BAB 5
Penyapu
yang terlekat di genggaman, ku hayun
mengikut rentak lagu yang rancak berkumandang.
Sesekali aku turut terikut-ikut dengan alunan muzik yang indah lagi
merdu itu. Lagu hindi sememangnya amat
merdu buat habuan halwa telinga. Lagu
Kuch Kuch Hota hai yang di lakonkan oleh Shah Rukh Khan, Kajol,
dan Rani Mukerjee amat menarik minatku.
Tergoyang kekanan, tergoyang
kekiri aku menari. Sungguh seronok bila
sekali-sekala dapat berbuat seperti ini.
Zikril
yang melihat dari jauh sekadar tersenyum penuh makna. Geli hati dengan gelagak isterinya itu. Belum pernah lagi dia melihat Shika, berlagak gaya seperti yang dilihatnya
kini. Kelihatan comel dan manis sahaja
dengan sebatang penyapu di tangannya.
“Kya
karu ha ei..kuch kuch hota hai..kya karu ha…aaar!!” jeritku agak kuat. Belum sempat lirik itu ku sudahkan, lantas aku terhenti begitu sahaja. Maluku bukan kepalang. Zikril yang memandang wajahku sedari
tadi, tersenyum manis. ‘Malunya aku..tak guna betul!’ marahku pada diri sendiri kerana terlalu
ralit melayan lagu hindi. Hinggakan
kehadiran Zikril tidak dapat ku hidu lansung.
Penyudahnya, aku yang termalu
sendiri!
“Sedap
suara! Dah macam Alka Yagnik.” Puji
Zikril. Aku termalu sendiri.
“Bila
you balik, Zick?” Aku sekadar melindungi perasaan malu yang
menebal ini.
Dahi
Zikril berkerut seribu. Aku turut
pelik. ‘Aku silap tanya ke? Atau dia silap dengar apa yang aku tanya?’
“You
tanya I bila I balik? Sekarang giliran I
tanya you pula. Bila I keluar?”
Aku
sudah tergaru-garu. Bukankah Zikril
sepatutnya pergi ke pejabat hari ini. Apa
pula yang salahnya. Dia ni kenapa
pula. “You mengigau ke, Zick?
You kan sepatutnya dekat pejabat masa ni?” ajuku penuh yakin.
Zikril
sudah ketawa kecil. “Habis tu, kenapa you masih dekat rumah? You tak kerja ke hari ni Cik Shika? Ha,
you ponteng kerja ke?” dalam
ketawa, Zikril bertanya. Aku naik sakit hati. ‘La,
tanya aku pula!’ getusku perlahan.
Dengan
bangganya aku bersuara. “I tak kerja
hari ni. Sebab hari ni hari sabtu. Itu pun tak tau ke. Hari sabtukan I cuti. Bukan I je,
malahan kebanyakan pekerja dalam Malaysia ni pun turut cuti! Suka hati je cakap I ponteng, eh!”
gerutuku geram. Berani pula
Zikril mengatakan bahawa aku memonteng kerja.
Pekerja yang rajin seperti aku ni,
mana ada istilah ponteng kerja.
Aku
lihat Zikril sudah ketawa sakan. Ketawa
itu membuatkan aku sakit hati. “I tanya
you ni Zick. Tak payah nak gelak bagai
nak rak macam tu! Bukannya lawak
pun!”
“Oh,
you hari sabtu cuti ye. Semua pekerja
cuti ye.” Zikril bersuara dan aku pula
hanya mengangguk. “Kalau macam tu, kenapa you rasa I kena ada dekat pejabat
sekarang ni dan hari ni? Ye lah, hari ni
sabtu kan. Hari cuti bagi semua orang!” terhinggut-hinggut bahu Zikril menahan rasa
lawak. Aku yang termalu, bertambah-tambah malu jadinya. Macam manalah aku boleh begitu yakin
menjawab. Sedangkan aku sudah tau hari
ni hari sabtu. Sudah tentulah Zikril
turut bercuti, sama seperti diriku. Percuma sahaja aku mendapat hadiah sindiran dan
ketawa daripada Zikril.
Tanpa
sedar, aku menepuk kuat belakang Zikril.
Terbatuk-batuk Zikril kerana terkejut.
Mana tidaknya, dalam pada dia
ketawa, aku menepuk belakangnya pula. Terus batuk jadinya. Dapat kulihat matanya yang merah dan
berair. Batuknya masih kedengaran. ‘Ya Allah.
Tak kanlah batuk sampai macam ni sekali?
Sikit je kot? Atau dia tengah
berlakon dengan aku lagi ni?’
fikirku. Namun hanya seketika aku
meramal. Kasihan pula melihat Zikril
yang sudah menepuk-nepuk dadanya, bagi
menghilangkan sedikit rasa gatal di tekaknya itu. Namun,
rasa gatal itu masih galak menerjah ruang anak tekaknya. Menyebabkan batuknya masih berbunyi.
Aku
yang sudah tidak tahu apa, pantas berlari
ke dapur bagi mendapatkan air oren di dalam peti sejuk. Nasib baik aku dah sediakan dengan lebih
awal. Pantas kuhulurkan kepadanya. Zikril meneguk perlahan-lahan sambil di
sulami batu-batuk kecil. Dalam pada itu, pantas juga aku menepuk-nepuk lembut bahagian
belakang badan Zikril. Meredakan sedikit
batuk yang bagiku agak lama itu.
“Sorry.
I tak sengaja.” Pohonku penuh
ikhlas. Kasihan pula aku dengan Zikril. Jenuh aku mengutuk-ngutuk diriku
sendiri. Kerana melayan Zikril dengan
teruk.
“It’s okey.” Balasnya. ‘Asalkan you tepuk macam ni, I dah puas
hati!’ suara hatinya berbisik
syahdu. Bahagia apabila isterinya
mengambil berat kepadanya. Biarpun batuk
sejuta kali, Zikril masih rela. Asalkan Shika tidak memasamkan muka dan
meminggirkan kewujudannya. Dia sudah
bersyukur dan berpuas hati untuk itu.
“Sure you okey?” ajuku sekali lagi.
“Very,
very, and very sure!”
balasnya pula. Aku sudah ketawa
geli hati. Ada juga jawapan yang
sedemikian rupa.
“Kalau
macam tu, I naik dulu. Ada kerja nak buat!” aku meminta diri. Zikril sekadar mengangguk.
Jam
di dinding yang berbentuk hati itu, ku
pandang agak lama. ‘Herm..dah pukul
12.30 ni. Apa hal aku duduk dekat dalam
ni pula? Dah la lapar!’ rungutku pada diri sendiri. Perutku sudah berkeriuk tanda lapar yang
teramat. Pagi tadi, aku hanya menjamah dua keping roti bersama
secawan milo sahaja sebagai pengikat perut.
Mana aku tidak berasa lapar sekarang ini.
Hendak
ku tanya kepada Zikril, aku terasa malu
pula. Jadi, aku mendiamkan diri sahaja. Tidak berkutik langsung. Majalah apo dan ujang yang tersusun di atas
rak, segera ku capai. Berniat untuk mengulang baca majalah kartun
keluaran karangkraf itu. Namun, hajatku telah terbantut dek ketukan yang
bertalu-talu di daun pintu bilikku.
Sudah ku tahu siapa gerangan yang mengetuknya. Jika tidak aku, Zikrillah yang mengetuknya. Kerana,
hanya kami berdua yang tinggal di dalam rumah dua tingkat ini.
Sengaja
aku melambat-lambatkan untuk membuka pintu.
“Shika! I nak cakap dengan you sekejap ni.” Panggil Zikril dari luar. Aku yang mendengar, sekadar mencebikkan
bibir. Baru sekejap menunggu pun, sudah tidak dapat bersabar. Aku yang menunggu makanan ni, tidak pula merungut. Opss!
Adalah merungut sikit. Tapi sikit
je!
“Shika!”
sekali lagi suara serak itu memanggil.
Aku
sempat ketawa kecil sebelum daun pintu itu ku buka. “Hah! ada apa?” ajuku sambil berpura-pura garang. Zikril sudah menunjukkan muka kelatnya. Tidap puas hati lagilah tu! Nak sangat aku cakap lembut dengan dia. Dia pun tak cakap lembut dengan aku!
“Jom
keluar makan. I lapar ni!”
“Dekat
mana?” ajuku pula.
“You
siap je dulu. Dekat mana tu, kemudian cerita!”
“Five minutes!” pintaku dan dengan pantas aku kembali menutup
pintu. Zikril merengus geram. ‘Kasar pula kali ni. Macam-macam!’
Zikril membuat analisis sendiri tentang isterinya itu. Terlalu macam sifat yang ada. Tetapi sifat itu, bukanlah suatu kekurangan padanya. Cuma,
kadangkala dia tidak suka dengan sikap itu. Sikap yang suka melawan dan membantah, yang sudah sedia ada pada diri
isterinya.
Suasana
di dalam kereta Toyota Fortuner ini sunyi sepi tanpa sebarang bicara. Masing-masing diam melayan kepala dan
perasaan sendiri. Zikril sibuk
menumpukan pemanduannya, manakala aku
pula sekadar membuang pandang ke luar tingkap.
Hendak kemana pun aku tidak pasti.
“Nak
ke mana ni?” ajuku ingin tahu. Sudah lama juga kami berada di dalam kereta ini. namun,
arah tujuan kami masih belum tiba.
Zikril
pantas memandang wajahku seketika. “Nasi
Kandar!” itu sahaja yang terkeluar di bibir Zikril. Tangannya kembali lincah mengawal stereng
kereta. Sesekali terdengan Zikril
bersiul-siul.
“Tak
elok bersiul tu! Amalan syaitan!” tegurku.
Serta-merta siulan di bibir Zikril mati.
Dia menuntas pandang ke arahku.
Aku sudah tidak selesa.
“Habis
tu melawan kata suami pun, tak elok
kan? Tapi, you
still buat kan?” berdesing telingaku
apabila di perli sebegitu. Bukan dalam
nada berkias-kias lagi, tetapi sudah
terlalu berterus-terang pula. Ringan
sahaja mulutku untuk menjawab. Mujurlah
ada panggilan yang masuk. Membuatkan aku
melupakan terus niatku untuk membalas kata-kata sindiran daripada Zikril.
Di
dalam restoran nasi kandar yang aku terlupa akan namanya ini, kami duduk di bahagian yang paling tepi
sekali. Zikril memanggil pekerja yang
bertugas untuk membersihkan meja yang kotor sedikit itu. ‘Cerewet betul lah dia ni!’ komenku dalam diam. Malu juga kurasa dengan sikap Zikril yang
terlalu cerewet itu.
Zikril
memintaku menunggu di situ, sementara
dia pula bergerak ke bahagian paling
hadapan untuk mendapatkan makanan. Tidak
pula dia bertanya kepadaku apa yang ingin ku jamah. Namun,
aku tidak kisah. Janji dia
dapatkan sesuatu yang mengenyangkan untuk ku telan.
Beberapa
minit kemudian, Zikril datang
mendapatkanku. Di hulurkan pinggan
kepadaku. Terdapat nasi separuh aku
rasa, di tambah dengan seketul ayam
goreng, sedikit sayur campur, dan telur masin. Aku sudah berpuas hati. Air pula aku tidak
pasti lagi kerana pesanan yang di buat masih belum tiba.
Zikril
menarik kerusi lantas duduk di sebelahku.
Hendak ku melarang, tetapi Zikril
sudah selesa di situ. Menbuatkan aku
yang terketar-ketar berada di sebelahnya.
‘Aku gementar? Kenapa pula aku
kena gementar? Lainlah kalau aku suka
dia. Aku suka dia?’ tidak habis-habis otakku berfikir.
“Kenapa
tak makan lagi ni?” Zikril
bertanya. Aku sekadar tersenyum nipis
dan mula menjamah makanan yang terletak di hadapan mata.
“Zick! Jom kita balik!” arahku pantas sambilaku
menutup mulutku yang terasa loya ini.
Kalau diikutkan hati, mahu saja
aku mengeluarkan segala isi perut yang baru ku isi di dalam restoran ini saja. Namun,
bila ku fikirkan kembali,
biarlah.
“You
kenapa ni?” aju Zikril. Dia masih malas-malas untuk bangun. Sayang untuk meninggalkan air yang berbaki
separuh itu. Aku yang sudah tidak
tahan, segera menarik lengan Zikril agar
keluar dari tempat ini. Zikril
terpinga-pinga memandangku. Namun, dia tetap menurut setelah selesai membayar.
Aku
mencari ruang yang agak terlindung, lalu
mengeluarkan segala isi perutku. Terasa
pedih tekakku dek penangan makanan yang terluah keluar. Segala pertanyaan Zikril tidak mampu ku jawab
di saat ini. Apa yang aku tahu, aku hanya ingin jauh dari kedai ini. Sejauh yang mungkin. Dan mungkin ini adalah kali terakhir aku
menjejakkan kaki ke restoran yang seumpama ini.
Di
dalam kereta, Zikril masih kalut
bertanya. Aku sengaja membiarkan Zikril
memandu jauh dari restoran tersebut.
Barulah, aku akan menceritakan
segalanya.
“Kenapa
tadi tu? Kenapa you muntah?” ajunya ingin tahu.
“Boleh
tak kalau lain kali, you jangan makan
dekat tempat macam tu?”
“Apa
yang tak kena dengan tempat tadi?”
Hendak
bercerita pun aku tidak sanggup.
Namun, tak kan aku harus
merahsiakannya pula. Zikril juga perlu
tahu tentang kejadian tadi. Sebagai
peringatan agar dia tidak lagi memilih restoran sedemikian pada masa akan
datang.
“Tadi
masa I nak basuh tangan, you tau apa
yang I nampak?” ajuku. Zikril menggelengkan kepalanya tanda tidak
tahu apa yang aku nampak.
Zikril
membelokkan keretanya memasuki satu simpang.
Aku tidak pasti ke mana hala tujuannya.
Namun, aku sekadar mendiamkan
diri. Malas untuk bertanya di saat ada
cerita yang perlu aku sudahkan terlebih dahulu.
“Apa yang you nampak?” ajunya
ingin tahu.
“I
nampak, pekerja kedai tu
guna..em..guna…” aku sudah
tergagap-gagap seketika.
“Guna
apa?” tekan Zikril. Terpancar riak tidak sabar di wajah tersebut.
“I
nampak dia guna underware lelaki untuk buat alas pemegang bekas nasi. Kan pemegang nasi tu panas! I tak tahan tengok, tu yang I muntah tadi tu! Kalau boleh you janganlah makan dekat tempat
macam tu lagi. Boleh?” terangku lancar. Mungkin setelah di tekan sedikit, membuatkan aku berani begitu.
“What!”
tempik Zikril. Bergegar telingaku
mendengar suara Zikril yang lantang itu.
Pantas aku memejamkan sebelah mataku.
“Kenapa you tak cerita dekat I masa kita dalam kedai tadi? Senang I nak settle kan!” marahnya
kepadaku. Aku terkedu. Tidak menyangka Zikril akan marah sebegitu
rupa. Hem, kalau bab makanan dan selera ni, Zikril memang ambil penting. Aku pun sudah terkena dengannya. Aku lihat Zikril sudah mengubah hala
pemanduannya. Ingin berpatah balik
barangkali.
“Kenapa
you patah balik ni? Kalau you nak pergi
balik dekat restoran tu, I rasa lebih
baik you lupakan!” ajuku cemas. Sempat juga ku selitkan nada berunsur amaran
di situ. Berharap agar Zikril bersetuju
dengan kata-kataku.
“Lupakan? They
have to pay for this!” berapi nada
suara Zikril di pendengaranku. Aku sudah
tidak tahu apa yang harus aku lakukan.
Aku tidak mahu kembali ke restoran tersebut.
“Kalau
you nak ke sana juga, you tinggalkan I
dekat sini! You pergi sorang-sorang. Biar I balik sendiri!” aku turut meluahkan rasa hatiku. Aku mengacah Zikril untuk membuka pintu
kereta, di saat kereta ini masih lagi
memutarkan rodanya. Dengan pantas
lenganku di capainya. Kejap sehingga
perit kurasakan di pergelangan tanganku.
“You
dah gila ke?” marahnya sudah beralih
kepadaku pula.
“I
akan jadi lagi gila, kalau you masih nak
pergi sana!” ugutku.
“Apa
yang mereka buat tu, tak betul! You tau
tak. Kalau tak di perbetulkan, sampai bila-bila pun, mereka akan buat benda yang sama. You nak macam tu? You nak kalau lagi ramai yang terkena macam
kita ni?” Ya, aku akui memang benar. Tapi, aku tidak mahu ke sana kembali. Bagaimana ni?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan