BAB 6
Aku
sudah menutup mukaku tatkala, restoran tadi ku jejaki. Zikril sudah bergerak ke arah yang ku
khabarkan di dalam kereta tadi. Pastas
juga aku membuntuti langkahnya yang sedikit laju itu. Terjerit-jerit Zikril memanggil pengurus
restoran tersebut. Semua mata yang ada
di situ, menuntas pandang ke arah kami
berdua. Tebal mukaku menahan malu.
Tetapi Zikril kelihatan begitu bersahaja, biarpun aku tahu Zikril sedang menahan rasa
amarah yang membuak.
Beberapa
ketika kemudian, seorang mamak yang
berbadan gempal keluar dari arah dapur.
Menghampiri aku dan Zikril. Aku
sudah kecut perut.
“Ada
apa incik?” Aju tauke kedai tersebut.
Zikril
yang sudah hilang sabar, pantas
bercerita. Semua yang keluar darimulutku
tadi, sudah terhambur keluar dari mulut
Zikril. Orang ramai yang mendengar, mula
berbual-bual dan bertanya sesama sendiri.
Tidak kurang juga yang datang bertanya kepada aku dan Zikril. Aku terpaksa mengangguk sahaja. Untuk bersuara, aku sudah tidak mampu. Suaraku seakan sudah tersekat di kerongkong.
“Woi
mamak! Betul ke mamak?” jerit satu suara. Aku tidak pasti siapa, kerana aku sendiri tidak mengenalinya. Jejaka itu sudah datang menghampiri. Ku lihat jejaka tersebut sedang menggenggam
erat penumbuknya. Bertambah takut aku
jadinya. Beberapa orang yang lain pula
sudah merempuh masuk ke kawasan yang menempatkan bekas nasi tersebut. Apa lagi,
huru-haralah jadinya.
Para
pekerja mamak tersebut, pantas
menghalang para pelanggan yang sedang merempuh masuk itu. Namun,
percuma kerana beberapa orang telahpun melepasi sekatan tersebut. Ingin mencari bukti akan kata-kata yang di
ucapkan oleh Zikril.
Aku
menutup mulutku tatkala melihat mamak tersebut,
menjadi habuan tumbukan dan maki-hamun para pelanggan. Habis meja dan kerusi menjadi habuan sepak
dan terajang orang ramai.
Tunggang-langgang keadaan di dalam kedai tersebut.
“Apa
lagi, bawa ke balai je macam ni!” cadang satu insan. Juga yang tidak ku kenali di atas alasan yang
serupa. Semuanya bertempik setuju. Kaum perempuan pula, sudah bergerak mencari tandas, untuk mengeluarkan kembali apa sahaja yang
telah memasuki ruang tekak. Tidak tahan
rasanya untuk di biarkan begitu sahaja.
Naik geli-geleman jika di biarkan.
Dalam
pada kekecohan itu, tidak pula aku
perasan bahawa Zikril turut menjadi mangsa tumbukan daripada anak buah mamak
merangkap pekerja kedai tersebut.
Mungkin marah, kerana Zikril
mendatangkan masalah kepada mereka. Aku
hanya tersedar apabila ku lihat Zikril,
memegang pipinya sambil mengerutkan dahi.
“Zick! You okey ke?”
ajuku kalut.
“Kurang
ajar!” seorang pakcik yang melihat
Zikril di tumbuk, bergerak kehadapan dan
mencekak leher baju mamak tersebut.
Hampir tercekik keadannya.
Keadaan hanya reda setelah,
beberapa orang polis datang.
Mungkin ada yang telah membuat laporan akankekecohan yang berlaku ini.
Polis tersebut meminta aku dan Zikril untuk
membuat keterangan dibalai polis. Aku
dan Zikril hanya menurut. Kalau sudah
membabitkan polis, aku jadi gerun dan
takut. Ya takut! Sememangnya aku cukup fobia dengan polis
sejak dari kecil lagi. Mungkin aku
terlalu di sogok dengan polis,
menyebabkan aku menjadi begitu.
Pantang sahaja ada kesalahan yang aku lakukan, pasti sahaja ibuku akan memarahiku dengan
menggunakan polis sebagai satu ugutan.
Walaupun kesalahanku itu,
hanyalah kerana aku malas untuk mengaji Al-Quran. Di rotan oleh polis, atau di tangkap oleh polis adalan ugutan yang
paling mudah ku khabarkan.
Di
perkarangan rumah, aku menghempas pintu
kereta agak kuat. Sebagai tanda protes di
atas kedegilan Zikril sebentar tadi.
Sudah puas kularang dengan menggunakan ugutan, namun Zikril masih dengan kepala batunya
itu. Sungguh sukar untuk aku
pecahkan. Aku berjalan tanpa perasaan
dengan meninggalkan Zikril di belakang.
Pintu rumah ku buka dan aku pantas menyusup masuk. Tidak terasa untuk menunggu Zikril lansung.
Semasa
kakiku di atas anak tangga yang terakhir,
Zikril melaung memanggil namaku.
Aku berhenti melangkah, namun
tidak pula ku berpaling memandangnya.
Biar dia tahu bahawa aku sedang marah dengannya.
“Sorry!”
Jeritnya dari anak tangga yang paling bawah.
“Suka
hati youlah, Zick!” balasku geram. Terpulanglah kepada otak batunya untuk
membuat keputusan. Aku sudah tidak betah
melayan. Hati aku juga yang akan sakit
nanti. Jadi, aku membiarkan sahaja.
Aku
hanya tersedar dari tidur ketika azan asar berkumandang. Aku beristighfar panjang, kerana aku telah tertidur terlalu lama. Sehinggakan aku tidak menunaikan solat
zohor. Ya Allah, apa nak jadi dengan aku ni! Rambutku yang panjang mengurai, ku sanggul dan ku sepit menggunakan penyepit
rambut.
Lama
aku berteleku mengadap yang maha esa.
Memohon kemaafan di atas kelalaian ku sebagai hambanya di atas muka bumi
ini. Terlalu asyik dengan urusan
dunia, sehinggakan urusan akhirat di
tolak ketepi. Sesekali air mataku
tumpah. Mengenangkan nasib hidupku
ini. berkahwin tanpa rasa cinta.
Dan bergelut untuk cuba menyayangi.
Air mataku menitis perlahan. Di
saat ini, kurasakan hatiku sedikit
lapang. Inilah salah satu kebaikan
menunaikan solat. Ianya dapat
menenangkan sekeping jiwa yang terhimpit dan terseksa dengan pelbagai masalah.
Setelah
segalanya selesai, aku bergerak meninggalkan
kamar kesayanganku ini. Terjenguk-jenguk
aku memandang ke seluruh kawasan bagi mencari kelibat Zikril. Dia tiada di luar. Di biliknya barangkali. Kalau dikatakan dia keluar, tidak pula ku dengar deruman enjin keretanya.
Namun, pelik juga jika Zikril tiada di luar. Selalunya di waktu yang sebegini, Zikril akan memintaku menyediakan juadah
petang. Tidak kiralah apa-apa sekalipun. Tetapi tidak pada hari ini. Ruang dapur ku intai lagi. Tiada!
Tiba-tiba mataku tertancap pada sebuah bekas ais.
‘Dia
buat apa pula dengan ais ni? Dia buat
air ke?’ pelik juga aku. Sudah ku periksa di dalam peti, tiada pula air yang di bancuh. Habis,
apa yang Zikril lakukan dengan jumlah ais yang agak banyak ini. Puas aku berfikir bagi mencari jawapan akan
keraguan yang terlintas di benakku tadi.
‘Ya
Allah!’ jeritku di dalam hati. Lantas aku menutup mulutku. Dengan pantas aku berlari ke tingkat
atas.
Perlahan
sahaja pintu bilik itu ku ketuk. Agak
lama aku berdiri dan menanti sebelum Zikril membukanya. Raut wajah itu, kuteliti penuh bimbang. Inilah jawapannya!
“Kenapa
you tak bagi tau I? you dah tuam ke
belum? Dah bengkak ni!” ajuku kepadanya. Rasa sakit hatiku, sekali lagi ku humban ketepi. Kerana rasa bimbangku melepasi tahap amarahku. Pipi milik Zikril ku sentuh lembut. Bimbang akan mendatangkan kesakitan
kepadanya.
Zikril
mengangguk-angguk perlahan.
“Dekat
mana lagi mamak gila tu pukul you?”
ambil kau! Mamak gila yang ku
letakkan sebagai nama barunya. ‘Rasakan
kau mamak gila!’ aku memandang wajah
Zikril sambil menunggu jawapannya.
Kulihat Zikril tersenyum kelat sambil menggeleng.
“Apa
yang you senyum-senyum? Dah sakit-sakit
macam ni pun, masih nak senyum lagi!” aku berpura-pura serius. Lagi ku tegur, lagi galak Zikril tersenyum. Sehinggalah dia mengaduh kesakitan, kerana senyumannya yang terlebih itu, membuatkan pipinya terasa cekang dan sakit. Aku meninggalkan Zikril, untuk turun semula ke dapur bagi mendapatkan
air suam. Bukan itu sahaja, sempat juga aku sediakan pil tahan sakit
bersama segelas susu suam.
Ku
hulurkan dua biji pil kepadanya. Lantas
susu suam ku hulur kemudian. “Makan
ni!” arahku tegas. Zikril mengambil pil yang berada di hujung
jariku ini lantas di telan. Namun, ketika dia ingin menyandarkan tubuhnya di
kepala katil, dapat ku dengar dia
mengaduh perlahan. Itu yang membuatkan
aku memandang tajam kepadanya.
“Dekat
mana lagi sakit?” ajuku buat kali
keduanya. Kulihat Zikril mengarahkan
jari telunjuknya ke arah perut. Bergerak
sikit sudah mendatangkan kesakitan padanya.
Aku tidak tahu, bagaimanalah
Zikril bergerak ke dapur untuk mengambil ais, dengan keadaan perutnya yang sebegitu. Tentu sahaja dia menahan kesakitan yang
teramat diperutnya itu.
“You
dah sapu ubat ke belum?”
“Belum. Kalau you nak tolong, boleh juga!”
balasnya perlahan. Sengaja ingin
bermanja dengan isterinya itu.
“Tangan
you tak sakitkan?” ajuku dan zikril
menggeleng.
“So,
you masih boleh sapu ubat sendiri kan?”
Zikril
sudah berbaring kembali. “Kalau you tak
nak tolong, tak payah kecoh! Biar je macam ni!” Zikril merajuk. Aku yang mendengar sudah serba-salah. Macam mana untuk aku bertindak. Hendak di sapu ubat atau di biarkan begitu
sahaja. Kenapalah aku harus melalui saat
yang macam ni? Bagaimanalah aku nak
uruskan benda yang susah ni? Aku dah
kata, aku tak bersedia lagi!
“Kalau
you tak nak tolong, you boleh tinggalkan
I sekarang!” ada nada rajuk di situ. Aku beralah!
“I
tolong ni sebab I tak nak you kata I ni tak ambil tau pula!” ujarku.
Sebenarnya aku malu. Malu untuk
berada di dalam keadaan sebegini. Namun
kugagahkan juga. Minyak sapu yang berada
di dalam laci meja ku ambil. Aku menarik
nafas panjang sebelum, perut itu ku
urut. Sempat juga ku pandang wajah
Zikril seketika.
Terketar-ketar
juga jari-jemariku saat menyentuh perut itu.
Entah apa kena pun aku tidak tahu.
Inilah kali pertama aku menyentuh lelaki di dalam keadaan begini. Di tambah pula lelaki ini adalah suamiku
sendiri. Tidak kiralah sama ada aku
cinta atau tidak, namun Zikril tetap
sudah mempunyai ikatan denganku. Dan aku
secara automatiknya sudah mempunyai tanggungjawab untuk menguruskan semua
ini. Ku cekalkan hati dan ku sabarkan
jiwa bagi menjalankan tanggungjawabku ketika ini. Biarpun bukan seperti tugasan isteri lain, namun cukuplah sebagai seorang insan yang
ingin mengambil berat terhadap insan lain.
Namun, berlainan pula bagi Zikril. Saat tangan lembut itu menyentuh
perutnya, satu perasaan halus menusuk
masuk ke dalam hati dan jiwanya. Menyebabkan
rasa sakit yang ada, di rasakan sedikit
berkurangan dek urutan lembut isterinya ini.
Matanya
di pejamkan seketika. Ya Allah! Apalah semua ini? adakah ini juga satu dugaan dan cubaan darimu
padaku ini? siapakah dia di hatiku Ya
Allah? Dan siapakan aku di hatinya?
Kaget
juga aku bila Zikril menutup matanya.
“Sakit ke Zick?” dengan pantas
aku berhenti mengurut. Ingin memancing
reaksi Zikril terlebih dahulu. Bimbang
aku akan menambahkan kesakitan yang dirasakan Zikril di kala ini. Setelah melihat gelengan Zikril, barulah aku kembali menyambung urutanku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan