Halaman

Selasa, 25 Disember 2012

Novel ku : Sebenarnya Cinta 1




              BAB 1


            Lama aku menanti teman-temanku.  Sudahlah aku tidak dapat membuang duitku di jaya jusco  dan kini aku terpaksa pula menunggu rakan-rakanku di sunway carnival ini.  Perutku sudah mula menyanyikan lagu cinta.  Meminta untuk dipenuhkan dengan sesuatu.  Hendak diharapkan suamiku macam orang bujang jugalah jadinya.  Lagi pula,  apa yang hendak diharapkan dengan jejaka itu.  Tidak pernah terlintas di hati aku untuk bersama.  Segalanya berlaku begitu pantas. 
            Dari kehidupan yang begitu bahagia,  lantas derita yang mula melatari setiap genap  ruang kehidupan aku.  Hidup aku sudah tidak seperti dahulu.  Biarpun hanya terikat atas dasar nama,  namun itu sudah cukup melemaskan diriku.  Terpaksa berpura-pura selalu.  Memaksa hati dan perasaan untuk menerima sesuatu yang mustahil untuk di terima.
            “Kau berangan apa ni shika?  Jauh termenung.”  Tegur sahabatnya nisha.  Pelik melihat shika mengelamun begitu.
            Aku masih dengan lagakku yang tidak tentu arah itu.   “Aku bukan berangan,  tapi dah lenguh tau tunggu korang merayap!”  tegasku.  “Kalau dapat jalan,  korang macam lupa dekat aku ni.”  Tambah aku lagi. Seakan merajuk pun ada.
            Teman-temannya sudah tersengih-sengih.  “Alah kau ni Shika.  Relax la.  Baru kejap je kami merayap. Ni pun tak puas lagi tau!”  ngomel mereka.  Kalau hendak diikutkan hati,  sehari suntuk pun tidak mencukupi untuk berjalan-jalan seperti itu.
            “Banyak lah kau punya relax.  Aku yang dok tunggu ni,  dah berkabuk tau tak.  Dah lah perut aku lapar tahap cipan ni.  Korang pula jalan sakan.  Jom pergi makan dulu.  Lepas tu,  kalau korang nak sambung merayap pun aku tak kisah.  Ikut korang lah.”  Sungut aku dalam geram.
            Kawan-kawan aku hanya ketawa melihat aku.  “Ala buchuk..buchuk…lapar ye.  Jomlah kita makan dulu.  Karang mati pula member kita yang sorang ni.  Kesian kat laki dia nanti.”  Usik mereka.
            Berdesing telingku tatkala kawan-kawan aku mengungkit tentang suamiku itu.  “Apa laki-laki ni.  Dah tak ada benda lain nak cakap dah.  Cakaplah pasal kucing ke,  lembu ke,  ada juga faedahnya.”  Geram betul aku dengan kawan-kawan aku ini.  Seperti tidak memahami bahawa aku amat benci bercerita tentang perkara itu.  Namun,  perihal itu jugalah yang sentiasa di  sebut dan ditanya mereka. 
            “Opss…sorry sorry.   Aku tak sengaja.”  Nisha menepuk-nepuk mulutnya dek kerana terlalu lancang berbiacara itu.
            “Sorry..sorry kau makan lori.”  Aku mula marah-marah.  Reaksi spontan yang susah untuk ku kawal.
            “Aku betul minta maaf.  Tak perasan yang kau sensitif pasal ni.”  Sekali lagi Nisha memohon kemaafan.  Aku sekadar mengangguk sahaja tanda memaafkan teman aku yang seorang  itu.  Bukanlah salah temanku kerana menyebut.  Cuma salah aku sendiri kerana tidak dapat menerima takdir yang ditetapkan tuhan buat diriku ini.  Memiliki suami di dalam usia yang terlalu muda.  Ditambah pula dengan ketiadaan rasa kasih di dalam sekeping hati milik aku ini.  Semua ini kurasakan terlalu sukar untuk diterima.  Membuatkan emosi aku mudah tersentuh tatkala ia di ungkit.
            Lantas kami bergerak menyusuri pizza hut untuk menjamu selera di KFC di bahagian tersebut juga.  Biasanya di kawasan seperti ini,  semua restoran makanan segera ada di sediakan. Hanya perlu melangkah beberapa tapak kehadapan sahaja.  Hanya di KFC yang terdapat makanan yang memuaskan hati serta murah buat kami.  Malah ianya turut menjimatkan duit poketku ini.
            Langkah kakiku terhenti serta merta terhenti tatkala lenganku di tarik kuat oleh temanku Nisha.  Aku sudah tidak berpuas hati.  Sakit lenganku kerana ditarik sebegitu.  Sekali lagi perasaan marahku terlepas dari kawalan.
            “Kau ni apa hal terik-tarik aku?  Dah lama hidup agaknya.  Nanti tak pasal-pasal ada yang balik rumah tak ada hidung nanti!”  marahku  terluah.
            Nisha sudah tersenyum kelat.  Sekali lagi dia dimarahi.  “Itu suami kau kan Shika?”  ajunya seketika kemudian.  Aku pantas  menghalakan mataku selari dengan arah jari-jemari Nisha.  Nun jauh di dalam KFC terlihat sepasang merpati yang seenaknya memadu kasih asmara.  Tidak dipedulikan orang ramai yang berada di situ, lantas aku mula untuk melangkah masuk ke dalam KFC itu.  Sengaja ingin menguji.
            “Kau nak buat apa ni Shika?  Kita ke tempat lain nak?”  Nisha kedengaran bimbang.
            “Kenapa pula.  Kat sini kan dah okey.”  Aku cuba bersabar dengan apa yang dilihat oleh mata kepalaku ketika ini.  ‘Pandai sungguh kau berpura-pura ye jantan!’  makiku di dalam hati.
            “Kau pasti kau okey?”
            “Aku okey lah.  Kau tak nampak ke muka aku ni.  Cool je kan!”  aku berpura-pura.  Didalam hati, nah rasa sakit hati yang menimbun dan menebal.
            ‘Shika..Shika..aku tau hati kau tu.’  Tegur Nisha di dalam hati.
            Ayunan kaki cuba ku seimbangkan sebaik mungkin.  Wajah aku pastikan sentiasa dihiasi senyuman,  biarpun hati aku sentiasa di bayangi kemarahan yang membuak.  Kalau diikutkan hati,  mau sahaja aku membuka silatku di sini.  Biar mereka tahu tahap kemarahanku kini.
            Mereka memilih untuk duduk berdekatan dengan jejaka yang dilihat mereka tadi.  Sungguh pun menerima bantahan namun,  aku tetap dengan kemahuan aku. 
            Salah seorang daripada mereka telah pergi untuk membuat pesanan.  Selebihnya hanya menanti di sisiku.  Berjaga-jaga dengan kemungkinan aku akan menyerang pasangan tersebut.  Namun,  aku bukanlah seorang gadis yang bodoh untuk bergaduh di tempat awam.  Aku bukan jenis yang cepat melatah.  Mereka harus tau itu.
            Aku meringankan bibir untuk menegur.  “Hai Su.  Keluar jalan-jalan ke?”  tegurku seselamba mungkin.  Seperti sangkaanku,  pasangan tersebut ternyata terkejut memandang diriku.  Pucat lesi wajah Su bagaikan kekeringan darah dek serapan cahaya matahari yang terik. 
            “Shika aku min…”  belum sempat ayatnya di sudahkan,  aku sudah terlebih dahulu meluahkan kata.  Tidak memberi peluang kepada Su untuk menambah.
            “Wah!  seronok nampak.  Keluar dengan kekasih hatilah katakan!  Tak cakap dekat aku pun nak keluar?  Kalau tak,  boleh keluar sama.”  Ujar aku kepada Su sekadar berpura-pura.  Namun,  pandangan mataku jelas menikam anak mata milik Zikril.  Merangkap suamiku itu.
            “Aaku… dengar kau cakap kau nak pergi ke jusco?  Tak sangka pula kau nak datang sini.  Tu yang aku tak ajak kau sekali.”  Tergagap-gagap Su bersuara.  Takut barangkali.  Manusia kalau sudah melakukan masalah,  sudah semestinya akan merasa takut.
            Aku tersenyum sinis.  ‘Pandai kau berlakon ye,  Su.  Tunggu kau.  Aku pun tak kurang hebatnya.’  Gerutuku geram.  “Herm..mula-mula tu aku ingat nak ke jusco.  Tapi entah kenapa,  hati aku ni terpanggil-panggil je suruh aku datang sini.  Kot lah laki aku ada dekat sini ke?  Apa ke kan?”  Aku berpura-pura dengan ceritaku itu.  Mata bulatku masih tidak lekang dari laman wajah suami aku yang tidak sedar diri itu.
            Hampir ketawa hatiku,  tatkala melihat wajah Su yang sudah kemerahan itu.  Air matanya juga hampir tumpah ke bumi.  “Eh, tak apalah.  Ganggu kau pula Su.  Apa-apa hal,  kalau nak makan nasi minyak tu,  jemput-jemputlah aku.  Aku harap kau bahagia, sebab aku tahu kekasih hati kau ni memang baik.  Aku doakan kau tak akan bermadu dan akan ku pastikan tu.”  Ucapku sinis dan penuh makna.  Biar dia terasa.
            “Okeylah…makanlah ek..!”  ucapku lantas aku kembali ke mejaku,  untuk mengisi perut yang sedang kelaparan itu.   Satu set xmeal deluxe menjadi santapanku.  Hampir penuh perutku dengan makanan dari barat itu.  Barulah terasa selesa untuk bergerak.
            “Ok lah geng.  Aku nak jalan sekejap.  Korang habiskan la makanan dulu.  Nanti aku send mesej okey.  Terasa nak berjalan pulak aku.”  Tukasku.
            “Kau okey ke sorang-sorang ni?”  aju Nisha.
            Aku mengangkat ibu jariku tanda aku berada didalam keadaan baik.  “Aku okey.  Jangan risau.”  Ucapku lantas bergerak meninggalkan KFC tersebut.  Atau lebih tepat,  meninggalkan manusia yang menyakitkan hatiku itu.  Manusia yang berpura-pura baik dihadapan,  tetapi menjadi duri di belakang aku.
            Terisi juga masa aku dengan memerhati barisan penyanyi cina,  yang membuat persembahan sempena sambutan tahun baru krismas itu.  Suaranya merdu setanding dengan penyanyi merangkap pelakon Andy Lau itu.  Terlupa seketika dengan masalah dan kemelut yang melanda aku semejak dua menjak ini.
            “Shika..!”  panggil satu suara yang kedengaran teragak-agak itu.
            Aku menekup mulutku sedikit tanda tidak percaya.  “Dee!  You ke ni?”  ajuku begitu girang.   Sahabat lamaku yang sudah lama tidak ditemui,  kini menjelma di hadapan mata.   Terimbas saat lalu,  di mana kami hidup di dalam kehidupan yang gembira.   Bersama-sama ke perpustakaan untuk  menelaah pelajaran dan bersama-sama menghabiskan masa hujung minggu dengan merayap-rayap di kawasan bandar.
            “Shika,  I tak sangka dapat jumpa you dekat sini. I ingat I dah tak dapat jumpa you lagi.”  Perpisahan selama lima tahun itu amat terasa sekali.  Namun,  itu adalah jalan hidup kami masing-masing.   Lantas,  Dee pergi menyambung pelajarannya ke Australia.  Manakala,  aku hanya menyambung pelajaranku di universiti tempatan sahaja, dek kerana tidak memiliki wang buat melanjutkan pelajaran di sana.
            Sambil berjalan-jalan sempat juga kami berbual-bual.  “I pun tak sangka dapat jumpa you tau!  Bila you balik Malaysia?”  ajuku ingin tahu.  Maklum sajalah,  sekian lama tidak berjumpa,  tentu sahaja banyak perkara yang ingin dikongsi bersama.
            “Oh,  I pun baru je balik.  Baru tiga minggu.  You buat apa sekarang ni?”
            Aku menerangkan serba sedikit mengenai kehidupanku sebagai pembantu tadbir dan kewangan  serta kehidupanku selama ini.  Seronok juga sekali sekala dapat berbual begitu.   Untuk menyentuh tentang status diriku kini,  aku terasa segan.  Terlalu segan.  Bimbang sekiranya akan ditertawakan oleh Dee.  Teringat akan prinsip hidupku yang ku ucapkan kepada Dee semasa kami di alam persekolahan dulu.  Dimana aku hanya akan berkahwin,  jika aku sudah berjaya memiliki sebuat Toyota Herrier.  Jika tidak,  aku  tidak akan pernah bergelar isteri.
            Kini,  segala prinsipku telah hancur berkecai ditelan badai.  Apa yang sentiasa diharapkan,  sudah berlari jauh dari gapaian tangan aku.  Inilah takdir hidupku.  Takdir yang sering dipersoalkan oleh sekeping hati mudaku ini.  Takdir yang juga sering disangkal dan ditolak ketepi.
            “So,  dah ada yang special ke?”  Dee bertanya lembut.  
Tergagap-gagap aku untuk menjawap soalan itu.  Soalan yang amat takut kudengar.
            “I sebenarnya…”  belum sempat aku menghabiskan ayat,  pergelangan tanganku sudah digenggam dan di tarik kasar.  Aku mengaduh kesakitan.
            Dee yang meyaksikan,  segera bertindak.  “Apa ni brother.  Main kasar nampak!  Baik kau lepaskan tangan kau sekarang!”  tajam anak mata Dee menusuk ke anak mata Zick.  Namun,  ketajaman pandangan itu,  sedikitpun tidak berbekas di hati Zikril.
            “Apa ni Zick.  Lepaslah!”  aku mula bersuara.  Sesekali aku cuba meronta-ronta kecil.
            Silence.  Zick menghulurkan amaran keras terhadapku.  Aku telan liur.
            Zik hanya ketawa memandang Dee.  She is my wife.  Kenapa pula I  nak lepas?  You yang sepatutnya blah dari sini!  Bukan I ataupun Shika.  Now, you better get lost!”  tidak dipedulikan mata-mata yang memandang.  Janji hatinya puas.  Sakit hatinya tatkala melihat Shika berbual mesra dengan jejaka tersebut.  Naik hantu minda dan hatinya.  Walaupun dia tidaklah terlalu suka pada isterinya itu,  namun melihat Shika bergembira bersama insan lain adalah amat tidak disukainya.
            Hey brother! Mind your words.  Tak payah nak ingatkan orang lainlah.”  Ujar Dee, lantas meninggalkan kami berdua disitu.  Geram aku dengan sikapZick yang naik hantu secara tiba-tiba itu.  Pantas tangan suamiku kurentap.  Sakit hatiku kerana di malukan sebegitu rupa.  Sepertinya aku ini tidak tau menjaga adab dan sopan sahaja.  Sepertinya aku ini tidak sedar akan status diriku yang sudah berumahtangga itu.
            “Shika..!!”
            Just go..!  jeritku geram. 
            “Apa dah jadi dengan you ni, Shika?”
            Aku lantas menjeling geram.  “Bukan apa dah jadi dengan I,  tapi apa dah jadi dengan you?  Soalan tu,  sesuai dengan you je! Nak bergaduh tak tentu pasal!”  semburku dalam geram.  Sempat aku meluahkan perasaan tidak puas hati  kepada penonton yang seenaknya memerhati gelagatku di kala ini.  Ada yang berbisik-bisik di antara mereka.  Bertambah geramlah aku jadinya.  Sibuk sangat dengan hal orang lain!
            “You kan isteri I dan I ni suami you.  I ada hak untuk buat macam tu.”
            Sekali lagi aku tersenyum sinis.  “Suami isteri atas dasar nama,  Kalau you nak tau lah kan!  You jangan ingat you boleh nak kawal hidup I.”  bentakku.  Zikril merenung tajam.  Naik gerun juga aku melihatnya.  Namun,  aku berpura-pura buat bodoh.
            “Selagi I ni suami you, selagi itulah you akan terikat dengan I.  Dan I akan pastikan,  you tak akan pernah terlepas dari genggaman I.  Biarpun ke titisan darah yang terakhir.”  Aku sudah telan liur.  Zikril kelihatannya sungguh serius. 
            “I pun akan pastikan,  diri I akan terlepas dari you.  Perkahwinan kita ni,  tak ubah macam perjanjian.  Bila sampai masanya,  boom! Putus.  Perkahwinan memerlukan cinta.  Dan I tak ada sekelumit pun rasa tu.  I tau,  you pun tak pernah ada perasaan tu.”  Provokku.  Geram kerana akulah yang sepatutnya marah di kala ini.  Namun,  kemarahan seakan sudah bertukar tempat.
            “Tapi,  kalau pun macam tu,  boleh tak kalau sekali sekala you hormat I ni?  Hormat suami yang you tak boleh nak terima ni?”  lain pula nada yang terhasil oleh Zikril kali ini.  Nada yang membuatkan aku sedikit serba salah.   Merasa seperti akuterlalu kasar dan zalim. Sedangkan,  akulah mangsa yang sebenar di dalam kes ini.  Bukan Zikril mahupun Su.
            Pantas nadaku  jua turut berubah.  “Zick,  you dah ada kehidupan you sendiri.  I ni,  pengganggu dalam hidup you.  I kasihankan Su.  Dia kekasih you yang sebenar.  Tapi,  you terpaksa kahwin dengan I.  I pun ada kehidupan I sendiri.  Kehidupan peribadi I.  I nak kita berpisah secara baik.  I nak you ceraikan I.  Kalau kita teruskan juga,  I tak pasti sama ada I  masih boleh terus bersabar.”  ucapku dalam nada sayu.  Menyesali di atas apa yang berlaku.  Sifat dengki manusia yang membawa kami di dalam masalah rumit ini.
            “I yang minta untuk kahwin dengan you.  Dan I tak kan ceraikan you.  Itu keputusan yang I ambil.  Kalau betul I tak boleh  dah lama I tolak you ke tepi.”  Zikril cuba memujuk.  Namun,  hatiku kaku.  Tidak ingin memahami jauh sekali menerima.
            “Itu cuma alasan.  I tau you tak nak nama you buruk kan.  Jadi,  you ambil keputusan nak kahwin dengan I.  Zick,  sudahlah berlakon. I dah penat zick, dah penat.”  Rungut aku lemah.  ‘Kenapalah aku yang menjadi mangsa?  Kenapalah Su tinggalkan aku masa tu?  Kenapalah ada orang yang nak dengki dekat aku?  Kenapa Zikril nak jadi suami aku?’  sudah penat mindaku berputar bagi mencari secebis jawapan.  Namun,  persoalan itu masih kosong tanpa terisi. Ibarat buku tanpa tulisannya.  Tiada makna.
            “You tak tahu hati I.  So you tak boleh nak judge hati I ni.”  Ungkap Zikril perlahan.  Aku seakan antara dengar dengan tidak sahaja.












Tiada ulasan:

Catat Ulasan