhirnyaterlena di atas sejadah cintaku ini. 
            Aku sedikit terjerit,  tatkala aku melihat diriku berada di atas katil empuk milikku ini.
            ‘Setahu aku,  aku tidur dekat bawah.  Ni dah atas sejadah.  Bila masa pula aku merangkak naik dekat atas katil ni?  Pelik betul.  Aku berjalan dalam mimpi ke?  Tak pun, Zikril yang….’  Aku sudah mengucap beberapa kali.  Menenangkan hati yang mula berfikir yang tidak-tidak.  Baju tidur yang melekap ditubuhku, segera aku periksa.  Masih macam biasa.  Bimbang Zikril akan mengapa-apakan diriku.  Biarpun kini,  kami sudah terikat dengan ikatan yang menghalalkan apa jua perlakuan.  Namun,  aku bimbang.  Hubungan kami bukanlah seperti pasangan yang lain.  Kami berbeza.  Dan ianya perlu ada batasan.  Dengan pantas aku bangun untuk memeriksa pintu.  ‘Ya Allah!  Aku  tak kunci!’  gumamku di dalam hati.  Kelopak mata aku pejamkan rapat.  Menyesal dengan kelalaian aku semalam.
            Pantas juga aku menghayunkan tubuh ke bilik mandi.  Walau apa jua yang terhalang di antara aku dan Zikril,  namun tanggungjawab sebagai seorang isteri haruslah aku penuhi.  Atau yang lebih tepat adalah keperluan zahir.  Bukan sebaliknya. 
            Ralit mataku memandang hidangan sarapan yang terhidang di atas meja.Satu mangkuk besar nasi goreng dan seteko air milo panas terhidang di situ.  Dari jauh,  aku melihat sehelai nota kecil yang terselit di bawah mangkuk nasi goreng.  Dengan pantas,  jemariku berlabuh di situ.  Mencapai nota comel yang berwarna biru laut itu.  Perlahan-lahan aku buka dan membacanya.
            ‘I prgi dlu. Sorry pasal semalam!’
        ‘Kiranya betullah dia yang angkat aku semalam! Berani betul dia masuk bilik aku.  Nasib baik aku selamat.  Kalau tak,  hancur lumat aku kerjakan kau Zikril!’  aku memanjat syukur di dalam hati. Berlapang dada kerana Zikril masih boleh di percayai.  Masih ingat akan batasan yang aku tentukan sebelum ini.
            Sarapan yang terhidang di atas meja aku perhati dengan penuh minat.  Kembang juga hatiku kerana di sediakan sarapan sebegitu rupa.  ‘Pandai juga dia masak!’  pujiku dalam koma.  Tidak sedar bibirku ini telah meluahkan kata-kata yang berunsur puji-pujian buat Zikril. 
            Tiada apa yang dapat aku lakukan hari ini.  Cuti yang kupohon semalam masih berbaki lagi satu hari.  Sakit kepala yang datang membuatkan aku memohon cuti.  Jika bekerja sekalipun,  aku sudah tentu tidak dapat menumpukan perhatian.  Buat buang tenaga sahaja.
            Aku membelek-belek majalah remaja yang terselit di bawah meja kaca bulat itu.  ‘Huh! Dah tua-tua macam tu pun,  masih nak baca majalah macam ni.’  Kutukku.  Namun,  mataku pantas menatap laman majalah yang di hiasi wajah comel Liyana Jasmay itu.  Gadis genit yang sebelum ini hangat dengan pelbagai gosip dan cerita.  Ramai yang tidak berpuas hati dengan aktiviti seninya itu.  Ada yang berpendapat bahawa dia lebih sesuai berlakon,  daripada terjun kedalam bidang nyanyian.  Namun,  bagi aku,  tidak kisahlah bidang apa sekalipun,  asalkan aku meminatinya.  Pendapat orang,  bukan semuanya baik buat diri kita.  Jadi,  aku sentiasa menyokong siapa pun yang rajin berusaha.
            Dalam pada aku ralit membaca,  telefon bimbitku berbunyi riang.  Menandakan ada pemanggil yang cuba ingin berbual denganku.  Malas-malas aku bangun untuk mendapatkan telefon bimbitku yang berada di atas rak berhampiran televisyen itu.  Telefon yang masih tersangkut di alat pengecas ku angkat perlahan.  ‘Zikril!’  bibirku mengalunkan seulas nama milik Zikril.
            “You pergi mana?  Sampai lambat jawab panggilan I ni.”  Aju Zikril kurang senang. 
            Aku sudah mencebik bibir.  Meluat dengan sikap Zikril yang seakan cuba mengawal hidupku ini.  “I dekat rumahlah.  Tak kan dekat pasar kot!”  balasku selamba.  Sudah memang sikapku,  suka sahaja melawan kata-katanya.  Aku terdengar desah nafas milik Zikril.  Marah barangkali.  Kerana aku membalas kata-katanya itu.  ‘Aku yang patut marah la mangkuk!’  geram aku dengan sikap Zikril ini.
            “Kalau dekat rumah,  tak kan lambat you jawab panggilan I ni?”  ternyata Zikril masih tidak berpuas hati dengan jawapanku itu.Apalah  masalah Zikril kali ini agaknya.
            “Encik Zikril sayang,  tak kanlah I ni nak berkepit dengan fon I ni sepanjang masa.  Telefon ni,  I letak jauh. Tengah cas.  Logiklah kalau I jawab lambat.  Yang you telefon I ni kenapa pula?  You nak apa?”  sengaja aku berbahasa ‘Sayang’ seperti itu.  Biar berdesing telinganya dengan perlian aku itu.  ‘Macamlah tiada kerja lain yang boleh aku buat.  Asyik nak berkepit dengan telefon bimbit je.’  Namun,  aku layan juga pemanggil yang kadang-kala menyakitkan hatiku itu.
            Zikril meminta aku agar memasakkan asam pedas ikan buat santapannya tengahari ini.  Segala barang dan keperluan telah di belinya seawal pagi tadi.  Tidak sedar pula aku dengan ketiadaan Zikril untuk ke pasar.  Manakan tidak,  lena dek penangan katil empuk yang mengulit lenaku itu.  Bagai digam sahaja kelopak mataku daripada terbuka. 
            Memikirkan perihal masak –memasak,  membuatkan aku serabut kepala.  Bukannya aku terlalu pandai untuk menyediakan masakan seperti itu.  Hanya ala kadar sahaja.  Bukan aku tidak tahu citarasa Zikril yang yang sedikit tinggi itu.  Hendak berkata tidak tahu,  bohonglah pula.  Bimbang juga akan menelan herdik Zikril nanti.  Lantas,  aku bertekad untuk mencuba.  Perihal rasa,  itu soal seterusnya.  Yang penting aku mencuba.
            Bahan-bahan untuk masakan aku kumpulkan di bahagian tepi singki.  Pisau yang tersemat di tangan ku kejapkan.  Lantas,  bermulalah proses penyediaan makanan buat menu tengahari nanti.  Apa yang perlu di kisar,  aku kisarkan.  Bahan untuk tumisan pula sudah aku asingkan.  Aku tidak pasti sama ada Zikril ingin asam pedas tumis atau asam pedas biasa.  Pendai-pandai aku sahaja menentukan pilihannya dengan menyediakan asam pedas tumis.
            Bau hasil tumisan,  membuatkan aku terbersin beberapa kali.  Gatal pula hidungku dek kerana cili kering yang turut aku campurkan tadi.  ‘Pedas sangat ke?’  fikirku.  Kerana kata ibuku,  masakan yang pedas menyebabkan aku mudah terbersin. 
            ‘Gasaklah!’  gerutuku.  ‘Aku bukannya pro pun.’








Tiada ulasan:

Catat Ulasan